CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Penulis] ...MULUT...

 Close [Copy link]
Post time 8-8-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang

Orang asing: orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
Orang asli: penduduk asal sesebuah negeri.
Orang atasan: orang yang berpangkat tinggi/pembesar.
Orang berada: orang yang berharta.
Orang biasa: rakyat biasa.
Orang buruan: orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.
Orang dalam: orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
Orng dapur: orang perempuan.
Orang gaji: orang yang bekerja di rumah orang lain dan diberikan gaji.
Orang galang: orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.
Orang halus: roh, jin, atau orang bunian.
Orang harapan: seseorang yang diharapkan untuk membuat sesuatu perkara.
Orang kanan: orang yang diharapkan.
Orang rumah: isteri.
Orang upahan: orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.

Otak
Otak beku: orang yang bodoh.
Otak cair: orang yang sangat pintar, pandai, atau cerdik.
Otak kering: tidak berapa siuman, lambat atau susah menerima sesuatu yang diajarkan.
Otak udang: orang yang bodoh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dh ada belom?
Retak:
Retak pinggan
Retak hati
Retak seribu
Retak cermin
Retak terbelah
Retak kaca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Peribahasa

BAU

Bau busuk tidak berbangkai = celaan/fitnah dll yg x benar

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga =belum cukup umur sudah hendak beristeri

Bau malaikat terhempas = harum sekali,terutama  tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.

Baunya setahun pelayaran = amat busuk sekali


LIDAH

Lidah bercabang = selalu berubah2, x dapat dipercayai

Lidah biawak = sama dgn lidah bercabang

Lidah terganjal = × dpt membantah sesuatu pmintaan org krn tlh terhutang budi dll

Lidah tkalang = sama dgn lidah tganjal

Lidah tidak bertulang = mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.

Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang = org yg mdapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya.
Petik(gerak lidah)

Lidahnya masin = perkataannya diturut, permintaannya diterima

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelap Buta
Maksud: Sangat gelap,suasana gelap amat

Gelap Fikiran
Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.

Gelap Hati
Maksud: Sukar memahami pelajaran.

Gelap Mata
Maksud:
* Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
*  Pitam.

Gelap Pemandangan
Maksud: Pitam

Gelap Wang = Menggelapkan Wang
Maksud: Menggunakan wang yang bukan hakmilik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 11:59 AM | Show all posts
nak try juga la..

Darah


Darah manis
Darah tinggi
Darah rendah
Darah putih
Darah merah
Darah kotor

Hihihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 02:00 PM | Show all posts
anak
anak angkat - anak orang lain dipelihara sbg anak snediri
anak bapak - anak yg disayangi bapa
anak buah - anak saudara
anak didik - murid/pelajar
anak emas - anak yg disayangi ibubapa
anak tunggal - satu satunya anak dalam keluarga
anak watan - anak tempatan/negeri
anak dara - gadis yg belum berkahwin
anak cucu - keturunan

Kaki
kaki ayam - tidak berselipar
kaki bangku - tak tahu bermain bola
kaki botol - suka minum arak
kaki joli - suka berfoya foya
kaki minum - suka minum arak
kaki perempuan - suka mempermainkan perempuan

Berat
berat mulut - pendiam
berat hati - malas nk melakukan sesuatu
berat tulang - malas bekerja
berat sebelah - tidak berlaku adil
berat mata - mengantuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpulan Bahasa

GIGI

Gigi air = tepi air spt pd ptemuan air laut dgn lengkungan langit
Gigi hutan = tepi hutan
Gigi laut  =  batas air laut ketika pasang naik
Gigi ombak =  hujung ombak yg di hadapan sekali
Menggertakkan gigi = amat marah


GILA

Gila bab1 / pitam bab* = sejenis penyakit sawan / pitam / sawan b*bi

Gila bahasa = suka hormat

Gila hormat = suka hormat "kalau dipuji sdikit tentulah maksudmu akan bhasil kerana dia gila hormat"

Gila bayang2 = menginginkan sesuatu yg mustahil

Gila berahi = jatuh cinta

Gila hati = jatuh cinta

Gila harta = mata duitan

Gila pangkat = selalu mengejar pangkat / berubah sikap krana mdapat pangkat tinggi

Gila2 air = agak kurang sempurna ingatannya

Gila2 renang = serupa gia2 air

Gila2 bahasa = agak gila sedikit

Harga gila = harga yg bukan2

Rumah sakit gila = rumah sakit tempat merawat org sakit otak

Menggilai = melayan, meladeni/ membersihkan / mengerjakan

Laut pun bertambah gila = gelombang besar2

Angin gila = angin yg x tentu arahnya

Cacing gila = perempuan yg suka berjalan / meronta2 , melompat2

Main gila =bbuat krg sopan / bbuat sesuka hati

Pesta gila = pesta dansa yang tetamunya memakai topeng


Peribahasa

GIGI

Gigi dengan lidah adakalanya bergigit juga = kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai

Gigi tanggal, rawan murah = keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi

Gigi telah gugur, tebu pun menjadi = sama maksud gigi tanggal, rawan murah

GILA

Gila di abun2(angan2) = mengangan2kan sesuatu yg mustahil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq momod seri bulan   

Comments

No prob  Post time 10-8-2017 05:53 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati Batu
Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

Hati Berlian = Berhati Berlian
Maksud: Sangat baik hati.

