CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: avrilizana

Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat

[Copy link]
Post time 3-1-2010 10:36 PM | Show all posts
(Audio) Penjelasan Gossip Scha al-Yahya Bercinta Dengan Awal Ashaari
December 31, 2009 by RotiKaya Staff




UPDATE: Menurut sumber, 99% kemungkinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari menyambut tahun baru di’Singapura. Mereka di’khabarkan pergi berasingan untuk mengelak di’kesan orang ramai.

Kebetulan esok, akan berlangsungnya konsert gabungan Siti Nurhaliza & M.Nasir di Singapura. Nantikan kelibat mereka di’sana!

Hari ini, portal hiburan Murai.com.my mengeluarkan satu rakaman perbualan seorang wartawan dengan Scha al-Yahya.

Butir perbualan mereka berdua banyak berkisar tentang cakap-cakap orang yang mengatakan Scha al-Yahya & Awal Ashaari bercinta.

Scha al-Yaha berkata beliau tidak mahu cakap apa-apa tentang hubungan ini tetapi mengakui beliau & Awal Ashaari sememangnya ‘rapat gila babi’.

Wartawan ada bertanyakan tentang orang produksi yang berkata Awal Ashaari sering datang ke lokasi pengambaran yang melibatkan Scha al-Yahya.

Scha al-Yahya menganggap itu perkara biasa kerana beliau juga sering datang ke sesi rakaman yang melibatkan Awal Ashaari.

Dengarkan perbualan selamba Scha al-Yahya tentang Awal Ashaari, terima kasih kepada Murai.com.my. Enjoice!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2010 10:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 3-1-2010 22:40

31-Dec-2010 | Oleh: Thani Hasbullah
Jom Tengok Rakaman Video Pengakuan Scha






KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER 2009:  Desas-desus yang mengatakan pelakon Awan Dania, Scha Al Yahya bercinta dengan Awal Ashaari menjadi semakin kuat setelah kunjungan mereka ke pusat hiburan, Rootz Dance Club di Jalan Bukit Bintang yang telah diserbu pihak berkuasa, baru-baru ini.

Bagaimanapun pelakon Awan Dania dan pengacara Sehati Berdansa 3 (SB3) itu tetap menafikan dia bercinta dengan Awal.

Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya, 26, hubungannya dengan Awal hanya sekadar kawan rapat sahaja. Ia ditambah dengan pembabitan mereka dalam SB3 yang baru sahaja melabuhkan tirai Sabtu lalu, apabila ia memengeratkan lagi hubungan mereka.

Sejauh mana benarnya kata-kata Scha itu. Adakah semua ini hanya gimik untuk melariskan SB3 atau diri masing-masing.  Siapakah Awal sebenarnya di hati Scha?

Untuk mengetahui pengakuan spontan Scha, jom kita tonton video yang dirakamkan oleh krew murai.com.my, baru-baru ini.

Klik di sini untuk menonton video.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 10:42 PM | Show all posts
Scha & Awal sudah serik
Credit: Utusan Malaysia Online          3 Januari 2010



PERISTIWA diserbu pihak polis di sebuah kelab hiburan di Bukit Bintang pada malam Krismas lalu merupakan kejadian hitam yang tidak akan dilupakan bagi pengacara Awal Ashaari, 29, dan Scha Al-Yahya, 27, selama pembabitan mereka dalam dunia seni.

Selama ini mereka cuba menjaga nama baik, reputasi dan kredibilitinya sebagai seorang selebriti. Tetapi sayang, hasrat untuk memastikan nama bersih itu tidak terlaksana gara-gara peristiwa hitam itu.

Pada malam menjelang perayaan Krismas tersebut Awal dan Scha ditahan bagi menjalani pemeriksaan air kencing. Bagaimanapun ujian air kencing itu menunjukkan keputusan negatif iaitu dalam erti kata lain mereka bebas mengambil dadah.

Walaupun keputusan terhadap ujian itu menyelamatkan dua nama yang dikaitkan sedang bercinta ini namun ia sebenarnya telah memberi implikasi besar dalam hidup mereka. Kedua-dua mereka menafikan mabuk dan mengambil dadah.

Scha yang melihat ia pengalaman pertamanya sudah serik dengan kejadian itu kerana ia benar-benar memberi tekanan dalam hidupnya.

“Sebelum ini sudah macam-macam dugaan melanda dalam diri saya. Dan kali ini dengan ujian seperti diserbu polis pula,” katanya.

Pelakon Awan Dania itu tidak menyangka hasrat untuk menemani kawannya yang datang dari Australia di kelab berkenaan berakhir dengan peristiwa hitam.

Nasib

Scha tidak menyangka Awal turut menerima nasib serupa selepas dia mengajak teman artisnya itu menemani mereka di kelab berkenaan. Kata Scha, dia tidak takut sewaktu pemeriksaan dilakukan pihak polis kerana tidak melakukan kesalahan atau mengambil dadah.

Sebaliknya Scha memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa ketika pemeriksaan air kencing dilakukan. Bagi Awal dia tidak mahu berbohong sebaliknya mengakui kejadian itu satu peristiwa hitam ketika tahun 2009 hendak menutup tirainya.

Ujar Awal, dia cuma terkejut bagaimana masyarakat mudah menghukum seseorang artis sedangkan mereka tidak bersalah? Malah lebih menyedihkan ada pula cakap-cakap belakang dan andaian tidak berasas terutama yang ditulis oleh penulis-penulis blog.

“Ada yang bertanya kenapa saya dibawa ke balai polis? Kenapa tidak menjalani ujian air kencing semasa diminta polis di kelab berkenaan?

“Jawapannya mudah saja, saya yang minta kebenaran daripada pegawai polis untuk menjalani ujian air kencing di pejabat mereka.

“Bukannya apa, semasa di dalam kelab itu, terlalu ramai orang dan jurugambar akhbar. Takkan saya nak buka zip seluar di depan orang ramai. Saya malu takut nanti ada gambar-gambar lain yang tak sepatutnya dirakamkan oleh jurugambar,” kata Awal.

