|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS IV ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru...
[Copy link]
|
|
Askm, sori gak sbb 2 hr x msk. I very cbuk |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..
tomtom pon dah busy.. xdapek den nak ber hu ha hu ha kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Aftrnun all
Now we all very busy. Wat to do, thats our responsible. So juz do it |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1808 tomatomam2222's post
Gud luck to u to. Smpt skojeng jap blog tmtom. Nnti happy je kn. Oklah tu, ade mase kita sume mskla cni |
|
|
|
|
|
|
|
Askm, takde org lgsg harini ye
Sume bz tu. Anyway have a nice weekend |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel ni dh lama, 3hrbln, sabtu lepas, sbb xde org paste, jd i tempek jela. Credit to [email=ariezjames@davom]ariezjames@davom[/email]
Re: MILA JADI USAHAWAN PRODUK KESIHATAN
Apa yang diharapkan Mila, tahun baru bukan saja menyinari kerjaya seninya, malah dapat menggapai impian menjadi usahawan berjaya satu hari nanti.
Selepas mengecapi kejayaan manis muncul sebagai juara AF, rezeki yang diperoleh selama dua tahun menjadi insan seni begitu memberangsangkan. Malah, kejayaan yang dicapainya itu benar-benar mengubah kehidupannya jika berbanding dulu.
Dalam pertemuan Rap dengan Mila di Pulau Pinang, baru-baru ini ternyata dia sudah nampak lebih berkeyakinan dan matang selaras dengan peningkatan usianya itu.
Mila berkata, dulu dia hanyalah gadis biasa yang tinggal di kawasan kampung dan anak kepada pengawal keselamatan dan pekerja industri. Kini, kehidupannya jauh lebih selesa berbanding dulu.
Lebih membanggakan, Mila kini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan berasaskan kesihatan wanita yang dikenali sebagai 'LuvMila'.
"Segala keperitan dan kesusahan lalu sudahpun berakhir. Saya juga menganggap peluang diperoleh itu rezeki daripada Tuhan. Ibu bapa saya juga sudah berjinak-jinak menjadi usahawan sekarang," katanya.
Mila berkata, hadiah hari lahirnya yang paling bermakna sudah pastilah apabila sudah mendapat kunci kebebasan mencecah usia dewasa.
"Saya juga berhasrat untuk membantu usahawan kecil di negara ini. Impian dan hasrat saya ingin melihat usahawan kecil berjaya. Saya juga akan turun padang bertemu dan berbincang dengan mereka secara lebih dekat lagi.
"Saya juga berhasrat membeli sebuah rumah untuk ibu bapa di atas segala pergorbanan dilakukan dulu sebagai membalas jasa mereka.
"Biarpun hadiah kemenangan AF5 dulu sebuah rumah di Melaka tetapi ia adalah hadiah dan bukannya datang daripada duit poket sendiri. Sebagai anak seni, saya berdoa semoga impian itu menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.
Mila berkata, usaha dan impian serta sasaran 2009 pastinya akan lebih mencabar kerana mengendalikan dua bidang sekali gus dalam satu masa.
"Untuk berjaya, pastinya kita berusaha tanpa meminta pertolongan sesiapa kerana segala penat lelah kita dengan hati yang ikhlas akan dibalas dengan kejayaan ditambah sokongan tidak berbelah bagi daripada peminat.
"Biarpun agak sukar untuk membuktikan pada semua orang saya kini usahawan tetapi saya akan terus menimba pengetahuan dan pengalaman biarpun tiada segulung ijazah.
"Berilah saya peluang untuk membuktikan kebolehan diri. Hanya sokongan dan dorongan semua yang mampu merealisasikan impian untuk menjadi usahawan berjaya pada masa depan.
"Peluang yang diperoleh tidak akan dilepaskan begitu saja kerana ia datang hanya sekali. Biarpun sibuk dengan bidang nyanyian, saya tetap pastikan beri komitmen terbaik pada perniagaan," katanya.
Pada masa sama, dia sibuk memenuhi undangan pertunjukan pentas di seluruh negara.
"Perkembangan terbaru, saya akan tampil dengan MTV Karaoke Persis Mutiara tahun depan. Saya juga akan muncul dengan single terbaru berkonsep 'Pop Arabic' berbeza dengan konsep album terdahulu iaitu Pop Komers***.
"Bukan itu saja, saya juga baru selesai merakamkan lagu runut filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie, lakonan Raja Lawak Musim kedua, Ahmad Nabil," katanya.
Mengenai percintaan pula, kata Mila, dia tidak mahu mengungkit lagi hubungan cinta yang sudah berakhir dengan Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal.
"Siapa yang tidak ingin disayangi dengan penuh kasih sayang? Tapi biarlah perasaan cinta dan sayang dicurahkan kepada bidang nyanyian dan perniagaan terlebih dulu.
"Masanya akan tiba satu hari nanti. Pengalaman lalu menjadikan saya lebih matang menempuhi hari mendatang.