Hati Kecil
Maksud: Perasaan dalam batin.

Hati Muda
Maksud: Rasa muda dalam hati.

Hati Nurani
Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.

Hati Tawajuh
Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.

Hati Terbuka
Maksud: Ikhlas.

Hati Tungau = Berhati Tungau
Maksud: Penakut.

Hati Waja
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap
Cakap angin- percakapan atau cakap-cakap yang tidak menentu atau tidak berfaedah.
Cakap belakang- menceritakan keburukan orang lain.
Cakap berisi- percakapan yang mengandungi faedah atau kebaikan untuk orang lain.
Cakap besar- mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri.
Cakap kosong- kata-kata yang tiada isinya.
Cakap mulut- bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.

Cakar
Cakar awan- bangunan-bangunan yang tinggi.
Cakar ayam- tulisan yang sangat buruk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari
Cari akal- melakukan atau mencari ikhtiar atau berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Cari bala- membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Cari fasal- mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Cari ikhtiar- berusaha bersungguh-sungguh.
Cari makan- bekerja untuk mencari nafkah, rezeki, atau wang.
Cari muka- mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
Cari nama- berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Cari salah- berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekor
Ekor belangkas: pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
Ekor kuda: rambut yang diikat di belakang.
Ekor lipas: rambut pada lubang tengkuk.
Ekor mata: sudut mata yang di sebelah luar.
Ekor pulau: hujung pulau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan di mulut, turun ke perut

Peribahasa
PERUT

Perut besar, entah anak entah tahi  = saudagar yg besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

Perut buncit lama kelamaan menjadi busung = alamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi.

Perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas = hidup dalam kemiskinan.

Perut kosong, dibuat gulai = keinginan timbul apabila dalam kekukrangan.

Perut panjang sejengkal = merasa tidak senang.

Perut kosong penggilap otak = lapar menyebabkan org bfikir.

Perut tiada bertelinga =sia2 mberi nasihat kpd org yg lapar.


Simpulan bahasa

Perut besar = bunting

Perut busuk = mempunyai niat tidak baik

Perut buta (buntu) = usus buntu

Perut kosong = lapar

Perut laut = bahagian laut yang dalam

Buah perut = org2 yg mjadi anggota sesuatu suku yg turun-temurun drp nenek perempuan

Alas perut = sarapan, makan pagi , makan tidak tlalu kenyang

Bawa perut = datang meminta makanan

Bengkak perut = sakit hati

Buruk perut = banyak makan, mudah kena sakit

Buta perut = tidak bertimbang rasa, asal makan sahaja

Cuci perut = makan pencahar, makan julap

Duduk perut = mengandung

Isi perut = perasaan atau apa yang terfikir dalam hati

Keladak perut = tahi yg terakhir dikeluarkan oleh org yg mati

Keras-keraskan perut = memaksa diri

Lenggang perut = upacara mandi ketika org perempuan mengandung tujuh bulan untuk pertama kali.

Kirim perut = sama seperti lenggang perut

Lari perutnya = mual

Melapik perut = makan pagi

Meletus perut = sakit perut kerana menahan gelak

Memadat perut = mberi makan kenyang2

Menanggang perut = berpuasa

Menggulung-gulung perutku = muak, benci

Menyekang perut  = makan

Merajut perut = menahan lapar

Meramas perut = sgt kecewa , menyesal

Muntah perut = bosan, benci

Pemburuk perut = lekas marah

Penuh perut = bosan, muak

Perut sdh penuh = kenyang

Tak berkelipat perut = x dpt menyimpan rahsia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq momod

Comments

No prob  Post time 11-8-2017 09:28 PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil
Ambil abu: maksud yang tidak kesampaian.
Ambil ada: berpuas hati dengan apa yang ada.
Ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya untuk menghilangkan penat.
Ambil bahagian: menyertai.
Ambil berat: beri perhatian.
Ambil haluan: membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Ambil hati: Perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk atau menaruh perasaan marah.
Ambil ibarat: menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Ambil ingatan: dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Ambil muka: membuat sesuatu supaya disukai.
Ambil sumpah: disuruh bersumpah;
melakukan sumpah.
Ambil tahu: memberi perhatian tentang sesuatu perkara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulut
Mulut tempayan
Mulut celupar
Mulut manis
Mulut hangsuang
Mulut cibai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2017 10:09 PM | Show all posts
Malu alah
Malu besar
Malu-malu
Malu habis
Malu sungguh
Malu-malu kucing
Pura-pura malu
Malu anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 02:21 PM | Show all posts
mulut macam pantat ayam???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2017 04:18 PM | Show all posts
bontot ayam
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:35 PM | Show all posts
mulut manis = sweet talker

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.441138 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list