Penjelasan Awal itu ada kebenarannya kerana sebagai seorang selebriti, tentu sahaja dia akan menjadi perhatian berbanding pengunjung lain di kelab itu. Terkilan dituduh kaki kelab kerana dia bukannya setiap malam “bersidai” di pusat-pusat hiburan.

Sebaliknya kata Awal, pada malam itu dia sekadar menemani Scha sahaja tanpa mengetahui pusat hiburan itu akan diserbu oleh polis.

Kata Awal, dia kecewa kerana kejadian itu ada pihak yang cuba menindas dia dengan mencari jalan untuk menutup periuk nasinya di dalam dunia seni.

Malah gara-gara kes itu ada beberapa projek yang tidak dapat diteruskan atas alasan mereka bimbang imej Awal yang tercemar itu akan memberi kesan buruk kepada orang lain.

“Kalau terbukti saya ni positif dadah, saya tak kisah orang nak ketepikan saya. Tapi sedihnya selepas saya dibebaskan, ada beberapa pihak yang menyekat peluang saya dalam dunia seni,” katanya.

Tambah Awal lagi, dia bagaimana pun bersyukur kerana stesen-stesen televisyen di negara ini tidak mengharamkan kemunculannya sebaliknya memberi ruang kepada dia menyertai beberapa program yang telah dirancangkan.

Bagaimanapun kata Awal, kejadian itu memberi kesedaran kepadanya agar lebih berhati-hati selain memastikan kehadiran tahun 2010 akan memberi lembaran baru dalam kehidupannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 3-1-2010 22:58

2009 bukti gosip layak dipercayai
Credit: Berita Harian Online              Ahad, 03 Januari 2010




Awal dan Scha jangan terus sembunyikan cinta antara mereka.

PEJAM celik, pejam celik begitu pantas masa berlalu, tanpa disedari hari ini kita sudah berada di tahun baru 2010. Zubir ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca setia B*Pop, mudah-mudahan azam anda pada 2009 yang lalu sudah tercapai. Sekiranya belum terlaksana, tak perlulah buat azam baru, sebaliknya pada 2010 ini bekerja lebih keras agar cita-cita lama dimakbulkan.

Membuka lebaran 2010 ini pastinya kisah pernikahan dan persandingan pelakon dan pengacara TV, Serina Redzuawan iaitu anak kesa yangan kepada personaliti masakan terkenal, Chef Wan selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu dengan pasangannya, Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O'Luanaigh. Zubir ucapkan Selamat Pengantin Baru, mudah-mudahan perkahwinan mereka kekal hingga ke hujung nyawa, insya-Allah.

Zubir menyusun 10 jari kepada Serina mahupun Chef Wan kerana tidak berkesempatan memenuhi undangan mereka menghadiri majlis berinai besar diikuti majlis persandingan pada 1 dan 2 Januari lalu kerana masih bercuti dan hanya kembali bertugas pada 5 Januari ini.

Mengimbas kembali kisah dan kontroversi artis sepanjang 2009, tidak keterlaluan Zubir melabelkannya hampir menyamai rekod bintang ternama Hollywood yang me-raih perhatian media massa menerusi kisah kontroversi yang kadang kala meloyakan. Mujurlah kita di Malaysia, sekiranya Amerika Syarikat, pasti aib artis tempatan bakal 'ditelanjangi' seperti skandal bintang golf nombor satu dunia, Tiger Woods dengan beberapa kekasih gelapnya!

Pun begitu, sejak kebelakangan ini atau lebih tepat lagi sejak sekian lama, Zubir lebih percaya dengan gosip kerana gosip lebih awal menyalurkan maklumat kepada wartawan dan orang ramai, berbanding laporan berita susulan daripada artis berkenaan yang lebih menjurus kepada kisah penafian dan kepura-puraan untuk menampakkan mereka 'suci' di mata peminat, sebaliknya 'ado'!

Apabila 'lubang dah pecah', baru terhegeh-hegeh nak mengaku!

Tak perlulah Zubir memberikan contoh kontroversi atau gosip yang pernah melanda artis kita, diikuti penafian memualkan daripada mereka yang kemudian penafian itu jadi kenyataan atau cerita benar. Nanti ada 'sentap' pula, tapi siapa yang makan cili, dialah rasa pedas!

Terbaru, Zubir dengar cerita, pelakon cantik 'ber getah', Rozita Che Wan, sudah ada kekasih baru. Kononnya berstatus VIP. Khabarnya, gosip percintaannya dengan bintang bola sepak Selangor, Asrarudin Putra Omar, hanyalah 'teman tapi mesra' saja, sebaliknya Rozita kini dilaporkan bahagia di sisi cinta baru yang wajahnya persis suami Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih popular, Datuk K!

Oops, jangan silap baca ya, wajahnya saja seperti Datuk K, potongan muka, bermisai, berkulit putih dan memiliki fesyen rambut yang sama, bukannya Datuk K kekasih gelap Rozita! Namun, cerita ini sekadar gosip terbaru yang Zubir dengar mengenai Rozita, tapi seperti yang Zubir maklumkan tadi, gosip hari ini berkemungkinan besar adalah kebenaran. Terpulanglah kepada Rozita nak mengaku atau sebaliknya.

Begitu juga dengan peristiwa hitam yang membabitkan pengacara program Sehati Berdansa yang baru saja berakhir iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya apabila mereka didapati berada di tempat yang sama sewaktu kejadian berkenaan. Sebelum ini mereka menafikan ada hubungan istimewa, sekarang apa macam? Justeru, Zubir harap Awal mahupun Scha bersikap telus dalam perhubungan mereka, tak perlulah berselindung lagi.

