CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: isaura.

KISAH 'MACAM-MACAM ADA'

[Copy link]
 Author| Post time 31-12-2014 12:34 PM | Show all posts
woddy replied at 31-12-2014 12:11 PM
perghhh kak sampai macam tu sekali orang tu buat suami akak....
apa la masalahnya sampai d tuju sih ...




itulah hati manusia mana kita nak tahu kan...

akak selalu tanya ustaz2 dan akak buat juga solat hajat mohon ditunjukkan WHY?

bukan sebab nak menyalahkan tetapi lebih kepada sekiranya kami ada buat salah dengan sesiapa, kami nak minta maaf (kadang-kadang dalam hidup kita ingat kita tak ada buat salah, tapi mungkin ada orang terasa hati).

Akak lebih suka mencari kesalahan kami daripada nak menyalahkan orang tetapi melalui nasihat-nasihat ustaz2 yang akka pernah jumpa dan juga melalu solat-solat hajat, jawapannya bukan sebab kami mengkhianati orang tetapi orang yang tak puas hati dengan kebahagiaan kami sekeluarga - wallahualam.

Walaupun itulah jawapan2 yang akak dapat, sampai sekarang akak masih muhasabah diri.....yelah, kita sangka kita baik tapi mungkin kita ni ada buat salah silap di mana-mana.

Pada akak, kalau marah atau tak suka...cakap je depan-depan.  Marah sangat, kalau memang kami ada buat salah pergilah report polis ke apa ke atau lempang je lah muka akak / suami or pulaukan sahaja kami...tapi janganlah buat macam ni......sebab tak adil baling batu sembunyi tangan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2014 12:43 PM | Show all posts
cik.nana replied at 31-12-2014 12:19 PM
Kecut perut baca tang suami akak call tanya akak kat mana lepas tu marah suruh balik cepat. Serius k ...




akak yang recall balik kisah ni pun kecut perut bila teringat
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 12:44 PM | Show all posts
AKak sambung.. best utk waktu sntapan tghari mcm gini...
sambung  please............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 01:01 PM | Show all posts



Itu antara permulaan akak dan suami berikthiar dan ada lah beberapa pengalaman lagi....complicated kalau nak ceritakan tapi nanti bila ada mood akak cuba storykan sebaik dan semudah mungkin supaya senang faham.

Sebenarnya waktu kami diduga bukan setakat suami sakit, tetapi semua bisnes suami tak mendatangkan hasil.  Peliknya orang mencari suami untuk bisnes tapi in the end apapun tak jadi.  Project-project yang kalau ikut logic akal dah sepatutnya kami dapat, jadi 'hanging' - ibarat macam kita dah makan nasi, dah kunyah lumat, tapi tak dapat telan walau cuba nak telan banyak kali.  Suami akak tetap tak putus asa, pergi outstation sana sini tetapi balik dengan tangan kosong.  

Akibat dari itu, duit simpanan yang ada terpaksa digunakan untuk tampung kehidupan seharian.  Untuk pujuk diri, akak anggap kami ni tak cukup berzakat diwaktu senang.  Untuk pujuk diri juga akak selalu ingatkan rezeki  itu urusan Allah SWT, janganlah dipersoalkan....kita usaha sahaja, selebihnya atas izin Dia.

Having said that, memang kehidupan kami terkesan sehingga kini.  Asal ada sahaja project yang nak masuk, mesti suami akak muntah darah atau project 'hanging' macam tu je...

Tapi Allah kan maha Pemurah, walaupun rezeki agak berat, bukanlah langsung makan pasir....so bila melihat kebaikan dalam sesuatu perkara sebenarnya in this case kami sekeluarga belajar lebih bersyukur...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 02:36 PM | Show all posts
isaura. replied at 29-12-2014 03:03 PM
sebenarnya akak rasa ayah akak ajar macam tu sebab time tu akak tanya banyak sangat, 'tak ku ...

akak ni kalau bulu roma berdiri (kalau kat satu-satu tempat), akak memang laju je nak keluar dari tempat tu - takdenya nak kaji-kaji elok ke tak elok.
kalau boleh bagi bulu roma 'benda tu berdiri dan dia yang cabut lari kan best


hehehe
kan sendiri dah menjawab

kalo bulu roma berdiri, kita yg cabut lari
tapi kalo ROH yg BERDIRI................mau nye `benda tu semuanya cabutttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 06:43 PM | Show all posts
akak suka tgk smurfs tak? terpengaruh dgn gargamel kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-12-2014 10:48 PM | Show all posts
orangbesi replied at 31-12-2014 02:36 PM
akak ni kalau bulu roma berdiri (kalau kat satu-satu tempat), akak memang laju je nak keluar dari  ...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 10:49 PM | Show all posts
stania83 replied at 31-12-2014 06:43 PM
akak suka tgk smurfs tak? terpengaruh dgn gargamel kot.




