Bahan2 untuk goreng Kueyteow:
3 senduk minyak masak
3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
Secubit garam
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 3 bahagian. (Cuci untuk buang minyak & toskan)
Cara2:
1. Dalam mangkuk pecahkan telur, masukkan white peper & garam. Pukul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kueytiau dalam mangkuk berisi telur tadi & terus goreng macam goreng telur dadar. Goreng untuk sepinggan ye. So kena goreng 3x untuk 3 orang makan.
Bahan2 untuk kuah kueyteow:
3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang & sotong
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
2 pokok sayur kailan
1/2 sudu white pepper
3 sudu sos tiram
sedikit garam
1/2 kiub ayam
2 -3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
Cara2:
1-Panaskan 2 sudu makan minyak masak.
2-Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan & masukkan isi ayam berserta sos tiram dan hingga ayam masak.
3-Masukkan air, carrot ,anak jagung dan batang kailan. Dah menggelegak masukkan udang, sotong, kiub ayam. Perisakan dengan whitepepper & garam secukupnya.
4-Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak2 byk mana kuah korang nak. Fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah. Sesuaikan rasa. Boleh tambah extra white pepper & sos tiram jika suka.
Bila dh siap, curahkan kuah ke dlm pinggan berisi kueytiau goreng tadi & enak dimakan panas2.
Ikan kayu (gaul dgn garam dan kunyit- goreng stgh masak sj-ketepikan)
Cili kering(ikut pedas masing2)
1biji bwg besar
1ulas bwg putih
Blend semua bhn diatas
1sudu kecil paste asam jawa
1/2 cwn air
Santan pekat rm2
2tangkai daun kari(wajib)
Garam (sesedap rasa)
Gula (sesedap rasa
Sedikit Secukup Rasa
1biji bawang besar yg dimayang utk hiasan
Cara2
Tumis bhn yg diblend tadi sampai naik bau. Masukkan garam,gula,daun kari,paste asam jawa dan air. Kacau sampai mendidih, masukkan santan pekat,ikan kayu yg digoreng tadi dan secukup rasa(api jgn kuat sgt). Kacau dan biarkan hingga pekat sedikit baru masukkan bwg besar yg dimayang utk hiasan.