|
[Tempatan]
Dua beradik kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
[Copy link]
|
|
pooh~key replied at 10-7-2024 11:23 AM
Dah ninggal sekor katanya sissy.
jahatnya panggil mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 9-7-2024 11:27 AM
Betoi sis...2&3 tahun tu kecik lg utk dibiarkan main luar tnpa pengawasan.
Selalunya la..budah da ...
Perangai jiran i laa gini. Anak sulung umur 4 tahun, dibiarnya main kat luar dengan 2orang adiknya yang beza setahun sorang. Dengan harapan jiran2 ada boleh tengok anak dia. Kiteorang memang menyampah gila dengan perangai laki bini tu tau beranak je. Tahun ni pregnant lagi. Budak tu main masuk je rumah orang, masuk kereta adik i yang datang berziarah. Terkejut adik i hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
yang dok komen kesian bagi racun kat Binatang tu mesti x penah dok Kampung tolong mak Pak tanam pokok bgai ni Kan..bukan nk bekap Tuan kebun tu tapi kalau da modal habis pokok Belum datangkan hasil da habis kena kekah dgan babi hutan ke monyet sapa la X stres..dah la anak pokok pun da mahal skang..dibuatnya kat area situ monyet segerombolan serratus ekor skali datang mana x Tuan kebun pun naik hangin..parents yang salah sbab I pun Ada anak2 umo 2 & 3 tahun..tepi rumah mil I ni kebun tanam lengkuas, serai Pisang memang kami pasang grill pintu x bagi budak² ni lepas gitu..silap² kena kokak dengan monyet cam kes penah jadi dulu lagi Naya.. |
|
|
|
|
|
|
|
logik akal la Kan budak Ada jajan pastu penduduk semua aware X Kan la nenek dia trus nk bagi cucu Makan..pastu umo 3 tahun ni cakap pun cam hamster kemam kacang I tgok anak² I gitu la ckap x tau hala takkan la boleh pegi beli jajan kat kedai..Mohon polis amik la atok n nenek budak tu cam mencurigakan.. gittuhhhh ayat² csi |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggulah kedua-dua pihak dipanggil masuk mahkamah. Ibu bapa dan penjaga didakwa cuai dan pemilik kebun tu didakwa atas apa-apa jenis kesalahan,sama ada berkaitan racun atau tidak. Contohnya seperti menceroboh tanah rizab.
Persoalan: Kenapa racun tu dibungkus dalam bungkusan snek makanan? Kenapa tak dimasukkan ke dalam bungkusan lain yang nondescript? Atau sememangnya pemilik kebun itu guna snek makanan tapi sudah laced dengan racun?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bengongnya meracun tp letak rendah2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 11-7-2024 12:01 AM
Dah hagak susah budak2 ni nak survive. Tatau nak doa apa kat anak yang sorang lagi tengah fighting sekarang. Kalau better dia hidup, maka hidup lah. Kalau better dia meninggal, maka biarlah Tuhan ambik dia.
Sedih tau tengok berita kemarin, mak aruah kata dia redho anak pergi, barulah aruah hembus nafas terakhir.
Teringat kelig aiol pun sama - anak dah brain dead, tapi nafas masih ada, so dia pi usap2 kepala anak dia pehtu cakap pasal willing to let go, barulah anak tu putus nafas. Umo 2 tahun. Bukan anak aiol pon aiol nangis2 bila tau. |
|
|
|
|
|
|
|
budak2..alpa sikit saja kdg dh bole mengundang padah
tp punca mslh tu sbb keropok tu di tmp terbuka dan sng dicapai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 11-7-2024 12:04 AM
jahatnya panggil mcm tu
Akak akui akak tak suka budak dan memang ada tendency untuk buat jahat kat budak2 sissy. Kira ada hikmah leee kenapa akak taknak kahwin dan buat anak sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 9-7-2024 12:33 AM
Iols pun asal kampung.
Tak pernah ye tengok org2 kg iols lepas bebas anak2 kecik pergi merata.dora ...
Tu la kan umur 2-3 dah lepas anak keluar rumah. Biasa nya kalau kampung pun umur umur sek rendah baru lepas jalan pergi kedai dekat2 rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supernaturalee at 11-7-2024 09:52 AM
maybe blh stop dpd bg budak2 mkn jajan2 mcm ni
especially part perkembangan fizikal those toddler
|
|
|
|
|
|
|
|
aiols mmg tak bekenan dpt jiran mcm ni, even kat tgh bandar ada je yg perangai mcm ni. main lepas je anak
|
|
|
|
|
|
|
|
ada suami rupanya, ingat ibu tunggal
|
|
|
|
|
|
|
|
tak di mention di mana2 socmed n media, masa kebumi pun tak nmpak mcm susuk seorang bapak, mgkin dah berpisah?
|
|
|
|
|
|
|
|
rxz4727 replied at 11-7-2024 01:26 AM
Perangai jiran i laa gini. Anak sulung umur 4 tahun, dibiarnya main kat luar dengan 2orang adiknya ...
