CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 1-9-2010 02:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-9-2010 15:00
Reply 158# blastoff

kalau betul meniup doa kat air2 tak boleh kenapa blastoff tak pernah tanya/tegur pd ustaz2 & ramai lagi pengamal perubatan Islam di Malaysia nih? takkan sorang pun tak tahu pasal hal ni?
zamnie Post at 1-9-2010 11:45


Kau tengoklah perangai manusia yang di tegur, bukan tak pernah tegur tapi lihat saja apa yang berlaku di thread ni , walau di bentang bukti dari Ayat2 Quran serta hadis2 sahih pun still masih banyak yang tak mahu memahami dan tak mahu menerima, macam tak boleh menerima kenyataan lagak mereka  .

Itu cuma pengikut dan peminat ustaz-ustaz tu saja yang dah memperlihatkan perangai sedegil tu, inikan pula para ustaz2 tu yang bergantung dana dan pengaruh pada sebanyak mana mereka mampu mengekalkan dan menarik para pengikut untuk bergantung harap pada mereka . Lagilah mereka buat tuli saja walau di tegur macam mana pun .

Bukan mereka tak tahu apa yang mereka buat tak di benarkan syarak, tapi kerana mereka punya kepentingan untuk meneruskan kegiatan mereka tu .

Cara yang di tunjukkan Nabi tak memerlukan sesiapapun bergantung harap pada manusia lain untuk menjampi kerana boleh dilakukan sendiri dan percuma pulak tu  .

Allah meletakkan cara semudah itu agar tak ada manusia dapat memanipulasi manusia lain untuk kepentingan peribadi semata-mata . Itulah tujuan Allah datangkan Islam pada manusia, agar membebaskan manusia dan memerdekakan mereka dari manipulasi hawa nafsu dan syaitan  .   

Banyak juga ustaz2 yang benar2 mengamalkan ilmu mereka yang sesekali tak mahu menjampi air minuman biar pun di minta orang  untuk berbuat demikian kerana mereka tahu perbuatan tu salah dan melanggar syarak .

Manusia boleh belajar setinggi mana pun ilmu agama , tapi hanya yang benar-benar mengamalkan setiap ilmu yang di pelajari sajalah merupakan manusia berilmu yang sebenar dan sejati .

Sementara manusia yang melupakan ilmu agama yang  dah di pelajari lalu melakukan amalan yang sebaliknya pula dari apa yang dah di pelajari cukup banyak jumlahnya , dan mereka bukanlah manusia yang berilmu walau mereka berstatus proffesor sekalipun sebaliknya mereka cuma manusia yang bernafsu , yang membiarkan nafsu mereka memimpin mereka kerana kepentingan duniawi yang sedikit  .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply  blastoff

kalau betul meniup doa kat air2 tak boleh kenapa blastoff tak pernah tanya/tegur ...
zamnie Post at 1-9-2010 11:45


Saya pernah tengok ustaz Harun Din bacakan ayat al-quran pada air tapi tak ada tuip, sekadar buka tudung aja.

Tu kira macammana pula blastoff? boleh ke idak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:05 PM | Show all posts
Kenapa ada ulama dan cerdik pandai agama boleh bertukar jadi syaitan sehingga sanggup menukar dan menokok tambah hukum Tuhan sesuka hati ? Kerana mengingini pengikut yang ramai , pengaruh ,  kuasa , kedudukan dan duit dalam bentuk sumbangan oleh para pengikut yang taksub .
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-9-2010 15:11
Saya pernah tengok ustaz Harun Din bacakan ayat al-quran pada air tapi tak ada tuip, sekadar buk ...
zamkumis Post at 1-9-2010 15:03


Dia berdoa dengan mengangkat tangannya dengan botol2 air terbuka tudung yang di letak di depannya . Dia cipta kaedah doa yang terang2 syirik . Penerangan lebih lanjut saya kenapa amalan sebegitu adalah amalan kafir sila rujuk post #151 di atas .
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:16 PM | Show all posts
Kalaulah bacaan Quran pada air tak boleh bagi tujuan perubatan... kenapa tak ada fatwa dari ulama atau majlis fatwa, sepatutnya mesti ada. Sila kemukakan fatwa ulama yang mengatakan tidak boleh blastoff.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:51 PM | Show all posts
(Abu Dawud) Book 26, Number 3719:

    Narrated Abdullah ibn Abbas:
    The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) forbade blowing or breathing into a vessel.

