CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
Post time 19-2-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply  nour2001


   
Nuclear Attack on London Olympics 2012!!! - Evidence Video
razhar Post at 19-2-2012 14:02



    thanks razhar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2012 06:46 PM | Show all posts
Semakin thread berkembang, clock rasakan rasa kita makin tak sama...clock dapat melihat ketakutan dalam jiwa sesetengah kalian... kalian mengkaji-kaji teori-teori barat ttg fenomena kehancuran alam dan kalian jadi takut.... clock sedih sgt dgn apa yg berlaku ini. kenapa clock sedih? kerana banyak dari kalian telah terkena virus... virus ape? satu virus ketakutan yg diciptakan oleh orang-orang yang takut bagi menutup ketakutan mereka...

kalian sebagai muslim pasti maklum bahawa tidak akan berlaku kiamat itu sehingga diutuskan seorang lelaki dari keturunan rasulullah sendiri untuk memperbetulkan aqidah umat manusia seluruhnya. Rahib2 yahudi sememangnya tahu ttg hal ini dan mereka telah mencuri manuskrip2 lama dari org2 terdahulu yg menceritakan ttg pemuda ini dan mereka mengubahnya sama seperti mereka mengubah taurat dan injil mengikut keselesaan mereka. Mereka katakan al-mahdi cuma satu ilusi org2 muslim untuk terus bertahan dan berjuang dan hakikat penantian kita sebenarnya sia-sia...yah, mana mungkin mereka beriman kepada lelaki yg bukan dari bani israel sendiri kan...

Mereka tahu tidak akan menang mereka dgn jalan peperangan kerana peperangan itu tidak akan memberi ketakutan kepada muslim maka mereka cipta ketakutan dalam bentuk yg lain. maka timbullah kisah2 kehancuran dunia dan mereka bentangkan teori demi teori atas nama kajian saintifik untuk menambah ketakutan dalam jiwa org2 islam dan hari ini mereka berjaya menyematkan ketakutan itu dalam jiwa, hingga kita lupa nama al-mahdi..kita lupa tentang kebangkitan islam...yg kita sibuk kan ke mana nak lari selamat kan diri?? dan dalam masa sama mereka meneruskan rencana mereka untuk mewujudkan new world order...klu dunia ini bakal hancur 2012 ini kenapa mereka tak takut dan masih sibuk nak bina hanya satu negara berkuasa di dunia ini? kenapa bila membicarakan ttg kehancuran dunia, mereka tidak menyebut ttg al-mahdi sedangkan semua itu ada dalam kitab mereka dan manuskrip yg dicuri dan diolah?

kawan, jgn tertipu dgn ketakutan yg dicipta....dan tak perlu menganggar2kan kiamat kerana itu bukan tugas kita. sudah cukup rasanya menyedut ilmu-ilmu barat dalam kotak fikir kita...baliklah pada ajaran tauhid yg sebenarnya dan berusahalah mencari jalan tauhid yg lurus itu... tanyalah pada diri sendiri, atas dasar apa kamu menjadi islam? pernahkah dan sudah puaskah kamu kaji Islam agama kamu hari ini adalah sebenar2 agama? bagaimana klu kamu dilahirkan di tengah keluarga kristian, buddha atau hindu? apakah kamu akan hanya menurut agama ibu bapamu membuta tuli seperti mana kamu berada dalam agama kamu sekarang? Ikhlaslah berada dalam agama hanif ini. jadikan dia agamamu yg sejati bukan agama yg kamu warisi hasil keturunanmu....

Selepas itu, campaklah jauh2 ketakutan-ketakutan yg tercipta di jiwa kamu saat ini ttg tahun ini. yakinlah tak ada yg boleh memberi mudharat melainkan dgn seizin Allah jua. Sesungguhnya orang2 beriman itu tidak takut pada kematian, bahkan merinduinya kerana itulah pintu pertemuannya dengan rasulnya dan Tuhannya. Semuga Allah mengampunkan kita semua...

