CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2009 12:45 PM | Show all posts
Monday January 26, 2009
When paradise turned to hell
SHAHANAAZ HABIB REPORTING FROM GAZA

Night after night for the past two weeks, Noordin Samouni wakes up screaming: 揟hey shoot us. They kill us.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2009 08:52 PM | Show all posts
Sengsara di Gaza
Laporan dari Gaza oleh Mohd Jamillul Anbia Md Denin

SAYED Mansour Abou Warda, 3, menerima rawatan di Hospital Al Sifa di Jabirla, Gaza kerana cedera di mulut, pipi dan dagu selepas menjadi mangsa letupan bom fosforus yang digunakan tentera Israel.


Kesan bom fosforus Israel buat rakyat Palestin derita

KEKEJAMAN tentera rejim Zionis menggunakan bom fosforus, meninggalkan kesan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin dengan ramai masih terlantar di hospital akibat pelbagai kecederaan dan penyakit kronik, walaupun sudah lebih seminggu gencatan senjata berkuat kuasa.

Ketibaan pasukan bantuan antarabangsa ke wilayah ini turut membongkar rintihan sebenar rakyat Palestin yang bukan saja kehilangan ahli keluarga, malah terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat kesan senjata kimia itu.


Di beberapa hospital di bandaraya ini, ribuan penduduk Palestin yang menjadi mangsa serangan bom fosforus kini dirawat kerana kesan melecur pada tubuh dan pelbagai penyakit sampingan lain yang mungkin tidak dapat disembuhkan.

Wartawan Berita Harian yang melawat ke Hospital al-Sifa, di tengah bandaraya ini, semalam sayu melihat seorang daripada ribuan warga Palestin yang mendapat rawatan, bukan hanya melecur seluruh tubuh akibat bom fosforus, malah turut kehilangan empat anak serta suaminya.

Serangan rejim Yahudi menggunakan senjata terlarang itu menyebabkan mangsa, Sabah Abu Halmah, 45, hanya sekadar mampu melihat anak-anak kecilnya meronta kesakitan dan menjerit hiba sebelum tubuh mereka terbakar hingga rentung.

MANGSA serangan Yahudi terlantar di Hospital Al-Sifa' selepas terkena bom fosforus mengakibatkan kulit tangan melecur.

Suri rumah itu berkata, dalam serangan bom fosforus berangkai oleh rejim tentera Yahudi terhadap kediamannya, dia kehilangan semua empat anak termasuk seorang bayi perempuan, Sahid Abu Saad, tiga bulan; Hamzah, 8; Zaid, 10 dan Abdul Rahim, 14.

"Saya tidak lagi mampu menampung kesakitan ini, apatah lagi mengingati semula tragedi itu. Saya kini hilang segala-galanya termasuk suami, Abu Saad Udallah, 45," katanya yang masih trauma dan hanya bercakap selepas dipujuk berulang kali menceritakan detik ngeri dialaminya.

"Masih saya ingat, serangan kejam tentera Israel itu berlaku sekitar jam 3 petang di rumah kami di daerah Beit Lahiya apabila berpuluh bom fosforus putih dijatuhkan oleh pesawat pejuang di seluruh kawasan berhampiran," katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga yang ketika itu berada di dalam rumah, terperangkap dan tidak sempat berbuat apa-apa apabila bom berkenaan tiba-tiba meledak lalu menyebarkan debu fosforus putih menutupi ruang udara.

"Sebaik terkena bahan kimia itu, kulit tubuh kami terus melecur lalu terbakar. Malah rambut dan kepala kami yang terdedah kepada kimia berkenaan turut dijilat api kesan tindak balas fosforus itu dengan udara.

"Saya tidak tahu apa berlaku kecuali terasa kesakitan yang amat sangat dan pada masa sama mendengar suara jeritan anak-anak mengadu kesakitan sebelum melihat tubuh mereka tiba-tiba terbakar hingga rentung," katanya dengan linangan air mata.

Sabah berkata, ketika itu dia menyangka hidupnya sudah berakhir tetapi entah bagaimana, dirinya terselamat dan dikejarkan ke hospital oleh beberapa jiran, walaupun ketika ini sesekali dia merasakan mungkin lebih baik baginya jika terbunuh bersama seluruh keluarganya.

"Saya sudah kehilangan semua orang yang saya sayangi termasuk anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Kini saya perlu meneruskan sisa-sisa hidup menangisi pemergian mereka dan pada masa sama menanggung kesakitan yang tidak tertahan ini," katanya.

