CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gebio

Kisah-Kisah Yang Membuatkan Aku Yakin Wujudnya Entiti Lain..(Pics page 7)

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply 154# cm_ikasafia

okeh nak sambung balik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2011 03:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by gebio at 29-3-2011 16:53

Salam semua.... ,

Minta maap sebab lambat nak hapdet bebonang aku nih...sebok banget satu dua hari nih...hari nih baru bleh bukak forum...

Untuk menceriakan hari ni, aku ke depan sikit kisah pengalaman aku...Hari nih aku nak citerkan pengalaman aku semasa melawat tapak rumah yang aku beli, kejadian berlaku lebeh kurang pada tahun 2004...Ini merupakan salah satu kejadian yang menyedarkan aku bahawa memang mungkin ada pendamping disisi kita selama nih...Aku ada attached kan sekeping gambar yang secara kebetulan dapat dirakamkan semasa melawat rumah tu...

Perlu diingatkan skali lagi bahawa tiada camera effect atau rekaan di dalam criter nih...semuanya benar dan tiada yang lain selain sebenar-benarnya...photoshop pun x reti nak pakei masa tu...

Kisah 7

Umur sewaktu kejadian: 29 tahun..

Aku telah berkahwin pada tahun 2002 dengan seorang gadis yang berasal dari Sarawak...dan disebabkan kerana 'keaktifan' aku lalu hari ini aku dah pun dikurniakan 3 org anak yang comei-comei..alhamdulillah....

Selepas berkahwin, kami telah membeli sebuah rumah di sebuah taman yang terletak berhampiran ngan KLIA...rumah itu telah siap dibina pada tahun 2004...maklumlah, excited ngan umah baru nih...tiap2 hari rasa nak pegi tengok walaupun kunci rumah x dapat lagi..

Pada suatu hari Sabtu, aku, isteri dan anak aku yang masih kecil pun bertolak dari rumah sewa kami yang terletak di Puchong untuk ke lokasi rumah baru kami...Sampai di sana, betapa seronoknya kami bila melihat rumah idaman telah pun siap dan menunggu masa untuk mendapat VP...

Berbekalkan dengan kamera yang old skul (masa tu masih pakei film lagi... ) aku pun dengan rakusnya menangkap gambar disekeliling rumah dan kawasan perumahan tersebut...Sampaikan abis rumah org lain aku snap juga.. Tapi berbekalkan pesanan orang2 tua, aku meminta anak & bini aku tinggal sahaja di dalam kereta semasa aku menyelongkar rumah baru kami..mana lah tahu kan...

Tiada perasaan yang pelik semasa memasuki rumah baru aku...suasana terasa aman & damai sebab x orang disekeliling (mana org pindah lagi)..

Setelah balik dari melawat rumah, aku pun singgah di sebuah pusat membeli belah untuk mencuci gambar2 yang diamik.., setelah menunggu lebih kurang 2 jam, gambar pun siap..

Kami pun balik ke rumah sewa untuk melihat2 gambar2 yang baru dicuci...selang 4-5 gambar....., tiba-tiba aku dan isteri aku terkejut...

Inilah gambarnya....


Imej asal..Tertera satu lembaga yang seolah seperti berjubah berada betul2 disisi aku...Penerangan lanjut adalah pada gambar dibawah...gambar ini discan so kalau ade objek2 kotor pada gambar tu.., abaikan je lah...



Penerangan ringkas mengenai gambar asal di atas mengenai rupa bentuk lembaga itu...harap2 korang faham le ye...

Soalan : Apakah lembaga itu??? Untuk makluman semua, aku mengambil satu roll film untuk gambar2 rumah baru kami (lebih kurang 28 gambar) dan beberapa sudut di dalam rumah...tak ada yang luar biasa kecuali yang nih...

(Next..., kisah kejadian selepas kami baru berpindah... )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 04:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by gebio at 29-3-2011 16:51

Masih kisah di rumah baru...

Kisah 8

Umur semasa kejadian: Masih 29 Tahun

Lebih kurang 4 bulan selepas kejadian gambar tu.., kami pun telah menerima VP dari pemaju...selepas menerima kunci rumah, kami pun bersiap sedia untuk berpindah...

