CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cak!

SENARAI 1ST ELEVEN MALAYSIA PALING KUAT MASA INI

[Copy link]
Post time 3-6-2008 12:26 PM | Show all posts

Akmal tidak terpilih

Oleh Bazly Azmi
[email protected]

PENYERANG negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bertekad menjadikan Piala Malaysia, bermula 11 Jun ini, sebagai medan membalas dendam kegagalannya terpilih mewakili Malaysia untuk aksi persahabatan menentang Indonesia di Surabaya, Jumaat ini.

Malah, Akmal, 27, akur dengan keputusan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan menggugurkannya apabila menganggap sudah mempamer aksi terbaik sepanjang kem latihan pusat sejak dua minggu lalu.

揟empoh dua minggu mengikuti kem latihan skuad kebangsaan berjaya meningkatkan keyakinan saya sebelum kembali ke pangkuan Selangor menjelang Piala Malaysia.

揂pa yang saya harapkan, jurulatih Selangor, Dollah Salleh lebih kerap menurunkan saya dalam kesebelasan utama untuk membuktikan kemampuan dalam Piala Malaysia demi terpilih mewakili Malaysia pada kejohanan lain pada masa depan,
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 3-6-2008 12:38 PM | Show all posts

Reply #161 jofizo's post

ramai pemain2 best digugurkan..

alasan injured..harap2 psnih disenaraikan blk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 05:41 PM | Show all posts
sathia saje nak bakar semangat akmal kot..kekekekek..

ayoh akmal!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 11:43 PM | Show all posts
Liew Kit Kong, Pak Long, Guna sume xde...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:38 AM | Show all posts

Tuah memihak Akmal

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

Sathia terpaksa panggil semula ganti Shafizan yang cedera

SEHARI selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kembali tersenarai dalam barisan 20 pemain terakhir yang akan berdepan Indonesia pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Surabaya, Jumaat ini.

Kecederaan paha yang dialami pemain pertahanan Kedah, Shafizan Hashim selepas perlawanan persahabatan dengan Rejimen Askar Melayu Di-raja (RAMD) kelmarin membuka peluang kepada Akmal untuk kembali disenaraikan.

Bagi Akmal, dia bersyukur apabila kembali disenaraikan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan dan kini mahu membuktikan kemampuannya jika diturunkan berdepan Indonesia.

"Saya berterima kasih kepada Sathia kerana masih menaruh kepercayaan kepada saya, dan saya kini harus membuktikan bahawa saya masih layak bergelar pemain kebangsaan.

"Selaku penyerang, satu cara untuk membuktikan kemampuan saya adalah dengan meledakkan gol berdepan Indonesia walaupun jika saya hanya diturunkan sebagai pemain gantian, " kata Akmal.

Kali terakhir dia menyarung jersi negara berdepan Indonesia adalah ketika tewas 0-1 pada saingan separuh akhir Piala Tiger 2002, dan bekas pemain belia kelab Strasbourg itu mahu menebus kekalahan kepada republik itu.

"Kami adalah pasukan lebih baik ketika itu, tetapi jaringan Bambang (Pamungkas) menafikan kemaraan kami. Kini, Sathia sudah mengingatkan pemain supaya berasa yakin apabila berdepan Indonesia.

"Dengan adanya keyakinan, saya percaya kami mampu mencatatkan keputusan positif di Surabaya nanti yang akan menjadi pembakar semangat buat pemain menghadapi Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Disember ini, " katanya.

Sementara itu, Sathia menegaskan Akmal tetap seorang pemain istimewa pada penilaiannya dan pengendali itu juga merasakan penyerang Selangor itu masih mampu menyumbangkan sesuatu kepada bola sepak Malaysia.

"Negara kita tidak mempunyai ramai penyerang seperti Akmal, dia seorang penyerang yang mempunyai kebolehan semula jadi untuk menjaringkan gol dan ciri-ciri itu membolehkannya memiliki keistimewaan sendiri.