Beliau juga menunjukkan kulit kedua-dua tangannya yang melecur teruk hingga menampakkan daging. Serangan itu turut mengakibatkan leher dan tumitnya bernanah teruk selain berlubang kira-kira lima sentimeter.

Seorang lagi mangsa bom fosforus yang dirawat di hospital itu, Saadiah Azam, 53, melecur seluruh muka dan tangan akibat terkena bahan kimia berkenaan dan mengadu ia amat menyakitkan sehingga menyebabkannya sukar tidur dan terpaksa bergantung kepada ubat pelali.

Beliau yang ketika serangan bom itu sedang memasak di dapur rumahnya di Kampung Zaiton, di sini, hanya mampu berlari kesakitan apabila roket yang membawa bahan kimia itu meletup di dalam rumahnya selepas meluncur masuk dari tingkap.

Beliau turut mengalami kesan melecur teruk pada tangan kiri dan doktor yang merawatnya memaklumkan mereka terpaksa memindahkannya ke Hospital Hosni Mubarak, Mesir secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi pelbagai penyakit lain akibat kesan sampingan bom itu.

Sementara itu, salah daripada doktor di wad berkenaan, Dr Hasheem Maamod, 35, berkata, tiada rawatan khusus yang dapat diberikan kepada mangsa serangan bom fosforus berikutan mereka pertama kali berhadapan dengan keadaan sedemikian.

"Kami hanya mampu memberikan rawatan biasa sama seperti kes kebakaran namun ia jelas tidak cukup berikutan kimia fosforus itu seolah-olah hidup di dalam badan mangsa dan memusnahkan tubuh mangsa hari demi hari.

"Saya tidak pasti harapan atau peluang mangsa untuk sembuh tetapi kami akan berusaha sedaya mungkin selain menjalankan kajian kaedah terbaik untuk membantu mengurangkan penderitaan mereka, jika tidak pun untuk selama-lamanya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 02:09 PM | Show all posts
kadang2 aku terpikir, kenapakah tuhan masih tidak membalas perbuatan keji spserti syaitan kepada zionis ini? kalau pun aku jadi seperti sahid, apalah guna hidup tanpa orang tercinta......memang cerita dia sangat memakan hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by secretsmile81 at 28-1-2009 02:09 PM
kadang2 aku terpikir, kenapakah tuhan masih tidak membalas perbuatan keji spserti syaitan kepada zionis ini? kalau pun aku jadi seperti sahid, apalah guna hidup tanpa orang tercinta......memang c ...




tuhan bagi depa lama idup... kolek lagi dosa  secret weyyyy...bagi lagi sesat sesesatnya.... ko kena ingat tu.... aku ada baca tentang ni ... kenapa worang kapir laknat...  kaya raya  lagi tak ingat tuhan.. tuhan bagi reta sumer.....    tu semua siksaan di akhirat... dan kiter kena banyakler amik iktibar dan bersabo   dgn apa yg kita hadapi   .... wokeyy bro... :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 07:46 PM | Show all posts
Kanak-kanak Gaza dihantui mimpi ngeri



KANAK-kanak Palestin terpaksa belajar di dalam khemah kerana masjid yang menempatkan sekolah mereka musnah angkara bedilan Yahudi.



Ketakutan berterusan, kencing malam antara petanda trauma serangan Israel

JEBALIYA (Gaza): Serangan ganas Israel terhadap Semenanjung Gaza selama 22 hari yang berakhir lebih seminggu lalu, mengakibatkan kesan trauma paling buruk dan berterusan ke atas kanak-kanak wilayah Palestin itu berbanding beberapa konflik sebelum ini, kata pakar psikologi.

Pakar berkata, ini adalah kerana pada konflik terbaru itu, penduduk Gaza tidak mempunyai tempat yang selamat untuk lari daripada serangan tentera Israel.



"Saya rasa seperti akan mati tidak lama lagi," kata Sharif Abed Rabbo, 11 tahun kepada kumpulan pakar di Gaza.

"Saya rasa amat sedih rumah kami dimusnahkan," katanya.

Pakar dan pekerja bantuan bimbang kanak-kanak seperti Sharif yang mewakili 56 peratus daripada 1.4 juta penduduk Gaza akan membesar dengan membenci Israel dan mudah dipengaruhi kumpulan ekstremis apabila dewasa kelak.


KANAK-KANAK Palestin menulis beralaskan batu di Rafah berikutan sekolah mereka musnah dibedil tentera Yahudi.

