|
Reply #160 Jaza2008's post
next...
next....
next...
next...
tak sabarnye nak tau ksah sterusnye...agak2 pe la yg akn tjadi ehh bila sakura p ntar ryan smpai kat umah nanti tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #160 Jaza2008's post
best betul baca komen jaza.....jue cepat sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
best..best... minta lagi n3 boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
belum sambung lagi???????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
hek...hek...kak jue....sume org tk sabaw tggu cite akak....
tmasuk daku neh...
hihihi....
sng2 jln2 kt blog asy erk... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadirnya tanpa diduga
Sekilas pandang degup terasa
Semakin kuat aku mendusta
semakin terasa getarannya
aku keliru inikah cinta
bila disisi selalu sengketa
tak kala sembunyi aku terseksa
terasa pedih menyusuk jiwa
Perlukah akui ini cinta
Sedangkan kau seperti menduga
mengapa perlu ada derita
luahkan sahaja kita sejiwa
jika musim silih berganti
tapi kasih kekal menanti
aku akur kehendak ilahi
bahawa hati ini untuk kau takluki
biarlah musim kembali berganti
aku disini setia menanti
[ Last edited by Juliaesqa at 7-1-2009 08:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hadirnya tanpa diduga
Sekilas pandang degup terasa
Semakin kuat aku mendusta
semakin terasa getarannya
aku keliru inikah cinta
bila disisi selalu sengketa
tak kala sembunyi aku terseksa
terasa pedih menyusuk jiwa
Perlukah akui ini cinta
Sedangkan kau seperti menduga
mengapa perlu ada derita
luahkan sahaja kita sejiwa
jika musim silih berganti
tapi kasih kekal menanti
aku akur kehendak ilahi
bahawa hati ini untuk kau takluki
biarlah musim kembali berganti
aku disini setia menanti
[ Last edited by Juliaesqa at 7-1-2009 08:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ryan cuba membuka matanya namun kepalanya masih lagi terasa pening lantas dia kembali menutup mata dan mengubah kedudukan untuk menyambung kembali lenanya. Namun dengan tiba-tiba sahaja ingatanya kembali pada mimpi yang di alaminya tadi.
Di dalam mimpi itu hadir Sakura yang tersenyum ke arahnya. Dia cuba mendekati gadis itu tetapi semakin dia menghampiri wajah Sakura semakin kabur dan terus hilang dari pandangan. ‘Macam bukan mimpi’ detik hati Ryan. Tidak semena-mena dia teringat temuduga yang akan dijalankan pada pagi itu. Ryan cuba mengagahkan dirinya untuk bingkas bangun dan kemudian merenung jam di dinding.
“Ah, nasib baik belum terlewat” bicara Ryan sendirian.
Pening kepalanya masih terasa, dia tersandar pada sofa sambil memicit dahinya. ‘Banyak sangat aku minum semalam.’ Bisik hati Ryan.
“Macam mana aku balik semalam? Aku drive ke?” hatinya mula tertanya. Melihat keadaan dirinya sekarang dia yakin tidak mungkin memandu pulang semalam. ‘Kalau betul sudah tentu aku dihospital atau sudah pun ke alam lain’ gumam hati Ryan.
Wajah Ryan berkerut cuba mengingati kembali apa yang dialami semalam, namun semakin dia cuba mengingati semakin berdenyut kepalanya. Ryan segera bingkas bangun, kepala yang berdenyut itu akan kembali reda apabila terkena air panas. Namun belum sempat kakinya melangkah tiba-tiba sahaja mata Ryan terpandang sehelai kertas yang ditindih dengan pasu bunga dimeja di hadapannya.
Ryan segera menarik kertas itu.
“Your Car at Maroon Bar.”
‘Maroon Bar? Jadi siapa yang hantar aku semalam?’ Wajah Ryan berkerut cuba mencari ingatannya semalam. Namun tiada satu pun terletak dalam memori fikirannya. Kertas kecil itu diletak kembali. Fikirannya kini hanya satu, ingin menyegarkan badannya.
