|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 12:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
“Kalaulah betul cerita kamu ni, memang hebat ilmunya,” kata saya sambil mengigit bibir. Biji mata saya terbeliak.
“Macam mana kisahnya sampai jadi macam tu,” saya cuba cungkil rahsia. Nurul Hayat menggaru kulit pipinya yang kemerahan dengan hujung jari kelingkingnya.
“Semuanya kerana pulut, bukankah orang tua-tua dah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebenarnya, anak muda itu ada bau-bau bacang dengan keluarga emak aku,” Nurul Hayat berhenti bercakap.
Dia garu pangkal lengannya berkali-kali. Hati saya berdebar kembali bila melihat kulit lengannya yang putih gebu. Saya jeling dengan semahu-mahunya.
“Mata kamu jahat, Tamar!” Protes Nurul Hayat bila menyedari mata saya meratah kulit lengannya yang terbuka. Cepat-cepat dia membetulkan lengan bajunya untuk menutup kulit lengannya. Jelingan saya berakhir.
Last edited by rdzaccess on 20-6-2014 12:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
“Kulit kamu putih melepak, kamu cantik Nurul,” kata saya berjenaka.
“Ini kamu kenal,” Nurul Hayat genggam penumbuk lalu menghalakan ke arah saya, dia cuba membuka silat, hati saya gementar dan cemas.
“Maafkan aku Nurul, aku Cuma bergurau.”
“Aku tak suka gurau begitu, batang tubuh aku bukannya gurauan tau,” nada suaranya keras.
“Maafkan aku Nurul, lain kali aku tak buat lagi,” kata saya/
“Dengan orang lain, kamu boleh bergurau tapi, aku bukan orangnya,” kemarahannya terus berlanjutan. Saya jadi serba salah.
“Maaafkan aku Nurul,” rayu saya lagi.
“Hummmmm,” Nurul Hayat mendengus, wajahnya bertambah masam.
Buat beberapa ketiika saya merenung ke dada sungai. Semuga Nurul Hayat tidak melepaskan tendangan atau tumbukan silat yang boleh membuatkan tubuh saya terbuang ke dalam sungai Batanghari. Itu doa dan harapan yang berbunga dalam hati kecil saya. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
“Maafkan aku, Nurul,” saya merayu untuk kesekian kalinya.
“Baiklah, lain kali kamu buat lagi kamu tahulah padahnya.”
Saya amat gembira mencari keturunan di bumi Jambi. Kalau aku hulurkan tali cinta, belum pasti engkau manu menerimanya. Itu yang beralun dalam hati nurani saya yang tidak mampu diluahkan meskipun Nurul Hayat berdiri di sisi.
“Begini ceritanya Tamar, pemuda kacak itu kegemarannya memburu kijang dan memikat burung. Kadang-kadang dia masuk jauh kedalam hutan sampai kesempadan perkampungan orang KUBU,” gaya Nurul Hayat bercerita membuat saya terpaku.
“Selalunya semua hasil buruan yang diperolehi disedekahkan kepada janda-janda yang susah dan banyak anak, diberikan kepada anak yatim. Kalau semasa memburu dia terjumpa kayu cendana, rotan dan macam-macam lagi hasil hutan, segera di bawa pulang kerumahnya untuk di jual kepada peraih dari luar.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:06 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Wang dari hasil jualan barang-barang tersebut digunakan untuk memperindahkan masjid, mengecat atau mengganti mana-mana bahagian masjid yang rosak. Membeli sejadah dan lain-lain keperluan untuk kepentingan para jemaah.
Kalau penduduk mahu mengadakan kenduri menyambut awal Muharam, Mauludurrasul dan sebagainya, mereka tidak perlu membeli lembu atau kambing kerana pemuda kacak akan membawa rusa atau kijang (hasil buruannya) sebagai lauk pauk untuk para jemaah.
Kerana sikap murah hati, ringan tulang, rajin melakukan kerja-kerja amal tanpa mengenal penat lelah, nama pemuda kacak jadi sebutan setiap masa.
Mendengar kata-kata itu, Nurul Hayat bersedia memaafkan perbuatan saya yang menyinggung perasaannya. Kemenangan besar untuk saya, hasil dari rayuan dan rasa rendah hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:08 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Bila saya rasakan kemuncak kemarahannya sudah menurun ke paras beku, saya menjual senyum kepadanya. Dia membalas bersama dengan wajah yang riang.