"Kita akan hilang generasi akan datang," kata pegawai kanan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza, John Ging.

Satu kajian membabitkan beratus kanak-kanak Gaza mendedahkan ramai di kalangan kumpulan ini mengalami mimpi ngeri, kencing semasa tidur dan banyak petanda trauma lain, kata pakar psikologi Fadel Abu Hein.

Pusat Hak Asasi Palestin berkata, 280 kanak-kanak adalah antara 1,285 penduduk Gaza yang terbunuh dalam serangan tentera Israel itu.

Antara mangsa kanak-kanak yang selamat adalah Ansam Rahel, 10, yang terpaksa lari daripada rumahnya di Beit Lahiya untuk berlindung bersama keluarganya di sebuah sekolah PBB.


DERETAN kediaman penduduk Palestin musnah akibat serangan Israel di timur Jebaliya.


Bagaimanapun, pada 17 Januari lalu tentera Israel membedil sekolah itu dan serpihan bom menyebabkan kepalanya terbelah di bahagian atas dan terpaksa dijahit.

Kanak-kanak perempuan itu kini terpaksa memakai topi untuk menutup parut jahitan besar itu. Ansam berkata beliau terpaksa memakan pil tahan sakit dan sukar tidur pada malam hari.

Adik perempuannya, Dima yang berusia 5 tahun pula kini dirawat di Mesir kerana mengalami kecederaan teruk.

Abu Hein, seorang pakar psikologi yang mengendalikan pusat kesihatan di Bandaraya Gaza berkata pasukannya menemuramah 950 keluarga, termasuk 2,180 kanak-kanak di pusat lindungan PBB di Gaza.

Sebahagian besar ibu bapa berkata anak mereka masih berada dalam ketakutan dan tidak lagi mahu tidur bersendirian.

Sejak gencatan senjata lebih seminggu lalu, pasukan Abu Hein melawat kawasan yang musnah untuk membantu kanak-kanak yang dalam trauma.� AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 07:00 AM | Show all posts
Jet Israel bedil terowong


SEORANG anggota Hamas memeriksa sebuah terowong
yang musnah akibat serangan tentera Israel dekat sempadan Gaza-Mesir semalam.



BAITUL MAGDIS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 01:48 PM | Show all posts

Reply #165 amazed's post

sedey tengok kanak2 nie,tak pasal2 trauma pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 10:17 PM | Show all posts

Reply #167 Ley's post

kita tengok tu  supaya kita syukur apa yg kita ader... dan doakan yang terbaik untuk depa.... dan moga tuhan lindungi depa !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2009 10:18 PM | Show all posts
Mengintai derita Gaza: Pelukan hiba diiringi linangan air mata




SEBAIK selesai mengerjakan solat maghrib di Masjid Al-Shahid, Gaza, seorang lelaki separuh abad mendekati kami (wartawan) sambil menghulurkan salam dengan wajah penuh keikhlasan.

Salam berkenaan lantas disambut hangat sebelum lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fared tunduk dan bersimpuh rapi di sisi wartawan.

Dia lantas bertanya dari mana asal wartawan tanpa mahu melepaskan genggaman salam erat antara kami di tangan.

Sejurus diberitahu wartawan berasal dari Malaysia dan datang ke negara itu untuk membuat liputan berita derita perang rakyat Palestin, lelaki berkenaan lantas memeluk wartawan sambil mengucap syukur berulang kali.


Dengan linangan air mata, lelaki berkenaan seraya menadah tangan sambil meluahkan rasa terima kasih atas kesediaan wartawan datang ke negara ini.

Sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya, Fared yang boleh bertutur bahasa Inggeris memberitahu pernah berhijrah ke beberapa negara Eropah sebelum mengambil keputusan pulang ke tanah airnya lima tahun lalu.

Dia yang sedikit uzur berulang kali mengucapkan terima kasih atas kesudian wartawan berkunjung ke Gaza yang disifatkan terlalu sukar dan berbahaya.

Malah 慿ejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 01:17 AM | Show all posts
Turkey opposes military monitoring in Middle East



Mon, 26 Jan 2009 18:25:28 GMT





Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan has ruled out sending military forces to monitor the border crossings in the Gaza Strip.



"Ankara will consider sending only civilian forces to Palestine to ensure a durable ceasefire," Hurriyat quoted Erdogan as saying on Monday.

Erdogan's remark came after Hamas told Egyptian mediators that it was willing to deploy European and Turkish monitors at the Rafah crossing.