ZUBIR: Kenapa majlis pernikahan aktres popular bakal berlangsung secara tertutup di luar negara, ada apa-apa rahsia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:19 PM | Show all posts
up....:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:42 PM | Show all posts
up rmh jgk...:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2010 12:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 10-1-2010 12:29

Scha dedah cerita putus cinta
Credit:
[email protected]            Ahad, 10 Januari 2010



Scha


Pelakon popular akui Awal Ashaari kawan paling rapat

PUNCA utama keretakan cinta membabitkan dua pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad serta Scha Alyahya akhirnya terlerai apabila Scha bersuara menceritakan perkara sebenar. Dia tidak mahu peminat mahupun media massa terus berteka-teki memberikan pelbagai spekulasi, ditambah 'hukuman' yang diterimanya apabila diserbu pihak polis apabila didapati berada di sebuah pusat hiburan haram bersama rakan pengacaranya dalam Sehati Berdansa 3, Awal Ashaari, baru-baru ini.

Fahrin pula dalam kenyataannya menerusi Metro Ahad terbitan 3 Januari lalu, mengambil sikap berdiam diri berhubung punca kegagalan cintanya bersama Scha berdasarkan falsafah dirinya - diam adalah senjata paling tajam dalam menyelesaikan segala masalah, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan banyak pihak termasuk media massa dan peminat. Baginya, lebih banyak bercakap akan lebih memburukkan keadaan.

Menerusi laporan sebuah akhbar tabloid harian terbitan 21 Disember lalu, Fahrin memberitahu, dia tidak mungkin kembali ke pangkuan Scha. Tambah Fahrin, tidak lama lagi orang akan tahu kebenarannya. “Kalau anda berada di tempat saya, anda akan rasa ‘seronok’ dan ‘tertarik’ dengan permainan dunia,” kata Fahrin menerusi tabloid sama.



Awal

Tabloid itu juga bertanyakan adakah hubungannya dengan Scha putus gara-gara kehadiran orang ketiga kononnya pengacara kacak, Awal Ashaari, Fahrin tidak mahu memberikan sebarang komen, sebaliknya meminta wartawan membuat siasatan sendiri.

Berasakan dirinya tercabar dengan kata-kata dan permintaan Fahrin, Scha tidak mampu lagi berdiam diri, sekali gus mengheret nama bekas ‘teman tapi mesra’ Fahrin sebelum ini iaitu Linda Onn, apabila mendakwa personaliti radio berkenaan turut berdepan situasi sama dengan dirinya ketika mereka putus cinta suatu ketika dulu. Justeru, pertemuan dengan Scha di Bangsar, Kuala Lumpur, Rabu lalu, merungkai banyak perkara.

Putus kasih kerana sikap Fahrin

“Secara rasmi saya putus cinta dengan Fahrin ketika Ramadan tahun lalu. Kami bercinta pun tak sampai setahun. Saya mengaku, saya yang minta daripada Fahrin, kami putus cinta. Sebelum ini ada beberapa siri, kami putus kemudian sambung kembali, tapi sampai suatu ketika, keadaan semakin tidak terkawal, saya angkat kaki dan terus bertemu media massa memaklumkan saya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Kami putus cinta bukan disebabkan orang ketiga, sebaliknya sikap Fahrin sendiri. Saya tahu, Fahrin cuba meraih simpati dengan kegagalan percintaan kami sebab itu dia seolah-olah mendakwa wujudnya pihak ketiga. Mungkin Fahrin berada dalam tekanan apabila gagal bercinta dua kali (Linda Onn dan Scha), tapi tak perlulah menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Fahrin sendiri ada kesilapan dan kelemahan dalam perhubungan kami. Saya mengaku, saya sendiri melakukan kesalahan, bahagian saya, saya ambil, dia pula ambil bahagiannya dan terus ke depan. Kami sama-sama panas baran. Apa yang pernah saya lalui bersama Fahrin, Linda Onn juga pernah melalui situasi yang sama. Saya dan Linda Onn berkongsi perkara yang sama, sangat tepat secara terperinci!

Saya sudah tidak mampu bertahan lagi dengan sikap Fahrin. Saya tahu semua perkara yang dilakukannya. Linda pernah memberitahu saya, jangan terus berdiam diri, nanti orang akan menyalahkan saya, justeru hari ini biarlah saya menceritakan perkara sebenar. Punca utama saya minta hubungan kami diputuskan ialah sikap Fahrin itu sendiri.

Saya mengaku, suatu ketika dulu saya memang menyayangi dan menyintai Fahrin, kami serius dalam perhubungan, tapi saya harus memikirkan masa depan. Sebelum berkahwin sudah berlaku macam-macam perkara, nanti dah kahwin macam mana? Dalam percintaan, memang kami berusaha menyelamatkan perhubungan, masing-masing cuba memperbaiki kelemahan, tapi apabila tiada toleransi, tak perlulah diteruskan lagi.

'Awal kawan saya paling rapat'

“Selepas beberapa bulan kami putus cinta diikuti beberapa ketika kami mengacarakan Sehati Berdansa 3 bersama Awal (Ashaari) dan saya mulai rapat dengan Awal, Fahrin dah nampak Awal, dia ‘tarik’ Awal, kononnya saya curang. Saya pernah terbaca di akhbar, tajuk utama akhbar itu mendakwa saya curang. Tapi, apabila Fahrin meminta wartawan membuat siasatan sendiri, saya sedia buka mulut.

Sepanjang hubungan saya dengan Fahrin, dia tahu sama ada saya curang atau sebaliknya. Sama ada saya yang curang atau dia, sama-sama fahamlah, dia tahu perkara sebenar. Sumpah, saya tak pernah ‘kantoi’ apa-apa depan mata dia! Bagi saya, selama ini saya menganggap ‘silence is golden’, sebaliknya apabila sudah keterlaluan sehingga menjatuhkan maruah, itu melampau. Saya curang, itu salah, kita sama-sama tahu sebab apa kita putus.

Saya berkawan dengan Awal dah lama sejak zaman ‘nobody’ lagi. Awal jadi hos pertandingan Dewi Remaja. Apabila tiba-tiba saja ada dakwaan mengatakan Awal orang ketiga, kasihan dia. Dia tak tahu apa-apa. Padahal, perhubungan saya dan Awal semakin rapat apabila saya putus cinta dengan Fahrin. Sekalipun Fahrin tidak pernah menyebut nama Awal sebagai pihak ketiga, orang tahu siapa yang dimaksudkan sebagai orang ketiga itu.

