Tags: Osman Ali, Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Filem Ombak Rindu,
JANGAN TAK LIHAT
Sarimah Ibrahim Siang-Sia...
Pengarah UK, Steven Dexte...
Anak Pujuk DJ Lin Supaya ...
Arora Salwa: Nama Reza AF...
Ombak Rindu Taruhan Terba...
Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR 26 APRIL 2011: Tidak berjaya mengumpul kutipan memberansangkan menerusi filem Cun, ia langsung tidak melemahkan semangat pengarah kreatif, Osman Ali.
Bangkit dan optimis masih ada rezeki lagi untuk meraih kejayaan, Osman Ali kini tampil dengan taruhan baru filem Ombak Rindu yang diadaptasikan menerusi novel hasil tulisan Fauziah Ashari.
Teruja, gembira dan mengakui berdebar pertama kali mengarahkan filem yang bukannya skrip nukilannya sendiri, Osman yakin kekuatan cerita dan peminat novel itu akan menyokong Ombak Rindu.
"Pertama kali saya arahan filem yang diadaptasi daripada novel serta skrip yang ditulis oleh orang lain.Saya tak pernah kerja dengan skrip orang lain dan pada mulanya saya mempunyai pandangan yang spektikal.
"Saya suruh penulis skrip Arman Tono untuk mengubahkannya sebanyak tiga kali dan barulah saya berpuas hati dan menerimannya.Tapi saya bantu Arman dan mengolah skrip itu jadi screen play dan supaya sesuai dengan kehendak pembaca yang akan menonton filem ini kelak," katanya kepada murai.com.my.
Menyedari tidak semua pembaca novel dapat menerima rombakan dan perubahan apabila sesebuah novel diadaptasi kepada filem, maka pengarah muda ini mengekalkan keaslian jalan ceritanya.
Namun dia hanya mengubah sedikit sub plot cerita itu agar kena dengan kehendak layar perak.
"Jalan cerita saya kekalkan 100 peratus agar pembaca novel berpuas hati dengannya. Cuma saya tambah dan kurangkan mana yang perlu sahaja. Sebagai contoh watak-watak sampingan dalam novel saya gabungkan dan ada juga watak sampingan yang saya tonjolkan dalam Ombak Rindu," katanya lagi.
Ditanya mengapa dia sanggup mempertaruhkan prinsipnya yang sebelum ini hanya mengarahkan skrip sendiri dan kerana Ombak Rindu dia sanggup bekerja menerusi skrip tulisan individu lain, kata Osman jalan ceritanya yang menarik telah menambat hatinya.
"Saya pernah baca novel ini dan saya sendiri menyukainya. Apabila kita lihat senario sekarang terlalu banyak filem aksi, seram dan sebagainya yang dihasilkan. Jadi saya terfikir apa salahnya saya tampil dan menghasilkan sebuah filem melodrama yang dah lama tak dibuat orang.
"Kisah kehidupan masyarakat Melayu, cinta, tangisan dan kisah dua wanita yang tertindas dan yang kuat ditonjolkan dalam filem ini membuatkan saya sangat-sangat tertarik," jelasnya lagi.
Berkongsi kisah cabaran dan kesukaran sepanjang mengarahkan Ombak Rindu, kata Osman proses membantu pelakon, serta pengawalan kamera di lokasi penggambaran di lautan antara yang mencabar dirinya.
"Saya perlu membentuk perwatakan Maya Karin untuk menjadi Izzah iaitu seorang wanita kampung dan lemah lembut. Saya puji dia kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak itu kerana kita tahu Maya merupakan seorang wanita kacukan. Kemudiannya Lisa Surihani pula telah membawakan watak Mila seorang wanita yang bersikap keras hati dan mementingkan diri yang jauh berbeza daripada sifat sebenar Lisa.
"Sepanjang penggambaran ini kita banyak bermain dengan lokasi geografi yang menarik seperti di tengah laut dan atas kapal, di kawasan sawah padi. Jadi bayangkan kesukaran kita nak kawal kamera dengan angin dan kepanasan di kawasan sebegitu. Tapi untuk hasil yang baik kita cuba lakukannya," katanya.
Telah pun selesai menjalani penggambarannya, Ombak Rindu terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Tarantella Pictures Sdn Bhd bakal menemui peminat kaki wayang sekitar tahun ini. Ombak Rindu dibintangi oleh Maya Karin, Lisa Surihani, Aaron Aziz , Bront Palarae dan ramai lagi.
ramli awang murshid, filem hatiku di harajiku best untuk di adaptasikan.
intanbiru Post at 20-10-2010 14:35
yeahhh......stujukkkk agak2 sapa yg sesuai bawak watak Ryu watanabe/n0rik0/sabrina......
kalu ikut selera haku - --- ryu watanabe<0fk0s habang Aaron....> N0rik0 <ct saleha...iras oshin versi muda apa dia nih > SabRinA <faZura/neel0fa...very the verisshhh leeeemmmbbbutttt/ayu jer muka..sejuk perut nengok >
yay. tgk trailer nmpk TAK MENARIK. tak teringin pun nak tgk. kertu tp nak bw watak lepasan SPM? tak sesuai. apa la. skrg ni pun asal baca novel ni rasa sakit hati lak bila teringtkan film ni. mmm.
er tak suka nya cara maya paki udung dalam cerita ni.Dah lah sanggul tinggi. pastu pakai ke belakang sgt. hmm....ni saya ada tulis kat blog saya 10 sebab kenap nak sgt tengok cerita ni..
er tak suka nya cara maya paki udung dalam cerita ni.Dah lah sanggul tinggi. pastu pakai ke belakang ...
AzzaAzman Post at 27-6-2011 15:37
aah... mcm x sesuai je pakai tudung... x nampak cantik punn.. ape salahnya x pakai tudung ... cite nora elena pn x pakai tudung ok je....... sedih la hero dah ok novel dah best heroin plak mcm tuh... adakah muka izzah 17 thn mcm tuh... plsss... jauh dr ape yg di imjin kan....