Turkey has expressed readiness to participate in an international monitoring force for Gaza. It currently plays an active role in carrying out peacekeeping missions in the West Bank city of Hebron and Lebanon in the Middle East, as well as in Afghanistan and Kosovo.

Meanwhile, a Hamas official Ayman Taha told reporters that the movement accepts Turkish observers to be part of the monitoring system. He was speaking after his talks with Egyptian intelligence officials in Cairo.

"We are open to the presence of European observers, Turkish observers and forces from Gaza's national security to open (Rafah) on a temporary basis until the formation of a national unity government," he was quoted by AFP as saying.

He added the matter of Rafah is "complex and thorny."

Egyptian authorities have sealed off the Rafah border crossing into Gaza by deploying troops to the terminal, despite the dire humanitarian situation in the heavily bombarded coastal strip, which has been under a 19-month siege.

Hamas has sharply criticized Cairo for refusing to keep the crossing open to wounded Palestinian people during the deadly Israeli offensive which killed nearly 1,330 Palestinians, mostly civilians.



SF/SME


- Press TV -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 04:21 PM | Show all posts
URNWA gantung bantuan kemanusiaan di Gaza


SEBAHAGIAN penduduk bersembahyang Jumaat
di sebuah masjid yang musnah di Gaza semalam.



GAZA - Agensi Kerja-Kerja dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mengumumkan penggantungan operasinya di Genting Gaza semalam berikutan kerajaan Hamas merampas bekalan untuk kali kedua sepanjang minggu ini.

Jurucakapnya, Sami Mshasha berkata, tindakan itu dilakukan selepas pasukan Hamas merampas 10 buah trak yang sarat dengan bekalan kemanusiaan semalam.

Agensi bantuan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bertanggungjawab menyalurkan sebahagian besar bantuan yang diperlukan oleh 1.5 juta penduduk di Gaza.

Dua hari sebelum itu, sekumpulan anggota Hamas mengambil sejumlah selimut dan makanan dari sebuah gudang UNRWA di Gaza.

"Keputusan kami ialah menggantung pengagihan bantuan di Genting Gaza sehingga masalah dengan pihak berkuasa Hamas diselesaikan dan Hamas berhenti campur tangan dalam kerja-kerja UNRWA," kata Mshasha.

UNRWA menambah jumlah bantuan di Gaza susulan serangan tiga minggu Israel ke atas wilayah itu pada bulan lalu yang mengakibatkan 1,300 penduduk Palestin maut, 5,000 orang cedera manakala beribu-ribu yang lain hilang tempat tinggal. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:33 AM | Show all posts
Israel serang Genting Gaza



SEORANG askar Israel mengangkat kakinya bagi menghadang
penduduk Palestin yang mengadakan demonstrasi membantah
tindakan Israel membina halangan pemisah di kampung Jyyrus
dekat Qalqilya di Tebing Barat kelmarin. - AFP


GAZA CITY, 7 Feb. - Rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza lewat semalam dengan memberi alasan bagi memusnahkan kem-kem pejuang Hamas dan terowong-terowong rahsia.


Jurucakap rejim Zionis itu mengesahkan serangan itu dan menyatakan bahawa serangan udara itu memusnahkan empat terowong rahsia dekat sempadan Mesir, yang digunakan untuk penyeludupan senjata.

"Kami turut menjadikan kem-kem tentera pejuang sebagai sasaran untuk dihancurkan mengguna peledak berkuasa tinggi. Ini tindak balas ke atas pelancaran roket pejuang Palestin pada pagi ini," katanya.

Terdahulu, pasukan keselamatan Palestin berkata, tentera udara rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan ke atas kawasan Rafah, berhampiran sempadan Mesir.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. - AFP


************************************************************************************

kalau pm israel ni masih tak dibawa ke mahkamah antarabangsa dan
kena pancung or firing squad .. tak tahu lah nak cakap -
memang israel sangat kejam dan patut dilawan habis habisan -
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 10:39 AM | Show all posts
Pesawat Israel bedil balai polis di Gaza

BADARAYA GAZA: Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara dengan sasaran di balai polis di utara bandar Khan Yunis, Semenanjung Gaza, hari ini, tetapi tiada yang cedera dilaporkan setakat ini.


Pesawat F-16 melepaskan tembakan dan misil disusuli helikopternya merayau-rayau di ruang udara di kawasan kurang berpenghuni di Beit Lahiya, di utara Gaza.

“Pesawat Israel terus memburu pejuang Hamas berhampiran Khan Yunis dan juga di Beit Lahiya," menurut jurucakap tentera Israel bagi mengesahkan serangan itu.

