CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Masalah Pendatang Asing di Malaysia : Latest: Melebihi Masyarakat India -

 Close [Copy link]
Post time 24-7-2007 10:44 AM | Show all posts
Markas warga asingOleh Rahmat Othman


SIK: Lebih 1,000 penduduk Kampung Pulau Belantik, Kampung Kota Aur, Kampung Charok Tenang dan Kampung Charok Keladi di sini, bimbang apabila jumlah pendatang asing semakin ramai di kampung itu sejak lebih sebulan lalu.

Difahamkan, lebih 200 pendatang asing terdiri dari warga Indonesia, Vietnam dan Thailand, bekerja sebagai penoreh getah di ladang getah berdekatan sejak tiga bulan lalu dan tinggal dalam bangsal di situ.


Penduduk bimbang kehadiran pendatang asing dalam jumlah agak besar akan menimbulkan pelbagai masalah sosial termasuk kecurian dan pergaduhan berikutan ada kes membabitkan golongan itu pada tahun lalu.

Penduduk, Azlan Ahmad, 40, yang tinggal di Kampung Pulau Belantik, berkata kehadiran pendatang asing yang semakin ramai itu menyebabkan mereka perlu berhati-hati untuk meninggalkan rumah.

Menurutnya, penduduk tidak mahu berlaku perkara tidak diingini hingga mereka kini dihimpit keresahan untuk meninggalkan rumah kerana ditakuti berlaku kes pecah rumah.

Justeru, katanya, penduduk merayu pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu bagi mengelak masalah yang sama berulang lagi.

揝ekiranya berlaku kejadian tidak diingini, bukan mudah untuk mengesan mereka kerana selalunya pendatang asing cepat melarikan diri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 01:06 PM | Show all posts
Warga asing ganas

PEMBABITAN pendatang asing dalam jenayah kekerasan amat membimbangkan berikutan peratus pembabitan mereka kini semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.

揃agi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 17 kes jenayah bunuh dicatatkan berbanding 16.4 kes sepanjang tahun lalu manakala 18 kes samun berkawan dan bersenjata api dicatatkan sehingga Jun berbanding 19.1 sepanjang tahun lalu.

揔es samun bersenjata api dan rogol pula masing-masing mencatatkan lapan dan tiga kes berbanding 11.3 dan 2.8 kes pada 2006,
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 06:50 PM | Show all posts
tiap hari kita aysik dok ckp benda yg sama juga...

kita tak blh jugak nak salahkan kerajaan 100% dgn masaalah PATI2... sebagai rakyat
msia pun kenalah bantu sama...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 07:18 PM | Show all posts
aku terbelek paper lama dalam tahun 80an begitulah dan aku lihat perkara ni dah lama diperkatakan mungkin pelaksanaannya saja yang tidak kuat atau sekadar anjing menyalak bukit dan kerana itu perkara ini terus berlanjutan dan semakin lama makin  teruk. Malah indon tak takut pun datang walaupun tak der permit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:23 PM | Show all posts
kerajaan tak tegas 1 hal kita pulak tak perihatin dg PATI sebab 2 depa makin ramai...

bukan aja rakyat indon, myamar, bangla... tapi rakyat dari singapore pun ada jugak
yg msk tak keluar... brapa tahun lepaskan ada 1 menteri ckp rakyat singapore pun
ada yg jadi PATI kat msia...
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 26-7-2007 10:10 AM | Show all posts
Pendatang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2007 10:55 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Jenayah pendatang asing ni ada puncanya.

Ada yang dari awal lagi buat jenayah kat negara diorang kemudian cuba lari luar negeri masuk sebagai pekerja legal/illegal kalau illegal tak tentu kerjanya ada hari-hari. ada majikan yang main sapu je ada yang takut nak menggaji yang tak berpermit ni atau permit dia diragui.

Ada yang kat sana bergaduh dengan suami kemudian nak bawa diri jadi maid kat sini. Kalau dapat pula majikan yang main suruh2 je tanpa belas, boleh jadi dia balas dendam dengan dera anak majikan, mencuri atau membunuh. Contohnya yang banyak berlaku kat Arab.