“Sekarang kamu tentu sudi menceritakan kepada aku tentang pemuda yang menjadi tawanan anak dara KUBU,” saya berusaha menghidupkan kembali cerita terputus di tengah jalan. Dua tiga kali Nurul Hayat menggosok pangkal hidungnya hingga kelihatan kemerah-merahan, menimbulkan rasa geram di hati.
“Kalau tak salah ingatan aku, perkara itu terjadi kira-kira tujuh tahun lalu,” Nurul Hayat memulakan cerita dengan tenang dan teratur, “masa itu umur aku baru tiga belas tahun, kejadian tu jadi buah mulut orang-orang kampung berbulan-bulan lamanya.
Macam-macam usaha dan ikhtiar dibuat untuk memanggil pemuda malang itu pulang. Semuanya gagal,” tambah Nurul Hayat sambil matanya merenung tajam ke arah tebing sebelah kanan, macam ada sesuatu yang dicarinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
“Kau pernah tengok pemuda itu?” Soal saya bersama rasa cemburu.
“Pernah.”
“Lawa orangnya?” Tanya saya penuh debar.
“Lawa dan kacak, berkulit putih merah, tinggi dan badan penuh berisi. Handal bersilat dan main senjata, pandai berkasidah dan mengaji Quran, ramai anak dara kampung yang tergila-gilakan suaranya. Dia jadi pujaan sekampung.”
“Termasuk kau,” potong saya dengan resah.
“Aku tidak tertarik dengannya, umur aku baru tiga belas tahun, aku anggap dia macam abang. Umurnya masa itu kalau tak silap aku sudah dua puluh lapan tahun. Walau pun ada hubungan keluarga, aku dapat bercakap dua kali saja dengannya. Emak dan bapa aku cukup keras mengawal aku,” Nurul Hayat ketawa sebaik saja dia berhenti bercerita. Barangkali dia merasakan zaman kecilnya penuh keanehan.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Aku menarik nafas dalam-dalam. Gadis yang terpacak di sisiku adalah dara pingitan yang tersisih dari pandangan jejaka kampung, mereka tidak dapat melihat wajah ayau mendengar suaranya kecuali lelaki yang ada hubungan keluarga dengannya. Rasanya inginku miliki dirimu Nurul tetapi, aku anak dagang.
“Tetapi di samping memiliki sifat terpuji dia juga menyimpan sifat-sifat yang kurang sopan . Hanya kaum keluarga yang terdekat saja ang tahu sifat buruk pemuda kacak itu .”
“Apa dia perangai yang tak baik tu,” saya terus mendesak bila melihat Nurul Hayat berhenti bercakap. Dia seperti enggan bercerita, macam mahu menyembunyikan sesuatu dari saya.
“Suka mengintai anak dara mandi,” kata Nurul Hayat.
“Mengintai anak dara mandi,” ulang saya agak terkejut.
“Iya,” katanya bersama senyum sinis, “agaknya, kamu ada perangai macam dia,” tambah Nurul Hayat.
Saya tidak memberikan sebarang komen dan Nurul Hayat meneruskan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Aku menarik nafas dalam-dalam. Gadis yang terpacak di sisiku adalah dara pingitan yang tersisih dari pandangan jejaka kampung, mereka tidak dapat melihat wajah ayau mendengar suaranya kecuali lelaki yang ada hubungan keluarga dengannya. Rasanya inginku miliki dirimu Nurul tetapi, aku anak dagang.
“Tetapi di samping memiliki sifat terpuji dia juga menyimpan sifat-sifat yang kurang sopan . Hanya kaum keluarga yang terdekat saja ang tahu sifat buruk pemuda kacak itu .”
“Apa dia perangai yang tak baik tu,” saya terus mendesak bila melihat Nurul Hayat berhenti bercakap. Dia seperti enggan bercerita, macam mahu menyembunyikan sesuatu dari saya.
“Suka mengintai anak dara mandi,” kata Nurul Hayat.
“Mengintai anak dara mandi,” ulang saya agak terkejut.
“Iya,” katanya bersama senyum sinis, “agaknya, kamu ada perangai macam dia,” tambah Nurul Hayat.
Saya tidak memberikan sebarang komen dan Nurul Hayat meneruskan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Pada suatu hari, pemuda kacak membawa denak pemikat untuk memikat burung merbuk. Dia menyusuri tepi sungai menghala ke hulu, dia masuk ke arah sebatang anak sungai yang kualanya bertembung dengan sungai Batanghari. Tiba-tiba dia terserempak dengan anak dara KUBU mandi telanjang dalam sungai.
Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, begitulah terjadi pada si kacak. Dia membatalkan hasratnya mahu emmikat burung merbuk. Denak pemikat diletakkan di dahan pokok dan dia meniarap di balik pokok besar mengintai bentuk tubuh anak dara KUBU yang jelas kelihatan di balik air sungai yang jernih bagaikan cermin.
Bila si anak dara selesai mandi dia masih belum bergerak dari tempat persembunyiannya. Dia melihat setiap gerak-geri si anak dara dengan penuh minat bila anak dara KUBU selesai menutup bahagian buah dada dan bahagian sulitnya, pemuda kacak gelengkan kepala beberapa kali.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Anak dara KUBU renung kiri kanan, atas bawah sebelum memulakan langkah pulang. Vila sudah yakin tidak ada musuh yang akan mengganggunya, maka si anak dara KUBU pun melangkah, di saat anak dara KUBU melintas di depannya, pemuda kacak keluar dari tempat persembunyian dan terus mengusik dengan berkata:
“Hai, tiga hari tiga malam mandi, badan awak busuk juga, tak ada siapa yang mahu.”
Anak dara KUBU merenung ke kanan lalu mengambil tiga helai daun pokok renek. Dia menoleh ke kiri pula dan tiga helai daun bersama ranting diambil. Semua daun dan ranting diramas dan dikepal bulat sebesar penumbuk kanak-kanak yang berusia tiga tahun.
Aneh sekali, daun yang sudah dikepal bulat bertukar dari hijau menjadi putih dan keras macam batu. Daun yang dikepal dibaling ke arah pemuda yang bermulut celupar. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:19 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
“Kena badan pemuda tu?” saya memintas cerita Nurul Hayat.
“Tak kena tapi, kena pokok tempat pemuda itu berlindung, cara anak dara KUBU membaling kepalan daun hutan sunguh ganjil.” Nurul Hayat menggosok kelopak mata kiri denganjari telunjuk.
Mungkin matanya terasa gatal, selesai gosok mata dia terus merenung permukaan air sungai, kemudia dia dongakkan wajahnya ke dada langit merenung awan gemawan yang berarak lembut.
“Ganjil macam mana?” Soal saya tak sabar.
“ia tidak merenung pemuda yang mengusik malah dia berdiri membelakangkan pemuda. Dia balingkan kepalan daun hutan dari depan ke belakang lalu kena pokok tempat pemuda menyorok. Si pemuda terus ketawakan perbuatan si gadis dengan menjerit BUSUK, BUSUK, BUSUK….”
“Pemuda itu memang jahat,” saya juihkan bibir ke depan, dan mata saya tetap menjeling ke dada Nurul Hayat dengan harapan hujung selendang yang menutup bahagian dadanya akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Dengan itu memberi kesempatan kepada saya untuk menatap buah dadanya yang membengkak pejal di sebalik baju yang membelut tubuhnya. Ternyata harapan saya itu tidak menjadi kenyataan.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 20-6-2014 01:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
149 -Syaitan Jadi Dampingan
Setelah puas menikmati keindahan alam semula jadi sekitar kawasan kedua belah tebing sungai Batanghari, Nurul Hayat menyambung kembali ceritanya yang terhenti.
“Mungkin tidak mahu perbualan menjadi panjang, gadis KUBU dengan membelakangi pemuda terus memintal-mintal hujung rambut dengan senyum, kemudian berlalu dari situ. Dalam beberapa detik saja gadis KUBU hilang dari pandangan mata pemuda nakal.”
“Agaknya anak dara KUBU tu tentu cantik, kulitnya tentu merah macam kulit kamu,” kata saya.
“Jaga mulut tu, nanti buruk padahnya. Soal orang kulit putih merah hitam legam ke, bukan soalnya, kita bercakap fasal ilmu orang KUBU.”
“Maafkan aku.”
“Berapa kali maaf,” Nurul hayat jegilkan biji mata ke arah saya.