"Dulu usia saya terlalu muda untuk bercinta. Apa yang saya harapkan kini untuk lebih maju ke depan dan berjaya dalam dua bidang diceburi," katanya.
Bagi peminat yang ingin mengetahui mengenai produk LuvMila bolehlah melayari laman web www.luvmila.com.
|
|
|
|
|
|
|
|
ade lg satu artikel dr harian metro(rasanya), tgh free ni credit carbon14@davom
Mila tak gentar saingan@5Jan 09 metro
Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
LUVMILA Corporation Sdn Bhd (LuvMILA), syarikat pengeluar produk kosmetik dan makanan milik Bumiputera mensasar jualan kira-kira 10,000 unit produk sebulan menjelang Mac depan.
Sejak dilancarkan, LuvMILA yang diterajui penyanyi Nursyamila Jirin, 21, atau Mila, mempunyai 12 pengedar berdaftar dan bergerak aktif di seluruh negara kecuali di Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Perak.
Sambutan diterima cukup mengalakkan dan produk LuvMILA ini sungguh istimewa kerana harga ditawarkan cukup berpatutan, iaitu RM14.90 bagi Intimate Spray, RM15.90 bagi Feminine Wash dan RM110 bagi Honey Prune selain ianya halal.
Syarikat itu juga dijangka memperluaskan lagi pasaran sehingga ke Sabah dan Sarawak termasuk mengintai pasaran asia di Brunei, Singapura dan Indonesia serta Filipina.
LuvMILA juga membangunkan laman webnya sendiri bagi memudahkan pelanggan mengetahui produk dan pengedar, iaitu www.luvmila.com.my atau datang sendiri ke ibu pejabatnya di Damansara Sunway, Kota Damansara.
Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, RUDY SYAREME SHERIFFUDIN bersama Mila, iaitu juara Akademi Fantasia (AF) 5, sebagai pengasas dan Pengarah Eksekutif LuvMILA.
SEBELUM ini sudah banyak produk di pasaran dan Mila sendiri usahawan masih muda. Adakah anda tidak gentar bersaing dengan usahawan yang sudah lama dalam bidang ini?
Sebagai pengasas dan usahawan wanita yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan ini, saya melihat dari sudut positif bahawa produk keluaran syarikat saya mampu bersaing dengan produk jenama lain di pasaran.
Saya masih muda dan baru dalam bidang ini, tetapi saya mencari pengalaman dengan konsep turun padang bertemu pengedar di seluruh negara bagi mendapat maklum balas secara terus.
Apa yang menyebabkan LuvMILA menyasar jualan kira-kira 10,000 unit produk syarikat sebulan?
Ia berikutan sokongan dan kejayaan kami apabila sambutan terhadap produk LuvMILA daripada pelanggan sebelum ini. Sejak dipasarkan Ogos lalu, LuvMILA menawarkan tiga produk utama iaitu LuvMILA Feminin Wash, LuvMILA Intimate Spray dan LuvMILA Honey Prune di mana ketiga-tiga produk berkenaan mendapat sambutan mengalakkan.
Kenapa produk terb***t mendapat sambutan menggalakkan walaupun baru dipasarkan?
Produk terb***t mempunyai formula tersendiri, khususnya untuk kegunaan wanita kerana ia berasaskan herba dan bahan semula jadi yang tidak mengandungi bahan kimia.
Boleh terangkan bahan yang terkandung dalam produk terb***t sehingga pelanggan yakin untuk menggunakannya.
Bagi produk LuvMILA Feminine Wash khusus bagi cucian wanita, ia mengandungi ekstrak manjakani dan daun serai manakala LuvMILA Intimare Spray pula mengandungi buah raspberry dan bunga cengkih sebagai produk pembersih bahagian sulit. LuvMILA Honey Prune didatangkan 100 peratus organik, prune dan madu lebah yang ditempah khas dari Amerika Syarikat sebelum diproses di sini.
Apa sasaran Mila dalam bidang perniagaan ini tahun ini?
Saya cukup yakin dengan produk LuvMILA kerana ia berbeza daripada yang lain, termasuk peluang menceburi bidang usahawan serta memberi peluang kepada pengedar baru untuk bergerak aktif dan berjaya sebagai usahawan.
Sasaran saya menarik lebih ramai usahawan Bumiputera berkecimpung dalam tahun 2009 dan memantapkan strategi permasaran produk serta memperbanyakkan lagi produk LuvMILA akan dipasarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gud luck mila tuk apesaje yg dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
thanks kristine for tepek |
|
|
|
|
|
|
|
dah ade ke jadual January Mila..?
5 - 10 Jan 09 - reheasal utk Wedding Mawi
11 Jan 09 - Mila live at Wedding Mawi
13 Jan 09 - hujung bulan Jan 09 - Mila join roadtour Luv Mila.
bulan ni nyanyi sekali saje ye.. jangan bulan depan pon Luvmila jugak sudah laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|