Fahrin tahu, bukan Awal orang ketiga. Sekarang ni Fahrin ‘jack pot’, kebetulan ada isu saya dan Awal ‘kantoi’ serbuan polis di pusat hiburan. Ada dua cerita yang berbeza. Saya putus dengan Fahrin bukan sebab Awal, saya ‘kantoi’ dengan Awal, itu cerita lain. Saya rapat dengan Awal apabila bermulanya Sehati Berdansa 3, ketika itu saya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Awal pun berkawan baik dengan Linda Onn juga, jadi dia tahu banyak cerita. Dia tahu punca sebenar saya dan Fahrin putus cinta. Saya mengaku, ketika ini, Awal ialah kawan saya paling rapat. Nak kata kami bercinta... belum lagi, tapi tujuan perhubungan kami memang ke arah itu (bercinta). Berilah kami sedikit masa. Saya tak mahu kesilapan yang sama berulang lagi. Risikonya tinggi. Namun, sekiranya suatu hari nanti kami jatuh cinta, alhamdulillah.”

Scha mohon kemaafan peminat

“Sebab itu, pada malam kejadian saya ‘kantoi’ di pusat hiburan itu, pada awalnya saya menghubungi Awal menemani saya ke situ sebab kami kawan rapat. Awal juga sudah rapat dengan anggota keluarga saya. Itu memang prinsip saya, saya akan memperkenalkan orang yang rapat dengan saya kepada keluarga. Awal memiliki ciri-ciri seorang kawan rapat. Dia begitu memahami perasaan perempuan.

Apabila saya putus cinta dengan Fahrin, saya mengaku, saya sering berkongsi kesedihan dengan Awal, itu yang membuatkan kami bertambah rapat. Apabila mengacara Sehati Berdansa 3, membuka ruang kami terus rapat. Ditambah peristiwa hitam di pusat hiburan itu, kami sama-sama berkongsi kesedihan dan kesilapan, itu juga membuatkan kami semakin rapat. Terus-terang, antara saya dan Awal, kami serius berkawan.

Saya akui, kejadian saya diserbu pihak polis pada malam Krismas, baru -baru ini, memang kesilapan saya, saya tak fikir panjang, akal pendek. Terpulanglah apa orang nak fikir, tapi pada malam kejadian, saya memang tidak dipengaruhi dadah mahupun alkohol. Saya juga berpakaian sopan, bukannya mencolok mata dan melakukan perkara tidak senonoh dengan Awal seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Apa yang berlaku ini, saya amat sedih kerana ia berpunca daripada kesilapan sendiri. Namun, nasib saya kurang baik itu tidak bermakna saya ni orang kurang baik. Saya mengaku, imej sudah tercalar. Apabila terpampang berita di dada akhbar, saya dan keluarga menanggung malu. Saya minta maaf banyak-banyak atas kesilapan yang berlaku. Saya harap peminat dan masyarakat memaafkan saya.

Berilah peluang kepada saya memperbaiki kesilapan. Saya berjanji perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Perkara itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada saya dan keluarga. Manusia ini kalau tak terhantuk, tak sedar. Janganlah masyarakat terus-terusan menghukum saya. Sebagai seorang artis, saya perlu banyak melakukan pengorbanan. Setiap gerak geri menjadi perhatian umum. Itu pengajaran paling berharga.”

Info Scha

NAMA PENUH: Sharifah Norazean Syed Mahadzir

NAMA KOMERSIAL: Scha Alyahya

TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983

ASAL: Sungai Petani, Kedah

KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 11-1-2010 01:27

Jika ditakdir ada jodoh apa salahnya
Credit: myMetro                    Isnin, 11 Januari 2010




AWAL... dugaan berat


INSIDEN serbuan pihak berkuasa di premis hiburan tidak berlesen di Bukit Bintang malam menjelang sambutan Hari Natal Disember lalu mencalar reputasi Awal Ashaari yang selama ini bebas kontroversi.

Cerita kononnya saya merasuah polis juga tidak masuk akal. Gila... terang-terangan rasuah satu jenayah. Kenapa perlu saya kusutkan lagi keadaan dengan perbuatan menyalahi undang-undang itu?

Dakwaan saya bercium dengan Scha sungguh melampau. Saya masih waras untuk bertindak demikian depan khalayak. Isu kencing juga sengaja dibesar-besarkan walhal sudah lenguh mulut saya menjelaskan cerita sebenar.

Sukar untuk kencing bila ada yang memerhati apatah lagi saya jenis yang malu. Lebih tertekan apabila ramai jurugambar memanggil nama saya. Lagipun sebelum itu saya sudah kencing dan ia tidak boleh dipaksa-paksa. Disebabkan itu saya dibawa ke IPK dan melakukan prosedur ujian di sana dan hasilnya negatif.

Sepanjang lima tahun dalam industri macam-macam tuduhan pernah dilemparkan tetapi saya masih boleh terima. Bagaimanapun insiden ini paling berat pernah berlaku dalam hidup. Nama baik saya dan keluarga tercemar dan secara tidak langsung ia beri impak besar kepada kembara seni saya.

Saya berharap sangat ia bernoktah di sini dan berilah ruang kepada saya dan Scha bernafas. Biarpun mudah hilang semangat, saya cuba melihat apa yang berlaku dari sudut positif dan jadikannya sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati di masa depan.



SCHA... paling tertekan


Saya kasihan dengan Scha kerana dia sangat tertekan. Sudahlah terpaksa berdepan dengan dugaan berat sejak beberapa bulan lalu, timbul pula cerita ini. Saya tidak pernah menyalahkan Scha biarpun dia mengajak saya menemaninya memenuhi jemputan meraikan hari jadi rakannya. Insiden ini jadi pengajaran kepada kami supaya lebih berhati-hati sekali gus mematangkan dan merapatkan lagi hubungan kami.