Hari ini aku bersaksi bahwa rasa kita banyak yg tidak sama lagi....jauh bedanya... apa pun selamat berjuang semua! maaf atas keterlanjuaran kerani cabuk bernama clockwise...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 10:26 PM | Show all posts
Semakin thread berkembang, clock rasakan rasa kita makin tak sama...clock dapat melihat ketakutan da ...
Clockwise Post at 19-2-2012 18:46



    Sedari awal sudah saya katakan, thread ini bukanlah KHUSUS tentang 2012. Dan thread ini sama sekali BUKAN meramal bila waktunya KIAMAT. Hanya orang bodoh sahaja yg mahu melakukan kerja meramal kiamat. Saya juga sudah mengatakan, bahawa apa pun content yg terkandung di dalam thread ini, kita harus sentiasa kembali kpd Yang Maha Esa, dan yg paling penting, sikap BERSEDERHANA dlm segala hal. Sesiapa yg mengikuti posting saya sedari awal, akan mendapati bahawa saya tidak pernah lari dari menyampaikan mesej yg sama.

Apa yg kita bicarakan di sini, hanyalah rasa2 yg sesetengah orang anggap sebagai remeh. Dan kita berkongsi berita2 yg mungkin mempunyai kaitan, dengan rasa2 yg terpalit dalam diri. Tidak jemu saya mengatakan, sedari awal, bagaimana kita MEMANDANG dan MENGAMBIL info2 di dalam thread ini, terpulang kpd diri kita. Sama ada kita memandangnya sebagai negatif, atau positif, semua terpulang kpd kita. Pilihan itu ada di tangan kita sendiri. Kitalah yg menentukan hala tuju diri kita, bukan orang lain.

Ada orang persoalkan, kenapa thread ini hanya mempunyai berita2 buruk dan menakutkan, kenapa tiada berita2 gembira? Tapi orang itu mungkin terlupa sesuatu, bahawa kpd sesetengah org, mungkin berita2 yg ada di sini ialah berita2 buruk, kerana dia MELIHATNYA sebagai sesuatu yg buruk. Tapi percayakah anda, ada sesetengah org melihatnya sebagai berita gembira? Ya, kerana sesetengah org sudah tidak mahu dan tidak sanggup lagi utk terus hidup di dalam dunia seperti skg ini. Mereka mahu agar bumi ini segera diRESET. Dan berita2 tentang kemusnahan, tentang kehancuran, sebenarnya memberikan HARAPAN kpd mereka bahawa bumi ini BAKAL direset utk mendapatkan suatu kehidupan yg baru, yg bermula dari kosong. Harapan inilah yg membuatkan mereka TERUS MAMPU HIDUP dlm menghadapi dunia yg serba penuh dgn hipokrasi manusia. Kalau mereka mempunyai pilihan, sudah tentu mereka lari keluar dari planet ini dan mencari penempatan lain.

Kalau masih mahu berita2 gembira, silakan cari di thread lain, atau masuk ke Forum Hiburan yg penuh dgn gosip, atau ke Forum Jenaka. Tiada siapa memaksa anda utk stay di dalam thread ini.

Tidak dinafikan, memang ada agenda pihak2 tertentu utk menakut-nakutkan umat manusia (terutamanya orang2 Islam), dalam menghadapi kehidupan yg serba mencabar. Tapi kita tahukah MANA SATU agenda mereka? Tahukah kita DENGAN PASTI bahawa berita2 yg dibincangkan di dalam thread ini, hanyalah DAKYAH dari mereka yg mahu menakut-nakutkan orang2 Islam supaya merasa takut terhadap kematian, sehingga melupakan ajaran tauhid sebenar? Tidak. Kita tidak tahu. Saya tidak tahu, anda tidak tahu, tiada siapa pun yg tahu, melainkan Allah, dan mereka yg mencipta agenda2 itu. Oleh kerana kita TIDAK TAHU, maka adakah WAJAR kita terus menjatuhkan HUKUM dgn mengatakan kesemua berita2 itu adalah palsu dan dakyah semata2?

