|
KLINIK GIGI/SAKIT GIGI/GIGI KUNING/PUTIHKAN GIGI/RAWATAN
[Copy link]
|
|
boleh tak korang suggest kan klinik gigi kat area KL especially kat jalan tunku abdul rahman ker
yg bagus untuk cuci gigi?
brapa harga utk cuci gigi nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonggg...........
seluruh gusi di geraham bongsu ku telah membengkak. bengkak teruk cam nak pecah (cam kulit menggelembung kena minyak panas-ada darah kat dalam). Gie klinik doktor kata tak leh buat apa, tunggu sampai gusi baik baru bleh operate buang geraham bongsu tu. aku plak terlupa nak tanya doktor apa kesannya klu bengkak tu terus berdarah. la ni macam nampak putih-putih cam nanah plak.
Tolong apa kesannya klu aku terus tunggu dia sampai baik. doktor cuma bagi ubat tahan sakit, surut bengkak dan antibiotik. sementara nak senang tu klu berdarah jer apa kesannya nyek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #162 lavender_78's post
Good thing u dah gi check kat dentist. Most probably you kena pericoronitis yaitu infection pada gusi di sekeliling gigi geraham bongsu.. and then sekarang dah jadi abcess (nanah) la..
Bleeding tu memang expected la pada tahap nih.. cecair putih2 tu most probably nanah..
All you can do is continue medication.. minum banyak fluid, kumur2 air garam every morning. Eventually infection tu akan surut insyaAllah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #163 zacharygibson\ catat
Tq....
Doktor gigi yee........
Tengok sehari dua nie, ok ker tak gigi i nie. |
|
|
|
|
|
|
|
holla..nk tny ok x price 1.5k utk wat bleaching ni..ni normal price ke over?..nk try gk..bgos ke..de side efek ke..denga2 mcm gigi jd sensitif je..tol ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #165 xoxoxoxo's post
Depends method mana yang dokter tu guna la.. fee untuk bleacing ni boleh start dari 800 hingga lah 1600. Itu untuk chair side treatment (lansung buat kat klinik hingga selesai)..
Kalau dah buat bleaching, biasanya ada beberapa hal kena pantang atau dikurangkan selama beberapa hari lepas bleaching tu.
Effect bleaching ni tak kekal selama2nya. Kalau jaga betul2 pun, paling-paling setahun setengah dah kena repeat balik.
Side effect?? Sometimes ada orang complaint gigi2 jadi sensitif. Tapi itu biasanya temporary.. Pakai sensodyne beberapa hari, hilang la dia.
Kalau gigi2 depan u banyak tampalan.. @ ada tampalan yang besar, then tak sesuai buat bleaching.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesihatan mulut menyeluruh
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0222/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_04.1.jpg)
SELAMA ini ramai yang beranggapan bahawa keperluan menggosok gigi perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga kali sehari dalam memastikan keadaan gigi terjaga selain mengekalkan kesihatan oral.
Fakta itu sememangnya tepat tetapi sebenarnya kesihatan mulut perlu dilengkapkan dengan berkumur dengan bahan cecair yang dibenarkan.
Sejak kecil lagi, kita diajar tentang teknik menggosok gigi tetapi tidak pula mengetahui tentang kebaikan menggunakan bahan berkenaan.
Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr. S. Sivanesan yang mahu persepsi menggosok gigi sahaja tidak memadai dan perlu diperbetulkan di kalangan masyarakat.
''Kesedaran perlu ditekankan termasuk kaedah yang terbaik terhadap penjagaan oral dengan menggunakan mana-mana bahan cecair kumur mulut di pasaran.
''Ia juga bagi mengurangkan karies gigi dan penyakit periodontik atau dikenali sebagai gusi bengkak yang boleh menyebabkan kehilangan gigi,'' katanya.
Dr. Sivanesan turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan penggunaan pencuci mulut antiseptik merupakan penyebab kanser mulut.
Katanya, dalam 30 kajian yang dilakukan berhubung penggunaan bahan itu menunjukkan ia masih selamat digunakan.
''Semua kajian menggunakan cecair kumur selepas menggosok gigi dapat membunuh 99 peratus kuman yang tidak boleh dicapai dengan berus gigi.
''Ia juga dapat mengelakkan nafas berbau dan kawalan plak yang terbaik sehingga 12 jam,'' katanya.
Menggosok gigi bermakna hanya satu perempat bahagian mulut sahaja yang dibersihkan tetapi penggunaan bahan itu pula bersifat menyeluruh. penjelasan mengenai kebaikan cecair kumur ini tidak perlu diragukan dalam kehidupan seharian melainkan berkumur dengan bahan itu sebanyak 100 kali sehari.
