|
Amir ......... aku rindu kemunculanmu ....... |
|
|
|
|
|
|
|
"Dahlia macam tertelan pedang Luke Skywalker, mulut asyik nak melaser orang."
bila sampai part ni tersembur me goreng yang me tengah makan.......![](static/image/smiley/default/titter.gif)
huhuhu..... ni yang me suka citer kak juna ringan dan terselit humur yg bersahaja...
ciyok kak juna![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Al-kisahnya Amir terjumpa Dahlia di rumah Cikgu Zul
lantas bercinta ....
Tapi Farid adalah pilihan pertama Cikgu Zul untuk Dahlia ..... |
|
|
|
|
|
|
|
"Dahlia macam tertelan pedang Luke Skywalker, mulut asyik nak melaser orang."
bila sampai part ni tersembur me goreng yang me tengah makan.......![](static/image/smiley/default/titter.gif)
huhuhu..... ni yang me suka citer kak juna ringan dan terselit humur yg bersahaja...
ciyok kak juna![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dengan ini..maka dimaklumkan bahawa kia adalah pemegang planner dating dahlia.....tugas ter ...
kaypo Post at 22-10-2010 20:50 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
ekekeke.... boleh aje.. tapi aku wat2 lupa date ngan Farid buncit tuh![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna sambung lagi.. tak sabar nk tgk pertemuan cikgu amir n dahlia... ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah tak jenguk.. rupa2nya juna ada story baru..
![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada sambungan lagi ker![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
ingatkan amir dah jumpa dengan dahlia![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mesti amir terjumpa dgn dahlia...
farid ada saingan ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sabar menanti detik pertemuan amir & dahlia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 146# qimi08
Dah ku duga tapi betul ke? he he |
|
|
|
|
|
|
|
smiley sapa hero cite ni???
amir ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam hari minggu
.............................................................................
Rasa pai ayam buatan anak Cikgu Zul masih di mulutnya. Sedap! Tak pernah lagi dia merasa pai se enak itu. Pastri yang lembut, inti daging ayam dan cendawan yang cukup berperisa. Empat biji pai di habiskan tadi - hampir separuh dari jumlah yang di hidangkan. Tak malu nya aku. Tapi rezeki jangan di tolak. Siapa sangka Cikgu Zul ada anak yang pakar memasak. Sebelum ini dia cuma tahu yang Cikgu Zul ada tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki. Tapi dia kurang berminat untuk mengambil tahu lebih lanjut. Kini hatinya di garu perasaan ingin tahu. Macam mana rupa pembuat pie? Adakah comel seperti pai buatannya? Atau orangnya agak “ keibuan” gitu, pipi tembam, berbadan sedap tapi sexy macam Nigella Lawson….
“ Apa yang kau berangan ni Mir?” Housematenya Khairul menghentak briefcase atas meja kopi di ruang tamu.
Amir tersentak lalu senyum kambing. “ Bila kau balik Khai? Aku tak perasan pun.”
“ Kalau dah angau mana nak perasan. Bom meletup pun kau tak sedar kot“ Khairul berlalu ke dapur dan membuka peti ais. Dia keluar bersama dua gelas jus oren. Satu di letak di depan Amir.
“ So, who is the girl? Siapa gadis bertuah yang berjaya mencairkan hati beku kawan aku ni?” Khairul meneguk jus dengan lahap. Tiga kali teguk habis isi gelas.
“ Mana ada? Aku tengah fikir tentang program Kem Bahasa Inggeris yang sekolah aku nak buat nanti. “ Dia melarikan mata dan terus merujuk kembali ke buku nota yang penuh dengan catitan. Banyak idea yang mereka dapat ketika sesi brainstorming di rumah Cikgu Zul tadi. Sekarang dia dan ahli komiti kena bekerja keras untuk melaksanakannya. Dia terus menekan papan kekunci laptop.