Saya dan Scha juga dituduh menipu peminat walhal saya tidak pernah nafikan kami rapat. Sebelum ini saya pernah bercinta beberapa kali dan tidak merahsiakan perkara itu dengan teman wartawan dan peminat tetapi semuanya tidak kekal lama.

Saya kenal Scha ketika dia menyertai Dewi Remaja dan rapat selepas bertemu di Formula 1 di Singapura dan Festival Filem Malaysia ke-22. Kami selalu keluar bersama malah ketika ibu saya sakit, dia ada datang melawat.

Cuma sukar untuk saya jelaskan status kami kerana masih dalam proses kenal hati budi. Tahun ini umur saya 29 tahun manakala Scha pula 27. Ini bukan masanya untuk bermain-main lagi, cuma berilah ruang kami berkawan dulu dan andai ada persefahaman serta serasi, mungkin ia akan diteruskan ke fasa yang lebih serius.

Jika ditakdirkan ada jodoh apa salahnya, saya pun senang dengan dia. Scha gadis baik, memahami, cantik. Pendek kata semua kriteria yang ada padanya saya suka.

Perkenalan kami sedang berkembang dan keluarga pun tidak menghalang. Siapa suka, berdoalah dan mana yang tidak suka, nak buat macam mana.

Tuduhan kononnya saya orang ketiga yang merosakkan hubungan Fahrin dan Scha juga tidak adil. Kenapa pula saya dipersalahkan sedangkan kami rapat selepas mereka berpisah dan saya tidak ada kena mengena. Mereka orang paling tepat tahu apa punca sebenar perpisahan itu, tanya diri masing-masing kenapa itu berlaku.

Alhamdulillah biarpun berdepan dengan situasi pahit ini, saya masih diterima baik stesen TV dan produksi. Selepas insiden, tawaran dua filem dan tiga drama menyusul tetapi terpaksa ditolak berikutan jadual padat mengacara program Fuhh untuk TV3 dan Rentak Boly (Astro Prima).

Insya-Allah jika tiada aral kemungkinan besar saya akan mengacara sebuah program untuk TV1 dan masih menunggu peluang mengendalikan beberapa acara Astro. Harap nama saya terpilih.

Saya juga kekal sebagai duta Redbox untuk tahun ketiga dan baru menandatangani kontrak sebagai jurucakap jam tangan Roscani. Filem lakonan saya, Puaka Niyang Rapik yang menjengah pawagam 25 Februari depan.

Saya mahu lupakan insiden ini dan lalui 2010 dengan semangat baru. Moga perjalanan karier saya tahun ini lancar dan bebas kontroversi.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2010 10:04 AM | Show all posts
susah jadi org perempuan ni. apa2 yg jadi pun, lelaki jugak yg menang. lelaki jugak yg baik. tak kira la berapa ramai perempuan terlibat. yg paling sakit hati dengan aku2 skali terkena!! tak professional langsung. bodoh!

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 04:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 18-1-2010 16:38

Scha, Linda dulu 'musuh' kini kawan baik
Oleh Zubir Mohd Yunus
[email protected]                        Ahad , 17/01/2010





Dulu personaliti radio tidak mahu bergambar dengan aktres popular tetapi kini sering bertemu dan makan bersama

KETIKA program gosip TV9, Galaksi Terbaik 2009 ke udara secara langsung pada 1 Januari lalu, Zubir tidak berkesempatan menontonnya kerana menghadiri majlis makan malam bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baru. Namun, pihak produksi Galaksi sempat menghubungi Zubir untuk memberikan komen mengenai keputusan undian SMS mengenai artis tempatan yang peminat tak mahu tengok sepanjang 2010.

Pengacara baru Galaksi 2010 malam itu, aktres popular, Irma Hasmie memaklumkan kepada Zubir, undian SMS paling tinggi memihak kepada artis kontroversi, Fasha Sandha. Berdasarkan maklumat dalaman Galaksi, mengikuti kedudukan kedua dan ketiga ialah Akhil Hayy dan Norman Hakim.

Zubir sebenarnya tertarik dengan usaha Galaksi yang memaparkan cita rasa penonton terhadap artis yang bukan menjadi pilihan mereka. Justeru, sepanjang 2010, penonton Galaksi tidak mahu melihat Fasha, Akhil dan Norman Hakim, mungkin lebih tepat lagi mereka tidak mahu disajikan dengan sebarang kisah kontroversi daripada tiga artis itu.

Jika dilihat kepada tiga nama artis berkenaan, semuanya berkait rapat dengan kisah keruntuhan rumah tangga yang pernah membuatkan hati si isteri menangis apabila terpaksa menempuh episod duka kegagalan perkahwinan. Mungkin peminat hari ini sukar memberi kemaafan kepada artis begitu. Bagi Zubir, setiap yang bergelar manusia, pasti melakukan kesilapan, justeru bermuhasabah supaya Allah memberi kemaafan sewajarnya.

Seperkara lagi yang Zubir ingin kongsi bersama pembaca ialah mengenai personaliti radio popular yang kini sudah berhijrah ke Suria FM, Linda Onn dengan aktres cantik drama bersiri Awan Dania, Scha Al-Yahya. Zubir masih ingat pada majlis post party Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 lalu di Genting Highlands, Linda pernah menolak pelawaan wartawan yang ingin menggandingkan mereka dalam satu sesi fotografi bersama.

Biasalah, ketika itu Linda sudah menjadi bekas ‘teman tapi mesra’ kepada aktor tampan, Fahrin Ahmad, manakala Scha pula baru saja bertakhta di hati Fahrin. Justeru, pasti ada usaha daripada pihak wartawan yang ingin menggandingkan wanita cantik yang pernah berada di hati aktor dan pengacara program Sehati Berdansa itu, namun segala-galanya tidak menjadi kenyataan ketika itu.

