|
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. |
|
|
|
|
|
|
|
LOVE can make little thing grow. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika kebahagiaan sidia bermakna kita terpaksa melepaskan sidia maka biarkanlah itu terjadi. Kerana melihat kebahagiaan orang yang dicintai dari jauh lebih baik daripada kita berada dekat disisinya tetapi tidak memiliki cintanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cintailah dia seadanya. Terimalah kekurangan dan kelebihannya dengan seikhlas hati, malah usahlah diungkit masa lalunya yang gelap itu. Jika benar kamu cinta, jadikanlah cintamu sebagai cahaya yang boleh menolak sejarah hitam hidupnya jauh meninggalkan dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta itu buta. Buta harta, buta nama, buta segala-galanya. Bila kita cinta hanya keindahan dan kemuliaan yang kita nampak ada pada si dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan |
|
|
|
|
|
|
|
Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA. Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan sebuah hubungan. Diketika itu berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Illahi dibayangi oleh satu hubungan baru yang diwarnai dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh dengan kepuraan semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya |
|
|
|
|
|
|
|
Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya |
|
|
|
|
|
|
|
Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya |
|
|
|
|
|
|
|
Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|