( Malik Muwatta ) Book 49, Number 49.7.12:

    Yahya related to me from Malik from Ayyub ibn Habib, the mawla of Sad ibn Abi Waqqas that Abu'l-Muthanna al-Juhani said, "I was with Marwan ibn al-Hakam and Abu Said al-Khudri came to him. Marwan ibn al-Hakam said to him, 'Have you heard that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, forbade blowing into drinks?' Abu Said said to him, 'Yes.' A man said to him, 'Messenger of Allah, I am not quenched from one breath.' The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said to him, 'Remove the cup from your mouth and then breathe.' He said, 'Sometimes I see something floating in it?' He said, 'Then pour it out.'"


Salam...

Setahu saya hadith di atas adalah larangan bernafas ke dalam cawan/bekas ketika minum air.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2010 04:52 PM | Show all posts
Bukti bahwa seseorang tu cuma berharap pada Allah semata-mata adalah apabila dia cuma buat ibadah khusus seperti berdoa, sembahyang, puasa dengan cara exactly seperti yang di benarkan Allah dan RasulNya saja . Apabila dia tak peduli nak ikut cara ibadah yang Nabi tunjuk sebaliknya dia pilih untuk ikut cara nenek moyang dulukalanya buat, maka itu jelas bukti bahwa dia tak berharap pada Allah sebaliknya dia cuma berharap pada usaha dia semata-mata. goto=findpost&pid=40212155&ptid=500582][/url]


sbb mrk berpegang kpd 'selagi tiada larangan dlm Quran/hadith' maka mrk sangka sapa2 pun boleh kreatif mencipta mcm2 gaya ibadah spt zikir berpusing2 mcm di turki, zikir hayun2 kepala & melompat2 mcm tarikat2 di mesir dan mcm2 lagi.  kata mrk asalkan niat baik & tiada larangan dlm quran. Dgn itu mrk sgt kreatif mencipta pelbagai jenis solat sunat yg Nabi sendiri tak pernah buat dgn alasan solat2 yg dicipta itu adalah dgn niat yg murni spt 'solat sunat nisfu syaaban' dan sebagainya. hujahnya ialah kerana takda ayat Quran yg melarang.  imagine klu satu guru tarikat cipta sepuluh jenis solat sunat, klu seratus guru tarikat dah berapa jenis.  meriah sungguh umat akhir zaman dgn solat2 sunat & ibadah2 rekaan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 06:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-9-2010 20:37
Kalaulah bacaan Quran pada air tak boleh bagi tujuan perubatan... kenapa tak ada fatwa dari ulama at ...
zamkumis Post at 1-9-2010 15:16


Kalaulah, kalaulah...... kenapa kalaulah ?   Kenapa cuba menentukan hukum syirik atau tidak melalui fatwa ulama semata-mata ?

Apa peranan Quran Sunnah dalam menentukan perbuatan mana yang syirik dan perbuatan mana yang tidak  ?

Boleh jawab soalan2 saya ni kerana kau begitu bergantung pada fatwa ulama nampaknya sehingga kau seolah-olah seperti menidakkan peranan Quran Sunnah pulak  .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 06:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-9-2010 19:13
Salam...

Setahu saya hadith di atas adalah larangan bernafas ke dalam cawan/bekas ketika minu ...
mnm77 Post at 1-9-2010 15:51


Pada pendapat kau kenapa agaknya Nabi tak amalkan meletak bekas air yang berisi air minuman yang tak bertutup sebagai medium ketika berdoa untuk orang sakit ? Kenapa Nabi tak hembus ke dalam air minuman ketika jampi untuk orang sakit yang mai jumpa dia ?

Air minuman dan bekas minuman memang terdapat di zaman Nabi, dan ramai juga orang yang mai jumpa Nabi untuk dia ubati sakit mereka , so kenapa Nabi tak berdoa seperti cara yang harun din buat  ?

Adakah Allah kurniakan wahyu pada harun din dan bomoh-bomoh semalaya untuk buat gitu tapi Allah lupa pulak untuk kurniakan wahyu yang sama pada NabiNya sendiri sehingga menyebabkan Nabi tak mengamalkan cara yang mereka amalkan ?