Namun, hari ini segala-galanya berubah. Umum sudah sedia maklum, percintaan antara Scha dan Fahrin hanya mampu bertahan kira-kira setahun saja, kini segala kenangan manis mereka ketika menjadi pasangan kekasih dulu, hanya tinggal memori. Namun, sebaik saja Fahrin putus cinta dengan Scha, berita gembira yang ingin Zubir kongsi bersama pembaca ialah mengenai Scha dan Linda yang kini sudah bergelar kawan baik, pulak!

Ketika menemubual Scha baru-baru ini, dia memaklumkan kepada Zubir, dia dan Linda sudah berhubungan satu sama lain, selain berkongsi kedukaan yang sama apabila masing-masing pernah bergelar kekasih Fahrin. Sebelum Scha mengundurkan diri, dia sempat memaklumkan kepada Zubir, selepas pertemuan kami, dia dalam perjalanan menemui Linda untuk makan malam bersama, wah satu perkembangan yang sihat!

Bagi Zubir baguslah kalau begitu, asal saja nawaitu kedua-duanya ke arah kebaikan dan kesejahteraan bersama. Zubir sekadar tumpang gembira dengan perkembangan terbaru ini. Selepas ini jika ada pihak atau stesen TV yang ingin menggandingkan Scha dan Linda sebagai pengacara bersama, inilah peluang terbaik, pasti rating rancangan mereka naik mendadak!

ZUBIR: Teringin melihat kemesraan Abby Abadi dan Memey makan semeja, bekerja di bawah produksi drama atau filem sama. Boleh ke Abby?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 04:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 18-1-2010 16:37

(Gambar) Aktiviti Hujung Minggu Linda Onn, Awal Ashaari & Scha al-Yahya
January 15, 2010 by RotiKaya Staff  






Kami tulis di’sini atau melalui Twitter kami yang mereka bertiga ini sudah menjadi kawan sejati selepas insiden ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin Ahmad.

Baru-baru ini, mereka bertiga keluar bersama rakan-rakan yang lain’nya untuk melakukan satu aktiviti ekstrim bersama — menaiki ATV merentasi hutan belantara.

Linda Onn ada menulis di’blog beliau bagaimana ketika bersembang bersama Scha al-Yahya, mereka sebenarnya mengalami perkara yang sama ketika bercinta dengan Fahrin Ahmad.

Nampaknya semakin misteri apa sebenarnya yang berlaku antara mereka kerana secara jelasnya, punca perpisahan mereka dengan Fahrin Ahmad nampak sama.

Lagi gambar Linda Onn, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selepas ini. Ada gambar Scha al-Yahya basah lencun. Enjoice!




Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 04:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 18-1-2010 16:44

Saya Dan Linda Bukan Berkomplot - Scha
Credit: mStar Online             Isnin Januari 18, 2010

BUKAN niatnya untuk memanjangkan kisah di sebalik perpisahannya dengan aktor Fahrin Ahmad tidak lama dulu. Namun, bagi Scha Al-Yahya, dia sudah tidak sanggup memendam rasa mendengar pelbagai tuduhan dilemparkan pada dirinya.

Bukan dirinya dulu yang membuka mulut bercerita tentang perpisahan itu, tetapi setelah melihat 'pihak' di sana mengeluarkan kenyataan yang membuatkan banyak pihak mula memandang serong terhadap dirinya, Scha tidak mahu lagi berdiam diri.

Lantas, pelakon berusia 26 tahun ini mencurahkan isi hatinya yang terbuku selama ini dalam sebuah akhbar minggu lalu. Dalam artikel tersebut, Scha mendedahkan dirinya memutuskan hubungan cinta dengan Fahrin disebabkan oleh sikap aktor itu sendiri.

Namun, pada masa yang sama, dia tidak menolak sikap panas barannya dan Fahrin membuatkan hubungan tersebut semakin sukar untuk diteruskan. Walaupun Scha tidak menjelaskan secara lanjut tentang perkara itu, ia telah mengundang pelbagai spekulasi sehingga ada yang mengatakan Fahrin pernah mengasari gadis itu.






Apa yang diluahkan oleh Scha itu, 'dijawab' semula oleh Fahrin. Pelakon itu menyelar kenyataan balas Scha dan menyangkal dakwaan yang dibuat oleh pelakon Awan Dania itu yang dilihat telah mencalarkan nama baiknya.

Malah, Fahrin juga turut menyentuh tentang persahabatan yang baru terjalin antara dua bekas kekasihnya, Linda Onn dan Scha. Bagi Fahrin, biarlah persahabatan itu wujud secara ikhlas dan bukan untuk mencari keburukan orang lain.

Cuba menyelami hati Scha tentang persahabatannya dengan penyampai baru Suria FM itu, kata pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, hubungan persahabatan itu terjalin bukan atas dasar untuk 'berkomplot' mengenakan mana-mana pihak.

Ujar Scha, dia sendiri pada awalnya tidak menyangka akan berkawan rapat dengan Linda, apatah lagi mereka sebelum ini dikatakan 'dingin' terutamanya setelah Linda dikatakan enggan bergambar bersama Scha.

"Dari dulu lagi, saya tidak pernah ada apa-apa masalah dengan Linda. Linda sendiri akhirnya berterus-terang pada saya, dia enggan bergambar dengan saya dulu kerana dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan 'orang' itu.

"Setelah saya tidak lagi bersama Fahrin, baru dia berani untuk berkawan dengan saya. Ya, kami mungkin mengalami pengalaman yang sama dan disebabkan itu kami jadi rapat, tetapi bagi pihak saya, persahabatan yang terjalin ini adalah ikhlas.

"Saya dan Linda bukan berkomplot. Dia (Fahrin) tidak perlu paranoid dengan persahabatan saya dan Linda. Sepatutnya, dia tidak perlu ambil tahu pun sama ada hubungan kami ini ikhlas atau tidak," tegas anak kedua daripada empat beradik ini.

Mengulas lanjut tentang persahabatannya dengan Linda, kata Scha, mula berkawan dengan penyampai radio popular itu setelah diperkenalkan oleh pengacara dan teman rapatnya, Awal Ashaari. Sejak itu, mereka sering keluar bertiga melakukan pelbagai aktiviti bersama.