Kita adalah manusia yg sangat lemah. LAA HAWLA WA LA QUWWATA ILLABILLAHIL ALIYIL AZEEM. Kita hanya boleh melakukan, apa yg MAMPU kita lakukan. Tapi bukan bererti kerana kita lemah, maka kita harus BERDIAM DIRI, dan langsung tidak melakukan apa2. Itu jauh lebih sadis. Seperti yg saya katakan banyak kali sebelum ini, kita kenalah BERSEDERHANA di dalam segala hal. Jadi kita lakukan apa yg MAMPU kita lakukan secara SEDERHANA. Walaupun mereka2 ada agenda2 yg tersembunyi, tidak bererti kita harus berdiam diri tanpa melakukan suatu apa pun. Paling tidak, apabila kita berkongsi berita2 di dalam thread ini, kurang2 TIMBUL KESEDARAN utk berubah menjadi lebih baik dari semalam. Yg tak pernah solat, mungkin tergerak hati utk solat. Yg tak pernah puasa, mungkin tergerak hati utk berpuasa. Yg berhutang, mungkin tergerak hati utk melangsaikan hutang. Yg terlibat di dalam riba, mungkin tergerak hati utk membersihkan diri dari riba. Ada banyak kemungkinan positif. Kenapa harus memikirkan yg negatif belaka?

Janganlah kita mudah berburuk sangka dgn niat orang lain. Jangan sesekali kita beranggapan, bahawa diri dan amalan kita jauh lebih baik dari orang2 yg menghantar posting mengatakan mereka takut dan sebagainya. Mungkin saja mereka takut kerana merasakan diri mereka banyak dosa. Mungkin saja mereka merasa takut kerana merasakan amalan belum cukup. Mungkin saja mereka merasa takut kerana hutang-hutang belum dibayar, sedangkan mereka sedang berusaha sedaya-upaya utk menjadi seorang Muslim yg baik. Adakah apabila mereka mengatakan mereka takut, maka kita pun dgn mudah menCOP mereka sebagai orang2 yg sudah LARI DARI TAUHID SEBENAR KERANA TAKUT MATI? Awaslah, pada saat kita memandang mereka SEPERTI INI, secara kita tidak sedar, kita telah jatuh ke dalam PERANGKAP RIAK. Kita merasakan bahawa pegangan kita lebih baik dari mereka, kerana kita tidak takut mati. Kita merasakan amalan dan diri kita jauh lebih bagus, kerana kita tidak sibuk-sibuk menyediakan apa-apa, kerana kita tidak takut mati. Kita konon mempunyai RASA yg jauh lebih BAIK dari mereka. AWASLAH.


“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada rasa sombong walaupun sebesar zarah.”  (Sahih Muslim)



