22-Oct-2009 | Oleh: Murai Batu Awas, Lee Min Ho Nak Datang Malaysia!
KL, 22 OKTOBER 2009: Berita baik buat peminat drama Korea terutama sekali drama Boys Over Flower. Murai Batu dengar, aktor kacak siri itu, Lee Min Ho yang memegang watak Goo Jon Pyo, bakal turun Malaysia tidak lama lagi.
Murai Batu dapat tahu pelakon tinggi lampai itu akan datang bukan untuk berlakon tetapi untuk mempromosikan bukunya yang bertajuk Travel With Min Ho. Selain itu, dia juga akan mempromosikan produk dandanan terbarunya
Mengikut informasi yang Murai Batu dapat, Min Ho akan turun ke Malaysia paling cepat akhir Oktober ini atau pun paling lambat awal November kelak Jadi, kepada semua peminat Min Ho, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengannya di Kuala Lumpur nanti.
Sedikit info tentang Min Ho, sebelum dia berkecimpung dalam dunia lakonan, Min Ho lebih terkenal menjadi model peragaan dan majalah. Tapi selepas berlakon drama Boys Over Flower, barulah Min Ho menjadi kegilaan ramai peminat di Korea dan Asia.
Amacam, tak ada produser tempatan terfikir nak bikin filem usahasama dengan Korea ke? Kalau gabungkan pelakon-pelakon top dari Korea dengan Malaysia, mesti gempak punya, sebab belum lagi ada filem dwi bahasa - Melayu dan Korea. OK tak?
MURAI BATU: Dah lama pergi Korea sebelum Mawi dan Ekin. Cantiknya tengok kuda-kuda liar berlari di kaki gunung Halla-San. cr:murai.com.my
korg mesti xcitedkan esok minho nk dtg...
bley jumpe face to face gitew.. mimpi jd kenyataan.. bkn senang artis korea nk dg sini hehe~~~
smaj Post at 24-10-2009 06:56
memang xcited gile ni!!!:pompom:
errr...ari ni ari sabtu kan? kan? bkn ari ahad kan?
masa ni la baru terasa lambatnya masa berlalu...
KL, 22 OKTOBER 2009: Berita baik buat peminat drama Korea terutama s ...
minho_nora Post at 24-10-2009 01:32
murai neh bagi info pon cm hapa jer ..bagi la yg tepat kejap hujung oktober kejap awal nov..
kalo cm ner la gamaknye..mmg dh terlepas peluang nk jumper minho...
takyah la gabung...takut aku dengo..kalo pelakon muker yg sama...
nk amek pelakon korea yg len tkper jgn amek minho..buleh tk gitu