CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Jepun Zaman Silam

[Copy link]
Post time 10-2-2019 08:25 PM | Show all posts
Upppp thread best ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2019 12:07 AM | Show all posts
Reiwa 令和時代 diumum sebagai era baharu selepas Maharaja Akihito












TOKYO : Kerajaan Jepun hari ini, mengumumkan empayar baharu selepas Maharaja Akihito turun takhta pada akhir bulan ini, akan dikenali sebagai ‘Reiwa’ yang membawa maksud bertuah dan harmoni.

Perkataan ‘Reiwa’ menggabung dua perkataan, iaitu Rei yang bermaksud bertuah, manakala Wa sering diterjemahkan sebagai kedamaian atau harmoni.

Menurut laporan, kerajaan dijangka memberi penjelasan mengenai makna di sebalik perkataan itu, termasuk dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.

“Mesyuarat Kabinet diadakan sebentar tadi, bagi membincangkan nama untuk empayar baharu dan cara sebutannya,” kata ketua setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media sambil memaparkan kertas putih tertera Reiwa yang ditulis menggunakan kaligrafi tradisional.

Walaupun takwim Gregory digunakan secara meluas di Jepun, kalendar empayar turut dipakai di negara matahari terbit itu, dan pengumuman nama era baharu berkenaan memang amat dinanti-nantikan rakyatnya.

Maharaja Akihito bakal melepaskan jawatan pada 30 April ini, dan anaknya, Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih takhta pada 1 Mei, sekali gus menandakan bermulanya era baharu.


- AFP -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2019 07:30 PM | Show all posts
Kisah Komuniti Burakumin : Masyarakat Kasta Rendah Jepun



Oleh Namri Sidek





Kita kerap mendengar tentang kisah-kisah diskriminasi di negara kita serta beberapa negara lain khasnya. Namun tidak di Jepun.

Masyarakat Jepun selalu diletakkan sebagai masyarakat contoh, menjadi tauladan yang perlu diikuti oleh semua kelompok masyarakat. Dipuji pembersih, mempunyai semangat cintakan negara yang sangat tinggi serta mempunyai kepintaran yang jauh melampaui zaman - orang Jepun membawa konotasi positif setiap kali dibicarakan.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu tentang kelompok masyarakat yang dipandang hina masyarakat Jepun sendiri; digelarkan oleh mereka sebagai 'burakumin.' Anda biasa dengar penggunaan istilah 'pariah' dalam masyarakat Hindu? 'Burakumin' adalah pariah masyarakat Jepun.

Yang menariknya, sehingga kini mereka masih dianggap 'pariah' di kalangan masyarakat mereka


Orang 'kotor' Jepun




Sama seperti kebanyakan kisah masyarakat yang didiskriminasikan, sejarah Burakumin agak kabur penjelasannya. Ada yang menyatakan kelompok ini mula dipandang hina disebabkan pekerjaan nenek moyang mereka sebeum itu. Ada juga yang mengatakan orang Burakumin mula dipinggirkan kerana mereka dibuang masyarakat, sehingga terpaksa mencari rezeki dengan cara 'kotor.'

Istilah kotor ini, dalam masyarakat Jepun bermaksud kelompok individu yang bekerja dengan benda-benda kotor. Bukan sahaja merujuk kepada najis atau sampah, malahan pekerjaan seperti tukang sembelih, menguruskan jenazah, yang bekerja dengan kulit haiwan serta banyak lagi.

Prejudis ini telah bertapak sekian lama sehingga menyebabkan hanya individu-individu tertentu akan dipilih bagi menguruskan binatang ternakan dalam industri penghasilan daging wagyu Jepun. Walaupun hasil tangan mereka dijual dengan harga yang sangat tinggi di seluruh dunia, tukang sembelihan daging itu sendiri kebiasaannya takut untuk mendedahkan pekerjaan mereka pada umum.

Ini kerana sudah ada stigma lama yang sudah wujud dalam masyarakat Jepun akan menyebabkan ramai yang sanggup melakukan tindakan buruk ke atas individu penyembelih daging dan keluarga mereka - hanya kerana mereka merasakan individu itu serta keluarga mereka berasal daripada golongan bawahan.

Itulah antara stigma yang menghantui golongan Burakumin di Jepun.


Sejarah Burakumin




Dalam istilah sebenarnya, Burakumin bermakna 'orang pedalaman.' Istilah ini mula digunakan semasa zaman feudal Jepun bagi mengasingkan individu-individu yang membentuk komuniti buruh kasar - terlibat dalam pekerjaan-pekerjaan yang disifatkan kotor.

Sistem burakumin ini bermula sejak zaman Edo Jepun, sekitar tahun 1603 sehinggalah tahun 1867. Ketika itu wujud sistem kasta yang ditentukan oleh faktor kelahiran yang akhirnya digunakan sebagai menentukan sistem hirarki masyarakat zaman itu.

Sistem kasta yang dinamakan sebagai 'mibunsei' atau gelarannya 'shi,no,ko,sho' ini merangkumi empat kumpulan dengan satu lagi kumpulan 'terbuang' yang dinamakan sebagai Eta. 'Eta' adalah mereka yang diluar sistem, dianggap harus dipinggirkan golongan 'shi-no-ko-sho' serta perlu kekal sebagai seorang Eta hingga mati.