Ada yang dah pernah pi Malaysia sebelum ni tapi ingat nak masuk malaysia lagi kena ulang buat pasport baru sedangkan pasport belum expired. Jadi bila nak buat baru tukar identiti contoh daripada nama agustina jadi tina je lepas tu ina lepas tu tin. Kena tukar sebab ada majikan yang tak berapa suka ambil yang pernah sebab takut demand tinggi.

Ada yang kejutan budaya. Masa kat sana tengok pokok , sawah , hutan sekarang nampak hutan batu, kemewahan so nak merasa apa yang orang kaya  buat, nak berseronok2 kat kelab2 akhirnya tersilap langkah ambil pil / dadah

ada yang tak salah pun tapi dipandang salah contoh ada berlaku seorang pekerja legal naik sebuah teksi ke rumah kawannya, kemudian sebelum turun sidriver teksi ni tanya mau jadi girl friend dia ka atau mau dia kenalkan dengan  org lain aka buat maksiat la. So trauma nak naik teksi budak tu. ada juga yang kena kejar dengan penyeluk saku. atau diganggu waktu berjalan.

Yang sedihnya rakyat kita sendiri yang ganggu tapi ada kalanya rakyat asing dari kelompok lain.

daripada pengalaman sendiri:
Sabah (Malaysia) pernah gaduh dgn Filipina , pasal perempuan
(dalam kumpulan)
Vietnam gaduh filipina, pasal kerja (dalam kumpulan)
nepal gaduh indo, pasal perempuan (dalam kumpulan)
vietnam gaduh vietnam pasal vietnam illegal nak pau yang legal (kumpulan serang individu)
Filipina gaduh Filipina pasal kerja (individu)
malaysia gaduh indo pasal kerja (individu siap guling2)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 07:57 AM | Show all posts

Laporan Khas: Pekerja asing melebihi masyarakat India

KUALA LUMPUR: Jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara inikini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesardi Malaysia.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu yang dikeluarkan JabatanImigresen dan Bahagian Perangkaan Demografi Jabatan PerangkaanMalaysia, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta manakala masyarakatIndia 1.88 juta.

Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram sertahampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Malah, menurut sumberBahagian Perangkaan Demografi, pertambahan penduduk India di negara iniagak perlahan berikutan beberapa faktor termasuk pengurangan tahapkesuburan wanita dan perkahwinan dalam usia lewat.

Pertambahan pekerja asing pula dijangka meningkat secara mendadakberikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang RancanganMalaysia Kesembilan (RMK-9).

Statistik unjuran kadarpertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negaraini akan melebihi dua juta orang, sedangkan masyarakat India ketika ituhanya seramai 1.93 juta.

Kenyataan itu disokong statistikJabatan Imigresen yang menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah7,000 orang setiap bulan dan dijangka terus meningkat dari semasa kesemasa.

Unjuran itu juga menunjukkan penduduk Malaysia kiniberjumlah 27.17 juta orang dengan masyarakat Melayu masih menjadi kaummajoriti, iaitu 13.77 juta, Bumiputera lain (2.9 juta), Cina (6.3juta), India (1.88 juta), lain-lain (326,000) dan bukan warga negaraatau pekerja asing (1.91 juta).

Pada 2009 pula penduduk negaraini dijangka meningkat kepada 28.306 juta orang dengan masyarakatMelayu berjumlah 14.409 juta, Bumiputera lain (3.128 juta), Cina (6.437juta), India (1.939 juta), lain-lain (340,000) dan bukan warga negaraatau pekerja asing (2.051 juta).

Timbalan Menteri SumberManusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asingmemang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukanlebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapatdigerakkan dengan lancar.