Allah pelupa kah nak bagi tau kat Nabi atau Nabi yang pelupa atau harun din dan bomoh-bomoh semalaya yang sesat ?   

Jawablah ya .
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 06:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-9-2010 20:04
sbb mrk berpegang kpd 'selagi tiada larangan dlm Quran/hadith' maka mrk sangka sapa2 pun boleh k ...
tobby Post at 1-9-2010 16:52


Segala amalan seumur hidup akan menjadi sia-sia apabila sekali amalan kafir dan syirik di lakukan tanpa taubat nasuha, bagaimana nak taubat nasuha apabila hati masih terlalu buta untuk menyedari amalan syirik dan kafir yang telah di buat ? Sampai mati takkan bertaubat lah jawabnya selagi hati menyangka apa yang di buat tu betul dan tak syirik .

....manusia yang mati dalam keadaan tiada pengampuan langsung dari Allah selama-lamanya merupakan kemenangan yang paling manis bagi syaitan dan itulah yang dia berusaha untuk capai, lagi banyak manusia yang syirik lagi syaitan akan rasa cemerlang gemilang terbilang  .

Siapa yang akan menyangka bahwa "cerdik pandai" agama terkenal satu malaya seperti harun din boleh mengamalkan amalan syirik di depan khalayak ramai ?

Dan orang yang bergantung kepada amalan ulama dan ustaz untuk menentukan syirik atau tidak sesatu amalan tu pasti akan sesat sekelip mata kerana menganggap perbuatan harun din tu tak syirik just kerana status dia seorang proff !


Syaitan meraikan kemenangan kerana berjaya memperdaya ramai manusia dengan sorang saja cerdik pandai agama yang sesat amalannya .

Cukup dengan sekali saja melakukan amalan syirik seumur hidup atau menganggap amalan syirik yang dilakukan orang lain sebagai tak syirik dan di bolehkan , itu akan me langsamkan segala ibadah apabila mati kelak sekiranya tidak ber taubat nasuha .
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-9-2010 20:42
Kalaulah bacaan Quran pada air tak boleh bagi tujuan perubatan... kenapa tak ada fatwa dari ulama at ...
zamkumis Post at 1-9-2010 15:16


Nak sangat fatwa   , ha sila lah click url ni  http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8  untuk tonton video youtube mengenai fatwa ulama pasal kesesatan selawat syifa' yang di amalkan harun din .

Macam-macam amalan ibadah yang harun din reka cipta sundri mengalahkan ayah pin pulak , boleh dapat nobel prize lah kerana terlalu inovatifnya dia gittew.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 1-9-2010 22:29
Boleh jawab soalan2 saya ni kerana kau begitu bergantung pada fatwa ulama nampaknya sehingga kau seolah-olah seperti menidakkan peranan Quran Sunnah pulak  


Sebenarnya Islam itu lengkap dan complete, setiap sesuatu tidak terlepas dalam lingkungan hukum. Kalau tidak lengkap itu bukan agama yang sempurna namanya. Contoh makan hukumnya asalnya harus, haram jika ianya bangkai, sunat bila ianya bertepatan dengan perilaku Rasulullah umpama makan kurma 3 biji masa berbuka. Makruh jika makai makanan busuk seperti petai.

Bagi hukum yang jelas yang tertera dalam Al-quran dan Hadist tidak diperlukan fatwa samasekali seperti makan khinzir dan minum arak. Bagaimanapun bagi sesuatu yang tidak dinyatakan dengan jelas seperti rokok yang tidak ada dizaman dahulu maka ulama mengeluarkan fatwa berdasarkan kaedah fiqh bersandarkan sumber Al-quran Hadist dan qias. Dan begitulah seterusnya.