Mungkin saja orang2 yg menghantar posting mengatakan mereka takut dan sebagainya, mempunyai kedudukan yg jauh lebih baik di sisi Allah, berbanding kita yg sibuk menghakimi mereka. Jika kita ingin mengajar ajaran tauhid sebenar, belajarlah dulu sifat IKHLAS. Dan paling penting, belajarlah dulu sifat merendah diri. Para2 sufi zaman dahulu pernah berpesan, utk belajar merendah diri, sentiasalah beranggapan bahawa orang lain jauh lebih baik dari kita. Anggaplah bahawa dosa2 kita adalah seperti sebesar gunung yg akan menghempap diri kita bila2 masa sahaja. Rasulullah s.a.w pernah mengatakan, bahawa orang2 yg paling ramai masuk syurga, ialah orang2 yg jahil dan bodoh. Bukanlah bererti mereka sangat jahil dan bodoh dalam agama, tapi maksud Rasulullah s.a.w ialah, mereka jahil dan bodoh kerana mereka hanya mengikut Sunnah dan Al Quran, tanpa banyak bicara. Berbeza dengan orang2 yg benar2 menelusuri jalan2 tauhid, kerana semakin dekat anda kpd Allah, nescaya semakin banyak dugaan yg datang, dan semakin berat juga dugaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 10:27 PM | Show all posts
Saya berpesan sekali lagi, jangan sesekali kita menghakimi orang2 yg meluahkan perasaan mereka di dalam thread ini, atau di mana jua. Jika mereka membuat persiapan kerana mereka INGIN HIDUP, itu adalah HAK mereka yg Allah Taala berikan kpd setiap manusia. Tidak bererti apabila mereka membuat persiapan, maka mereka TAKUT MATI. Mungkin pada mereka, mati itu PASTI, tapi mereka tidak mahu menyerah kalah begitu sahaja sebelum berusaha. Jadi kita belajarlah MENGHORMATI pegangan orang lain. Mungkin juga mereka ingin hidup, kerana mereka mahu melihat apa yg akan terjadi seterusnya. Mungkin juga mereka mahu hidup, kerana mereka merasakan amalan mereka belum cukup. Mungkin juga mereka mahu hidup, kerana mereka mempunyai cita2 utk menjadi sebahagian dari tentera Imam Mahdi dan mahu meninggalkan dunia ini dengan TERHORMAT. Layakkah kita menghakimi mereka, sedangkan diri kita sendiri pun sedang DIHAKIMI oleh ALLAH TAALA? Apakah yg memberikan kita hak, utk mengatakan orang lain sudah tersasar jauh dari tauhid sebenar, sedangkan hanya Allah yg MAHA MENGETAHUI dan lebih layak MENGHAKIMI?  
  
Jika kita ingin berpesan tentang Tauhid, lakukanlah dengan cara yg paling lembut dan halus, jangan sampai ada yg TERASA dgn kata2 yg kita ucapkan, kerana PRASANGKA BURUK kita, belum tentu benar.
  
  
”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 12)

  
  
Maafkan saya sekiranya bicara saya ini terlalu terus-terang dan kedengaran kasar. Namun disebabkan saya yg membuka thread ini, maka sedikit sebanyak, saya harus bertanggungjawab di atas content di dalam thread ini. Sangat mengecewakan sekiranya thread ini dipenuhi dengan prasangka2 negatif, dan sifat 'Aku lebih baik dari orang lain' tak habis2 dipertonjolkan. Bukankah lebih baik jika pesanan disampaikan dengan cara berhemah, dan bukan dengan cara yg boleh menyakitkan hati orang lain dan bermegah2 dgn ilmu yg ada? Pesanan ini saya tujukan buat semua (termasuk saya), secara general, tidak bermaksud utk menghentam sesiapa secara peribadi.
  
Jika kita merasakan ada orang2 di sini yg sudah lari dari tauhid sebenar, dan kita mahu membimbing mereka ke jalan tauhid, gunakanlah pendekatan berhemah. Janganlah kita menghentam, kemudian CUCI TANGAN. Apabila kita melihat ada sesuatu yg tidak betul, kita sembang sama2, sambil2 masukkan dakwah secara perlahan2, kerana bukan semua manusia itu sama level pemikiran. Bukan semuanya mempunyai sikap dan pemikiran seperti orang2 yg rohnya sudah bisa berjalan sendiri. Ramai lagi yg perlukan bimbingan. Jadi tidak rugi dan luak pun, jika kita turun 1 level dan berbicara dengan mereka, menggunakan bahasa yg mampu mereka mengerti. Satu prinsip dalam berdakwah:
  
  
‘Berbicaralah kepada manusia sesuai dengan kemampuan akal mereka.'

  
  
Rasulullah s.a.w bersabda:  
  
Dari Ali bin Abi Thalib ra., Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berbicaralah kepada manusia dengan sesuatu yang mereka ketahui. Apakah engkau suka jika Allah dan RasulNya didustakan?' (Hadis Al Bukhari)

  
  
  
Sekali lagi, mohon maaf dari saya. Berdakwah tidak salah, tapi perhatikanlah cara kita utk berdakwah. Jangan sampai, ia menjauhkan lagi manusia dari apa yg ingin kita dakwahkan. Sebarang khilaf, adalah milik saya. Segala puji, hanyalah bagi Allah.
  
