|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
[Copy link]
|
|
An insult to single mothers
I AM utterly disgusted by the report “Malacca may give RM1,000 to men who take them as second wives” (The Star, Nov 1).
The move is tantamount to selling off a single mother for the price of a mere RM1,000.
I lost my father when I was four months old. My mum was never that desperate that she wished to re-marry. To me, she is the greatest mum in the world. She is tough, kind, patient and determined.
Needless to say, my mum was very disappointed with the report.
The decision by the Malacca Government is an insult to all single mums, especially those living in Malacca. They perceive every single mother is desperate to re-marry. And this move will only encourage polygamy among men in Malacca.
The Malacca Government may have good intentions in making the suggestion but it must understand that single mothers are not stocks that can simply be sold off.
Single mothers, just like everyone out there, have dignity. What single mothers really want is to live a quiet life and bring up their children well so that they will eventually be able to take good care of her.
I truly believe that single mums are tougher and I urge the Malacca Government to seriously re-consider the move.
There are more hard-pressed matters to focus on during this time of recession. If the Malacca Government has so much money, why not give the RM1,000 or more directly to all the single mums in Malacca?
CHUAH PING SHIEN,
Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 nyer idea dsmar nih
mencik lah |
|
|
|
|
|
|
|
hhhaaa.. ali ketam ali ketam.. tah ape2 la.. baik duit tue bagi kat projek yg berfaedah bg pembangunan kat projek kat melaka.. kang banyakla pakcik2 gatal yg nak berbini dua.. dh such an an insult gak kat single mums kat melaka.. seems like they all r desperado.. |
|
|
|
|
|
|
|
another 'brilliant' idea from the self proclaimed "the most senior umno VP & TPM in waiting"
I just can't wait to listen to his 1st "brilliant" & some called "out of box" idea when he become TPM.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Night in the museum"
Perzim Tawar Peluang Bermalam Di Muzium
MELAKA, 21 Jan (Bernama) -- Orang ramai akan berpeluang bermalam di muzium di Melaka bagi merasai pengalaman baru tidur bersama pelbagai artifak sejarah yang berusia ratusan tahun.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Khamis Abas berkata program yang dikenali dengan nama "Night in the museum" itu akan diperkenalkan pada pertengahan bulan depan, melibatkan Muzium Samudera di Bandar Hilir di sini.
"Program ini tentunya akan memberi pengalaman baru kepada pelawat dalam dan luar negara," katanya pada majlis Perhimpunan Pagi Perzim dan Penghargaan Kepada Wartawan di sini, Rabu.
Terdapat 21 muzium dan enam galeri di Melaka di bawah pentadbiran Perzim yang kebanyakannya terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia di Bandar Hilir.
Khamis berkata "Night in the museum" adalah antara 20 program yang dirancang oleh Perzim untuk dilaksanakan pada tahun ini dalam usaha menarik lebih ramai pelawat mengunjungi muzium.
"Program "Night in the museum" dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Melaka, Hotel Naza serta Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka," katanya.
Katanya tahun lepas 579,650 orang melawat muzium dan galeri berbanding 421,466 orang pada 2007.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
No. Thank you..... |
|
|
|
|
|
|
|
tdo kt situ?
mat rempit bromen bwh2 pokok tu byk x lena tdo kang .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Ax's post
mat rempit.......hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Perzim anjur bermalam di muzium kapal
MELAKA 22 Jan. - Biasanya, kita hanya berpeluang menyaksikan artifak bersejarah di dalam muzium pada siang hari dengan waktu yang terhad.
Bagaimanapun, buat pertama kali di negara ini, pengunjung dibenarkan bermalam di dalam muzium.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas, berkata, promosi terbaru yang dinamakan Bermalam di Muzium itu akan diperkenalkan kepada pengunjung di Muzium Kapal Portugis, Flor De Lama, Banda Hilir di sini bulan hadapan.
Menurutnya, ia bertujuan mempelbagaikan tarikan produk pelancongan sedia ada itu.
