|
Tempat2 makan HALAL yang best2 kat Singapore?
[Copy link]
|
|
Originally posted by virgomal at 30-11-2006 10:58 PM
dah sampai sg jgn lupa calling2 kita wei.... :kerek:
pekena teh tarik ke....:love:
baca tu holmes....pekena teh tarik...
takpe, teh tarik ko bayar holmes, makan2 suruh v bayar, dia kan mod |
|
|
|
|
|
|
|
HIDANGAN BERBEZA EARLE SWENSEN'S
DI MANA sahaja pusat membeli-belah baru dibuka, di situlah ada Swensen's. Tapi kali ini Swensen's yang dibuka di VivoCity menyediakan makanan lain daripada yang biasa anda makan.
Restoran yang diberi nama Earle Swensen's ini menyediakan makanan yang kaya dengan tradisi San Francisco dalam suasana yang menarik - menghadap selat ke pulau Sentosa.
Menu restoran baru ini berbeza daripada menu cawangan Swensen's yang lain.
Pilihan makanan yang boleh anda dapati di sini selain daripada makanan utama ialah pilihan sayur-sayuran segar dan salad buah-buahan. Walaupun menunya berubah, aiskrim Swensen's yang digemari ramai tetap disediakan.
Hidangan baru Earle Swensen's adalah San Francisco Clam Chowder iaitu sup berkrim kima dihidangkan dalam mangkuk yang diperbuat daripada roti sourdough. Terdapat juga pembuka selera seperti Sourdough Melba Toast iaitu roti yang dipotong nipis dan dimakan dengan cecahan mangga, pesto honey mustard atau karamel. Ini untuk membuka selera anda sebelum menjamu hidangan utama.
Selain pilihan steak yang luas, anda boleh juga pilih hidangan panggang yang lain seperti Grilled Cod with Wild Rice atau Mustard Mayonais (gambar). Jangan lupa mencuba hidangan asli San Francisco iaitu Cioppino. Ia adalah sejenis sup yang pekat (stew) yang mengandungi bahan laut seperti kupang, udang, ikan dan udang krai dimakan dengan roti sourdough.
Earle Swensen's terletak di #02-117 VivoCity. Dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 10.30 malam kecuali Jumaat, Sabtu dan petang cuti umum dibuka sehingga 12 tengah malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 30-11-2006 10:58 PM
dah sampai sg jgn lupa calling2 kita wei.... :kerek:
pekena teh tarik ke....:love:
insyaallah....ni V nak banjer ekkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 30-11-2006 11:42 PM
baca tu holmes....pekena teh tarik...
takpe, teh tarik ko bayar holmes, makan2 suruh v bayar, dia kan mod
Awu membaca ku ....:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 30-11-2006 11:40 PM
kalo jalan2 kat orchard, i think 24hrs is safe la...cuma lepas midnite gitu bas ngan mrt dah stop unless weekend
Holmes, ko lain kali datang, kalo free time keluar dari orchard la....explo ...
memang next trip nanti hom dah plan nak naik MRT keliling Spore...:bgrin:
tu le harap kali ni hom dtg ngan kawan...baru best...
dulu pernah le g Pulau Sentosa...naik cable car tu...but that was years ago...
wokey...insyaallah kalo dah confirm hom inform korang ekkk...tengkiu in advance... :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SQ154 at 1-12-2006 09:22 AM
HIDANGAN BERBEZA EARLE SWENSEN'S
DI MANA sahaja pusat membeli-belah baru dibuka, di situlah ada Swensen's. Tapi kali ini Swensen's yang dibuka di VivoCity menyediakan makanan lain daripada yang b ...
nak try nanti bila sampai Spore...
tetiba rasa lapar lak...:kant: |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
IKEA TAMPINES BAKAL SEDIA SAJIAN HALAL
GEDUNG Ikea Tampines bakal menyediakan makanan halal di restorannya.
Menurut Pengurus Pemasaran Negara, Ikea, Encik Lars Svensson, pihaknya sedang bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mendapatkan sijil halal.
