ye start insiden ni juga orang mula mempertikaikan status kerakyatan M Nasir...(alangkah ruginya kalau dia terus menjadi warga Singapura) Malaysia akan kehilangan komposer yang berkualiti ..
satu lagi lagu cinta M Nasir yang cukup puitis dan romantis bagi saya..senikatanya ringkas dan mudah difahami..luahan rasa jiwa sedang merindu..monolog yang lahir dari hati ..ditujukan buat 'kekasih'..sampai bilapun lagu ini memberikan nilai sentimental buat saya
Suatu Masa
Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya
Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
nyatanya lagu ini ditujukan kepada kekasih, yang barangkali kekasihnya 'jauh' tidak tergapai dengan menuliskan luahan rasa penulis berharap suatu masa nanti kasihnya akan bersambut..menariknya disebutkan 'berhelai-helai surat' terlalu sentimental value bagi saya kerana zaman milenium ini kita tidak lagi menulis surat..hanya luahan menerusi sms atau email...
lagu tu ditulis jaman tulis menulis surat....
mmg la ngam dgn zaman tuh. ...
afja Post at 29-12-2010 14:34
mencari karya masterpiece sekarang payah... lagu-lagu baru sedap didengar tetapi setakat menjadi halwa telinga 'ruh' tiada..mungkin karya penulis kumpulan indie ada yang bertemakan ketuhanan tetapi saya yang tak perasan sebab jarang layan kot.
"Sedang Tuhan tahu sesiapa,
Untuk Neraka untuk Syurga,
Aku tak terpaksa memilih Syurga,
Demi pengertian pada hukum alam, Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan walaupun sesat jalan."
1. Suatu Masa - buat aku rase darah seni yg mengalir dlm badan aku
2. Keroncong utk Ana - buatkan aku naik sheikh tiap kali dgr bunyi alatan2 musik yg dia pakai.
okey...selain isabella,rozana,mentari merah diufuk timur antara lagu yg tidak 'diakui'oleh m.nasir karya dia...lagu yg aku tafsirkan mengenai kematian.bila sekali imbas tengok lirik lagu neh mmg sceptical search atau amy boleh buat karya sebesar neh.
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )
Lagu2 puitis macam ni tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas... walaupun dizaman ini makin berubah... mmg salute komposer & lirik terdahulu puitis & dalam maksudnya...
nur nilam sari - self explanation - daughter &
serikandi cintaku - tak salah aku this song was written for his late wife, the Ideal Sisters lady when she's still around
M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.
Beliau merupakan pengasas Kumpulan Kembara pada tahun 80-an. M.Nasir juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn Bhd & Pengetua Akademi Fantasia 3. Selaku komposer, beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider,Mawi,Misha Omar dan Dato' Siti Nurhaliza. Antara lagu-lagu ciptaannya adalah:
1. HATI EMAS (KEMBARA)
2. HINGGA AKHIR NANTI (ALLEYCATS)
3. SEKUNTUM MAWAR MERAH (ALLEYCATS)
4. MUSTIKA (M.NASIR)
5. MENTERA SEMERAH PADI (M.NASIR)
6. FANTASIA BULAN MADU (SEARCH)
7. ISTANA MENANTI (RAHIM MAAROF)
8. KERJA GILA (AMY SEARCH)
9. SEJATI (WINGS)
10. UKIRAN JIWA (AWIE)
11. MAHLIGAI SYAHDU (HATTAN)
12. SENJA NAN MERAH (AWIE & ZIANA)
13. MENANTI (ELLA)
14. DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH (Hattan)
15. KEKASIH AWAL DAN AKHIR (Jamal Abdillah)
16. GHAZAL UNTUK RABIAH (M.NASIR & JAMAL ABDILLAH)
17. TAKDIR PENENTU SEGALA (JAMAL ABDILLAH)
18. SANDARKAN PADA KENANGAN (JAMAL ABDILLAH & SITI SARAH)
19. TIARA (KRIS)
20. AKU DAH BOSAN (AMY)
21. NURNILAM SARI (AWIE & SEARCH)
22. CINTA SAKTI (DEF GAB C)
23. ANDALUSIA (M.NASIR)
24. PHOENIX BANGKIT DARI ABU (M.NASIR)
25. MANIS DALAM PULANG (UMIE AIDA)
26. CINTA DEWA DEWI (SPIDER)
27. ADUH SALIHA (MAWI)
28. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir)
29. JUWITA CITRA TERINDAH (M.NASIR)
30. Nafas Cahaya (Misha Omar)
31. Angan dan Sedar (Mawi)
32. Cinta Zulaikha (Mawi)
33. Dejavu Syura
34. Ada Masa Mata (Dato' Siti Nurhaliza)
Lagu Lagu Dan Album Koleksi M . Nasir
Album Kompilasi
1. Irama M. Nasir (inst) (1982)
2. Lagu-Lagu Koleksi Kembara (1985)
3. Lagu-Lagu Koleksi Kembara 2 (1989)
4. Kembara Koleksi 1 (1991)
5. Lagu-Lagu Hits Ciptaan Komposer M. Nasir - Berbilang artis (1992)
6. Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir - Berbilang artis (1992)
7. Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir Vol. 2 - Berbilang artis (1992)
8. Karya Abadi M. Nasir - Berbilang artis (1993)
9. Mentor (1994) - Hattan
10. Yang Terbaik Dari M. Nasir - Berbilang artis (1995)
11. Masihkah Ingat... Kembara 1981-1985 (1995)
12. Koleksi Original 2 Kembara (1995)
13. Sentuhan Ajaib M. Nasir - Berbilang artis (1995)
14. Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995)
15. Masihkah Ingat... M. Nasir & Yunizar Hussein (M. N)(1995)
16. Dua Pencipta Slow Rock (Dedd) (1997)
17. Gabungan Saleem Iklim & M. Nasir (1998) - Saleem
18. 2 Dalam 1 - Kembara & Perjuangan (1998)
19. 2 Dalam 1 - Duit & Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1998)
20. Si Fu (1999) - Real
21. Terimakasih M. Nasir.. Koleksi Klasik (1999)
22. Koleksi Klasik Kembara (1999)
23. Sentuhan Berantu - J. S. Kevin dan M. Nasir - Berbilang Artis (1999)
24. Si Fu - M. Nasir - 14 Karya Terbaik - Berbilang Artis (2000)
25. Aku & Mentor (2000) - Hattan
26. Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001)
27. Prahara Seni Abadi (2001)
28. Best Of Kembara (2001)
29. Karya Emas M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
30. Sentuhan Terbaik M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
31. Koleksi Klasik 2 Lagenda Rock - Sweet Charity vs Kembara (2002)
32. M. Nasir vs Ebiet G. Ade - Penyair Nusantara (2002)
33. M. Nasir No. 1 "Dulu Dan Kini" (2002)
Filem yang dibintanginya M . Nasir
1. Kembara Seniman Jalanan (sebagai Bujang/Jebat)
2. Selubung (sebagai Kamal)
3. Fenomena (sebagai Hassan)
4. Balada (sebagai Desa)
5. Simfoni Duniaku (sebagai Iskandar)
6. Merah (bertindak sebagai pengarah & pelakun. Sebagai Hassan)
7. Perempuan Melayu Terakhir (Cameo)(sebagai M.Nasir)
8. Putih (suara Putera Aftus)
9. Puteri Gunung Ledang (sebagai Hang Tuah)
"Sedang Tuhan tahu sesiapa,
Untuk Neraka untuk Syurga,
Aku tak terpaksa memilih Syurga,
Demi pengertian pada hukum alam, Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan walaupun sesat jalan."
darthery Post at 30-12-2010 10:21
jika begitu...apa guna nya kita d cipta kn sedangkn...dia gerak kn kita...dia tmpat kn kita, d syurga d neraka...
.
Ana dalam Bahasa Arab bermaksud saya..sebenarnya lagu ini juga mempunyai 2 tafsiran cinta kepada Diri atau kepada wanita bernama Ana..tidak janggal kedua2nya boleh saja diertikan. ia juga luahan cinta bagi diri batin..mengenali diri dan pencipta dengan sebenar2 mengenal akan tercapaila segala maksud..namun pabila tidak mengenal diri..maka hilangla arah tuju dalam hidup jika pintu mengenal ditutup.
miftahuljamilah Post at 27-12-2010 12:37
dua dlm satu...kedua2 nya tetap sama.
ilham m.nasir ni pelbagai, bijak kn.....
dia bley terbit kn 1 lagu dalam 2 fahamn..yg bwh, dan yg atas....
sampai kn xde yg sedar...yg sedar akn termenung kesedaran...hehe
jika begitu...apa guna nya kita d cipta kn sedangkn...dia gerak kn kita...dia tmpat kn kita, d s ...
cozack Post at 1-1-2011 05:53
sesat dalam pandangan umum..dalam kehidupan yang terikat dengan hukum alam ..ada peraturan,syariat, dan hukum ..perkara yang mencarik adat/ out of the box akan dikatakan sesat...begitulah..
salam warahmatullah. saya cuma SR je thread ni. tetiba rasa nak post comment jugak. hehehe
~~sebenarnya, bukan hanya lagu M nasir dan loloq je yg terarah pada ketuhanan. banyak lagu lain. lagu siti nurhaliza, nash, jamal abdillah, kesemua lagu2 yg ada, semua menjurus pada ketuhanan. scorpion, walaupun bukan islam, dengar lagu dia. menjurus pada ketuhanan.
~~kerana apa? kerana ilham tu tetap allah yg kurniakan. adakah kerana mereka kafir, maka lagu mereka tak de bersifat ketuhanan. salah sama sekali. cuma pemikiran kita je. kalau "kekasih' yg dimaksudkan dalam lagu tu kita fikir awek/bf..jadilah figura. kalau kita fikirkan Dia, maka Dialah Allah.
~~wallahu'alam.
~~p/s: saya tak tahu sangat bab ni. kalau salah sudi2 perbetulkan
sesat dalam pandangan umum..dalam kehidupan yang terikat dengan hukum alam ..ada peraturan,syariat, dan hukum ..perkara yang mencarik adat/ out of the box akan dikatakan sesat...begitulah..
miftahuljamilah Post at 1-1-2011 12:16
semua pada pndgn mata ku hanya lah dia....tp knape dia cipta diri sendiri dan alam sndiri...sdgkn dia yg gerakkn sndiri......knpe??