****
Ryan mengamati tulisan tangan pada nota kecil itu. Dibawah nota terdapat tanda tangan si penulis manakala disebelah tepi tandatangan itu dilukis kartun smile. Melihat tanda tangan itu Ryan yakin penulis nota itu adalah wanita.
“Tidak mungkin lelaki nak lukis kartun macam ni.” Ryan bersuara sendirian. Dia tersenyum kecil melihat kartun yang dilukis.
“Kebudak-budakkan…” komen Ryan. Dia yakin orang yang menghantarnya pulang tentu salah seorang dari kenalannya semalam. Ryan segera menekan punat telefon bimbitnya,.
“Wong, datang ambil saya sekarang.” Arah Ryan kepada pemandu peribadi ibunya.
Sementara menunggu kedatangan Wong, Ryan bersandar pada kerusi sambil menonton tv. Dia kembali menatap nota kecil itu. fikirannya cuba mengingati kembali peristiwa semalam. Puas dia cuba memerah otaknya namun tiada bayangan menjelma. Ryan menyimpan nota itu dalam dompetnya.
***
Ryan meneliti email yang diterima satu persatu. Segala urusan dari client perlu dijawab dengan penuh diplomasi. Sedang asyik membaca email yang diterima dari client tiba-tiba dia menerima satu email dari alamat yang tidak dikenali. Pada mulanya ingin sahaja dia membuang email tersebut kerana bimbang terkandung virus tetapi sebaik sahaja melihat tajuk email itu hatinya mula curiga.
“Skandal lelaki idaman Seoul?” Ryan membaca tajuk tersebut. “Gossip siapa pulak ni?” bisik Ryan pelahan sambil tersenyum sinis. Cepat sahaja jarinya menekan tetikus dan sebaik sahaja isi kandungan email tersebut terpampar senyumannya segera lenyap, mata Ryan membulat, tiba-tiba sahaja jantungnya seakan terhenti berdegup. Dia segera mendelete email tersebut.
“Siapa punya angkara ni!” marah Ryan pen ditangan dilempar ke dinding.
“Melampau!” jeritan Ryan bergema.
Lilian yang mendengar jeritan bosnya itu tergesa-gesa mendapatkan Ryan “Mr. Ryan, kenapa?” soal Lilian wajahnya kelihatan cemas.
Ryan merenung tajam ke arah Lilian. Sejak bila pulak pandai panggil aku ‘Mr’. bisik hati Ryan. Dia mula curiga. Mungkin Lilian sudah tahu? Patutlah sejak akhir-akhir ini dia seperti mengelak dari aku.
Melihat renungan Ryan, Lilian seakan tahu apa yang membuat bosnya itu mengamuk di pagi hari. Dia segera menunduk, jika sebelum ini lelaki itu adalah pujaan hatinya namun kini tidak lagi, rasa itu hilang sebaik sahaja dia menerima email dari kenalannya. Renungan mata lelaki itu tidak lagi mencairkan hati wanitanya.
“Kamu sudah tahu?” soal Ryan meninggi. “Maksud aku…kamu ada terima email bodoh ni?” Ryan membetulkan kembali pertanyaan tadi. Bimbang nanti disalah tafsir oleh Lilian.
Lilian mengangguk matanya dilarikan dari menatap wajah bosnya itu. Rasa geram dan sakit hati tiba-tiba muncul. Tidak sangka selama ini Ryan hanya berlakon menyukainya sedangkan minatnya terhadap wanita tiada sama sekali!
“Bila kamu dapat email ni?” soal Ryan cuba mengawal kemarahannya.
“Semalam.” Jawab Lilian ringkas. Mimik wajahnya mengambarkan rasa tidak puas hatinya terhadap Ryan.
“Semalam..” Ucap Ryan separuh berbisik cuba memikirkan sesuatu. Dia mula faham kenapa beberapa orang yang ditemuinya kelihatan berbisik sebaik sahaja melihat kelibatnya. Ryan mendengus kasar. Siapa punya kerja yang sengaja nak menjatuhkan maruah aku ni! gumam hati Ryan. Dia kembali menatap wajah Lilian yang berdiri kaku dihadapannya. Dia yakin Lilian tidak akan percaya dengan email yang tersebar itu.