“ Minggu depan dah start cuti sekolah. Kau tak pergi mana mana?” soal Khairul. Untung betul kawan aku ni jadi guru. Asyik cuti memanjang. Tapi dia pelik dengan Amir. Selama tiga tahun Khairul mengenali Amir, tak pernah sekalipun dia bercerita tentang saudara mara atau kampung halaman. Baik cuti sekolah mahupun Hari Raya, dia tidak pernah balik kampung. Kalau anak yatim piatu pun , sekurang kurangnya mesti pulang menziarah pusara. Tapi Amir Muzaffar adalah satu enigma. Seolah dia kena amnesia atau alien turun ke muka bumi. A man without a past. Cuma yang Khairul tahu, dia pernah putus cinta dengan kekasihnya ketika di university dulu dan hingga kini tak pernah mencari pengganti. Bukan sebab dia tidak ada pilihan. Ramai juga kawan sepejabat Khairul ingin mencuba nasib dengan lelaki bertubuh sasa dan berwajah tenang itu. Siapa tak pernah toleh dua kali bila lelaki dengan ketinggian seperti model berjalan di pekan KK. Tetapi Amir menolak dengan baik. Dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana mana perempuan. Hatinya belum terbuka lagi. Khairul tak pernah memaksa. Amir lebih tua dari nya, dia tahu apa yang dia mahu. Ikut suka kau lah bro. Khairul tidak mahu menyibuk dalam urusan peribadi sahabatnya
“ Aku kena jadi guru pengiring pelajar Tingkatan Empat ke Bukit Merah. Satu malam saja. Kira holiday untuk aku juga lah. Lepas itu aku kena ke sekolah untuk kelas tambahan pelajar PMR dan SPM.”
“ Berdedikasi betul lah kau bro. Aku tabik! Kalau kau jadi cikgu aku masa aku sekolah dulu , mesti aku skor dalam subjek BI. Tak adalah lidah aku tergeliat memanjang nak cakap omputih”
“ Kau nak aku masak ke malam ni? Puji lebih lebih” usik Amir.
“ Kalau kau nak masak okay juga. Aku cuci pinggan ” Lega rasa Khairul. Di antara mereka berdua, skil memasak Amir lebih hebat. Khairul setakat boleh goreng telur dan masak sardin.
“ No problem. Tadi Makcik Nor hantar lauk. Sambal tumis udang dengan paceri nenas. Jadi aku masak nasi saja lah” Makcik Nor dan suaminya Pakcik Tarmizi jiran depan rumah mereka. Pasangan itu menganggap Amir yang sebatang kara itu sebagai anak angkat mereka memandangkan anak mereka sendiri sudah berkeluarga dan tinggal jauh.
“ Alhamdulillah. Untung kau dapat mak angkat yang pemurah dan pandai masak. Dapat aku tumpang sekaki. Tak payahlah makan sardin hari hari.” Khairul mengambil briefcase dan masuk ke bilik. Amir meneruskan kerja. Email mengandungi minit mesyuarat mereka dan juga tugas dan timeline di hantar kepada semua guru yang terbabit. Selesai semuanya dia meregangkan tubuh. Time to cook.
Belum sempat dia ke dapur, handphone Amir berdering. Panggilan dari Cikgu Zul. Apa hal dia calling calling? Ingatkan semua dah selesai tadi.
“ Assalamualaikum”
“ Waalaikumsalam, Amir. Maaf kalau menganggu. Saya lupa nak bagi tau tadi. Toko Buku Nilam banyak stok buku lama yang kami rasa tak boleh jual. Anak saya cadang untuk bagi pada library sekolah. Bila bila Amir senang boleh lah pergi ke kedai saya dan pilih mana yang Amir nak.” Senyum memekar di bibir Amir. Ini berita baik.
“ Thank you Cikgu Zul. Saya memang nak tambahkan buku di library. Saya pergi sekarang juga” Inilah peluang untuk aku berjumpa Cik Pai Ayam.
“ Eh… sabar Cikgu. Kedai dah tutup pukul 6. Besok hari Sabtu ramai pelanggan , takut anak saya tak ada masa nak layan Cikgu. Saya rasa lagi elok Cikgu pergi hari Isnin nanti.”
Alaaa….lambatnya nak tunggu Isnin
“ Okay, no problem. Thanks again , Cikgu Zul. By the way, pai yang anak Cikgu buat tadi sedap sangat. Dia patut buka restoran atau café.”