kenapa cakap akak terpengaruh dengan gargamel?  sorry akak tak faham maksud mu itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2014 10:52 PM | Show all posts


beberapa jam lagi kita akan menginjak ke tahun baru 2015...akak doakan semoga tahun 2015 menjadi tahun yang bagus untuk semua....amin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya cite-cite akk.....

Sila sambung lagi.....


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 10:24 AM | Show all posts
merempet dari tahun lpas.. thn ni br abis..

simpati dgn akak.. sabar yea kak..
plis smbg lg kak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 10:46 AM | Show all posts
isaura. replied at 31-12-2014 12:34 PM
itulah hati manusia mana kita nak tahu kan...

akak selalu tanya ustaz2 dan akak buat juga ...

suka dengan post ni..ada hikmahnya kak..

saya baca kisah akak ni..memang nak menangis kerana hanya orang yang mengalami saja yang tahu bagaimana rasanya sedangkan orang yang tak pernah kena benda ni semua..senang2 je mengejek..'alah..buat apa nak percaya benda macam ni? Tipu semua tu. '

itulah antara yang saya selalu dengar dari mereka yang tak pernah kena.

Untuk akak, bersabarlah ya dan teruskan berubat, jangan mudah putus asa kerana kuasa Allah tu lebih segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 12:53 PM | Show all posts
kakak.. nak lagi.. moga Allah permudahkan semua urusan akak dan keluarga akak, baik untuk berubat atau mencari rezki..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 12:07 PM | Show all posts
check in.. TT update cepat2x plsss
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 03:27 PM | Show all posts
isaura. replied at 31-12-2014 09:58 AM
akak pun rasa macam tu jugak mula-mula...but then bila fikir-fikir balik, sangatlah tak logi ...

Boleh bagi tau hint tak resort mane nie? negeri mane?

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 04:24 PM | Show all posts
isaura. replied at 31-12-2014 10:52 PM
beberapa jam lagi kita akan menginjak ke tahun baru 2015...akak doakan semoga tahun 2015 menjadi ...

Aamiin...selamat tahun baru kak tt & semua forumer.

Akak @isaura lama tak update, rindu dah dgn citer2 akak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyeeeee!!!! Xsabar nk tunggu update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 06:48 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Seminggu ni busy sampai tak dapat online langsung...

Nanti akak sambung sikit lagi story
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 06:58 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-1-2015 10:46 AM
suka dengan post ni..ada hikmahnya kak..

saya baca kisah akak ni..memang nak menangis kerana ha ...




ya, memang itulah kenyataannya.  Selagi tak kena batang hidung sendiri, memang susah nak percaya sebab kadang-kadang cerita macam cartoon je tapi itulah kenyataan.  Bila kita deal dengan benda-benda macam ni kadang-kadang macam tak logic.  Ada salah seorang daripada saudara mara akak sendiri sampai 'mencebik' bila dengar pasal ni, lepas tu senyum sinis je.  Dulu-dulu akak kecil hati juga, tapi sekarang akak belajar berhenti bercerita dengan keluarga sendiri (kecuali seorang dua yang betul-betul rapat sahaja).

Paling tak best bila ada yang cakap 'kenapa asyik family you je yang kena, ni mesti banyak betul salah you all pada orang ni!', 'i tak pernah jumpa pun benda-benda macam ni, pelik asyik you je nampak'.

JANGANLAH MINTAK JUMPA kecuali iman dan ilmu didada cukup...dan kenapa orang kena, kenapa tidak kita kena itu manalah kita nak tahu...mungkin betul ada buat salah, mungkin tak ada tetapi pada yang tak pernah kena ni sebenarnya mereka kena belajar berhenti mendabik dada....takut Allah duga nanti, nauzubillah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 07:00 AM | Show all posts
hest replied at 1-1-2015 12:53 PM
kakak.. nak lagi.. moga Allah permudahkan semua urusan akak dan keluarga akak, baik untuk berubat at ...



terima kasih hest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198408 Replies : 4637
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 6089 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 8260 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 7882 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065730 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list