Orang Eta dinilaikan mempunyai nilai 1/7 individu lain, tidak dibenarkan menyentuh golongan yang berada dalam 'mibunsei' serta perlu senantiasa patuh dan akur semasa berhadapan mereka yang lebih 'mulia' daripada mereka.

Apa makna 'eta'? Eta bermakna 'kelompok orang yang kotor atau jijik'. Boleh juga diterjemahkan sebagai 'sampah' atau 'pencemaran.'


Pembebasan masyarakat Burakumin





Sistem kasta ini mula dimansuhkan selepas berakhirnya zaman feudal Jepun pada tahun 1871. Bagaimanapun kesannya tetap sukar untuk dibuang masyarakat mereka. Orang-orang pedalaman yang kini bergelar orang Burakumin, dipercayai oleh masyarakat Jepun berketurunan orang-orang Eta dan persepsi ini kekal hingga kini.

Integrasi orang Burakumin ke dalam masyarakat Jepun sangat sukar dilakukan dan mereka (orang Burakumin) kebiasaannya akan dipaksa menetap dalam komuniti mereka sendiri - supaya mudah dikenal pasti orang lain asal-usul mereka.

Langkah kerajaan Jepun mengintegrasikan mereka ke dalam sistem masyarakat Jepun membantu, bagaimanapun stigma serta persepsi buruk yang sudah berakar umbi sangat sukar untuk dibersihkan.


Disenarai hitamkan masyarakat sendiri



Sekitar tahun 1970-an, wujud satu kontroversi berkenaan satu senarai nama sepanjang 330 muka surat yang boleh diperolehi majikan-majikan dalam memastikan mereka tidak menggajikan orang Burakumin. Senarai itu dijadikan rujukan oleh syarikat-syarikat besar Jepun dalam menapis senarai calon temuduga, digunakan secara meluas sebelum kerajaan Jepun mengharamkan pengedaran senarai itu.

Individu yang disyaki berketurunan Burakumin selalunya gagal menjawat jawatan tertinggi dalam mana-mana organisasi. Insiden tahun 2001 melibatkan calon kepada Perdana Menteri Jepun, Taro Aso (ketika ini Timbalan Perdana Menteri Jepun) dengan seorang lagi calon, Hiromu Nonaka memburukkan lagi keadaan.

Taro Aso secara terbuka menghina lawannya Nonaka yang dipercayai berketurunan Burakumin, menyebut seorang Burakumin tidak layak menjadi Perdana Menteri Jepun. Insiden ini menimbulkan kontroversi besar dan membuka semula perbincangan masyarakat Jepun berkenaan kejayaan sebenar integrasi orang Burakumin ke dalam sistem moden masyarakat Jepun.


Burakumin pada hari ini



Diskriminasi terhadap orang Burakumin masih lagi berlangsung sehingga ke saat ini. Walaupun sudah tidak sekuat dulu, sentimen memandang rendah Burakumin tetap berlaku dalam beberapa cara halus.

Beberapa wilayah Jepun seperti Osaka, Kyoto, Hyogo dan Hiroshima masih berpegang teguh kepada kepercayaan turun temurun ini. Keluarga di wilayah ini masih lagi akan menghalang perkahwinan anak-anak mereka dengan individu Burakumin, sehinggakan banyak keluarga akan mengupah penyiasat untuk mendapatkan informasi berkenaan salasilah bakal menantu mereka.

Nasib baiklah amalan ini sudah pun diharamkan kerajaan Jepun. Bagaimanapun kes-kes seperti ini tetap berlaku dalam jumlah yang lebih kecil.

Mewakili 2 peratus jumlah populasi Jepun, stigma Burakumin diburukkan lagi dengan penglibatan mereka dalam gerakan Yakuza. Sindiket Yakuza terbesar di Jepun Yamaguchi-Gumi mempunyai lebih 70 peratus orang Burakumin sebagai ahli. Ada juga kajian menunjukkan Burakumin sebenarnya mewakili 60 peratus jumlah keseluruhan ahli Yakuza.

Beberapa peraturan baru yang cuba diperkenalkan kerajaan Jepun pada tahun 2015 dilihat hanya memburukkan lagi stigma masyarakat mereka terhadap orang Burakumin. Langkah kerajaan Jepun dikritik hanya menyebabkan persepsi buruk terhadap mereka lebih mudah diketahui oleh generasi-generasi muda, disebabkan fokus dan laporan media yang diberikan kepada kelompok itu.

Tidak pelik untuk seorang keluarga Burakumin membuka peti surat rumah mereka dan menerima ancaman daripada jiran-jiran mereka sendiri, yang masih mahu berpegang pada stigma dan persepsi lama; ini kerana di kalangan orang Jepun sendiri masih ramai menganggap komuniti Burakumin bukannya manusia sempurna. Mereka ada istilah khas untuk Burakumin yang kerap disebutkan iaitu 'hinin' - yang membawa makna 'separa-manusia' atau 'sub-manusia.'

Setiap kali anda makan daging wagyu, ceritakan tentang nasib orang Burakumin pada mereka yang duduk semeja anda ya?