'Kami belum mendapat sijil halal kerana di bawah peraturan kami harus memulakan operasi sebelum boleh memohon untuk mendapatkan sijil halal,' kata Encik Svensson.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bukan seluruh restoran Ikea Tampines akan beroperasi sebagai restoran halal.
Hanya sebahagian daripada restoran yang dapat menampung 550 orang itu akan diperuntukkan bagi makanan halal.
'Kami telah mengkhususkan sebahagian daripada restoran ini bagi menyediakan juadah halal,' kata Encik Svensson.
Pembukaan Ikea Tampines semalam dirasmikan bersama oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan; Duta Besar Sweden ke Singapura, Encik Par Ahlberger; dan Pengurus Ingka Holding serta Ikano, Encik Han-Goran Stennert.
Orang ramai mula beratur seawal 12.45 malam kelmarin untuk ke gedung yang dibuka pada 7 pagi semalam itu.
Orang pertama dalam barisan pengunjung itu, Cik Melina Tan, 51 tahun, tidak pulang dengan tangan kosong.
Beliau memenangi baucar Ikea bernilai $1,000.
Menurut penduduk Sengkang yang bekerja sambilan sebagai pembantu pentadbiran itu, beliau dan suaminya tiba awal untuk meraih hadiah istimewa bagi pelanggan awal.
'Tapi saya tidak sangka kami akan dapat baucar. Kami gunakannya untuk membeli barang-barang yang telah kami rancang,' kata Cik Tan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gadis_Venus at 1-12-2006 01:39 PM
IKEA TAMPINES BAKAL SEDIA SAJIAN HALAL
GEDUNG Ikea Tampines bakal menyediakan makanan halal di restorannya.
Menurut Pengurus Pemasaran Negara, Ikea, Encik Lars Svensson, pihaknya sedang bekerj ...
sellau dngr pasal swedish meatballs dia orang.. but apa yang special tak tau |
|
|
|
|
|
|
guvnor This user has been deleted
|
Originally posted by dilah21 at 1-12-2006 02:56 PM
sellau dngr pasal swedish meatballs dia orang.. but apa yang special tak tau
big n hairy gak nyer~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku makan tahu goreng , beli kat eunos crescent hawker center yang mengadap mrt nye 3rd dari tepi.
boleh la tahan...$2.50
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2255 deaf4ever's post
this week confirm mcm2 gambo ko post sini..
maklumlah mak apak pi mkn hangin
dapor tak brasap |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 7-12-2006 11:53 AM
this week confirm mcm2 gambo ko post sini..
maklumlah mak apak pi mkn hangin
dapor tak brasap
aik tadi aku reply takde? lagi skali " aku makan mee maggi je la "
satu dua kali je makan luar hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi lak lapo lapo lapo so aku gi geylang makan2... yang karachi tu dah tukar nama maulana or what kan.
tapi doesnt matter la aku nengok cam sama orang je...
aku order mee goreng ayam...sedap wooo
ni mee goreng ayam dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak sedaplah mee goreng dia..lapo plak..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 7-12-2006 11:58 AM
aik tadi aku reply takde? lagi skali " aku makan mee maggi je la "
satu dua kali je makan luar hehehe
tu ler suruh kawin cepat2 tak moh...
kalau tak mrs dep boleh tolong masakkan utk ko dep |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by midori88 at 7-12-2006 12:31 PM
nampak sedaplah mee goreng dia..lapo plak..hahaha
tak suka mee goreng sangat, tapi pasal nak mix ngan ayam goreng so pilih mee goreng la, kalo mee hoon ngan kway teow tak tahu lak rasa dia cammana
sedap woooo |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 7-12-2006 12:34 PM
tu ler suruh kawin cepat2 tak moh...
kalau tak mrs dep boleh tolong masakkan utk ko dep
aku kalo kawin, tak yah la mrs tu susah2..
dia duk goyang kaki dah....
aku makan nasik ngan kicap dah happy :hatdown::hatdown:
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2262 deaf4ever's post
leh caya ker nie hahaha... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|