"Saya tahu Awal memang rapat dengan Linda. Saya minta BlackBerry PIN (BB PIN) Linda daripada Awal kerana saya memang ingin mengumpul BB PIN rakan artis untuk senang berbual. Selepas itu kami mula rapat dan saya terkejut tengok dia seorang yang cukup 'gila-gila'.






"Sejak dua minggu lalu, memang kami sering keluar bertiga dan adakalanya bersama teman-teman yang lain. Jika saya selesai penggambaran, selalu juga kami keluar 'lepak'," kata Scha.

'Siapa yang bercakap dulu tentang perkara ini?'

Ditanya pula tentang kenyataan balas Fahrin mengenai kisah putus cinta mereka itu, ujar Scha, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mahu untuk menjawab lebih tentang perkara itu, tetapi dia hanya ingin 'membetulkan' apa yang diperkatakan oleh Fahrin dalam sebuah akhbar semalam.

"Siapa yang bercakap dulu tentang perkara ini pada awalnya? Dia yang keluarkan kenyataan pada wartawan dan dua tiga akhbar siarkan serentak. Saya amat tertekan pada ketika itu. Selepas berbulan-bulan hubungan kami berakhir, mengapa dia mengungkit semula kisah itu dan 'menarik' Awal pula dalam cerita tersebut?

"Dia yang bercakap dulu sebelum ini, saya hanya berdiam diri saja. Siapa yang memanjangkan cerita dan menuduh saya curang lah...Saya rasa ia keterlaluan sehingga orang menuduh saya bukan-bukan. Dan bila berlakunya insiden saya dan Awal ditahan di pusat hiburan baru-baru ini, lagi orang nampak saya bersalah dan makin rancak orang bercakap.

"Saya mengaku dalam hubungan kami dulu, saya juga ada buat silap. Dalam kenyataan saya tempoh hari, saya cakap saya ambil bahagian kesilapan saya dan dia juga kenalah ambil bahagian dia," kata Scha.

Dalam pada itu, ditanya pula tentang penerimaan peminat-peminatnya setelah dia terbabit dengan kes serbuan di sebuah pusat hiburan itu, ujar Scha, dia sendiri tidak tahu bagaimana reaksi mereka kini.

"Tapi saya tidak nafikan, ada juga yang memandang serong. Bagi saya, benda itu saya kena terimalah sebab ia adalah kesalahan saya sendiri. Apa yang penting, saya belajar dari kesilapan dan berharap, semua pihak memaafkan saya," katanya dalam nada tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 04:46 PM | Show all posts
Linda Onn Sokong Scha Bersuara
Credit: mStar Online               Isnin Januari 18, 2010


Scha, Linda dan Awal kini berkawan rapat. Foto-linda-onn.blogspot.com

KISAH cinta yang pernah dilalui oleh penyampai baru Suria FM, Linda Onn dikatakan mempunyai persamaan dengan cerita cinta Scha Al-Yahya.

Mereka berdua dikecam dan dipersalahkan oleh masyarakat berikutan punca kegagalan hubungan cinta bersama pelakon kacak, Fahrin Ahmad.

Hubungan antara mereka juga yang pada awalnya dikatakan ‘dingin’, baru-baru ini telah berubah menjadi semakin akrab.

Linda turut mengakui sedang berkawan baik dengan Scha sejak kira-kira dua minggu lalu setelah diperkenalkan oleh pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.

Mereka juga turut menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti lasak sukan bermotor ATV bersama-sama pada hujung minggu lalu.

"Saya tidak pernah dingin dengan dia, cuma dulu ketika dia berkawan dengan ‘sipulan’, saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan ‘sipulan’ itu. Dan sebab itu juga saya elak bergambar dengan Scha. Sekarang dia dah bebas barulah kami berpeluang berkawan.
"Pada saya Scha seorang yang baik, gila-gila dan seronok diajak berkawan. Tapi orang salah tafsir tentang Scha. Bila kami bercerita tentang cerita lama, rata-rata pengalaman kami sama saja. Kadang-kadang rasa kelakar bila cerita kami seperti bersambung dari babak ke babak seperti drama. Memang sama!," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda turut menasihatkan Scha agar bersabar dengan tomahan orang ramai yang tidak tahu tentang perkara sebenar.

"Nasihat saya pada Scha ialah bersabarlah. Dulu orang ramai yang tidak tahu kisah sebenar, menghentam dan kutuk saya. Sekarang Scha pula kena.

"Kisah saya mungkin sudah berlalu, saya berdiam diri kerana saya rasa biar perkara ini berlaku kepada saya sahaja dan cara itu juga telah membuatkan masyarakat menyalahkan saya.

"Saya rasa ini mungkin masanya untuk Scha tidak berdiam diri, bagus kalau Scha bersuara sebab perkara ini sudah menjadi-jadi," ujarnya yang akan ke udara di Suria FM bermula hari ini pada pukul 4 petang hingga 8 malam.

Ketika ditanya, adakah kemungkinan mereka bakal merancang sesuatu untuk membersihkan nama baik mereka berdua, Linda berkata kebenaran akan terbukti dan Allah lebih berkuasa untuk membuktikannya.

"Kepada orang ramai, berhentilah memfitnah selagi belum tahu kebenaran. Kami cuma tidak mahu bersuara kerana menjaga keaiban orang. Kalau kami berdua buka mulut boleh pecah dunia ni, namun bak kata dia (Fahrin) kebenaran akan terbukti, kita tunggu apa yang akan terjadi seterusnya," ujarnya mengakhiri perbualan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 04:52 PM | Show all posts
Dengarnya ... Kalau bercinta, mengaku sajalah
Credit: Hip BH Online
Oleh Normah Becok                      Isnin, 18 Januari 2010   


AWAL dan Scha mengaku berkawan rapat.

