|
#Johoreans White House @ Jom Moyan!# edisi ke-2
[Copy link]
|
|
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh. |
|
|
|
|
|
|
|
PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya. |
|
|
|
|
|
|
|
KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita. |
|
|
|
|
|
|
|
KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati. |
|
|
|
|
|
|
|
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkaar-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.
*Dipetik dari KOLEKSI KISAH BENAR MASTIKA: MAYAT: PEDOMAN DAN IKTIBAR. |
|
|
|
|
|
|
|
k...selamat menun aikan fardu magrib semuaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
k...selamat menun aikan fardu magrib semuaaaaaaaaaaaa
selimutpurple Post at 28-3-2010 19:29
ehhh~~~~ dah boleh qouteeeeeeeeeee~~~ seeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
k...selamat menun aikan fardu magrib semuaaaaaaaaaaaa
selimutpurple Post at 28-3-2010 19:29
dah bolehhhhh qouteeeeee... ahahahaha.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|