  
Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 11:37 PM | Show all posts
Reply 1802# Clockwise


    Meh sini aku nak jawab.Orang bodo dan tak dak iman jah kata 2012 kiamat..Wadehel.Berdasarkan turutan hadis sebelum kiamat, berlaku peristiwa berikut secara berturutan :

Malhamah kubro diikuti perang antara Kristian dan umat Islam (waktu nih Imam Mahdi dah keluar) diikuti keluarnya Dajjal sewaktu  Konstantinopel ditakluk dengan takbir diikuti turunnya Saidina Isa a.s. diikuti oleh keluarnya Yakjuj dan Makjuj berikutnya kaji sendirilah




Sebelum  berlakunya malhamah kubro iaitu peperangan antara 2 blok dimana kita akan bersama puak Rom untuk memerangi suatu musuh dibelaakang mereka.....Rom merujuk kepada US dan sekutunya Nato. Kenapa Nabi kita menyebut Rom sedangkan dalam hadith daif yang lain Nabi kita ada menyebut ".......Yahudi berada di puncak ketinggian dunia.......dan sebuah negara akan memujuk rayu seluruh dunia untuk berperang, perempuan lacur (Amrika) namanya" kerana apabila disebut Rom dah tentulah lawannya Parsi.Berdasarkan sejarah Rom mempunyai sekutunya iaitu negara-2 kota Greek seperti Athens, Sparta  dsb. sehingga disebut sebagai Tamadun Graeco-Roman yang terletak di Eropah Barat. Parsi pula adalah lawan kepada Graeco-Roman, iaitu kuasa tentera yang berpusat di Iran sehinggalah ke Eropah Timur......Oleh kerana Amrika "memujuk rayu" meaning berkemungkinan berlaku false flag untuk Amrika memujuk rayu dunia untuk berperang.....kecuali negara-2 yang sangat panas dan negara-2 yang sangat sejuk..



Sebelum berlakunya malhamah kubro ada banyak peristiwa yang bakal berlaku antaranya "the death of money"(rujuk buku Syeikh Imran Hossein bertajuk Dinar and dirham")..berkaitan dengan perubahan iklim, rasanya Andria pun dah terangkan berdasarkan kupasan hadis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:07 AM | Show all posts
Semakin thread berkembang, clock rasakan rasa kita makin tak sama...clock dapat melihat ketakutan da ...
Clockwise Post at 19-2-2012 18:46


Well said clockwise!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2012 09:15 AM | Show all posts
Saya yang bodoh lagi bangang nie faham bhw thread nie bukan membincangkan tentang ramalan kiamat ke, 2012 ke atau yg seangkatan dengannya....

harap2 andria n semua yg berinformatif teruskan usaha anda, keikhlasan anda semua kami hargai...

thread nie mmg menginsafkan dan menyedarkan kami yg jauh tersasar
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:38 AM | Show all posts
Reply 1807# ridz09


    Itulah pasal.Kalo baca dari post awal, rasanya tak dak sesapa yang kata 2012 sebagai tarikh kiamat. Dan aku rasa MAJORITI forumer kat sini cukup matang, bukan bersikap menerima bulat-bulat, tetapi berbincang dan mengkaji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 11:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by ekjoz_double at 20-2-2012 11:08
Semakin thread berkembang, clock rasakan rasa kita makin tak sama...clock dapat melihat ketakutan dalam jiwa sesetengah kalian... kalian mengkaji-kaji teori-teori barat ttg fenomena kehancuran alam dan kalian jadi takut.... clock sedih sgt dgn apa yg berlaku ini. kenapa clock sedih? kerana banyak dari kalian telah terkena virus... virus ape? satu virus ketakutan yg diciptakan oleh orang-orang yang takut bagi menutup ketakutan mereka...
Clockwise Post at 19-2-2012 18:46


Clock, aku rasa tidak menjadi kesalahan utk org islam jadi takut. Sekurang2 nya, dengan rasa yg takut tu dapat mendorong mereka untuk bertaubat dan menginsafi segala kesalahan mereka yg pernah mereka lakukan. Kalau ketakutan saja yg dapat triger suis keinsafan dalam diri, kenapa pula ianya jadi satu kesalahan? Anggap sajalah thread ini sebagai salah satu dakwah utk mengembalikan umat islam kepada fitrah. Pandanglah fenomena 'virus ketakutan' ini drp sudut yg positif.

