CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] JAKIM sahkan tiada DNA babi dlm Cadbury. Update : Pegawai JAKIM sedia makan

[Copy link]
Post time 2-6-2014 02:53 PM | Show all posts
pergi cari balik "manusia" yang tak amanah amik screenshot pakai phone and edarkan berita secara tak sah tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 02:55 PM | Show all posts
Leonarzi posted on 2-6-2014 02:32 PM
Aku rasa cadbury dh merasuah jakim ni....

maksud ko?
jakim syumul ni mmg kaki lahap rasuah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 02:56 PM | Show all posts
clarizsa posted on 2-6-2014 02:34 PM
kesian cadbury...
sila saman JAKIM...

skrg cadbury blh saman jakim & kkm lak........
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:00 PM | Show all posts
Harap ummah bersabar Mungkin ada hikmahnya sekijap babi sikijap tak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:00 PM | Show all posts
jakim ambik sample dr kedai punya..means yg ditarik balik laaa... bukan dari kilang..

sekarang kredibiliti KKM dah tercalar coz knapa simpan maklumat  padahal diorg boleh bgtau kilang dah result tu..

ni sapa saman sapa sat gi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:01 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-6-2014 02:53 PM
pergi cari balik "manusia" yang tak amanah amik screenshot pakai phone and edarkan berita secara tak ...

mesti manusia tu tak rasa bersalah pun..silap2 dia rasa dia jadi hero...penyelamat ummah,.,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2014 03:01 PM | Show all posts
"Besides, the lab which carried out the test was not an accredited lab,"


Hmmm.. kalau ya pun nak kata ujian kkm tak valid... tak patut declare macam ni...puttng other department credibility at stake.

semua ni sebenarnya boleh bawak bincang sesama mereka dahulu... dan semuanya sepatutnya selesai dalam seminggu dua sahaja

dari mula2 test buat bulan january, boleh terus bawak bincang ngan JAKIM, JAKIM terus ambik sample dari kilang (tanpa bgtau cadbury) dan buat conformation test!

dan barulah dibuat pengumuman penarikan balik sijil halal. kalau betul..

dari senario ni, nampak sangat bahawa prosedur JAKIM hanya detail dan lengkap dalam pemberian sijil HALAL, tapi isu2 compliance dan komplikasi selepas pemberian sijil halal lintang pukang...

JAKIM dan KKM memang patut dipersalah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:02 PM | Show all posts
aechae posted on 2-6-2014 01:59 PM
Korg yg cpt melenting babi sna sna je bikin kecoh... Kn da ckp kna bg masa..apa2 pn msti run test 2, ...

aechae, klu dorang check sample je pun mcmana blh ada dna babi ek??.....
takkan sbb coklat tu bercampur dgn coklat lain kat rak supermarket tu terus berjangkit.....
akak tak paham tang tu.......tlg explain aechae......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 03:07 PM | Show all posts
anyway kes ni dah jadi cam kes tabasco. masuk malaysia je terus ada babi. habis tu kat negara lain pun ada umat islam. check baliklah sop kerja!

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:08 PM | Show all posts
apa sgt lah dna babi yg sebesar zarah tu,

sdgkan engine jet sebesar gajah pun boleh dihilangkan dlm kem askar

inilah malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:10 PM | Show all posts
chinta89 posted on 2-6-2014 12:38 PM
teringat kes psl kek batik ke ape ntah yg name lebih kurang mcm tu la.. yg popular kat sarawak tu. ...

golden churn ek?....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:11 PM | Show all posts
amiraira posted on 2-6-2014 02:36 PM
kalau dh x suka
jgn mkn syg

Betul tu Kak Mira. Syak Zhan dan Waham... apabila jatuh yang ketiga kita dah tak boleh nak makan lagi. Memang HARAM hukumnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:12 PM | Show all posts
Kenyataan media berkenaan keputusan ujian DNA babi dalam produk CadburyMedia Statement |Kemas kini:Jun 02, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 02, 2014 13:35 MYT)
[url=http://twitter.com/share?http://www.astroawani.com/news/s ... ry&via=501Awani]Tweet[/url]














KUALA LUMPUR: Berikut merupakan kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan keputusan ujian analisis coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam, produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM).


1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

3. Selain itu, JAKIM juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar ke JKM pada hari yang sama.

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. iaitu:

i. coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan

ii. coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:

i. coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 –DNA BABI TIDAK DIKESAN

ii. coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 –DNA BABI TIDAK DIKESAN

7. Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.

9. JAKIM juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi kerajaan di masa-masa akan datang.

10. Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal secara menyeluruh.

11. Seterusnya, JAKIM akan merangka program kesedaran pengguna Islam bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.


Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri




Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-media-berkenaan-keputusan-ujian-dna-babi-dalam-produk-cadbury-37022?cp


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:13 PM | Show all posts
x makan ceklat kadburi ni bley mati kaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:14 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 2-6-2014 03:01 PM
mesti manusia tu tak rasa bersalah pun..silap2 dia rasa dia jadi hero...penyelamat ummah,.,

orang tak amanah!

bila test tu positive, kenalah bincang ngan pihak terbabit. base on satu test, terus amik screenshot phone pastu pakat pakat whatsapp.

anyway kalau pasaraya tu lab level 4 bebas cemar then boleh lah ragu ragu.

now coklat dah sampai ke end chain consumer. berapa ramai dah pegang wrapper ngan tangan bebas (pekerja supermarket, consumer etc). masa test pulak pegang wrapper dgn glove A? bukak wrapper glove A? pegang coklat glove A? amik sample glove A? pastu test ada.

kenapa tak terus amik sample dari kawah kilang tu? kalau betul ada kat situ (kawah kilang coklat), mmg kat end chain kat consumer pun adalah.

kenapa amik di bhg consumer yang dah tahu tak "bebas cemar".

sebab tu tabasco cili, cuka, garam pun tetiba ada dna babei kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2014 03:16 PM | Show all posts
nak tau gak .... adakah sampel yg dikaji olehh KKm & Jakim tu adalah sumber bahan drp batch yg sama.
Sbb KKm dh kaji lebih awal lg & Jakim baru2 ni je. So, mungkin gak sumber bahan yg sebelum ni dh tercemar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:17 PM | Show all posts
jazaa posted on 2-6-2014 03:10 PM
golden churn ek?....

golden churn pun kes di malaysia sahaja
di Brunei, aman2 saja berGolden churn
sama jugak dengan kes  Ghee


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:17 PM | Show all posts
apa guna test kat consumer??

test di bahagian kilang pengeluaran. amik sample dari sana. buat lawatan mengejut.

bukan buat lawatan mengejut di pasaraya pastu amik sample kat pasaraya!

kilang tu kalau buat 1 biji coklat sehari oklah boleh kata tukar2 bahan. tapi ntah berapa puluh ribu dihasilkan satu hari. kalau pihak terbabit buat lawatan mengejut, pikir ada masa ke nak switch ingredient dari ada babei ke takde babei (masa spot check). nak buang bertan tan coklat dalam kawah tu.

Last edited by munchkin on 2-6-2014 03:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 03:17 PM | Show all posts
Ini pun dah macam kes Golden Churn tahun lepas, riuh sekampung ada DNA babi bagai, padahal yang Brunei kata tak jumpa pun DNA babi, yang lab Australia pun tak jumpa jugak.

Habis raya halal balik Golden Churn tersebut. Kes Tobasco pun sama jugak, riuh rendah ada DNA babi, bila syarikat Tobasco counter balik, terus halal kembali.

There is something seriously wrong with our lab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075264 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list