Rujukan :

# Independent

# Japan Times


Sources : https://iluminasi.com







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2019 09:16 AM | Show all posts
Kisah Hidup Putera Mahkota Naruhito Sebagai Maharaja Jepun yang ke-126






Hari ini hari terakhir pemerintahan Maharaja Akihito di Jepun. Maka berakhirlah era "Heisei" (1989-2019) dan bermulalah era "Reiwa" dengan pertabalan Putera Mahkota Naruhito sebagai Maharaja Jepun yang ke-126.

Naruhito ni orang yang macam mana? Nak kenal hati budi seorang lelaki, lihatlah cara dia melayan isteri atau kekasihnya.

Seperti ayahnya, Naruhito juga memperisterikan seorang wanita dari kalangan rakyat jelata. Permaisuri Naruhito, Masako Owada bukan berasal dari kerabat diraja atau bangsawan, tetapi dia juga bukan perempuan biasa-biasa. Malah CV dia kalahkan Diana Spencer, Kate Middleton atau Meghan Markle yang menjadi pujaan orang ramai.

Ayah Masako, Hisashi Owada ialah seorang diplomat, pangkat tertinggi ialah Jimu Jikan (sama macam KSU) Kementerian Luar Negeri Jepun. Dari zaman kanak-kanak, Masako ikut ayahnya posting merata dunia. Dan sebab itu, Masako fasih 5 bahasa iaitu Bahasa Jepun, Inggeris, Rusia, Perancis dan Jerman (wow).

Masako juga ingin mengikuti jejak langkah ayahnya. Selepas memperolehi ijazah sarjana muda ekonomi daripada Harvard (woww), Masako melepasi ujian kemasukan Kementerian Luar Negeri dan mula berkhidmat sebagai pegawai diplomatik. Hanya 28 daripada 800 pemohon lulus pada tahun itu (wowww).

Ni kalau kat Malaysia kira PTD Wisma Putra cream of the cream of the cream, bukan calang-calang orang boleh masuk meminang.

Tapi pada November 1986, kehadiran Masako di sebuah jamuan teh telah mengubah hidup Masako. Pada jamuan tersebut, Masako ditemukan dengan Naruhito, anak sulung kepada Putera Mahkota Akihito, cucu kepada Maharaja Hirohito.

Naruhito ketika itu berumur 26 tahun, baru balik dari Oxford. Kali pertama melihat Masako, Naruhito terus jatuh cinta dan mula melamar Masako.

Walaupun Naruhito ialah "most eligible bachelor" di Jepun waktu tu, Masako rasa rimas dengan lamaran Naruhito. Sebab cita-cita Masako adalah menjadi diplomat yang berjaya. Kalau berkahwin dengan Naruhito, maka Masako perlu melepaskan career dia yang baru nak mula.

Untuk elak daripada Naruhito, Masako menyambung pengajian sarjana di Oxford selama 2 tahun, bermula pada 1988. Tapi Naruhito masih tak putus asa, cari Masako sampai ke Oxford. Tapi sekali lagi, Masako menolak lamaran Naruhito.

Media dan orang ramai mula bising, siapa Masako? Siapa dia berani jual mahal depan prince? Siapa dia sampai prince yang kena mengejar dia? Orang lain kalau dengar perkataan prince dah ovari meletup berkecai.

Tapi Masako tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Dia tak memerlukan gelaran permaisuri, dia dah cukup hebat. Dia hanya mahu mengejar impian sendiri. Tak kisah lah prince ke tak prince. Ini perangai Sagittarius yang tipikal.

Akhirnya, selepas 6 tahun Naruhito bercuba, Masako menerima lamaran Naruhito pada tahun 1992. Naruhito berjanji, dengan kedudukan Puteri Mahkota, Masako boleh memainkan peranan sebagai diplomat. Menerima kunjungan tetamu negara, mengadakan lawatan negara bagi pihak maharaja, itukan kerja diplomat.

Yang lebih penting, Masako tersentuh dengan janji Naruhito untuk melindungi dia seumur hidup: "僕が一生全力でお守りします" (boku ga, isshō zenryoku de o-mamori shimasu). Perempuan ni, strong macam mana pun ada soft spot dia.

Naruhito dan Masako melangsungkan perkahwinan pada 9 Jun 1993. Selepas berkahwin, Masako cuba menjalankan peranannya sebagai "diplomat", namun mendapat tentangan daripada pejabat pentadbir istana, Kunai-chō.

Kunai-chō melihat tindakan Masako melangkaui Maharani Michiko, dengan itu melanggar protokol. Malah Masako pernah ditegur kerana berucap lebih lama dari suaminya. Kehidupan istana yang penuh dengan adat istiadat dan pantang larang membuat Masako rasa terkongkong, dan Masako mula rasa stres.

Yang lagi membuat Masako tertekan ialah desakan dari Kunai-chō, maharaja, kerabat diraja, media malah orang ramai supaya Masako cepat-cepat menimang cahaya mata. Sebagai Puteri Mahkota, Masako dipertanggungjawabkan untuk melahirkan zuriat bagi mewarisi takhta.

Tahun demi tahun berlalu, perut Masako masih belum bunting, maka macam-macam spekulasi timbul. Masako mandul ke? Patut tak Naruhito cari isteri baharu? Tapi Naruhito tetap dengan pendirian tidak mahu mengkhianati cintanya terhadap Masako, minta semua bersabar.

Paparazzi pula pergi korek rahsia Masako dan menyebarkan cerita yang mengatakan Masako mengalami masalah untuk mengandung sebab pernah menggugur dua kali. Maksudnya dengan lelaki lain sebelum berkahwin dengan Naruhito. Reaksi Naruhito? Tetap mempertahankan isterinya tak kira apa yang orang kata.

