|
bosanova |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by syzawgurll at 24-3-2010 18:07
Dengarnya... Cara Fizz pikat peminat
Oleh Normah Becok
2010/03/24
MASIH lagi mengenai siri jelajah ABPBH di Johor Bahru. Cik Normah nak puji sikap calon ABPBH 2009. Cik Normah tahu pun daripada teman sepejabat yang bertugas. Selain Liyana Jasmay yang tak lokek melaburkan wang untuk menyediakan cenderahati kepada peminat, Fizz Fairuz pun ada cara tersendiri.
Rupa-rupanya di belakang pentas selepas selesai segmennya di atas pentas bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, Fizz tak kisah membiarkan peminatnya mengambil peluang untuk bergambar. Teman sepejabat Cik Normah beritahu ramai juga peminat Fizz yang beratur panjang untuk bergambar bersama.
Sampai berpeluh Fizz melayan peminatnya. Ahli Kelab peminat Tiz Zaqyah pun ada yang turun padang sampai ke Johor Bahru. Bersemangat sungguh mereka menyokong Tiz. Cik Normah harap, sokongan ini akan terus berpanjangan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sebelum terlupa, Cik Normah sendiri agak terkejut apabila diberitahu teman sepejabat bahawa calon finalis Pelakon Filem Wanita Popular, Liyana Jasmay menarik diri secara baik untuk terbabit dengan persembahan tribute pada malam kemuncak itu nanti.
Cik Normah diberitahu Marsha yang kini sedang hangat dengan drama muzikal Hotel Mania akan menggantikannya. Cik Normah dapat tahu alasan Liyana bukan mahu menyusahkan sesiapa, tetapi kerana tidak yakin untuk terbabit dengan persembahan, maka dia memilih untuk hanya memberi tumpuan sebagai calon ABPBH saja.
Dalam sudut lain, Cik Normah rasa sayang kerana Liyana melepaskan ruang terbaik untuk muncul membuat persembahan pada malam ABPBH. Bukan apa, ramai artis di luar sana yang begitu teringin nak membuat persembahan. Tak apalah, ada rezeki mungkin Liyana akan membuat persembahan pada masa mendatang pula.
Dalam pada itu, Cik Normah ingatkan artis saja menjadi perhatian peminat. Namun wartawan program Terjah, Kiah Rock atau Kiah Propa bersama temannya, Ada pun menjadi sebutan di Johor Bahru. Siap ada yang nak bergambar lagi dan memanggil mereka dengan panggilan Kakak Terjah.
Kiah Rock pun dalam diam akan berlakon lagi dalam teater Teratak Minang April di Istana Budaya bulan depan. Sebelum ini pun, Kiah Rock pernah muncul dalam beberapa program jenaka di TV9 dan Astro. Kelas gitu!
Bleh la tgk marsha wat p'smbhn live kat dpn tv... |
|
|
|
|
|
|
|
Bertuahnya empunya nama Marsha Londoh apabila diberi peluang berduet bersama penyanyi popular dari Perancis, Julian Cely. Dan dengar khabar lagu Ruang Kedua yang dirakamkan bersama Julian bakal menjadi soundtrack salah sebuah telenovela di sana.Nampaknya sayap Marsha makin melebarlah selepas ini. Bukan mudah mendapat peluang emas begini lebih-lebih lagi untuk penyanyi baru sepertinya.
"Marsha dapat offer dari Alibi Music dan mereka berminat mengambil Marsha untuk projek lagu duet bersama Julian. Kalau nak tahu Julian sangat famous di Indonesia.
"Marsha belum berkesempatan berjumpa dengannya kerana kami rakam lagu ini pun secara berasingan. Namun yang special, Julian akan menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Melayu," kata Marsha yang akan muncul dengan album berkonsep pop ballad untuk album terbarunya.
Marsha Cucuk Botox?
Mangga Online (MO) mendengar gosip Marsha dikatakan mencucuk botox di bahagian dagu. Ingin mendapatkan kepastian sendiri daripada Marsha gosip tersebut. Namun MO tak nampak pula sebarang perubahan pada wajah cantiknya itu.
"Marsha sendiri nak tergelak dengar cerita tu. Kelakarlah. Mungkin sebab orang nampak Marsha sedikit berisi sampai dagu jadi lain. Sampai sekarang Marsha masih fikir macam mana cerita tu boleh keluar," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama K.I.T.A Carefree. Marsha membawakan watak Ilma seorang pelakon popular yang begitu menjaga kecantikannya.
Saksikan Marsha menerusi K.I.T.A Carefree yang akan bersiaran setiap hari Isnin, jam 10.00 malam bermula 5 April menerusi saluran 104. Marsha akan bergandingan dengan Scha Al-Yahya, Dawn Jeremiah dan Wani Omar. |
|
|
|
|
|
|
|
rindu benar aku dengan marsha ni....pernah hadiri satu function yang di hadiri marsha...tapi aku segan lak nak perkenalan kan diri...lihat pada jauh je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu betul ngan Marsha & Mawi. Ini entah tahun bile punye Hari Raya. Got it from
Marsha Londoh - The Official Fan Site's |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aryzana83 at 2-5-2010 08:45
Marsha | |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|