FAKTA NOMBOR
Statistik Jabatan Imigresen
dan Bahagian Perangkaan Demografi (dalam juta)


1.91 - Jumlah pekerja asing
1.88 - Masyarakat India

----

penah teringat tahun 2003 dulu lecturer aku berbangsa india penah cakap yg pendatang asing akan melebihi kaum india jika something tak dilakukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 08:04 AM | Show all posts
tidak mengapa..biar samyvellu yg akan menangani masalah seperti ini...
aku gerenti mmg dia akan menuding jari punyalaa dgn percakapan yg geli hati
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:26 AM | Show all posts
takut betul dgr kenyataan camnih..ada jugak Malaysia nih esok jadik negara pendatang..oh tidakk!!  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:33 AM | Show all posts
makmur sungguh negara ni boleh menyediakan pekerjaan utk 1.91 juta pendatang asing. apa ke yg best sangat Mesia ni yg dia orang berebut2 nak ke mari????
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:34 AM | Show all posts
in a +ve way, semangat pendatang asing nih kuat ... utk terus hidup, jd diorang sanggup susah2, tak mcm org kita yg rasa diri kita nih dah dlm comfort zone.

In a -ve way, pulak tu mrk tak tertakluk kpd undang2, sbb tu diorang tu boleh bukak kedai merata-rata, rumah tumbuh bak cendawan (yg elektrik, air, bahan binaan mungkin diambil dgn cara tak betul, & tax tak bayar :@ ) ... dulu ada statistik yg mereka nih menyumbang kpd 50% banduan, skrg ini pulak.

merdeka sangat Malaysia ni. jgn satu hari nanti dijajah semula. nak buat camna ye, banyak kes harapkan pagar, pagar makan padi ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:37 AM | Show all posts
no wonder la..memang dah dijangka dan x mustahil jumlah ittew akan melebihi jumlah penduduk di malaysia pula 10tahun akan datang kalau masalah ini tidak dibendung..
dan pada mase ittew baru kerajaan nak amik tindakan dan aku rase dah terlambat..
kadang2 terfikir juge ape faedahnye mengambil pekerja asing nie..
kalau xde dorang macam kite nie xleh wat keje..
semacam kite ni terpakse bergantung kerja ngan dorang..
ittew belum lagi PATI yang pihak berkuase terlepas pandang..
memang la rezeki kan dapat keje kat cni..
tapi kadang2 aku rase macam pendatang asing nie seperti mengambil kesempatan di atas kebaikan yang kite berikan pada mereka..
boleh kate kat mane2 mesti ada sorang dua pendatang asing..
bukan x boleh nak amik pekerja asing nie cume tolong lah ketat kan sikit prosedur ambil pekerja asing..
pas2 tolong la buat operasi PATI ngan lebih kerap..
kawal pintu2 sempadan dan kawasan yg disyaki tempat keluar masuk PATI dengan lebih ketat supaya mereka xde jalan lain lagi nak masuk..
insyaallah,kalu sume pihak berwajib ambil peranan dan menganggap benda ini sesuatu yg serius masalah kebanjiran pendatang asing akan terkawal dan selesai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:37 AM | Show all posts
btw kebanyakan kita asal dari golongan pendatang (mat indon) juga. parameswara & gerombolannya adalah pendatang mat indon versi dulu kala. raja2 melayu adalah golongan pendatang (bugis, arab). yg ori cuma sakai & jakun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 08:59 AM | Show all posts
jangan pasni pendatang lebey dari rakyat malaysia suda...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 09:20 AM | Show all posts
Taknak buat parti rakyat asing ke. Boleh jai komponen BN yang kuat ape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 09:24 AM | Show all posts
me rata
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by lipans at 13-8-2007 09:20 AM
Taknak buat parti rakyat asing ke. Boleh jai komponen BN yang kuat ape.


bagi IC free.......presidin Mas Joko.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 09:59 AM | Show all posts
tak lama lagi akan tertubuh parti politik baru Malaysian Alien Congress
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 10:06 AM | Show all posts
BIAR BETUL. SAMY VELLO PLS GIVE UR COMMENT.  INI ADA BUTOLLL KE.................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.075178 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list