Bagi masalah tiup air yang dibacakan quran mesti telah ada fatwa, adakah ia harus, haram, makruh, halal, wajib atau sunat?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 12:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 06:38
Sebenarnya Islam itu lengkap dan complete......Bagaimanapun bagi sesuatu yang tidak dinyatakan dengan jelas seperti rokok yang tidak ada dizaman dahulu maka ulama mengeluarkan fatwa ......
Bagi masalah tiup air yang dibacakan quran mesti telah ada fatwa, adakah ia harus, haram, makruh, halal, wajib atau sunat?zamkumis Post at 1-9-2010 22:14


Kalau kau berada di tempat yang tiada alim ulama seperti di Nepal kat kaki gunung everest tu yang hanya banyak tok-tok sami buddha saja , dan kau tak ada cara nak hubungi alim ulama untuk tanya fatwa tapi di tangan kau ada buku-buku hadis dan terjemahan ayat-ayat Quran , maka tak cukupkah Quran dan Hadis2 Sahih untuk kau baca buat memahami apa yang boleh dan apa yang tak boleh di buat dalam hidup ?

Adakah hanya ulama yang ada akal fikiran untuk mampu memahami Quran dan Hadis2 Sahih atau kau juga Allah kurniakan akal fikiran yang juga berkemampuan untuk faham Quran dan Sunnah ?

Semua manusia yang waras di kurniakan akal fikiran oleh Allah untuk dapat memahami Quran dan Sunnah kan . So kenapa nak bergantung pada ulama sahaja untuk keluarkan fatwa baru nak boleh tahu hukum Tuhan sedangkan kau pun Allah kurniakan daya upaya dan akal untuk dapat memahami Quran dan Sunnah? Kenapa nak bergantung pada manusia lain , kenapa tak nak usaha sendiri ?




Kau kata : "Bagaimanapun bagi sesuatu yang tidak dinyatakan dengan jelas seperti rokok yang tidak ada dizaman dahulu maka ulama mengeluarkan fatwa "


Air bukan macam rokok, air bukan benda baru tapi air telah wujud sejak zaman Nabi lagi so kenapa nak kena tunggu fatwa ulama baru nak boleh faham hukum boleh atau tidak meniup ke dalam air  ?

Nabi berkemampuan tak untuk baca Quran ? Ya

Nabi berkemampuan tak untuk tiup air ?  Ya

Nabi berkemampuan tak untuk baca Quran lalu tiup ke dalam air ? Ya

Tapi kenapa Nabi tak buat walaupun Nabi berkemampuan buat semua tu tapi Nabi tak pernah buat pun seumur hidup dia so KENAPA ?

Lihat dua hadis sahih abu dawud dan malik's muwatta kat post saya sebelum ni tu yang menerangkan Nabi melarang menghembus kedalam air minuman .... disebabkan Nabi melarang menghembus ke dalam air minuman maka Nabi pun tak buatlah amalan menghembus ke dalam air minuman walau untuk tujuan berubat sekalipun .... ok masuk akal tak ayat ni ?

Boleh nampak tak perkaitan Nabi tak hembus ke dalam air minuman untuk tujuan berubat kerana dia melarang perbuatan menghembus ke dalam air minuman dan Nabi tak sebut ada pengecualian larangan tu kalau kerana nak berubatpun .

Nampak tak bahwa disebabkan Islam lengkap maka hukum ada di sebut dengan jelas, tapi kena guna akal untuk fahaminya . Itu fungsi akal fikiran yang Allah kurniakan pada semua dan bukan pada alim ulama saja ....

Tengok maksud ayat Quran bawah ni, Allah beritahu kita manusia sesat bukan kerana mereka tak nak ikut alim ulama, tapi kerana mereka tak guna akal mereka sendiri untuk fikir firman2 Nya dan agamaNya .

10:100  "Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya."

So ulama tak boleh memberi iman pada manusia atau menyelamatkan manusia dari kekafiran, sebaliknya orang yang durhaka, syirik atau kafir adalah kerana mereka tak mau guna akal mereka sendiri untuk fikir ayat-ayatNya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 12:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 00:49
imagine klu satu guru tarikat cipta sepuluh jenis solat sunat, klu seratus guru tarikat dah berapa jenis.  meriah sungguh umat akhir zaman dgn solat2 sunat & ibadah2 rekaan masing2.
tobby Post at 1-9-2010 16:52


Bukan susah nak faham hukum Tuhan, dalam bab ibadah kalau Nabi tak buat maka jangan buat la, hanya yang Nabi buat saja kita buat , follow to the t . Tapi yang saya hairan kenapa masih ramai menyangka its ok untuk ustaz dan profesor ubah ibadah khusus sesuka hati ?