"Saya berharap Akmal akan menggunakan peluang berdepan Indonesia untuk membuktikan kemampuannya bersama skuad kebangsaan, dan juga berusaha mengekalkan tempatnya sehingga Piala AFF, " kata Sathia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 09:39 AM | Show all posts

Follow Us
Post time 4-6-2008 03:22 PM | Show all posts
shafizan pun injured??? dem la weh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #167 moist's post

ramai pemain Kedah xlekat..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-6-2008 04:45 PM | Show all posts
waa..akmal masuk balik..
thiru pun tak masuk ke?sape main bek kanan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:47 AM | Show all posts

Indonesia uji Malaysia di Surabaya

KUALA LUMPUR - Jurulatih negara, B. Sathianathan menampilkan adunan pemain bawah 23 tahun dengan tonggak senior pada kesebelasan utamanya apabila menghadapi Indonesia dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Surabaya, hari ini.

Ia tampak seperti eksperimen terbarunya selepas kerap bergantung kepada kebanyakan pemain bawah 23 tahun walaupun bagi perlawanan bertaraf senior seperti Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia 2010 pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Di gawang, Sathianathan menaruh kepercayaan buat kali pertamanya kepada penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang tidak pernah bermain di peringkat senior antarabangsa tetapi merupakan antara tonggak mempertahankan gelaran Liga Super Sang Kenari.

"Di benteng tengah, saya akan turunkan Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan Radzak sambil diapit Daudsu Jamaludin (bek kanan) dan Irwan Fadly Idrus selaku bek kiri," katanya kepada Utusan Malaysia menjelang perlawanan di Stadium Gelora 10 November, Timbaksari, Surabaya itu.

Turut hadir sebagai muka baru di bawah Sathianathan ialah Hardi Jaafar yang kali terakhir mewakili negara pada Piala Asia, Julai lalu dan tonggak tengah Perak itu bakal berganding bahu dengan ketua pasukan, Shukor Adan.

"Saya akan menggunakan kelincahan Amirulhadi Zainal di sayap kanan dan pengalaman Indra Putra Mahayuddin sebagai sayap kiri sementara Zaquan Adha Radzak dan Safee Sali selaku gandingan serangan Malaysia," katanya.

Mengenai Indonesia yang dibimbing Benny Dollo, Sathianthan berkata: ''Mereka pasti mempunyai kelebihan selain selaku tuan rumah apabila baru menimba pengalaman menentang kelab handalan Jerman, Bayern Munich (kalah 1-5 dalam persahabatan, bulan lalu).

"Saya dapati keadaan padang stadium ini tidak berapa elok bagi kami tetapi anggaran saya, perlawanan ini mampu disaksikan kira-kira 40,000 penonton tempatan."

--------------------------------------------------

so terjawablah sudah barisan yg akan diturunkan oleh Sathia bertemu Indonesia mlm nanti.......

                                   Helmi

Daudsu--------------Norhafiz---------Aidil Zafuan---------Irwan

Amirulhadi-------------Hardi------------Shukor-----------Indra

                          Safee--------Zaquan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:59 AM | Show all posts
Zaquan jgan dok gah tang rambut jer ek............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #170 jofizo's post

khyril muhymeen leh jd supersub
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 07:53 PM | Show all posts

Reply #170 jofizo's post

khyril muhymeen xstarting pon??? indra yang men kiri? what is this.....aku bajet indon akan attack kiri malaysia. sebab kat c2 ade indra n norhafiz zamani..n shukor adan...so kite akan kene tiaw...just hope that im wrong..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 12:30 PM | Show all posts

Stern tests for national teams

---------deleted---------

[ Last edited by  jofizo at 3-7-2008 12:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 12:32 PM | Show all posts

Stern tests for national teams

Date: 03/07/2008

Kedah forward Khyril Muhymeen Zambri is among seven players bound for China and India later this month

THE national senior team and their Under-23 cousins will be heading for different routes this month as coach B. Sathianathan bids to form a decent side ahead of the Chelsea clash on July 29.

  While the Under-23 squad are bound for China next week, the senior team will travel to India later this month.

  Sathianathan抯 immediate task is to prepare the Under-23 side to take on China Olympic team coached by Ratomir Dujkovic at Yanbian on July 13.

  The national senior team, primed for the AFF tournament later this year, will take on India at Hyderabad on July 22.