Proses perpindahan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...kami adalah penghuni kedua terawal di kawasan kejiranan itu..lampu jalan masih belum diaktifkan oleh pemaju maka jalan raya diluar agak gelap juga pada waktu malam..Satu indikator aku setiap kali berpindah ke rumah baru.., aku akan melihat pe'el anak kecil aku...kalau dia ok, ceria & gembira.., maknanya suasana dalam rumah adalah ok...sekiranya dia nampak gelisah & kerap menangis tak tentu hala.., maknanya adalah apa2 tu...Pada malam pertama duduk di rumah baru.., anak aku amat gembira dan tidak menunjukkan apa-apa ketidakselesaan...

Namun.., terdapat bebrapa kejadian yang merunsingkan aku...

Kejadian 1

Pada malam kedua, aku berada di ruang tamu di bawah, sambil membaca majalah..Isteri sedang membasuh pinggan dan cawan gelas di dapur dan anak kecil aku sedang tidur di bilik atas..Setelah selesai membasuh pinggan dan cawan gelas, isteri aku meletakkan pinggan2 di rak pinggan dan menyusun secara terlingkup cawan2 gelas yang telah selesai dibasuh di atas sinki.., isteri aku membawa makanan untuk dikunyah-kunyah sambil membaca...sedang kami bersembang2 mengenai hal-hal rumah, tiba-tiba terdengar satu letupan dari arah dapur...

Kami bergegas ke arah dapur dan terkejut apabila mendapati sebiji gelas telah pecah...tiada masalah gelas yang pecah atau retak.., mungkin kerana tekanan suhu dari panas ke sejuk...tapi yang amat mengherankan kami ialah gelas itu pecah berkecai menjadi butir-butir yang kecil dan halus...untuk makluman, walaupun dapur kami dipasang kitchen cabinet, tetapi kami tidak memasang Top Cabinet kerana kurang bajet...oleh itu tiada apa2 objek yang boleh jatuh dari atas yang boleh membuatkan gelas itu pecah...:re:

Kejadian 2

Pada malam ketiga, sedang kami berehat di bilik atas, kami telah mendengar bunyi seperti benda berjalan di atas bumbung awning..kejadian berlaku beberapa kali...bunyi pergerakan adalah seperti bunyi mengesot...namun apabila aku menjengok keluar melihat..., tiada apa2 yang kelihatan...mungkin kucing...(tapi tak nampak pun kucing dalam 2-3 hari tu..

Kejadian 3

Pada satu hari Ahad minggu kedua, kami telah pulang ke kampung di Taiping untuk menziarah orang tua...Setelah duduk di sana selama 2 hari, kami pun pulang semula ke rumah...

Apabila tiba dirumah, selepas mengeluarkan barang2 dari kereta, aku pun masuk ke rumah dan terus naik ke tingkat atas...Dihujung selepas tangga ditingkat atas, aku ada memasangkan satu cermin yang besar untuk tujuan berposing sebelum pergi kerja..

Apabila berada di depan cermin tersebut.., aku perasan satu gumpalan rambut yang amat panjang melekat dibelakang cermin itu...Untuk makluman, cermin baru dibeli selepas kami berpindah dan isteri aku tak memiliki rambut sepanjang tu....

Pelik...rambut siapa??

Kejadian 4

Apabila berlaku peristiwa-peristiwa paranormal nih.., aku berikhtiar untuk memagar rumah aku...berbekalkan sedikit pengetahuan yang ada aku pun memulakan upacara memagar rumah selepas selesai solat Isya'...

Malam agak sunyi.., rumah-rumah sekeliling masih kosong...suasana gelap...anak dan isteri berada di dalam...Aku mulakan dikiri bahagian hadapan rumah dahulu kemudian disebelah kanan bahagian hadapan rumah..smooth dan tiada gangguan...

Selepas itu, aku sambung ke bahagian belakang rumah bermula dari sebelah kiri bahagian belakang rumah...Pada waktu itu, macam2 bunyi yang aku dengar..antaranya pintu buka tutup di rumah jiran kosong di sebelah..bunyi cakaran di tingkap kaca...bulu roma aku memang menegak semasa itu..namun aku buat tak tau dan teruskan juga membaca ayat suci Al-Quran....Setelah selesai di sebelah kanan belakang rumah, aku pun bergegas masuk ke dalam..