Sementara itu, pejuang Palestin melancarkan dua roket, semalam dengan sasaran di selatan Israel tetapi tidak menyebabkan kecederaan.

Pejuang Palestin sudah melancarkan kira-kira 40 roket dan mortar sejak Israel menamatkan serangan pada 18 Januari lalu, selepas 22 hari melancarkan serangan agresif terhadap Gaza. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 06:32 AM | Show all posts
Israel lancar serangan maut



BEBERAPA lelaki Palestin menyaksikan kerosakan sebuah pos
polis yang menjadi sasaran serangan jet Israel di Khan Yunis,
Gaza semalam.


GAZA - Seorang pejuang Palestin maut ketika bertempur dengan askar-askar Israel manakala sebuah jet Israel menyerang dua sasaran di Gaza semalam.

Kumpulan pejuang Jihad Islam dalam satu kenyataan mengesahkan seorang pejuangnya terbunuh kelmarin dalam satu serangan udara Israel.

Tentera Israel berkata, askar-askarnya terserempak dengan seorang pejuang bersenjata yang cuba melintas sempadan Gaza-Israel lewat kelmarin dan mereka melepaskan tembakan selepas dia meletupkan bom tali pinggang yang dipakainya.

Jet-jet Israel kemudian menyerang dua kedudukan pejuang Palestin semalam dalam serangan balas terhadap bedilan roket dari Gaza.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan di dua lokasi serangan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Palestin, Riad Malki menuduh Hamas cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya umum Israel hari ini dengan melancarkan bedilan roket ke selatan wilayah Yahudi.

"Hamas mahukan ketidakstabilan di rantau ini," katanya.

Beliau memberitahu, Hamas tidak mahu kerajaan Israel yang prokeamanan kerana bimbang ia akan menyambung proses damai dengan seterunya, Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 08:08 AM | Show all posts

hhh

israel kata mereka hanya memusuhi HAMAS tapi betul ke... sbb belah tebing barat pun tak henti henti juga israel menceroboh... apa motif perluasan tanah jajahan dengan menentang Hamas oleh israel...Kalau HAMAS ni kejam dah ramai tentera israel atau rakyatnya disembelih seperti mana tentera  amerika di iraq....

tapi kehebatan israel memang terselah dengan penguasaan media dan kuasa dunia sehingga mampu menampakkan mereka berada dalam zon mempertahankan diri walaupun mereka tu Penjajah. Bila rakyat palestin membunuh tentera mereka dianggap pengganas tetapi jika tentera israel membunuh org awam palestin mereka dianggap pejuang yg mempertahankan diri... cam sial je kan...
Kematian pejuang hamas untuk mengekang kekuatan israel tidak dihargai hampir keseluruhan pemimpin islam seluruh dunia....Mereka dianggap pengganas oleh org islam sendiri ..sedihkan..patutnya kita patut boikot mana2 negara arab yang bersekutu dgn musuh islam ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 07:52 PM | Show all posts
Israel bedil Gaza lagi

BAITULMAQDIS 9 Feb. - Seorang lelaki Palestin terbunuh hari ini apabila kereta kebal Israel membedil sebuah rumah kecil di utara Genting Gaza.

Khaled al-Kafarneh, 22, terbunuh apabila peluru meriam kereta kebal itu mengenai rumahnya di Beit Lahiya, kata pasukan perubatan Palestin.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas pesawat perang Israel mengebom dua kedudukan pejuang Palestin di Genting Gaza sebagai membalas tembakan roket dari wilayah itu semalam.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Tentera Israel enggan mendedahkan sasaran serangan secara khusus tetapi pegawai Palestin berkata, pesawat Israel membedil pekarangan sebuah pejabat keselamatan Hamas di selatan Gaza yang sudah tiga kali dibom semasa kempen keganasan Israel baru-baru ini, dan sebuah tapak pelancaran roket di utara Gaza.

Dalam kejadian berasingan, sebuah bot penggempur Israel melepaskan tembakan meriam ke arah sebuah bot nelayan Palestin dekat pantai utara Gaza, kata pegawai Palestin.

Tentera Israel mendakwa, bot itu telah melepasi garis sempadan yang ditetapkan oleh Israel untuk nelayan Palestin dan tembakan itu dilepaskan sebagai amaran.