Menurut Dr. Sivanesan lagi, penjagaan gigi di negara ini juga berubah daripada merawat kesihatan kepada pencegahan.
''Dua punca kehilangan gigi iaitu disebabkan oleh kerosakan dan penyakit gusi yang selalunya bermula dengan pembentukan plak bakteria pada gigi.
''Walau bagaimanapun, kedua-dua masalah ini dapat dikurangkan melalui amalan kesihatan oral yang betul secara kerap,'' jelasnya.
Menyedari keperluan kesihatan oral di negara ini kempen 'Lengkapkan Penjagaan Oral Harian Anda dengan cecair kumur' dilancarkan oleh cecair kumur jenama Listerine baru-baru ini.
Kempen pendidikan secara proaktif menggunakan pendekatan kenderaan bergerak berbentuk mulut manusia ini akan menjelajah ke seluruh negara sepanjang bulan ini.
Kenderaan Listerine Mobile Mouth ini akan menjelajah ke pasar raya besar dan pasar raya dan kompleks membeli belah di Semenanjung Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sapa2 tk tau apa beza antara rawatan root canal & crowning?
Kalo ada experience share la ye - kat mana & brapa charge dia.
Tq. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #170 MamaCrystal\ catat
// rawatan akar gigi / root canal adalah proses untuk mengeluarkan tisu terinfeksi yang ada dalam akar gigi tu.. selepas tisu terinfeksi tu dikeluarkan, bahan tampalan akan dimasukkan ke dalam akar gigi tersebut supaya bakteria tidak dapat lagi membiak di dalam akar gigi tersebut..
// crowning tu prosedur untuk tutup balik lubang yang besar pada gigi atau biasanya disarankan buat crown selepas buat rawatan akar gigi. ini adalah supaya gigi anda selepas buat rawatan akar gigi tu masih boleh menjalankan fungsinya seperti biasa (makan, bertutur, self confidence etc...). gigi yang nak dibuat crown tu akan dikecilkan sedikit saiznya untuk membolehkan 'sarung gigi' yang baru dimasukkan dan disimenkan pada gigi yang berkenaan..
// boleh rujuk kat sini --> http://www.aae.org/patients/patientinfo/faqs/rootcanals.htm untuk maklumat lanjut serta gambar..
// kos lebih kurang boleh rujuk kat sini --> http://www.bsdental.com/fees.html
kalau gigi depan (anterior) biasa dalam RM 400 - 500
premolar (geraham kecil) dalam RM 500 - 700
molar (geraham besar) dalam RM 800 - 1200..
* kos tu biasa tgk rate klinik tersebut la...*
[ Last edited by effa at 17-4-2009 11:19 ] |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya buat root canal then proceed with crowning la ek...
adush..mesti seksa kan...
ingat nk selamatkan gigi2 ku ni coz sayang nk cabut
tp tunggu pas deliver la
thanks effa... |
|
|
|
|
|
|
|
eh korg... tanam gigi dosa x????
aku ingt nk buat...tp kalau dosa x jadi laaa |
|
|
|
|
|
|
|
gigi geraham bongsu aku patah separuh, dah mcm rapuh plak aku rasa gigi aku nie..kalau nak cabut nanti kena buat operation ker?? ..aku takut weii..kang tak pasal2 gusi aku terbelah..![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hai...
nak tanyalah, korang tau tak klinik gg mana yang bagus kat area shah alam? maksud aku bagus dr segi perkhidmatannya dan harge berpatutan..tolong ye sesapa yg tau..tq![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #174 putri22's post
gigi geraham aku pun patah tiba2 tadi masa makan kacang.... takut jek kena bedah gusi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #174 putri22's post
gigi geraham aku pun patah tiba2 tadi masa makan kacang.... takut jek kena bedah gusi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #174 putri22's post
gigi geraham aku pun patah tiba2 tadi masa makan kacang.... takut jek kena bedah gusi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eva4eva at 27-1-2009 23:32 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku nk tanye..sori la klau salah thread..
klau gigi dh rata tp nk cantikkn senyuman bsesuaian dgn gigi tu kt mane nk buat?
aku ade tgk dlm majalah, ina naim ade g satu klinik ni tu cantikkan se ...
aku pun ada taring gak... tapi ke dalam...
last friday baru wat gigi tanam...buang taring then gigi baru akan disokong gigi kiri dan kanan..
dah tanya ustaz... tak salah..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|