Selepas 8 tahun berkahwin, akhirnya Masako melahirkan anak perempuan bernama Aiko pada 2001. Mengikut perlembagaan Jepun, perempuan tidak boleh mewarisi takhta. Oleh sebab adik Naruhito, Putera Fumihito juga tak mempunyai anak lelaki, maka tekanan ke atas Masako untuk melahirkan zuriat lelaki jadi semakin kuat. Sekitar tahun 2003-2004, Masako mula mengalami kemurungan.

Perangai orang Jepun takut malu, jadi Kunai-chō cuba nak cover up masalah kesihatan Masako. Naruhito marah sungguh. Dari seorang yang lemah lembut, Naruhito bergaduh dengan semua orang: ayahanda Akihito, ibunda Michiko, adinda Fumihito dan Kunai-chō. Naruhito kata tindakan mereka semua sedang "menafikan kemanusiaan" (人格否定, jinkaku hitei) Masako.

Dalam sejarah Jepun, tak ada putera yang pernah buat kenyataan terbuka against istana. Ketegasan Naruhito memaksa Kunai-chō mengakui bahawa Masako mengidap masalah kesihatan dan memerlukan rawatan.

Akur dengan ketegasan Naruhito untuk tidak melahirkan zuriat lelaki, Kabinet Jepun mula menimbangkan pemindaan Perlembagaan bagi membolehkan Puteri Aiko mewarisi takhta. Tapi cadangan tersebut terbatal selepas Putera Fumihito menimang anak lelaki pada tahun 2006.

Lega Naruhito. Bagi beliau, samada zuriatnya mewarisi takhta atau tidak, itu tak penting, cukup sekadar Masako bebas daripada tekanan untuk melahirkan anak lelaki.

Selama 26 tahun mereka berkahwin, Naruhito betul-betul memenuhi janjinya untuk melindungi Masako. Biarpun beban dan tanggungjawabnya sebagai putera mahkota begitu berat, biarpun ada ramai orang yang perlu dipuaskan, Naruhito tidak sesekali mengkhianati janjinya kepada Masako dengan mengahwini perempuan lain atas alasan untuk mendapatkan anak lelaki.

Yang lebih mengagumkan ialah reaksi Naruhito menangani kisah silam Masako. Kita tak tau apa yang Naruhito fikir dalam hati apabila mengetahui kisah silam Masako dengan bekas teman lelaki. Tapi yang pasti, Naruhito mempertahankan kehormatan isterinya daripada cemuhan masyarakat.

Cinta Naruhito kepada Masako adalah begitu dalam, sehingga apabila orang bertanyakan apa yang beliau risau dengan peranan baharunya sebagai maharaja, perkara pertama yang beliau sebut ialah Masako. Beliau takut Masako rasa tertekan dengan gelaran maharani dan harapan orang ramai.

Berbanding dengan keadaannya 10 tahun yang lalu yang murung sepanjang masa, Masako kini kelihatan lebih ceria. Semua ini adalah hasil usaha Naruhito yang sentiasa sabar dan mengutamakan kebahagiaan isterinya.

Sebagai maharani, peranan Masako akan jadi lebih besar, lebih menghampiri cita-citanya sebagai diplomat. Kita boleh agak, selepas ini, Naruhito akan lebih kerap membuat lawatan negara atau menerima kunjungan tetamu negara, demi memuaskan impian Masako yang terpendam.

Lelaki seperti Naruhito dan Emmanuel Macron membuktikan bahawa not all men are trash. Wujud je lelaki yang romantik, caring dan setia, yang appreciate kelebihan pasangan mereka, dan menerima kekurangan mereka. Yang sanggup menunggu, walaupun bertahun-tahun (Naruhito 6 tahun, Macron 12 tahun), sebelum saat kebahagiaan tiba.

Kalau tak jumpa, berusahalah lagi sehingga jumpa. Kalau anda serius dengan cinta, anda tentu deserve jejaka yang menjanjikan anda perkara yang sama seperti Naruhito janjikan Masako, 27 tahun yang lalu:

"Boku ga, isshō zenryoku de o-mamori shimasu" (Saya akan melindungi awak, dengan sepenuh kekuatan, hingga ke hujung hayat).


- Ayman Rashdan Wong -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2019 04:49 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 6-5-2019 04:51 PM

SAMURAI KRISTIAN





Pemberontakan Shimabara




Lukisan Takayama Ukon oleh artis Filipina, John Andrew Sustaita.




Tugu Takayama Ukon di Plaza Dilao, Manila.


Semasa pihak Portugis tiba di Jepun sekitar tahun 1549 dahulu, mereka membawa bersama dakyah kristianiti dengan bantuan mubaligh Jesuit.

Ketika ini juga, negara Jepun dalam kancah perang saudara sesama mereka. Ia suatu periode atau era yang dikenali sebagai Era Sengoku. Iaitu di mana beberapa orang hulubalang atau panglima perang (warlord), berada dalam keadaan konflik berterusan terhadap satu sama lain demi kawalan atau penguasaan ke atas negara Jepun.