Macam tadi juga, saya terus pamerkan sengih kerang busuk kepadanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 08:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 Ditawan Dara Kubu
Bot yang dinaiki makin rapat ke tebing, perjalanan nya seolah-olah menyusur bibir tebing. Kalau boleh, biar bot berjalan tanpa berhenti dimana-mana, saya merasa senang duduk berdua dan berdekatan dengan Nurul Hayat. Kehadirannya membuat saya lupa nama-nama gadis yang pernah mengetuk pintu hati kecil saya.Menurut cerita Nurul Hayat, sebaik saja pemuda nakal yang dipanggil Unang itu mahu pulang kerumah untuk membawa hasil buruannya iaitu seekor kijang dara, dia tidak menemui jalan pulang. Tanda-tanda penunjuk pulang yang dibuat pada pokok semuanya hilang. Apa yang ditemuinya ialah denai yang dilalui oleh anak dara KUBU. Denai itu ditemuinya di mana-mana.Di hujung denai dia ternampak anak dara KUBU berdiri dengan keadaan yang amat menghairahkan. Bahagian kemaluan ditutup dengan sehelai daun yang lebar, begitu juga dengan bahagian buah dada. Gadis KUBU nampak cukup cantik, tidak selekeh seperti yang dilihat pada sebelah pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 08:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Setiap denai yang terbentang di depan mengeluarkan bau yang cukup harum. Gadis KUBU menggamit Unang. Tanpa membuang masa Unang terus memburu si gadis hingga sampai ke kawasan perkampungan orang KUBU. Hasil buruannya terus dibuang.
Sebaik saja memasuki ke kawasan perkampungan, Unang mendapati gadis KUBU duduk di atas pelantar kecil yang dibuat dari buluh kuning. Pelantar itu diletakkan di atas tanah lapang yang dikelilingi dengan garisan bulat. Garisan bulat itu tidak bersambung, bahagian garisan yang terputus diletakan ketul batu sungai yang diletakkan bertindih.
Di situ juga dibakar sejenis sabut yang dihasilkan dari pokok hutan. Sabut yang dibakar mengeluarkan asap nipis. Terdapat lima garisan yang terputus tetapi garisan yang di depan gadis saja yang sabutnya dibakar.
Tidak jauh dari garisan bulat, arah sebelah kanan terdapat seorang tua yang hanya memakai cawat duduk bersila diatas batu. Tangan kanannya memegang kayu bercabang dua. Rambut putihnya menutup sebahagian dari bahagian belakangnya. Mulut orang itu berkumat kamit membaca mantera. Setiap kali mentera selesai dibaca dia terus menghembus kearah Unang.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 08:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Sebaik sahaja Unang melangkah dan berada dalam garisan, dia terus membuka baju dan seluar dipakai. Unang terpaku di situ dalam keadaan bogel. Gadis KUBU melompat dari pelantar lalu membalut tubuh Unang dengan kulit kayu. Unang benar-benar berada dalam dunia orang KUBU. Dia lupa dengan dunia luar.
Dalam beberapa detik orang-orang KUBU, sama ada lelaki dan perempuan terus mengerumuni Unang. Lelaki tua yang duduk di atas batu terus bangun dan mengistiharkan Unang dan gadis KUBU menjadi pasangan suami isteri. Lama kelamaan Unang lupa pada bahasanya sendiri, makan pakai, bercakap dan patuh dengan pantang danpetua orang KUBU. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 08:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Sebaik sahaja Unang melangkah dan berada dalam garisan, dia terus membuka baju dan seluar dipakai. Unang terpaku di situ dalam keadaan bogel. Gadis KUBU melompat dari pelantar lalu membalut tubuh Unang dengan kulit kayu. Unang benar-benar berada dalam dunia orang KUBU. Dia lupa dengan dunia luar.
Dalam beberapa detik orang-orang KUBU, sama ada lelaki dan perempuan terus mengerumuni Unang. Lelaki tua yang duduk di atas batu terus bangun dan mengistiharkan Unang dan gadis KUBU menjadi pasangan suami isteri. Lama kelamaan Unang lupa pada bahasanya sendiri, makan pakai, bercakap dan patuh dengan pantang danpetua orang KUBU. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 08:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Sejak itu Unang tidak pulang-pulang ke kampungnya. Ada orang yang terserempak dengan Unang tetapi, dia tidak bertutur dalam bahasa sendiri kecuali dan bahasa KUBU. Biasanya Unang selalu mengelakkan diri dari bertemu dengan orang kampungnya.
"Itulah kisah Unang yang menyayat perasaan, kamu harus hati-hati, bila melihat keadaan orang yang aneh berkeliaran di jalanan, kamu harus mengunci mulut."
Sebaik saja selesai mendengar cerita dari Nurul Hayat, saya anggukkan kepala dan berazam mahu mematuhi cakapnya. Saya tak mahu kisah Unang terjadi pada saya.