Semenjak malam tu...alhamdulillah tiada lagi kejadian yang pelik berlaku di rumah kami...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:07 PM | Show all posts
penghuni asal kawasan tu kot yang buat bunyi tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 05:15 PM | Show all posts
Reply 164# tabasco

a ah...aku pun rasa camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:33 PM | Show all posts
nice pic bro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 05:57 PM | Show all posts
Reply 162# gebio

good capture. entiti tu.. lagi2 kalau sebab waktu siang. kalau TT tak isap rokok, lagi la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 06:46 PM | Show all posts
Reply 166# ilahkhatibrani


tq ilah...kebetulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2011 06:49 PM | Show all posts
Reply 167# Caranthir

gambar tu secara kebetulan aku tertangkap..seram kita orang masa mula2 nengok dulu..lagi2 kat rumah sendiri...tapi sekarang buat dek je... (bukan asap rokok lah.... )
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:57 PM | Show all posts
check in! he3... pic tu jelas iler TT oi.... Alhamdulillah la da tak de pape jadi pas TT da pagau kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:17 PM | Show all posts
Reply 163# gebio


err..aku rasa yang atas bumbung tuh binatang kut, macam musang ker?? .. maklumlah taman belum ramai penduduk lagi, tentu binatang xtakut?
tapi yang rambut panjang tak tau la pulak

Jiran umah sebelah TT dulu xda kenakah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by gebio at 30-3-2011 00:12

Reply 170# amiraputri93

Alhamdulillah dik, takde lah kes gangguan dan sebagainya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:11 AM | Show all posts
Reply  gebio


err..aku rasa yang atas bumbung tuh binatang kut, macam musang ker?? .. makluml ...
alibnmat Post at 29-3-2011 22:17


mungkin juga binatang yang melompat atas bumbung tu...memang aku harapkan binatang..jangan mende lain..

semasa aku mula duduk di rumah tu, memang x ade langsung jiran di kiri kanan...kalau ada pun nun selang 15 rumah di depan...memang terasa benar kesunyian dan keangkerannya...

Sejak kejadian itu, x ade lagi kejadian yang pelik berlaku dirumah aku...tapi lebih kurang 2 tahun yang lepas gempar terjadi gangguan di rumah jiran selang 6 rumah dari rumah aku..kerusi meja bergerak sendiri...apabila dipanggil orang berubat.., dia kata kawasan kami tu tempat laluan..

Lebih kurang 5 tahun yang lepas pula jiran selang 3 rumah aku pernah terkena hysteria...kecoh juga masa tu...

Tapi rumah aku memang aman sejak aku ikhtiar memagar dulu...alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:41 AM | Show all posts
Cara Memagar Rumah Dengan Ayat Kursi


Bagi memagar rumah dengan menggunakan ayat Kursi, sila lakukan seperti berikut:

1. Lakukan sembahyang hajat 2 rakaat.

2. Setelah selesai mengerjakan sembahyang hajat 2 rakaat, anda dikehendaki membaca ayat Kursi sekali. Semasa anda membaca ayat Kursi, ulangkan sebanyak 70 kali apabila sampai pada ayat berikut:

3. Setelah selesai mengulangi ayat yang disebutkan di atas sebanyak 70 kali, anda mestilah tiupkan di sekeliling rumah. Mulakan dari arah kanan, kemudian baru ke kiri. Apabila anda lakukan seperti berikut, Insya Allah, Tuhan akan selamatkan anda dari sebarang gangguan.

Dipetik dari http://nuursyifa.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:45 AM | Show all posts
Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua.

Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah)..

Sumber dipetik dari Tomato man..

...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:05 AM | Show all posts
gebio
terimakasih atas ilmu yg dikongsi...bule cuba buat ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:48 AM | Show all posts
Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari ...
gebio Post at 30-3-2011 00:45


ayat kursi tuh panjang....... boleh ke baca dengan satu nafas......... ris rasanya tak boleh kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:28 PM | Show all posts
wahh..byk hapdet +  ada gambar lg...best2!
tq abam gebi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:58 PM | Show all posts
Atas kapal tu mana ada crew yang tua2. Semuanya muda dibawah umur 50 tahun. Kesan darah tiada la pad ...
izwan_izi Post at 26-3-2011 06:45



    nak tumpang sebok

dulu2 ada jugak buat shipboard attachment utk familiarkan diri dgn kapal, pelabuhan etc

saya duduk dlm cabin berdua dgn kawan se'ofis'.

malam2 je punya tak boleh tido (tido double decker, katil hat atas)...telinga ni bisinggg je macam2 bunyik dgr sampai telinga naik bengang.

padahal kapal tgh belayar tengah2 laut tu bukan bunyik bising apa pun...last2 aku turun, tido atas sofa. tak tahan oo...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:42 PM | Show all posts
rien ade 1 citer...if u guys nak dgr la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.105753 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list