Keadaan konflik yang berterusan ini secara tidak langsung membantu menyebarkan agama kristian di Jepun. Oleh kerana golongan samurai, terutama sekali golongan yang dikenali sebagai "Ronin", yakni samurai tidak bertuan, menjadikan krisitan agama mereka seterusnya menjadikan Jesus itu sebagai tuan mereka.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan samurai atau ronin yang beragama kristian ini juga tidak seperti saudara mereka yang beragama buddha dan memegang nilai tradisi pahlawan Jepun, iaitu dengan melakukan "Seppuku".

Seppuku ini adalah perbuatan bunuh diri ritualistik untuk menebus kembali maruah. Akan tetapi, di dalam agama kristian, bunuh diri itu satu dosa. Oleh itu, samurai atau ronin beragama krisitan ini memilih untuk bertarung dan bertempur sampai mati.

Antara nama besar samurai beragama kristian paling dikenali ialah Takayama Ukon. Takayama Ukon mula berkhidmat di bawah naungan Oda Nobunaga, dan kemudian dibawah pewarisnya iaitu Toyotomi Hideyoshi. Dalam erti kata lain, Takayama Ukon ni bukan calang-calang orangnya.

Tetapi, selepas peralihan pemerintahan kepada kerajaan di bawah kawalan Tokugawa Ieyasu, kira-kira pada tahun 1611, layanan baik yang diterima oleh penganut kristian sebelum ini telah ditarik balik, dan agama kristian itu dihalang daripada disebar serta dipraktikkan. Pada masa yang sama, gereja-gereja juga turut dimusnahkan.

Penganut kristian berpangkat tinggi seperti Takayama Ukon juga telah dibuang negeri. Beliau kemudian berhijrah ke Manila, Filipina, tempat di mana beliau mati setahun kemudian.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada Disember tahun 1637, tekanan demi tekanan seperti kenaikan cukai dan seksaan terhadap penganut kristian, telah menjadi pencetus kepada peristiwa yang kini dikenali sebagai Pemberontakan Shimabara atau "Shimabara Rebellion".

Ia lebih menakjubkan apabila salah seorang daripada pemimpin gerakan pemberontakan ini, terdiri daripada seorang remaja lelaki berumur 16-17 tahun. Beliau dikenali dengan nama Amakusa Shiro.

Boleh dikatakan sangat memalukan bagi pihak pemerintah Tokugawa, kerana telah meminta bantuan daripada pihak Belanda untuk menundukkan pemberontakan ini. Namun, gerakan pemberontak akhirnya berjaya dimusnahkan secara total.

Kekalahan tersebut telah menyebabkan lebih kurang 37,000 orang pemberontak dipancung termasuklah Amakusa Shiro.

Kepalanya yang dipancung itu juga telah dipacakkan menggunakan sebilah tombak, dan dipertontonkan di khalayak ramai di tengah-tengah bandar Nagasaki.


Sumber : -


1. Sansom, George. A History of Japan, 1334-1615. Stanford: Stanford University Press. (1961)

2. Jonathan Clements. Christ's Samurai : The True Story of the Shimabara Rebellion. London: Robinson (2016)



- Shahmil Hafiz Syed Kamaruddin -





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2020 10:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2020 11:22 PM | Show all posts
PENAKLUKAN MONGOL (DINASTI YUAN) / KORYO (GORYEO) KEATAS PULAU TSUSHIMA (1274)



Artwork : Liu Yonghua 刘永华







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2020 01:39 PM | Show all posts
Japanese Sword














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
atan replied at 3-10-2005 02:37 PM
off topic kejap..

ERA JOMON-SHIKI & YAYOI

Good info sharing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 09:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 09:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 09:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 06:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 06:57 PM | Show all posts
Origin Japan Name For Malayan (Japung / Jepun)








Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:54 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 18-3-2022 06:57 PM
Origin Japan Name For Malayan (Japung / Jepun)

Yamato ni bukan keseluruhan jepun rasanya...tapi masa zaman Asuka kot, kerajaan ni dipanggil Yamato...kawasan tertumpu kat bahagian barat shj..satu pulau honshu tu baru dikira Jepun ataupun Nippon...



Pasal nama asal Jepun ni ntahlah....macam tak kena nama melayu "japung"...tang mana mataharinya?...kalau dalam Kanji baru betul nampak mataharinya tu (日本) ada matahari dan batang kat situ...sekadar menyanggah konspirasi...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 01:23 AM | Show all posts

Maharaja Meiji vs Kerajaan Meiji

Edited by Suke-dono at 22-3-2022 01:25 AM
HangPC2 replied at 6-12-2015 07:55 AM
MIKADO MEIJI : PEMIMPIN YANG LAHIR SETIAP SERATUS TAHUN

Ada kesalahan kefahaman kat sini...semua yg ditulis dah betul kecuali revolusi Meiji ni bukan Maharaja Meiji yg buat. Maharaja Meiji ibarat mcm Agung kita la...yg buat dasar2 ni anggota "Kerajaan Meiji" yg pada waktu itu dikuasai Satsuma+Choshu punya orang...Maharaja hanya turunkan perkenan sahaja. So for me, artikel ni menggunakan tajuk yg agak menyeleweng....walaupun agak setuju dgn kesimpulan penulis di akhir artikel.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 02:44 AM | Show all posts
Edited by Suke-dono at 23-3-2022 02:49 AM

Malas nak quote pasal post lama. Lagipun forum cari ni quote tak boleh expand so senang hilang konteks. So I screenshot je lah post dari page awal ni...