"Aku ingat pesan kamu," kata saya.
"Bagus, aku tak mau kamu jadi korban kerana kelancangan mulut sendiri."
"Benarkah Hayat?" tanya saya gementar.
"Iya," jawapnya lembut. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 09:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Perasaan saya gementar, ada sesuatu yang beralun dan berombak dalam hati nurani saya, hati nurani seorang muda yang sedang memburu sesuatu yang indah dalam alam ini. Kata-kata yang lahir dari mulut Hayat mengambarkan ada sebuah janji dan harapan yang ditumpahkan oleh Nurul Hayat kepada saya.
Setidak-tidaknya begitulah tanggapan saya. Wajah Nurul Hayat saya renung, dia juga merenung wajah saya. Anak mata kami bertembung, saya lihat Nurul Hayat menarik nafas, saya juga demikian.
Tanpa disedari telapak tangan kami bercantum. Tergenggam dengan erat. Saya bagaikan lupa suasana sekitar, kulit telapak tangan Nurul Hayat yang lembut membuat saya terpesona.Saya tersentak bila Nurul Hayat menarik tangannya. Dia terus tunduk sambil meletakkan mukanya ke kepala lutut. Saya tidak sedar berapa lama saya menggenggam tangannya.
Saya tahu Nurul Hayat terasa malu dan berdosa kerana menyentuh telapak tangan saya yang bukan muhrim. Saya tidak tahu siapakah di antara kami yang memulakan. bagi menenangkan perasaan saya cuba menyentuh bahu Nurul Hayat, di saat saya mengangkat tangan terdengar suara datuk. Niat segera saya batalkan.
Saya terus menoleh ke belakang, datuk berdiri di tengah bot sambil merenung tajam kearah saya. dari renungan itu saya dapat buat kesimpulan yang datuk kurang senang dengan perbuatan saya duduk berdua-dua dengan perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 09:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Saya tahu perbuatan itu memang salah dan kurang sopan tetapi, apakan daya saya sudah terlanjur. saya cuba tersenyum, datuk terus jegilkan biji mata dan saya jadi serba salah.
Datuk pernah berkata, bila seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdekatan, syaitan akan berada di tengah-tengahnya untuk menggoda. Entah mengapa kata-kata itu secara mendadak terus muncul dalam kepala saya.
Bagi mententeramkan perasaan serba salah yang berkecamuk dalam hati, saya segera bangun; beredar dari sisi Nurul Hayat. Sudah tentu tindakan saya itu menimbulkan rasa terkejut dalam diri Nurul Hayat.
"Kenapa Tamar?" Tanyanya.
"Renung kebelakang, "kata saya tanpa menoleh ke arahnya.
Dia segera menoleh ke arah yang saya katakan. Nurul Hayat segera faham, cepat-cepat dia bangun lalu beredar ke sebelah kiri bot dan saya beredar ke sebelah kanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 21-6-2014 09:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
150 -Ditawan Dara Kubu
Bila melihat kami sudah berjauhan, datuk tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus turun ke bahagian enjin bot menemui ayah Nurul Hayat. Hati saya terasa damai, bagaimana perasaan Nurul Hayat?. Sukar untuk saya ramalkan.
Walau apa pun, sudah sepuluh minit masa berlalu, saya dan Nurul Hayat terus membisu. Masing masing buat hal sendiri, merenung air yang mengalir, renung dedaun dan pepokok yang tumbuh di bibir tebing.
Bila saya benar-benar yakin datuk tidak akan muncul lagi, perlahan-lahan saya melangkah ke arah Nurul Hayat yang berdiri membelakangi saya. Dia begitu asyik merenung rimbunan pepokok di tebing.
"Hai! Apa yang kau fikirkan, Nurul?"
Nurul Hayat segera menoleh ke arah saya. Dia senyum, tetapi sepasang matanya terus menyorot setiap liku bot. Macam ada sesuatu yang dicarinya. saya tahu, dia mencari datuk kalau-kalau masih berada di bahagian atas bot.
"Cakap Nurul, apa yang kau fikirkan?" Ulang saya lagi.
"Aku merasa terhibur, kerana bot kita sudah memasuki kawasan perkampungan," tuturnya dan saya anggukkan kepala. Bot terus bergerak dalam jarak yang agak dekat dengan tebing.
"Jauhkah lagi Nurul?" |
|
|
|
|
|
|
| |
|