|
Untuk maklumat dan renungan bersama, teliti perbandingan kompaun maksimum melanggar Peraturan Kawalan Covid-19 di beberapa negara lain.
Menurut rekod, kompaun paling tinggi ingkar SOP ialah di Kanada, iaitu CAD100,000 atau bersamaan RM320,800. Penjarakan fizikal di sana pula ialah dua (2) meter.
Ini diikuti Sepanyol. Kompaunnya ialah Sepanyol 60,000 atau RM293,000. Seterusnya di Qatar pula ialah 200,000 Riyal atau RM225,500.
Seperti Qatar, Arab Saudi juga mengenakan kompaun maksimum 200,000 Riyal. Nilainya ialah RM216,000. Sementara Taiwan pula mengenakan kompaun NT1,000,000 atau RM146,000.
Kompaun di Kuwait ialah KD10,000 atau RM133,800 sementara di Bahrain pula BD10,000 atau RM107,500. Ini diikuti oleh Australia yang mengenakan kompaun A20,000 atau RM63,100.
Negara jiran Singapura mengenakan kompaun S20,000 bersamaan RM60,800. Di Jordan pula kompaunnya JD10,000 atau RM57,100 manakala di United Kingdom 10,000 Pound atau RM56,500.
Emiriah Arab Bersatu pula mengenakan kompaun 50,000 Dirham iaitu RM55,000, diikuti Switzerland CHF10,000 atau RM44,100. Kompaun di Jepun pula 1,000,000 Yen atau RM37,800.
Korea Selatan pula mengenakan kompaun W1,000,000 atau RM36,000, diikuti Brunei B10,000 iaitu RM30,400 serta Indonesia 100,000,000 Rupiah bersamaan RM28,400. |
|