Kalau nak tunggu fatwa alim ulama baru nak tahu boleh atau tidak sesuatu amal ,  maka akan jadi macam Al Arqam laa, berapa tahun Al Arqam amalkan ajaran sesat tanpa sorang ulama pun keluarkan fatwa secara official mengenai kesesatan kumpulan tersebut ?

Sampai ekonomi mereka berkembang pesatlah dengan para pengikut boleh di lihat merata-rata di seluruh negara ! Sampai wujud perkampungan kat Sg. Penchala lah kan . Masih tak ada tindakan menfatwakan kesesatan mereka secara rasmi .

Bila dah parah baru kalut ulama fatwa itu ini . Bertahun2 sebelum ulama keluar fatwa secara rasmi adakah apa yang Al Arqam amalkan tak sesat , setelah keluar fatwa baru sesat ?

So macam mana dengan nasib orang yang amalkan ajaran Al Arqam lalu mati sebelum ulama keluarkan fatwa kesesatan Al Arqam ? Adakah Tuhan akan bagi pengecualian pada orang mati ni kerana dia tak sempat dengar fatwa ulama untuk tahu kesesatan Al Arqam ?

Kalau asyik tunggu fatwa ulama tanpa nak fikir sendiri dengan akal sendiri Quran dan Sunnah untuk tahu apa yang syirik dan apa yang tidak maka nahas laaa di akhirat nanti kan .

Nak claim kata jahil macam mana pulak kerana terjemahan dan tafsiran Quran dan Hadis2 Sahih berlambak dan senang saja untuk di perolehi dan di baca tapi dek kerana asyik dok tunggu fatwa ulama saja maka saja-saja pilih jalan jahil la tu jawabnya .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 01:43 AM | Show all posts
Dibolehkan meniup ke atas air samada air zam-zam atau air biasa mengikut fatwa Syeikh Muhammad Ali Syeikh:

سئل الشيخ محمد بن إبراهيم آل الشيخ عن النفث في الماء فأجاب: لا بأس بذلك فهو جائز بل قد صرح العلماء باستجابه. [مجموع فتاوى ورسائل الشيخ محمد بن إبراهيم آل الشيخ 1/92]

Kalau dilihat dari kitab-kitab raqi dan ruqiah mengikut sunnah nabawiyyah (lebih2 lagi kitab cetakan Saudi dengan Fatwa Syeikh Uthaimin, Jibrin dan Jurasiyi) para ulama menghukum harus berubat dengan meniup ke air setelah dibaca ayat2 Quran dan doa. Para ulama berkata lebih afdhal dengan air zam-zam, jikalau tiada maka tidak mengapa dengan air biasa.

Timbul permasalahan syirik, Syeikh Uthaimin menjawab apabila kita berniat dengan kuasa dan kelebihan yang ada pada tukang peniup, akan tetapi jikalau berniat dengan tabbaruk ayat Quran dibaca maka ia sah di sisi syara'.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 06:01 AM | Show all posts
Salam...

Setahu saya hadith di atas adalah larangan bernafas ke dalam cawan/bekas ketika minu ...
mnm77 Post at 1-9-2010 14:51



    kannnn??? bernafas dlm cawan tu bad manners.... itu pun nak tunggu nabi tegur jugak ke..... tak relevan dengan tajuk pasal air jampi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 06:05 AM | Show all posts
Timbul permasalahan syirik, Syeikh Uthaimin menjawab apabila kita berniat dengan kuasa dan kelebihan yang ada pada tukang peniup, akan tetapi jikalau berniat dengan tabbaruk ayat Quran dibaca maka ia sah di sisi syara'.
te_peng Post at 2-9-2010 00:43



    byk makcik2 yg aku tengok yg jumpa harun din ingat harun din ada kuasa sakti (of course dgn ayat cover2)...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 07:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 08:08
Dibolehkan meniup ke atas air samada air zam-zam atau air biasa mengikut fatwa Syeikh Muhammad Ali Syeikh:

سئل الشيخ محمد بن إبراهيم آل الشيخ عن النفث في الماء فأجاب: لا بأس بذلك فهو جائز بل قد صرح العلماء باستجابه. [مجموع فتاوى ورسائل الشيخ محمد بن إبراهيم آل الشيخ 1/92]

te_peng Post at 2-9-2010 01:43


Ayat dalam bahasa arab tu bukannya hadis Nabi, tapi ayat tu cuma menerangkan syeikh tu kata tak ada salah meniup ke dalam air lalu dia benarkan . So itu merupakan pendapat ulama dan bukannya hadis Nabi .