Hampeh........mak pak ignorant gila babas punya
Sakitnya hati...
Tabah la awak dok berjiran dgn manusia mcmni..
Ya Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
tade bapa ek budak2 ni ek? |
|
|
|
|
|
|
|
katanya dah gantung 1.2m n letak bkn kt jalan utama, letak kt belakang yg menuju hutan, persoalannya mmg budak2 kecik (bayi) tu dibiarkan tanpa pengawasan, kalau tak mkn keropok tu, mgkin kena binatang berbisa, penjaga tak alert? mgkin ada yg ambilkan/ bungkusan dijatuhkan oleh monyet |
|
|
|
|
|
|
|
Pekebun serah diri kepada polis, dakwa keropok digaul racun tikus diikat tinggi
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 11, 2024 @ 9:52am
[email protected]
Pekebun dikenali sebagai Am, 35, mendakwa keropok yang digaul racun tikus diikat adiknya yang juga pekebun pada ketinggian 1.2 meter dan mustahil mampu dicapai budak kecil. Adiknya sudah menyerah diri kepada polis untuk membantu siasatan. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli
BALING: "Agak mustahil keropok yang dicampur racun itu dan digantung pada ketinggian lebih 1.2 meter dan diikat dengan ketat menggunakan tali tangsi itu mampu dicapai kanak-kanak kecil.
"Bagi saya, sama ada ia diambil orang yang lebih besar atau dijatuhkan oleh kera liar sebelum diambil dua kanak-kanak itu dan makan," kata seorang pekebun yang dikenali sebagai Am, 35.
Pekebun itu mendakwa, dia dimaklumkan adik lelakinya yang berusia 34 tahun itu bahawa keropok yang bercampur racun itu juga tidak digantung pada pagar berdekatan jalan, sebaliknya diletakkan di kawasan laluan kera berdekatan hutan.
Dakwanya, tidak mungkin dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun itu dapat mengambil makanan ringan itu dengan mudah walaupun diikat pada pagar kebun.
"Hanya terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada orang dewasa mengambilnya atau kera ambil dan terjatuh di mana-mana.
"Adik juga beritahu dia meletakkan kira-kira lima bungkusan makanan ringan dicampur racun tikus pada pagar kebun dan tiga bungkusan dipercayai sudah diambil kera manakala satu hilang dan satu lagi masih berada di situ," katanya ditemui di Kampung Banggol Berangan, di sini malam tadi.
Dia yang juga ahli keluarga kepada dua kanak-kanak itu hadir pada majlis pengebumian kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi, 3, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, malam tadi.
Racun tikus dari China tidak berdaftar
Dakwanya lagi, racun tikus dari China dan tidak berdaftar itu turut digunakan beberapa pekebun lain di kawasan itu.
Sudah menjadi amalan biasa yang mana racun tidak berdaftar ini ada dijual di kedai-kedai di sekitar Kulim malah turut dijual secara dalam talian.
"Racun ini murah yang mana ia dijual pada harga RM3 sepaket.
"Memang biasanya guna makanan ringan jenis itu kerana warna bungkusan yang menarik selain warna keropok yang terang dan monyet akan menjilatnya apabila terkena pada bahagian jari.
"Kami tak guna buah sebab bimbang lembu yang kami ternak menjilat atau makan buah itu," dakwanya.
Mengikut portal Jabatan Pertanian, racun berdaftar adalah yang diluluskan untuk diimport, dikilang, dijual dan digunakan dalam negara ini yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak.
Racun makhluk perosak yang berdaftar mempunyai label yang membawa satu nombor pendaftaran (No. Pendaftaran LRMP.R1/...) dan kenyataan lain seperti nama racun, kepekatan perawis aktif, kenyataan amaran dan aturan menggunakannya.
Sementara itu mengulas lanjut, Am mendakwa, berdasarkan pengetahuannya, kera liar yang mengambil jajan itu pasti akan memakan makanan itu.
Pekebun serah diri kepada polis
Sementara itu, katanya, adik lelakinya yang juga seorang pekebun dan membela lembu itu ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Kulim, semalam untuk siasatan lanjut.
Am mendakwa, dia juga adalah individu yang membawa arwah Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, ke Klinik Kesihatan Malau untuk mendapatkan bantuan rawatan segera pada hari kejadian.
"Ibu arwah yang berlari meminta tolong dan saya bersama ibu turut membantu sedaya upaya kami. Kami mendoakan yang terbaik buat ibu arwah," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mgkin jugak, sbb kata atokknya sibuk cari lembu.. pastu balik suh tok buka ikatan.. sbb depa mkn kt umah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak logik budak umur 2&3 tahun boleh ambil sendiri jajan kat pagar setinggi 1.2m yg diikat dengan tali tangsi. jajan pun dah nampak kesan dibuka dan diikat, macamana si nenek boleh bagi cucu2 makan lagi jajan begitu? nenek & datuk yg cuai jaga cucu. kesian pekebun yg jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|