Tapi ada sesetengah pendapat, golongan yg beribadat kerana takutkan azab Allah itu tidak ikhlas dan amalan nya tidak diterima.. Apahal? Sejak bila Allah s.w.t melantik para manusia yg serba tidak sempurna utk jadi panel hakim dosa dan pahala? Even malaikat yg sentiasa beribadat dan berzikir memuji kebesaranNya pun hanya diberi kuasa utk mencatit sahaja. Jangan pandai-pandai nak menentukan amal ibadat org lain diterima atau tidak. Di terima atau tidak, itu hak ekslusif Allah s.w.t utk menentukan.


Allah turunkan hidayah pada mana2 individu yg di kehendakiNya mengikut pelbagai cara yg di kehendakiNya. Bukan semua org dapat hidayah masa pergi buat umrah/ haji atau semasa mendengar bacaan al quran mahupun laungan azan. Rasa takut lalu timbul keinsafan juga salah satu bentuk hidayah Nya. Kita sebagai org islam tidak patut mempertikaikanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:46 AM | Show all posts
well done
ini baru nama berforum
luahan perasaan tak semestinya betul
dan sebaliknya pun tak semsetinya betul
tapi
kena ADIL leeeeeee
baru berforum
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:11 PM | Show all posts
sayang Andria...don't stop girl...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:04 PM | Show all posts
Salam semua....
Selama ni sya jd SR je. Apa yg TT n forumer lain dah crite ada sikit sebanyak berlaku pd sy jgk. Cthnya mimpi semua benda di bumi ni berterbangan. Mimpi lautan yg meninggi seperti mahu menggelamkn bumi. Mmg ngeri. Mimpi tu mcm betul2 berlaku. Sya tak tahu apa maksudnya. Tpi mimpi sya tu kerap berlaku dlm thn 2003,2004,2005. Apa pun dr thread ni byk jga org yg mngalami mimpi yg serupa. Dan bgusnya thread ni kita saling ingat-mengingati...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 05:47 PM | Show all posts
Reply 1812# cocoagirl

setuju. saya siap bookmark thread ni sebab yg bestnya thread ni bukan takat menambah pengetahuan saya tapi sering mengingatkan saya yg masih struggle utk mengukuhkan iman dan tidak terlalu cintakan dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 07:01 PM | Show all posts
terima kasih atas komentar anda semua terhadap respon saya... asif jiddan jika ada yg terluka, terkhilaf dalam fahaman, marah dan sebagainya. semuga ketakutan KITA tak akan menelan jiwa kita...  {:4_189:} amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 07:25 PM | Show all posts
Seekor kelkatu yg sedang terbang, sanggup merelakan dirinya terbakar, asalkan dapat masuk ke dalam hakikat cahaya... Kpd sang kelkatu, sama ada diberi madu atau racun, sama saja baginya... kerana yg dipandang, ialah TANGAN YG MEMBERI, dan bukannya apa yg diberi... dan kelkatu yg sudah mati hatinya, tidak akan mempersoalkan ketakutan kelkatu lain kpd hakikat cahaya, kerana dia sendiri sudah mabuk di dalam asmara hakikat cahaya, dan sudah tidak ada masa lagi utk dirinya mempertikaikan ketakutan kelkatu lain... berada di antara jutaan kelkatu sekalipun, dia akan tetap merasa sunyi, seolah-olah kelkatu lain, semua sudah mati... jadilah kelkatu yg sanggup terbakar, demi dapat masuk ke dalam hakikat cahaya.. janganlah jadi kelkatu yg menyeret kelkatu lain utk masuk ke hakikat cahaya, sedangkan kelkatu lain tidak mengerti dan langsung tidak tahu pun tentang kewujudan hakikat cahaya itu...