Soalan yang menarik dari tahun 2005...fuhh time ni kalau tanya I pun belum tentu boleh jawab. Tapi sekarang lepas rajin tgk japanese historical drama rasanya boleh lah jawab sikit2.

S: Kenapa Oda Nobunaga Sering Digambarkan Sebagai Jahat, Kejam dan Sadis?
J: I assume brader/sister ni cakap based on apa yg ditunjukkan di dalam filem dan drama lah ye. Sebenarnya ada byk portrayal kpd watak Nobunaga ni, tapi beliau takdalah digambarkan sebagai arc-villain...setiap tindakan beliau ada sebab musabab dan pada masa yg sama ada tindakannya itu yg agak ekstrem. Berikut adalah perwatakan Nobunaga yg biasanya boleh kita tgk dalam drama/filem

  • Berwawasan tinggi dan pada pertengahan hayatnya beliau cuba memecah tradisi samurai yg pada ketika itu bernaung dibawah sistem keshogunan dan beliau ada juga membuat sistem baru yg belum pernah wujud...antaranya reshuffle penempatan samurai2 bawahan beliau
  • Berfikiran moden melampaui zamannya dan suka benda2 baru terutamanya dari barat (portugis/belanda)...beliau juga pada penghujung hayatnya gemar mengumpul koleksi mangkuk teh (ironically dipanggil chawan) dan peralatan membuat teh
  • Pakar strategi perang...antara yg famous adalah Perang Okehazama (kalahkan tentera yg lebih kuat dgn tentera yg lebih kecil) dan Perang Nagashino (tentera Oda guna kaedah rapid fire sedangkan senapang pada waktu itu perlu dicucuh dan mengambil masa sebelum boleh ditembak)
  • Tak percaya tuhan...di akhir2 hayat (note: beliau bukan mati tua ya...so masih waras) beliau membuat satu kuil utk diri sendiri supaya disembah oleh rakyat...sebab tak percaya tuhan jugaklah menyebabkan beliau membenarkan Kristian masuk utk menyaingi pengaruh puak2 budha dgn mazhab tertentu yg ibarat kaduk naik junjung pada waktu itu
  • Tak menilai seorg pengikut dari segi keturunan tetapi kebolehan individu...ini menyebabkan ramai SBNU (samurai baru nak up) pada waktu itu dapat naik pangkat dgn cepat...antaranya adalah Toyotomi Hideyoshi dan Maeda Toshiie
  • Digambarkan masa mudanya sebagai kabukimono...geng2 baju kimono bunga berlagak samseng kampung dusun
  • Digambarkan juga sebagai seorg yg mempunyai masalah mental...ini disebabkan zaman kanak2 beliau dipisahkan dari ibu kandung (dgn harapan menjadi samurai yg kental)...tapi hal ini menjadikan Nobunaga sorg yg ada complex dan kemuncaknya beliau terpaksa bunuh adik kandungnya sendiri...dan ibu Nobunaga teramat benci beliau kerana hal ini
  • Pernah melakukan tindakan drastik dgn membakar keseluruhan kawasan Kuil Budha di Bukit Hieizan tanpa belas kasihan...semua yg ada disitu dibakar dan dibunuh termasuk kanak2 dan wanita...(mungkin inilah yg dikatakan sadis tu kot)...tapi byk naskah2 membuat intepretasi yg pada waktu itu sami2 di Hieizan bukannya mengamalkan ajaran Budha...mereka berfoya2 dgn perempuan dan meminum arak...serta memiliki tentera yg tersendiri (sami mana boleh angkat senjata patutnya)...so Nobunaga takda rasa bersalah langsung ke atas peristiwa tersebut
  • Suka menguji kesetiaan pengikut dan sekutunya....Nobunaga pernah mengarahkan Tokugawa Ieyasu menghukum bunuh anaknya sendiri atas alasan anak Ieyasu tadi cuba berpakat dgn Takeda Clan...Nobunaga juga sering merampas kawasan/penempatan/istana pengikutnya dan ditukar ganti dgn tempat2 yg lain yg mungkin tak sama nilai...Ini adalah penyebab kepada kemarahan Mitsuhide yg akhirnya derhaka dan membunuh Nobunaga

S: Takda Orang Nak Sanjung Ke Dia?
J: Harap jawapan kepada persoalan ni dah terjawab di atas

S: Siapakah Sebenarnya Yg Menyatukan Jepun?
J: Kalau ikut skema jawapan, ada 3 org yg menyatukan jepun. Oda Nobunaga --> Toyotomi Hideyoshi --> Tokugawa Ieyasu
Dia mesti kena ada tiga ni sebab kalau takda Nobunaga yg genius, takda lah Hideyoshi yg "wannabe"...Hideyoshi ni copy paste cara Nobunaga....Tokugawa pulak dia hanya polish the system dan learn from mistake 2 org ni buat.

