CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NoorMasri

ANEKA KUIH TALAM BERLAUK & KUIH CARA BERLAUK

[Copy link]
Post time 14-4-2006 07:55 AM | Show all posts
kak zana.. guna keladi jenis apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2006 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by speedial at 13-4-2006 02:51 PM


maklang mana tak lembik nya resepi dulu tu silap tepung...sepatutnya guna tpg beras tp kat resepi tulis tpg ubi semua....


ooo ye ke...:hmm: patutlah talam tu jadi memek sungguh ler...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 06:47 PM | Show all posts
baru2 ni kak hannah cubabuat talam keladi berlauk ni...


ni makan masa panas2.. so dia lembik skit.. takleh potong... main scoop je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 5-5-2006 06:47 PM
baru2 ni kak hannah cubabuat talam keladi berlauk ni...


ni makan masa panas2.. so dia lembik skit.. takleh potong.. ...



Kak Hannah,

Amboi sedapnya... patut le.. Iman mcm terbau je sesuatu yg sedap sampai ke sini... rupanya ada org buat talam berlauk... kalau tahu hari tu.. dah ku pergi serbu rumah akak...

kkkekkke
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by Iman_Baby at 5-5-2006 11:28 PM



Kak Hannah,

Amboi sedapnya... patut le.. Iman mcm terbau je sesuatu yg sedap sampai ke sini... rupanya ada org buat talam berlauk... kalau tahu hari tu.. dah ku pergi serbu rumah akak...
...


hehehe.. sori iman, kak hannah baru je buang tong sampah.. dah expired.. nampak je cantik... tapi tak menepati selera ... kak hannah je sorang makan... tu yg nak distribute pun sogan.. hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:54 PM | Show all posts
iman.. rasanya kak hannah mmg fail lah buat talam2 ni... selalu tak menjadi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2006 08:07 AM | Show all posts
Saya pun dah cuba buat talam keladi berlauk resepi kak Noormasri.  Sedap!!! I lebihkan keladi utk basenya.  Tapi kenapa toppingnye macam tak lekat sangat ek? So bila potong tak begitu cantik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 24-8-2005 11:52 AM
Assalammualaikum kak liza anak murid datang niiiiiii... inilah talam berlauk yg maklang buat mlm tadi...jeng..jeng..jeng:pompom: Penuh ngan daging talam ni...bawa opis,member kata sedapppppp ...



mak lang lauk kuih talam berlauk niiii......mak lang buat cam mane? tepek arrr recipe. nampak sedappp aaaa wet2 ckit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2006 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by eena05 at 9-5-2006 09:16 AM



mak lang lauk kuih talam berlauk niiii......mak lang buat cam mane? tepek arrr recipe. nampak sedappp aaaa wet2 ckit.


maklang ikut resepi kakliza tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 11:46 PM | Show all posts
...kuih talam berlauk mak aku...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 9-5-2006 11:46 PM
...kuih talam berlauk mak aku...




blackmore..makan sorang jer talam tu..mai ler cni resepinya...

[ Last edited by  shidaaziz at 8-6-2006 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 11:17 PM | Show all posts
mentang mentang le tempat korang semua senang dapat daun sup...berlimpahan ku lihat daun sup kat talam berlauk tu:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2006 01:41 PM | Show all posts
nak try buat mlm nie laa....semua bahan2 dah beli...
tapi shery tak nak letak keladi.....just nak tambah tepung beras lebih sket pasal takut lembik lak nanti....

wish me luck, yea!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 02:01 PM | Show all posts

Reply #164 Iman_Baby's post

sedak nye... tgh pose ni.. buleh tgk ke??

aduh.. :mll: :mll:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 03:06 PM | Show all posts
ehh..fachai

sama ler kita pon posa gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2006 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by shery at 10-6-2006 01:41 PM
nak try buat mlm nie laa....semua bahan2 dah beli...
tapi shery tak nak letak keladi.....just nak tambah tepung beras lebih sket pasal takut lembik lak nanti....

wish me luck, yea!


camana shery, menjadi tak?


kawan akak kat sini kalau wat talam berlauk dia just guna tepung jagung je sumer...sedap ...dia nya resepi main agak2 je ..dia kacao atas dapur sampai likat/kental..pastu sejukkan sebelum tuh tabur lauk2 atas tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 03:59 PM | Show all posts
semalam kkliza buat ..



KUEH TALAM CARROT

Bahan
300 gm carrot
200 tepung beras
40 gm tepung jagung
950 gm santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sekejap sehingga naik wap dengan api perlahan.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yg telah dilapikkan pelastik 10 x 10 inci juga.
3. Kukuskan selama 25 - 30 minit.
4. Sejukkan dan taburkan bahan berlauk dan potong.
5. Hidangkan.

Bahan Berlauk
400 gm daging kisar ramly
2 labu bawang cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 batang carrot [kecil] [parutkan]
1 s/b rempah kurma
1 s/b rempah kari
daun sup & daun bawang [racik halus]
cili merah [cincang halus]
bawang goreng
minyak
garam

Cara
1. Basuhkan daging kisar sambil ramaskan dalam tapisan santan. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang mbesar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan sehingga daging agak ekring dan naik minyak.
4. Masukkan rempah akri dan rempah kurma dan kacau rata.
5. Masukkan carrot parut dan kacau rata. Masukkan garam.
6. Bila telah masak boleh tutup api dan taburan cili merah, daun bawang & daun sup yg telah dicincang.
7. Taburkan inti  dan bawang goreng atas kueh talam carrot yg telah sejuk dan potongkan.
8. Hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:03 PM | Show all posts
ini saya dah cuba resepi Kak NoorMasri.....saya tambah lada hitam itu sahaja



sedap kuih nie makan pagi atau petang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 06:50 PM | Show all posts
kak liza x tahu mana nak letak. so masuk jelah kat sini...



BINGKA BERLAUK

Bahan
1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan [1 cawan susu cair + 2 cawan air]
1 s/k garam
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 s/b keju cheddar

Cara
1. Kacau semua bahan kecuali keju dan tapiskan kedalam loyang 8x 8 inci yg telah disapukan majerin.
2. Masukkan dlam oven yg telah dipanaskan 180? selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yg telah disediakan dan baker lagi selama 30 minit atau s ehingga nampak masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang dan daun sup dan cili merah yg dicincangkan.
5. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 batang kecil carrot [potong dadu]
1 s/b rempah kari
2 biji cili merah [cincang]
Daun sup dan daun bawang [hiris halus]
1 s/b minyak
Garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan rempak kari dan kacau lagi.
4. Masukkan kentang dan carrot juga garam.
5. Masakkan sehingga kering dan kentang dan carrot lembut.
6. Angkat dan taburkan atas adunan yg telah separuh dibakar.
7. Bakar lagi 20-25 minit.
8. Sejukkan dan potong.
9. Susunkan kueh dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang & sup , cili merah dan bawang goring.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 11:14 PM | Show all posts
Kak liza  laju nya....maner say nak cuba dulunie? Talam carrot nampak sedap aje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.154193 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list