………………………………………………………………
Usai solat Isya’ Amir mengambil Al Quran dari laci meja studynya. Surah Al Mulk di alunkan. Kemudian dia turun ke bawah untuk makan malam. Khairul sudah bersedia di meja.
Mata Amir membulat bila terpandang hidangan dalam Tupperware atas meja. “ Mana kau dapat ni?”
“ Adalah. Tak sangka kau simpan rahsia besar. Patutlah asyik tersenyum sorang sorang.”
“ Eh… cakap betul betul lah. Kau beli kah? “ Tapi bila masa pula Khairul keluar. Lagipun benda ini tidak di jual di mana mana kedai di Kuala Kangsar.
“ Ada seorang awek datang tadi. Aku pun terkejut, ingatkan orang salah rumah. Dia cari kau tapi kau tengah solat. Terus dia bagi Tupperware ini. Aku ulang apa dia kata. “ Boleh bagi pada Cikgu Amir? Bapa saya kata dia suka pai ayam” Khairul mengajuk.
“Siyott kau Amir. Aku ingat kau ada mak angkat dengan bapa angkat saja. Rupanya adik angkat pun kau ada. Sengaja tak nak kenalkan kat aku ya.”
Amir terkebil kebil. Mesti itu anak Cikgu Zul. Ruginya! Tak ada jodoh aku nak jumpa Cik Pai Ayam. Tangannya terus mencapai sebiji pai.
“ Aku pun tak kenal dia. Bapa dia aku kenal lah. Kau cuba makan pai ini. Sedap tau” Amir mempelawa. Khairul tidak menolak meskipun makanan Barat bukan kegemarannya. Tapi setelah masuk ke mulut dia mengangguk macam burung belatuk
“ Memang sedap. Untung betul lah siapa dapat anak cikgu Zul itu. Sudahlah cantik, pandai masak pula”
Tupperware tadi sudah kosong. Amir menceduk sesenduk nasi ke pinggan tapi tidak di jamahnya. Otaknya masih menerawang. “ Cantik kah? Macam mana rupa dia? Ada macam Nigella Lawson tak?”
Khairul mengangkat bahu“ Manalah aku kenal siapa Nigella apakenama tu. Aku bukan suka tengok program omputih kecuali sukan. Muka awek ni macam Melayu tulin. Manis sangat. Tapi bodoh betul aku, tak sempat tanya nama pun. Tergamam punya pasal. ”
Hati Amir sedikit gusar. Takkan aku nak berebut Cik Pai Ayam dengan housemate sendiri. Ah… merepeklah. Entah entah dia dah tunang. Kalau cantik dan pandai masak , mesti laku macam goreng pisang panas. Lagipun keluarga Cikgu Zul orang baik baik dan di kenali di Kuala Kangsar. Tentu anak perempuannya dah kena booking awal awal. Perhatiannya kembali pada paceri nenas dalam pinggan.
Setelah bertahun Amir tidak melayan perasaan terhadap mana mana perempuan, hari ini hati lelakinya tercuit. Ingin sekali dia berjumpa dengan anak Cikgu Zul. Amir… Amir… semua kerana pai ayam. Betul kata pepatah Inggeris. The way to a man’s heart is through his stomach. Tak sabar aku nak tunggu hari Isnin. Kalah menang adat bertanding, janji aku dah cuba. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 158# qimi08
dahlia takde kat rumah... dia kena jaga kedai buku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 163# mertua
amir belum jumpa dahlia lagi
kita bagi chan kat farid dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 172# bb_75
rasanya lah![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nigella Lawson
off topic, berselera bila tgk mak cik ni masak, cara dia merasa makanan ke mulut dia tu buatkan aku lapar |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah... semua nampak sedap je
dia makan takde kontrol ayu punya |
|
|
|
|
|
|
|
Arjuna...
senyum depan komputer bila baca kat ayat..
Cik Pai Ayam ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Awal-awal lagi Dahlia dah dapat gelaran dari Amir
cik gu bertubuh sasa dan berwajah tenang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Okeh kita TUNGO amir jumpa dahli aka cik pai ayam kat toko buku nanti![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
Tapi adakah jodoh pertemuan mereka hari itu???? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|