Beberapa perkara penting
Penyatuan Jepun bukanlah total penyatuan. Lebih kepada penyatuan yg terpaksa. Penyatuan yg paling menyeluruh adalah semasa Keshogunan Tokugawa, di mana sesetgh Daimyo (samurai yg menguasai negeri yg besar) terpaksa rela utk setia kpd Tokugawa di atas beberapa peraturan yg ditetapkan akibat daripada aftermath ketika Perang Sekigahara. Walaubagaimanapun, Daimyo bebas membuat apa sahaja di tanah seliaan mereka asalkan tidak menyalahi undang2 dan peraturan keshogunan (kuasa autonomi setempat). Ini yg menyebabkan politik Jepun sedikit unik..walaupun sempatlah menjadi aman tanpa perang besar dalam tempoh Keshogunan Tokugawa selama 200 tahun.

Oda Nobunaga tidak pernah menjadi Shogun. Ini kerana ketika beliau mempunyai pengaruh yg besar, Shogun sedia ada (yg dah hilang power) masih lagi hidup. Pangkat Nobunaga adalah Daijo Daijin (Ketua Menteri)

Toyotomi Hideyoshi tidak mewarisi Nobunaga. Tetapi beliau menggunakan tipu helah yg kononnya ingin menjadi pengasuh kpd cucu Nobunaga yg masih kanak2. Pada mulanya beliau hanyalah memerintah secara de facto, namun akibat "org jepun mudah kena lipak", beliau akhirnya menjadi pemimpin mutlak....cucu Oda tadi telah dijadikan anak angkat beliau namun telah meninggal secara misteri pada usia muda.

Toyotomi Hideyoshi juga tidak pernah menjadi Shogun. Tetapi beliau terlebih bijak dgn melobi istana utk mendapatkan pangkat Kampaku (Penasihat Maharaja). Ini merupakan pangkat tertinggi yg pernah dikecapi oleh mana2 samurai di Jepun...pangkat ini biasanya hanya diberi kpd golongan istana (Nobel). Oleh kerana pangkat yg tinggi inilah yg menyebabkan semua Daimyo termasuk Tokugawa terpaksa tunduk kepada beliau....walaupun Tokugawa berdegil pada mulanya. Pangkat yg besar ini juga bakal menjadi perangkap kepada pewaris Hideyoshi nanti sebelum dilipak pula oleh Tokugawa Ieyasu.

Zaman pemerintahan Nobunaga dan Hideyoshi ini telah diklasifikasikan sebagai Era Azuchi-Momoyama kerana sistem pentadbiran yg unik yg berbeza dari Keshogunan Ashikaga sebelumnya. Di era ini juga tiada Sistem Keshogunan.

Walaupun bunyi gempak, penyatuan Jepun kononnya....tapi ianya dipenuhi dengan pengkhianatan demi pengkhianatan. Oda mengkhianat Keshogunan Ashikaga...Toyotomi mengkhianat Oda...Tokugawa mengkhianat Toyotomi....geng2 revolusi Meiji akan mengkhianat Tokugawa pula nanti


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 01:00 AM | Show all posts
Edited by Suke-dono at 24-3-2022 01:21 AM

Another screenshot dari page depan



Sebenarnya perang Jepun-Korea ni ada byk circumstances (berdasarkan apa yg sering diportray di historical drama):

  • Samurai dan para tentera tak boleh adapt kehidupan di tanah asing....ramai yg dapat penyakit dan ini yg menurunkan moral org2 jepun
  • Silap perancangan apabila org jepun guna blueprint perang di jepun...kalau di jepun, lepas dapat takluk satu2 negeri, rakyat negeri tersebut automatik akan kena bayar cukai serta boleh dikerah menjadi tentera...apabila di korea tentulah mustahil rakyat korea utk setia dgn pemerintah jepun apatah lagi utk menjadi tentera
  • Tentera jepun di korea terpaksa mengharapkan provision dari jepun...haha...mereka tak boleh nak re-generate makanan kerana tiada kerjasama dari rakyat setempat...byk kapal jepun penghantar bekalan telah dihalang masuk oleh pihak korea
  • Hideyoshi memanggil balik tentera dari perang yg pertama dikaitkan dgn kesedihan beliau apabila ibunya meninggal...ibu Hideyoshi adalah salah seorang yg menentang keras ekspidisi menyerang Ming
  • Perang ke-2 sebenarnya tidak mendapat sokongan ikhlas dari Daimyo2...sebab itulah moral tentera rendah dan perang ini ibarat perang yg menghabiskan beras semata2...antara faktornya ialah kebencian para Daimyo terhadap Ishida Mitsunari, org kanan Hideyoshi
  • Apabila Hideyoshi meninggal, tentera jepun dipanggil balik secara berperingkat2 sekaligus menamatkan perang yg ke-2 ini

Kalau ikutkan, kekalahan perang Jepun-Korea bukanlah penyebab utama kepada kejatuhan Pemerintahan Hideyoshi...ada byk faktor lain yg kompleks yg telah berjalan lebih awal daripada itu lagi:

Penyisihan Daimyo2 dan Samurai2 Otai
Mereka yg otai dan telah byk berjasa kpd Hideyoshi telah diketepikan oleh org kanan beliau, Ishida Mitsunari...ini menyebabkan byk daimyo dan samurai2 berasa kecil hati dan mula berpaling kpd Tokugawa Ieyasu...