Pegawai Palestin berkata, pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memastikan tiada nelayan yang cedera. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2009 01:40 AM | Show all posts
Israel isytihar miliki tanah 170 hektar di Tebing Barat

BAITULMAQDIS - Kerajaan Israel semalam secara rasmi mengisytihar 170 hektar tanah di Tebing Barat yang diduduki sebagai wilayah kekuasaannya.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada pembinaan 2,500 unit penempatan baru di Baitulaham.

Tindakan rejim Zionis itu melanggar janji yang dinyatakan kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bahawa negara itu akan menghentikan semua jenis penerokaan baru.

Pengembangan baru dijangka akan mencetuskan lebih banyak pergeseran dengan Presiden AS, Barack Obama di mana Utusan Khasnya ke Asia Barat, George Mitchell mendesak penempatan baru Yahudi dihentikan.

Komposisi kerajaan baru Israel masih belum jelas tetapi Parti Likud yang dipimpin Benjamin Netanyahu dijangka membentuk kerajaan.

Netanyahu secara terbuka menyokong peluasan kawasan penempatan semula Yahudi.

Kawasan pembangunan baru di Efrat itu akan menempatkan 1,600 buah keluarga dari selatan Baitulmaqdis. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 06:36 AM | Show all posts
Israel ulangi pendirian isu Gaza


SEORANG pekerja bantuan kemanusiaan (kiri) mengisi makanan dalam
pinggan untuk diedarkan kepada penduduk Palestin di Gaza, semalam.


BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam mengulangi pendiriannya bahawa sekatan terhadap Gaza hanya akan ditarik semula selepas seorang askar negara itu, Gilad Shalit, dibebaskan.

"Kami mahu menyelesaikan isu Shalit dan akan melihat pembukaan semula lintasan sempadan serta program pemulihan semula Gaza," kata Olmert.

Kenyataan sama pada Ahad lalu menyebabkan Hamas menuduh Israel berdolak-dalik bagi mencapai satu gencatan senjata jangka panjang dengan pembebasan Shalit.

Askar Israel itu ditangkap oleh pejuang Hamas dalam satu serangan rentas sempadan dari Gaza dua tahun lalu.

Hamas menyatakan Shalit akan dibebaskan dalam satu perjanjian pertukaran tahanan yang berbeza.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini turut menyatakan pembukaan sempadan tidak akan terikat dengan pembebasan Shalit.

"Mesir tidak akan mengubah kedudukan perjanjian damai. Pembebasan Shalit adalah isu berbeza yang tidak boleh dihubungkan dengan rundingan damai," lapor akhbar Al-Ahram yang memetik kenyataan Hosni.

Kaherah sebelum ini bertindak sebagai orang tengah dalam usaha menyatukan gencatan senjata yang menyaksikan kekejaman tentera Israel selama 22 hari di Gaza yang berakhir pada 18 Januari lalu. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2009 05:03 PM | Show all posts
Sempadan Gaza-Mesir dibuka tiga hari

BANDARAYA GAZA: Sempadan Gaza dan Mesir, satu-satunya laluan yang melangkaui sempadan Israel, hari ini dibuka selama tiga hari bagi membolehkan pelajar dan pesakit menyeberangi sempadan.

Pegawai Hamas, Adel Zurub, berkata laluan Rafah itu dibuka sekitar jam 9 pagi (0700 GMT) untuk selama tiga hari ini.

Rafah ditutup sejak Jun 2006 lalu apabila puak pemberontak Gaza menawan tentera Israel dalam satu operasi di sempadan berkenaan.

Mengikut perjanjian 2005, Rafah dikawal secara bersama antara askar Mesir dan pegawai Palestin dengan askar pemerhati dari Kesatuan Eropah.

Ia termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk membolehkan tentera Israel memantaunya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:05 AM | Show all posts
Jet Israel bedil terowong

BANDAR RAYA GAZA - Jet-jet tentera Israel mengebom terowong-terowong bawah tanah yang menghubungkan Genting Gaza dengan Mesir semalam, kata beberapa saksi.


Serangan itu dilakukan selepas Israel berikrar untuk bertindak balas berhubung serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Palestin.

Menurut beberapa penduduk, sebanyak tujuh serangan dilakukan di sempadan Gaza di mana berpuluh-puluh terowong bawah tanah digunakan untuk menyeludup manusia dan pelbagai jenis barangan ke wilayah itu.

Seorang tentera Israel mengesahkan bahawa tentera udara melakukan beberapa serangan di Genting Gaza.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni sebelum ini memberi amaran bahawa negaranya tidak akan mengelak untuk menyerang Gaza bagi membalas serangan roket dari wilayah itu. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.821701 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list