"Dengan cara ini, mereka yang pernah berkunjung ke muzium ini pasti akan tertarik untuk datang sekali lagi dan bermalam di sini.
"Ia secara tidak langsung, membuatkan produk pelancongan tradisi ini kembali segar melalu promosi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.
Jelas beliau, promosi terbaru di muzium itu turut mendapat kerjasama Hotel Naza Melaka.
"Mereka yang berminat untuk bermalam di muzium berkenaan perlu mendaftar di hotel itu dan pihak hotel akan menyediakan kelengkapan bermalam seperti tilam dan bantal. Harga yang dikenakan pula belum diputuskan lagi tetapi ia tidak akan melebihi RM100 untuk penginapan satu malam," jelasnya.
Bagaimanapun, kata Khamis, penginapan terhad kepada 20 pengunjung untuk setiap malam.
Tambahnya lagi, sebelum bermalam di muzium itu, para pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Melaka serta melawat beberapa kawasan pelancongan sekitar Banda Hilir.
"Di sebelah malam, baru mereka akan dibawa ke muzium ini untuk menonton visual berkaitan muzium serta melakukan beberapa kerja rumah berkaitan lawatan di sebelah siang,'' jelasnya.
Tambahnya, Perzim menjangkakan program Bermalam di Muzium ini akan mendapat sambutan menggalakkan memandangkan ia merupakan pertama ditawarkan di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI
Post Last Edit by juju_amin84 at 24-3-2012 00:08
Stadium baru KTIM mampu jadi venue Sukma
MELAKA 30 Jan. - Stadium baru Kolej Teknologi Islam Antarabangsa(KTIM) yang bernilai RM8.6 juta mampu menjadi salah satu gelanggang untuk temasya Sukma Ke-10 apabila Melaka menjadi tuan rumah tahun depan.
Profesor Emeritus KTIM, Datuk Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim berkata,beliau tidak sangsi KTIM akan dipilih menjadi salah satu gelanggang untuk mengendalikan acara Sukma kerana memiliki pelbagai kemudahan sukan termoden.
Menurut beliau, dari segi kemudahan yang disediakan di stadium berkenaan, KTIM mampu menganjurkan apa sahaja jenis sukan.
''Saya percaya kemudahan sukan yang ada di sini akan dapat membantukerajaan negeri menganjurkan Sukma Ke-10 yang pertama kali diadakan diMelaka tahun depan.
''Dari segi kelengkapan, saya lihat kami sudah cukup bersedia,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Stadium baru KTIM itu memiliki pelbagai kemudahan sukan sepertipadang bola sepak dan lapan trek olahraga, gelanggang bola jaring, bolakeranjang, bola tampar, sepak takraw dan tenis.
Selain itu, terdapat kemudahan tiga gelanggang futsal tertutup yang pertama dibina di daerah Alor Gajah.
Stadium itu juga mempunyai astaka seperti tempat duduk berbumbung, pentas dan gimnasium.
Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Yusoff berkata, selain menjadi salah satu gelanggang untuk Sukma Ke-10, stadium itu juga bertujuan untuk memberikan kemudahan sukan kepada siswa, siswi dan kakitangan KTIMuntuk bergiat aktif.
Menurut beliau, dengan adanya stadium baru itu, ia membolehkan siswadan siswi KTIM menjalani kegiatan beriadah dan ia dapat mengurangkantekanan belajar seharian.
''Apa yang lebih penting sudah ada tempat kepada mereka untukbersukan serta menjalani kehidupan yang sihat dan cergas," katanya.
Di samping itu, kata beliau, penduduk di sekitar kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) Kuala Linggi juga secara tidak langsung dapatmenggunakan stadium berkenaan.
Beliau menambah, majlis perasmian stadium itu akan dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ahad ini.
Bersempena dengan majlis perasmian stadium itu kata Dr. Mohd.Yusoff, satu perlawanan futsal akan diadakan antara pasukan KetuaMenteri diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menentang pasukanpemain veteran bola sepak negeri.