KALAU benar bagai dikata, Cik Normah nak ucapkan tahniah kepada Scha Alyahya dan teman baiknya, Awal Ashaari kerana mereka kini dalam peringkat mengenali hati budi.

Iyalah, masing-masing pun sudah solo. Tak salah pun kalau nak bercinta atau saling mencintai antara satu sama lain.

Cik Normah tengok mereka pun sepadan, sama lawa dan tampan. Masing-masing muda. Scha dan Awal dalam kenyataan akhbar sisipan B*Pop pada 10 Januari lalu secara terbuka ada meluahkan kenyataan berkaitan dengan hati dan perasaan mereka.
Awal Ashaari sendiri juga tidak berselindung dan mengharapkan perkembangan yang baik dalam hubungan mereka.

Cik Normah suka nak petik kenyataan Scha dalam B*Pop berbunyi: “Nak kata kami bercinta... belum lagi, tapi tujuan perhubungan kami memang ke arah itu (bercinta).

“Berilah kami sedikit masa. Saya tak mahu kesilapan yang sama berulang lagi. Risikonya tinggi. Namun, sekiranya suatu hari nanti kami jatuh cinta, alhamdulillah.” Itulah kata Scha.

Memanglah sebenarnya bukan saja Scha yang sudah putus cinta dengan Fahrin Ahmad. Awal juga melalui perkara yang sama kerana Cik Normah diberitahu jejaka kelahiran Kampung Baru itu juga sebenarnya mengalami pengalaman cinta yang tidak kesampaian.

Terdahulu, sebelum rapat dengan Scha, kalau ada yang masih ingat, Awal pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya juga sudah menemui gadis pilihan.

Bagaimanapun, Cik Normah dapat tahu perhubungan itu tidak kekal lama kerana difahamkan gadis terbabit tidak dapat membiasakan diri dengan apa yang dilalui Awal.

Pada saat hubungan mereka mula berkembang, muncul pula gosip kononnya Awal Ashaari menjadi punca keretakan hubungan Scha dan Fahrin pula. Sedangkan semua itu hanya gosip dan kenyataan yang sebenarnya, Scha putus cinta sebab sikap Fahrin sendiri.

Kiranya, Awal dan Scha melalui keperitan dalam bercinta tapi ada rahmat di sebalik apa yang terjadi, bertaut pula perasaan di antara mereka. Soal perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa, cinta datang tanpa diundang.

Apa pun, Cik Normah penat mendengar cerita kisah cinta di kalangan artis. Kadang-kadang mereka ini berlakon saja kerana yang sebenarnya memang tak bercinta pun. Yang bercinta pula mengaku berkawan. Memang Cik Normah boleh kata artis kita tidak telus dalam soal peribadi ini. Masih cuba nak berselindung.

Tapi yang Cik Normah jadi agak meluat apabila kisah cinta mereka yang tidak ke mana-mana, kerja mereka sama ada jadi pelakon, pengacara TV atau penyanyi pun, sentiasa kelabu saja. Tak menonjol. Tidak menjadi sebutan. Sesetengahnya kalau hilang dalam pentas hiburan, memang Cik Normah tak kisah pun, kecuali bagi mereka yang betul-betul berbakat dan jujur dengan bidang yang diceburinya. Yang ini, memang Cik Normah akan cuba bantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 04:23 PM | Show all posts
kak sriiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 11:32 PM | Show all posts
up rmh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2010 11:37 PM | Show all posts
dah mcm2 citer pasal scha ni....

apa pun elie ttp dokan scha akan terus berjaya....

avri apa citer yg terkini ttg scha????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 02:42 AM | Show all posts
dah mcm2 citer pasal scha ni....

apa pun elie ttp dokan scha akan terus berjaya....

avri apa citer yg terkini ttg scha????
Elie_Anaz Post at 19-1-2010 23:37


Hmm.. Mmg mcm2 kan Elie. Nak buat camne.. Siapa yg mulakan dulu, siapayg start provoke, skrg pekung dah hampir terbukak, nak rayu2 baliksuruh tutup, takde maknanya. Siap babitkan org2 keliling yg takde kenamengena n taktau apa2, lagi la bangang. Elok2 org neutral je taksebelahkan sapa2, terus dah tak respek langsung. Hambek kau. Memintasgt kan. Padan muka

Ehh apa yg aku melalut ni. Anyway, perkembangan terbaru scha, dia baru je dpt kontrak endorsement product lagi.
"Carefree." Harini tadi dia ada shoot tvc, so nantikan lah ia kuar dlm tv anda hoccayy

Alhamdulillah.. lagi kuat org mengutuk n mengeji dia, makin byk rezeki dia dpt. Amin..

Lepas satu, satu dia kena. Takpe, org perempuan yg teraniaya ni doanya akan dimakbulkan.. insyaAllah.
Allah tu maha mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 08:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by Elie_Anaz at 20-1-2010 20:23
Hmm.. Mmg mcm2 kan Elie. Nak buat camne.. Siapa yg mulakan dulu, siapayg start provoke, skrg pekung dah hampir terbukak, nak rayu2 baliksuruh tutup, takde maknanya. Siap babitkan org2 keliling yg  ...
avrilizana Post at 20-1-2010 02:42


mcm lepas geram je avri....

bgslah makin byk rezeki scha....

suatu hari nanti org akan tahu jgk kebenarannya....avri lebih kenal scha dr kami....
so avri terus sokong scha ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 09:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by Elie_Anaz at 20-1-2010 20:23



mcm lepas geram je avri....

bgslah makin byk rezeki scha....

suatu hari nanti org akan tahu jgk kebenarannya....avri lebih kenal scha  ...
Elie_Anaz Post at 20-1-2010 20:20


mana tak lepas geram elie.. mslhnye dgn i yg taktau apa2 pun skali terkena.. nampak sgt la tak pro kan.. heheheh.
tp since dah 'terkena', terus tau mcm2. hahahaha
takpe lah, org2 di luar tak kenal "dia" mcm mana.. tunggu je lah sapa2 yg discover sendiri, baru tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.110116 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list