Keluarga Toyotomi Adalah Samurai Jadian
Keluarga Samurai yg asli disokong oleh para samurai retainers tradisi. Ini tiada dalam keluarga Toyotomi..kerana Hideyoshi anak seorg petani. Hideyoshi hanya disokong oleh adiknya sahaja (yg meninggal lebih awal sebelum perang korea) dan anak2 angkat beliau yg mentah (Ishida ialah salah sorg anak angkat beliau)...pengikut2 yg lain adalah dari kalangan Daimyo yg menyokong Oda suatu masa dahulu...mereka mempunyai kepentingan sendiri jadi tidak dapat memberi sepenuh kesetiaan kpd Keluarga Toyotomi...tambahan lagi perangai Ishida yg menyisihkan otai2 spt di atas

Tokugawa Faction
Semasa Hideyoshi melancarkan perang kpd mereka yg masih berdegil utk tunduk kpd beliau, Tokugawa telah mula berbaik2 dgn Daimyo dari timur...antara yg paling signifikan adalah Date Masamune... Perlu diingatkan juga Tokugawa adalah keluarga samurai sebenar jadi beliau memiliki para retainers tradisi yg setia...ini yg membezakan antara Tokugawa dan Toyotomi, ibarat langit dan bumi

Masalah Pewaris
Hideyoshi terkenal sebagai seorg kaki perempuan..beliau ada retusan gundik namun tiada sorg pun yg dapat mengandungkan zuriat Hidyoshi sekaligus sbg pewaris keluarga Toyotomi....kecuali hanya Yodo-dono (Chacha) shj yg berjaya memberikan beliau zuriat...itupun anak pertama ini mati pada usia yg muda.

Akibat daripada itu dan mengambil kira usia beliau yg telah lanjut, Hideyoshi menjadikan anak saudaranya sebagai anak angkat dan dinamakan sebagai pewaris Toyotomi. Hideyoshi bersara dan memberi laluan kpd anak angkat ini (Hidetsugu) utk mengambil alih jawatan Kampaku. Walaubagaimanapun, Hideyoshi menggelarkan dirinya sebagai Taiko Denka dan masih memiliki kuasa secara de facto.

Namun, perkara yg tak disangka berlaku apabila Yodo-dono mengandungkan anak yg kedua. Dengan lahirnya anak kedua ini, maka bermulalah konflik pewaris dalam keluarga Toyotomi. Hidetsugu akhirnya telah dituduh cuba menderhaka berkat dari konspirasi Ishida Mitsunari dan telah dihukum berkurung di kuil. Hidetsugu bagaimanapun melakukan seppuku. Gundik2 serta anak2 Hidetsugu juga telah dihukum pancung di hadapan org ramai tanpa belas kasihan.

Dengan kematian Toyotomi Hodetsugu, cerahlah masa depan anak Hideyoshi utk mewarisi takhta. Namun permasalahan yg sebenar ialah jawatan Kampaku ini tidak boleh diisi oleh anak yg masih kecil....dan Hideyoshi pula sudah bersara maka kosonglah jawatan Kampaku tersebut. Di sinilah kesilapan terbesar Hideyoshi dan antara faktor penting bagaimana Tokugawa boleh memutarkan keeadaan setelah kematian Hideyoshi nanti.

Keyperson Kejatuhan Toyotomi
Nampak tak nama yg diboldkan di atas? Haha...beliau ini (Ishida Mitsunari) merupakan kambing hitam yg paling famous dalam kejatuhan Toyotomi....seterusnya membawa kpd terjadinya perang Sekigahara, dimana beliau kalah dan dihukum pancung.

Peralihan Toyotomi Kepada Tokugawa
Tamatnya Perang Sekigahara bukanlah bermakna Tokugawa terus mendapat kuasa. It doesn't work like that. Tokugawa terpaksa menggunakan helah dan kebijaksanaan para pengikutnya utk mencari jalan yg terbaik dan lancar supaya kuasa beliau diiktiraf. Maka beliau melobi istana utk mendapatkan gelaran Shogun yg jauh lebih bawah dari Kampaku, utk mengaburi mata Yodo-dono yg merupakan de facto leader kpd Toyotomi setelah tamatnya perang sekigahara.

Seterusnya, Tokugawa Ieyasu telah mewujudkan Keshogunan namun melepas jawatan Shogun utk memberi laluan kpd anak beliau, Tokugawa Hidetada sbg Shogun ke-2. Ieyasu bagaimanapun masih berkuasa secara de facto sebagai Shogun-Bersara. Apabila terjadinya peralihan 1 generasi kpd generasi yg lain, maka Keshogunan Tokugawa bolehlah dianggap sebagai established.

Dalam masa yg sama Yodo-dono masih dibuai dgn kejayaan lampau dan janji2 manis bahawa Tokugawa Ieyasu akan memberi jawatan Kampaku kepada anaknya. Keluarga Toyotomi hanya lenyap setelah Tokugawa melancar serangan ke atas Osaka Castle pd 1614. Di atas kekalahan ini Yodo-dono dan Toyotomi Hideyori (anak Hideyoshi) terpaksa membunuh diri mereka.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2023 10:52 AM | Show all posts
Potongan Rambut Chonmage Pada Zaman Edo (Abad Ke-16 Hingga Abad Ke-19)



Terkenal Kepada Golongan Samurai, Pedagang, Pengusti Sumo Dan Orang Kebanyakan (Marhaen)








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2024 01:13 PM | Show all posts
Miyamoto Musashi VS Sasaki Kojiro




Painting Depicting The Duel Between Musashi And Kojiro (Photo PPF)


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.085988 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list