“Kamu percaya dengan email ni?” soal Ryan sambil tersenyum nakal. Cuba menyembunyikan resah dihatinya. Bagaimana kalau email ini sudah tersebar luas? Bagaimana kalau ibu dapat email ni? bagai mana dengan peluang untuk aku bersama Jessy? Pelbagai pertanyaan mula mengasak mindanya.
Lilian tersenyum sinis, pertanyaan Ryan dibiarkan tidak berjawab.
“I keluar dulu..” minta Lilian tidak mahu menunggu lama. “Oh ya, dalam setengah jam lagi sesi temuduga akan bermula.” Tambah Lilian sebelum beredar.
Reaksi Lilian sebentar tadi sudah cukup menjelaskan jawapan kepada pertanyaannya. Gila! Email macam tu pun kau nak percaya. Tapi tak apa…bagus juga tak perlu aku rimas dengan godaan kau. Desis hati Ryan. Namun jauh disudut hatinya dia mula bimbang jika kesan kepada penyebaran email itu akan memburukkan reputasinya.
“Ah! Biarkan! Tak akan ada yang percaya dengan email bodoh macam tu.” bisik Ryan cuba menyedapkan hatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Joo Shin melangkah masuk ingatan Ryan tertumpu pada Sakura. ‘Atau diakah dalang yang menyebar email tersebut?’ tiba-tiba sahaja hati Ryan menuduh gadis bunga itu. tapi dari mana dia dapat semua gambar tu? fikir Ryan lagi. Fikirannya mula terganggu dengan penyebaran email itu. Kalau dia yang lakukan aku tak akan lepaskan dia selagi dia tak rasai kepayahan yang aku sekarang sekarang! Bentak hati Ryan dengan penuh dendam.
Sepanjang sesi temuduga itu Ryan lebih banyak memerhati dari mencampuri setiap pertanyaan dari bahagian human resources. Fikirannya berserabut memikirkan tentang email yang baru sahaja di terima. Segala pertanyaan hanya diserahkan kepada pengurus sumber manusia syarikatnya cuma sesekali dia menyampuk sekadar ingin menguji tahap kecekapan Joo Shin. Sekali sekala terlihat Ryan tersenyum sinis mendengar butir bicara Joo Shin apabila menjawab pertanyaan para menemuduga. Sama ada Joo Shin layak atau tidak dia telah pun membuat keputusan bahawa Joo Shin akan dipilih sebagai pembantunya kelak.
“Mr Ryan…antara dua calon tu. Saya fikir calon kedua sesuai untuk mengisi kekosongan yang ada.” Jelas Mrs Goh dengan yakin.
Ryan menarik nafas yang dalam, dia tahu memang calon itu sesuai berdasarkan pengalaman dan latar belakang syarikat yang pernah calon itu bekerja namun dia tidak boleh ketepikan keinginan hatinya untuk mendapatkan Joo Shin. Dia perlukan lelaki itu sebagai alat membalas dendamnya. Gambar email yang diterima pagi tadi terbayang-bayang difikirannya. Dengan tidak semena-mena rasa marah membuak dalam hati Ryan dia yakin itu kerja Sakura. Hanya gadis itu yang sengaja mencipta dendam. Mengingat kembali sindiran sinis Sakura ketika terserempak di café petang semalam dia yakin Sakura adalah dalang pada penyebaran email itu.
“Mr Ryan..” panggil Mrs Goh setelah melihat Ryan diam membisu.
“Kamu fikir dia layak kerana pengalaman kerjanya selama ini?” soal Ryan bersahaja.
Mrs Goh mengangguk laju.
“Tapi dari segi pendidikannya langsung tidak membanggakan.” Balas Ryan serius. dia perlu meyakinkan Mrs Goh bahawa pilihan wanita itu kurang tepat.