Kalau dilihat dari kitab-kitab raqi dan ruqiah mengikut sunnah nabawiyyah (lebih2 lagi kitab cetakan Saudi dengan Fatwa Syeikh Uthaimin, Jibrin dan Jurasiyi) para ulama menghukum harus berubat dengan meniup ke air setelah dibaca ayat2 Quran dan doa. Para ulama berkata lebih afdhal dengan air zam-zam, jikalau tiada maka tidak mengapa dengan air biasa.

Timbul permasalahan syirik, Syeikh Uthaimin menjawab apabila kita berniat dengan kuasa dan kelebihan yang ada pada tukang peniup, akan tetapi jikalau berniat dengan tabbaruk ayat Quran dibaca maka ia sah di sisi syara'.

te_peng Post at 2-9-2010 01:43


Ulama menghukumkan harus berdasarkan Hadis2 Sahih mana satu ? Di sebut sunnah nabawiyyah , so hadis - hadis sahih mana satu yang di guna ulama-ulama tu untuk membolehkan mereka menghukumkan harus berubat dengan cara baca doa dan baca ayat Quran pada air yang nak di minum ?

Saya dok tanya hadis2 sahih apa yang memperlihatkan boleh buat gitu sorang pun tak boleh bawak , kenapa ? Kenapa cuma mampu bawak pendapat ulama tapi tak mampu bawak hadis2 sahih apa yang menjadi sandaran para ulama tu untuk mereka berfatwa gitu ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 07:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 07:44

Kalau dibandingkan para ulama zaman la ni dengan Umar Ibn Al Khattab , siapa yang lebih faham  ilmu agama ?

Umar Al Khattab kah yang lebih faham ilmu agama kerana dia tinggal sezaman dengan Nabi , bergaul dengan Nabi dan mendapat pengajaran terus dari Nabi sampai di angkat jadi khalifah Islam malah dia di sayangi oleh Nabi dan para sahabat Nabi semuanya,  atau adakah para ulama zaman la ni yang lebih faham ilmu agama walhal mereka cuma belajar dari Universiti di cipta manusia yang tak mendapat didikan direct dari Nabipun  ?

Ni bawah ni kata-kata umar di dalam hadis sahih yang menyebut hanya pendapat Nabi yang benar kerana Allah tunjuki Nabi tapi pendapat manusia lain (walau ulama sekalipun ) semuanya merupakan sangkaan dan reka cipta sendiri saja .

(Abu Dawud) Book 24, Number 3579:
Narrated Umar ibn al-Khattab:

Umar said while he was (sitting) on the pulpit: O people, the opinion from the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) was right, because Allah showed (i.e. inspired) him; but from us it is sheer conjecture and artifice.


Sebab tu jangan tengok pada pendapat ulama saja, tapi kena tahu hadis2 sahih apa yang ulama buat sandaran apabila mereka berfatwa , kerana kalau mereka berfatwa semata-mata guna pendapat mereka sendiri saja maka itu dah jadi semata-mata persangkaan mereka sendiri yang boleh saja di trigger oleh hasutan syaitan atau hawa nafsu mereka !
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 07:37 AM | Show all posts
Dari `Aisyah, ia pernah membawa air zamzam kemudian ia memberitahu (kepada para sahabat) bahwasannya Rasulullah saw membacakan doa pada air zamzam yang ada dalam bejana dari kulit lalu beliau menuangkan air itu pada gelas dan meminumkannya kepada orang-orang yang sakit.?(HR. Muslim)


zamkumis Post at 1-9-2010 09:07



Status hadis ni bukan sahih, kerana di seluruh kitab sahih muslim tidak terdapat hadis ni langsung ..... hadis palsu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20450 Replies : 101
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 300951 Replies : 7444
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7270 Replies : 43
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 35630 Replies : 377
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13414 Replies : 181
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13792 Replies : 120
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8831 Replies : 55
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9484 Replies : 25
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 18693 Replies : 151
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113928 Replies : 491

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.074564 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list