[ Last edited by Syd at 6-2-2009 10:04 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Legasi Kampung Morten
Legasi Kampung MortenKampung tradisional Melayu ini seperti muzium hidup.
RAMAI pelancong yang melawat Kampung Morten menganggap kampung tradisional Melayu ini sebagai muzium hidup.
Ini tidak menghairankan kerana ramai penduduk kampung itu masihmengamalkan cara hidup lama, di samping mempamerkan keunikan rekabentuk rumah mereka.
Kampung Morten yang diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya TanahInggeris, Frederick Joseph Morten, mempunyai 85 buah rumah termasuk 52rumah tradisional Melaka.
Morten dipercayai memainkan peranan penting bagi membina kampung itupada tahun 1920-an, sementara pengasasnya dikenali sebagai AllahyarhamOthman Mohd Noh.
Kampung itu terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka.
Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung Melayu di bandarbersejarah Melaka yang masih memiliki identiti tersendiri. Antaranyareka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.
Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisanmasyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batubersalut jubin.
Tangga batu merupakan ciri-ciri utama, di samping ukiran kayu dibahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional tersebut biasanyadihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga.
Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa dan berupaya menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yangtersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Iaseolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dandiwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budayapada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu danpusat tarikan pelancong.
Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran airSungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindaholeh kerajaan negeri.
Mereka yang menaiki Melaka River Cruise, berpeluang menyusurikira-kira empat kilometer di sungai berkenaan, tentunya terpegunmelihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut.
Villa Sentosa
Sekali imbas jika melihat deretan rumah tradisional Melayu Melaka dikampung itu, tiada siapa menyangka terdapat sebuah rumah yang masihmenyimpan khazanah Melayu Melaka yang berusia lebih setengah abad.
ORANG RAMAI dan pelancong menyusuri Sungai Melaka dengan bot River Cruise.
Khazanah itu tersimpan di Villa Sentosa, dan tidak lengkap lawatanpelancong ke kampung ini, jika tidak singgah di Villa Sentosa.
Villa Sentosa yang terletak di pinggir Sungai Melaka dibina oleh Othman ketika beliau membuka kampung berkenaan pada tahun 1920.
Kini, setelah sembilan generasinya menduduki kediaman tersebut, iamasih lagi mengekalkan tradisi yang ditinggalkan dan penghuninya terusmenjaga warisan berkenaan.
Villa Sentosa juga dikenali sebagai The Living Museum. Rumahitu diubahsuai menjadi muzium peribadi dan dirasmikan pembukaannya pada11 Disember 1991. Villa Sentosa kini diuruskan oleh waris generasi itu,Abdul Rahim Hashim, 58.
Abdul Rahim berkata, Villa Sentosa memiliki reka bentuk rumah yangunik dan menghimpunkan pelbagai bahan sejarah seperti pakaiantradisional Melayu, alat muzik tradisional serta perabot antik.
Pengunjung juga berpeluang mengenali generasi Hashim Abdul Ghaniiaitu bapa Abdul Rahim melalui gambar keluarga yang digantung di dalambilik pengantin.
Menurut Abdul Rahim, bilik berkenaan digunakan untuk majlisperkahwinan oleh waris keluarganya. Di ruang hadapan Villa Sentosatergantung sebuah lakaran carta salasilah keluarga sembilan generasiitu.
Selain itu, 14 tingkap di dalam villa berkenaan membolehkan udarasegar sentiasa masuk sehingga kipas angin atau pendingin hawa tidakdiperlukan.
RUMAH milik Abdul Rahim Hashim di Kampung Morten dijadikan muzium.
Villa tersebut juga menyajikan himpunan piring hitam era 50-an,selain pameran senjata tradisional seperti tekpi yang berusia 100tahun, pinggan mangkuk berusia 100 tahun dari China, England, Itali danPerancis.
"Dalam usaha mempromosi Villa Sentosa, kami turut mengadakan persembahan kebudayaan, nyanyian dondang sayang dan joget lambak.