Kemanisan hakikat cahaya, hanya akan dapat dinikmati, oleh kelkatu yg sudah mampu mengerti dan memahami... fahamilah, bahawa perjalanan hakikat cahaya, adalah berbeza bagi setiap kelkatu... jika sang kelkatu merasa tidak mampu menunggu kelkatu lain yg sudah jauh ketinggalan di belakang, terbanglah sendirian... tapi jangan sesekali berpaling ke belakang, dan mencemuh kelkatu lain yg masih mencari2 di manakah hakikat cahaya... kerana mungkin saja suatu saat nanti, kelkatu yg kita cemuh itu, tiba2 saja sudah berada jauh di hadapan kita, malah sebaliknya dia pula yg membawa kita utk masuk ke dalam hakikat cahaya, yg kita cari2 selama ini...



Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 08:19 PM | Show all posts
Saya menceriakan suasana ... Hidup ini umpama roda, kadangkala di atas dan terkebawah ... Masing2 dengan haluan dan jalannya sendiri ... Cuma ada yg memilih jalan lurus atau berliku ...

Sesungguhnya saya salah seorang manusia hina yang terKESAN dengan RASA yang saya alami ... Dari seorang yg memandang dunia penuh kebendaan dan keberuntungan dunia saja yang dicari kepada hidup yang jauh berSEDERHANA ... ALLAH menggerakkan hati saya dan takdir saya memang telah tersurat begini ...

Sekarang saya sedang mencuba mencari BUYER untuk rumah saya ... Jika saya dapat menjual rumah, saya akan tutup semua hutang saya ... Kemudian hidup BEBAS tanpa hutang ... Saya akan bina hidup baru, mungkin ditempat baru dan cara hidup yang baru ... Saya rasa tidak salah dengan RASA2 saya selama ini ... Faktor akhir zaman hanya kebetulan saja bagi saya ... Semuanya berjalan seperti perancangan ALLAH ... Kita hambaNYA hanya mengikuti perencanaannya ... Disamping berusaha, DOA dan berTAWAKKAL ...

Saya, isteri dan anak2 saya juga sekarang seperti sekumpulan KELKATU yang terbang mencari kehidupan yang HAKIKI ... Sambil menuju ke arah yang diredhai ALLAH ... SAYA HARAP SAYA BERKESEMPATAN menghapuskan hutang, bertaubat dan kembali ke landasan yang sebenar sebelum ALLAH mengambil semua nikmat di dunia ini ... AMIN mudah2an ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 11:11 PM | Show all posts
Reply 1816# halimijuliana


    jual rumah? pas tu nak menyewa?{:4_229:}
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 12:09 AM | Show all posts
mencari source dari akal yang masuk akal dan tidak di kaburi oleh movies/film/drama yang bertema 'tragedy end of the world'.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 01:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by manganini at 21-2-2012 03:07

Reply 1816# halimijuliana


   tabik kat halimi sebab dah pun bertindak menongkah arus demi mencari mencari landasan sebenar kehidupan.. sedangkan saya masih belum berani berbuat begitu walaupun keinginan tu ada.. hutang masih menimbun, riba pun menimbun.. risaunya, semoga Allah bagi jalan terbaik untuk keluar dari hutang2 ni..
boleh tak nak tanya, lepas jual rumah awak duduk di mana? rumah sewa?
cara hidup baru? macam mana tu?
dan yg paling saya curious ialah, macam mana awak explain kat family tentang semua tu?

bagi saya, halangan yg paling besar ialah family  terutama parents.. saya ni dah banyak kecewakan hati parents, jadi sekarang cukup takut kalau sebarang tindakan saya buat parents saya sedih.. nak tau jugak macam mana u handle problem ni..tu pun kalau u tak keberatan..

sorry banyak pulak soalan dan macam busy body..
mudah mudahan Allah tunjukkan jalan yg betul buat saya juga..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 01:48 AM | Show all posts
Reply 1817# razhar


   ada cadangan lain tak? tulunn... huhuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.143803 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list