  Sathianathan and his assistants Zaki Sheikh Ahmad, Ismail Ibrahim and Mazlan Wahid have selected 18 players for the China trip. From the 18, seven have also been called up for the India trip.

  They are defenders Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin, midfielders Azi Shahril Azmi, Amirulhadi Zainal and strikers Zaquan Adha Abdul Radzak and Khyril Muhymeen Zambri.

  The Under-23 squad will report for duty at Wisma FAM on July 7, while the senior team will do so on July 16.

  揥e were invited to play China as they prepare for the Beijing Olympics in August. It gives me the chance to gauge the form of those who might have the chance to play for the senior team,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:58 PM | Show all posts
better

mieyeh

thiru andrag aidil shafizan

meen shukor indra amirul

safee zaquan

ahaks my opinion only
Gud Luck
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 29-7-2008 09:00 PM | Show all posts

Lagu ni pun bley kot

mieyeh

thiru / saiful sabtu / aidil / shafizan

meen / shukor / indra / amirul

safee / zaquan

4-4-2

[ Last edited by  Don_Kelana at 29-7-2008 09:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 09:00 PM | Show all posts

Just My OpiniOn

xpun.. kita bley taruk penyerang muda terengganu ashaari shamsudin sebagai striker bergandingan dengan safee dan super sub striker kita kasi rafizal rozali (player penang)
insya'allah

[ Last edited by  Don_Kelana at 29-7-2008 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 09:01 PM | Show all posts

Ulasan tentang 1st eleven Malaysia 2008

Kebanyakan 1st eleven malaysia skrg tidak mengikut form semasa. Tapidiserapkan kerana reputasi zaman dolu2 walhal sekarang mereka tidaklagi seperti dolu2. Itu masalahnya.. Kebanyakan player di ambil dikalangan pasukan-pasukan bawahan dalam kancah Liga Malaysia.
Cth macam Syed Adnie tahun lepas and tahun ni. Main ngan UPB-Myteamlepaih gol bapa banyak. Gol semua cemey2. tapi lekat kebangsaan, AzizonKadir tahun lepas juga.. n9 kena belasah 7-0 ngan Kedah last year dantidak termasuk bolos2 dgn team lain lagi.. lekat juga jadik keeperkebangsaan. Aku pun xtau atas kriteria apa diaorg ni pilih.

Cth lain..
Hairuddin Omar, Irwan Fadli dan Nazaruddin Yusof di mana jika dibandingkan player2 muda yang lain lebih menyerlah seperti
Zaquan, Nurul Azwan Roya, Fahruzzahar Ali, S.Kunalan, Badrol Bakhtiar dan Farderin Kadir.
Pemain2 muda ini tidak diketengahkan dengan sewajarnya walhal apabilamereka bermain dengan pasukan-pasukan yang bleh menggapai kedudukanpertama, kedua dan ketiga dalam Liga Malaysia. Namun pilihan coachtetap pemain2 yg sedang bermain bersama-sama pasukan yang mendiamikelas pertengahan malahan bawahan. WTF!

Aku tak tahu la.. samada silap percaturan drp coach atau coach itu sendiri dipacu oleh pengurusan lain.
So aku harap, untuk piala tiger tahun ni insya'allah kita dapat melihat pemain2 yang betol2 on form!

Ingat.. patrick kluvert mmg hebat! tapi form dia jatuh.. terus x lekat,Ronaldo? Ronaldinho? David James pun pernah tersingkir dek performancebeliau yg merudum dan dipanggel semula.. dan ramai lagi..

Ayuh.. tuluslah dalam memajukan bola sepak Malaysia.. Insya'allah

Don Vito Kelana

[ Last edited by  Don_Kelana at 29-7-2008 09:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #179 Don_Kelana's post

aku pun rasa camtuh jgak......buang jele player2 yang dah tua tuh...harapkan pengalaman jer..tp pengalaman kalah ada laa...amik jer sume player baru...fresh.....nasib baik smlm helmi eliza main...klo syed adney main lg, mmg coach malaysia macam h*r*m.......tp still xpuas ati...buang jele hairuddin, irwan, shukor adan tuh...buang masa jer...player lain mcm badrul bakhtiar, fadly baharom pun ada...sia2 jer antar p chealsea berlatih..tp xmau guna..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.078623 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list