“Tapi dia berpengalaman..” jawab Mrs Goh, wajahnya berkerut sedikit hairan dengan pendapat Ryan tadi. Sangkanya Ryan bersetuju dengan pandanganya. Sudah tentu Ryan memerlukan seseorang yang berpengalaman sebagai pembantu peribadinya.
Ryan tersenyum sinis, “Ya, sebagai pembantu dia mungkin layak. Tapi saya perlukan seseorang yang lebih dari itu.” ujar Ryan serius.
Wajah Mrs Goh berkerut. Dengan tiba-tiba sahaja fikirannya mula memikir tentang perkara yang bukan-bukan. Teringat pula akan email yang diterima beberapa hari lalu.
“Saya bukan sahaja memerlukan seorang pembantu, tapi seseorang yang boleh berkerja dan menyumbang idea untuk syarikat kita. Seseorang yang boleh dipercayai dan berbakat dalam menguruskan hal syarikat ini semasa ketiadaan saya. Bukannya setakat memjadi orang suruhan saya.” Terang Ryan panjang lebar. “Dan orang yang memenuhi ciri-ciri itu saya rasa ada pada Mr Joo Shin.” Sambung Ryan lagi.
Mrs Goh mengangguk, dia bersetuju dengan pandangan Ryan itu. Ada betul juga alasan bosnya itu.
Ryan tersenyum puas setelah melihat reaksi Mrs Goh seperti setuju dengan pendapatnya.
“Okey, sediakan surat tawaran secepat mungkin. Saya mahu dia mulakan kerja dengan segera.” Perintah Ryan, dia bingkas bangun.
Baru beberapa langkah Ryan menoleh ke arah Mrs Goh. “Saya mahu dia mula lusa.” Minta Ryan dan segera keluar dari bilik mesyuarat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
best sesgt...... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mntak2 jangan la ryan nak kenakan joo shin....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #173 juliet80\ catat
Ha ha ha perang pun bermula....![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang hantar email tu ya.......sambunglah lag...tak sabar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ryan termenung di jendela sambil memerhati kesibukkan Bandar Seoul yang tak pernah sunyi. Dari luar terlihat salji mula memutih. Beberapa bulan lagi musim bunga muncul. Bisik hati Ryan, tiba-tiba sahaja teringat akan kenangan indah bersama Jessy ketika sama-sama menikmati keindahan musim bunga tahun lalu. Bunyi pintu bilik diketuk mematikan lamunan Ryan. Belum pun sempat dia menjemput masuk tiba-tiba sahaja pintu terus ditolak.
揗a.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 23
Sakura menunggu kedatangan Joo Shin dibangku yang tersedia dihadapan kedai. Sudah satu jam kedai ditutup tetapi Joo Shin masih tidak muncul. Sesekali Sakura mengerling jam ditangannya sekejap dia bangun dan sekejap meninjau ke hujung jalan.
揑shk, mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Dari satu sudut Ryan memerhati pasangan itu. Mereka kelihatan begitu gembira. Namun satu perkara menjadi tanda tanya difikirannya. Walaupun mereka kelihata begitu gembira bersama, tapi tidak pernah sekalipun mereka berpegang tangan atau berpelukan seperti pasangan kekasih lain. Takkan masih malu-malu. Duga Ryan satu senyuman sinis terukir dibibirnya.
Ryan mengekori gerak ke mana sahaja pasangan itu pergi. Ryan sengaja memakai kot yang panjang beserta skaf yang dililit menutupi bahagian mulutnya dan topi yang dipakai hampir menutupi sebahagian wajahnya bagi mengelak dikesan oleh mereka. Mujur ketika itu musim sejuk jika musim panas sudah tentu dia dituduh gila berpakaian sebegitu.
Dari luar caf |
|
|
|
|
|
|
|
***
Sakura memandang ke arah kerusi yang tersedia diseberang jalan caf |
|
|
|
|
|
|
|
Sakura kena panggil abang Joo Shin "UPPA" |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|