|
Ditumbuk Oleh Pengarah #Ika Nabila tarik diri
[Copy link]
|
|
hahaha..kesian..skang ni musim bipolar menyerang |
|
|
|
|
|
|
|
sedih plak rasa sebab azma sgt berbakat besar
yes..dulu ambil dadah tapi harapnya memang stop terus la hendaknya..sebab kata dah tak ambik
cerita dia semua best..TLU sgt dekat kat hati..haishhhh |
|
|
|
|
|
|
|
haipppp meols bukan bipolar yea
tp hr tu ada ler kwn citer ttg yassin sulaiman pojaan hati chuols tu
bdk2 sek lama dia ni cam ada buat bantahan sbb ada new buildings dah nak naik sebelah tu
member kata dia cam blur dan merapu
so diaorg sudahnya kata xyahlah ajak dia join
bila baca thread ni br terigt yassin tgh x sihat ms tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha..kelakar lah...bukan ke yassin ni sekolah maahad kajang? atau sekolah lain? |
|
|
|
|
|
|
|
hah yealah dia sek hamidiah kajang tu
sebelah sek tu nk buat apa ek The Lourves, betol ke namanya
so diaorg nk bantah pembinaan kondo tu
maka diajak2 ayam si yassin tp syg member kata dia merapu benda lain
igtkan dia cam dah elok
tp terbaca yg dia dok komen kat IG tu huh idok rupanya
|
|
|
|
|
|
|
|
jd betul lah tu penyakit bipolar tu tgh menyerang yassin..mmg kagum dgn bini yassin..bertahan dan terus bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia reporter kan
ke cam PR kampeni rakaman
|
|
|
|
|
|
|
|
reporter...rasanya org sekeliling yassin pun fhm waktu2 tertentu yassin akan jd merapu,...layankan aje kot haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya wife yasin dah jadi editor sebuah majalah feminin |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolar ni kalau mkn ubat ok je. Member aku pinya brother gitu. Kl miss mkn ubt, cabut rumput kat taman. Nak tumbuk org. Kata org ikut dia. Lepas mkn ubat ok je. Ejen insurance. Si catherine zeta jones pun bipolar jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tumbuk org ni...syg sgt dgn bakat yg ada....plg suka tgk tlu n lukisan takdir bawah arahannya....mantap...tlg jgn sia2kan bakat yg ada....kalau tk sht hrp cepat2 mkn ubat n sembuh spt biasa...spya dpt jlnkam tugas spti biasa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ika nabila tu mampu memberi dlm lakonannya. Kalo mia ahmad logik juga kerana tak mampu meberi apa-apa |
|
|
|
|
|
|
|
Azma Aizal tu nama sebenar dia rasanya.. baca dekat mana ntah
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia kawan baik je kot dengan sh amani, kalau tak salah masa dia sakit dulu dia tinggal dengan keluarga sh amani and sh amani yang tanggung kos perubatan dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 typical ponda n ni duk bertepuk tampar manja je. Satgi reporter pondan lak yg duk besar2kn cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 5-11-2015 07:56 AM
"Ada Sebab Saya Pukul Ika Nabella" - Azma Aizal
Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 6:00 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]
Azma Aizal Yusoof memegang trofi kemenangannya dalam Anugerah Tribute P. Ramlee pada April lalu.
PETALING JAYA:
Pengarah Azma Aizal Yusoof berkata ada sebab dia bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada Isnin lalu.
Azma, 33, bagaimanapun enggan berkongsi hal berkenaan namun menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.
"Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.
"Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.
Azma diminta mengulas mengenai tindakannya yang memukul Ika Nabella, 26, di set penggambaran drama terbitan Suhan Movies itu pada petang Isnin lalu.
Ika Nabella merupakan pelakon baharu yang sedang meningkat naik. Foto ihsan Instagram Ika Nabella.
Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu.
Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.
Sementara itu, Azma berkata, dia tidak gentar untuk berdepan dengan isu tersebut kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.
"Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.
"Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana 'berkicau'," ujarnya.
Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.
Pada April lalu Azma memenangi pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014.
Sebelum ini Azma pernah berkongsi kehidupan hitamnya iaitu terjebak dengan najis dadah dan mendapat pemulihan di pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen). |
|
|
|
|
|
|
|
Apapun alasannya, azma ni x boleh pukul org sesuka hati.. sah2 la boleh dakwa sbb dtgkan kecederaan... |
|
|
|
|
|
|
|
ika tu xde abang or ayah ke.. gi tangankan balik si azma neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ruhainies pelakon baru habis pt3 hello mr perfect tu mmg aku sokong je azma tumbuk..hahaha..dah nak masuk episod 20 masih lagi tak memberi apa2...
kayu cendana cengal meranti..semua ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu Pukul Ika Nabella: Azma Aizal Yusoof Percaya Tuhan Akan Menyebelahinya
Sejak dua hari lepas pihak media melaporkan bahawa Ika Nabella, seorang pelakon baru telah membuat laporan polis kerana dipukul oleh seorang pengarah drama. Dalam dakwaan itu, sumber yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu Ika telah ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka ketika berada dalam set penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Kelang.Susulan dibelasah teruk, Ika cedera pada bahagian mulut dan sehingga kini beliau tidak dapat membuka mulutnya.Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.
MelaluimStar Online, pengarah yang dimaksudkan, Azma Aizal Yusoof, 33, menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.
Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku. Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah.
Kata Azma dia tidak takut untuk menghadapi isu itu kerana Allah ada di sisinya. Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi. Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana ‘berkicau’.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|