"Persembahan ini diadakan sekali setiap bulan," kata Abdul Rahim.Beliau berkata, pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran dan anggotakeluarganya juga bersedia memberi penerangan kepada pengunjung.
"Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran, memadai dengan mendermauntuk tabung keluarga ini bagi membantu kami membaiki dan menaik tarafVilla Sentosa," katanya.
Villa Sentosa dibuka kepada pengunjung pada setiap hari bermulapukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali Jumaat dibuka pada pukul 2 hingga6 petang. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah naik river cruise ni baru2 ni...chantek...kira kagum lah gak...boleh celen sungai2 tgh bandar kat oberc...malam2 kalo tak kerna anak2 ku yg dok merengek sana, terbongkang sini dlm bot, sure mmg rasa romantik amat..cuma kalo best lagi, bot boleh stop mana2 tpt, then pelancong2 bole gi naik ke kg morten ni sambil dok belek2 apa yg ada dlm umah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuu
aku org Melaka malas nak g tgk ni sume.... |
|
|
|
|
|
|
|
jap kg morten ni ke dlu yg ade kes gaduh ngn askar tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
bila mlm klu gi sini..mmg cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuah maskot Sukma XIII Melaka 2010
MELAKA 5 Feb. - Melaka melancarkan Tuah sebagai maskot Sukma XIII, Melaka 2010 dalam satu majlis gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini hari ini.
Selain maskot, logo dan lagu tema Sukma XIII, Melaka 2010 turut dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Sukan dan Belia negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Sukan dwitahunan itu dijadualkan berlangsung di Melaka dari 28 Mei hingga 6 Jun tahun depan melibatkan 25 acara sukan yang akan dipertandingkan membabitkan 15 kontinjen termasuk Brunei.
Tuah atau lebih dikenali sebagai Sang Kancil dipilih sebagai maskot kerana ia merupakan haiwan legenda yang terkenal di negeri ini.
Mohd. Ali berkata, reka bentuk maskot ini berimejkan pahlawan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah.
Menurut beliau, ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah yang mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.
''Lagu tema yang dipilih pula ialah Harmoni dan Cemerlang yang menceritakan semangat kesukanan, setiakawan dan hubungan erat semua kaum dan agama di bumi Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran logo, maskot, lagu tema dan laman web Sukma XIII Melaka 2010 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ab. Karim yang juga Pengerusi Jawatakuasa Tertinggi Sukma XIII, Melaka 2010.
Sejumlah 18 sukan wajib yang akan dipertandingkan pada temasya itu seperti angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik, hoki, karate-do, memanah, menembak, olahraga, perahu layar, akuatik, sepak takraw, pencak silat, skuasy, tenpin boling dan wusyu.
Sementara itu, tujuh lagi sukan pilihan ialah bola jaring, bola keranjang, ekuestrian, tinju, ping-pong, silambam dan petangue.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Sukma XIII Melaka 2010 mampu mencungkil lebih ramai atlet muda negara untuk bersaing di persada sukan antarabangsa.
Tambahnya, sebagai tuan rumah, pencapaian atlet Melaka juga perlu lebih baik daripada temasya Sukma di Terengganu pada tahun lalu.
"Majlis Sukan Negeri perlu mencari formula dan mangambil langkah drastik mulai sekarang untuk mencapai kedudukan sekurang-kurangnya di tempat ketiga terbaik.
"Janganlah kita hanya menjadi pengelola Sukma terbaik, tetapi pencapaian atlet kita pula sebaliknya," katanya.
Tambah Mohd. Ali, pelancaran hari ini dibuat sebagai pengiraan sebelum pertandingan tersebut yang akan bermula dalam tempoh 477 hari lagi.
Katanya, ia juga dalam usaha mengingatkan semua pihak termasuk persatuan-persatuan sukan supaya menyediakan atlet.
Sementara itu, orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai temasya itu boleh melayari laman web http://www.sukma2010.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
majulah sukan untuk semua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
mak aiii
jauhnye nk g kuale sg baru smate2 nk gk sukma kekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|