|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 27
[Copy link]
|
|
keypochino replied at 26-12-2020 02:54 PM
King Crab masak sendiri ke mkn kat restaurant?
Utan Cafe |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bod sinun-
2,335 kes baharu, Kuala Lumpur atasi Selangor
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
26 Disember 2020, 6:24 pm
PUTRAJAYA: Kuala Lumpur mengatasi Selangor yang merekodkan kes baharu Covid-19 tertinggi 10 hari berturut-turut dengan mencatatkan sebanyak 728 kes, hari ini.
Manakala Selangor pula merekodkan sebanyak 710 kes diikuti Johor iaitu 412 kes dan Sabah, 248.
Sehingga kini, terdapat 108 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan dua kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,335 kes baharu direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 103,900 kes.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 20,035 kes.
“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 874 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 83,414 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 26-12-2020 11:54 PM
Bod sinun-
Terengganu terima kunjungan pelancong luar biasa
RAHAYU MUSTAFA | | 26 Disember 2020
KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka kekal antara tiga negeri yang menjadi destinasi pilihan utama pelancong apabila dilihat menerima kemasukan jumlah pengunjung luar biasa selepas kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 7 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan tempahan hotel negeri ini yang mencapai lebih 90 peratus pada hujung minggu sama seperti selepas rentas negeri pertama dibenarkan pada Jun lalu.
Menurutnya, selain tempahan hotel meningkat mendadak, lokasi tumpuan pelancong dan pantai turut sesak dengan kehadiran kenderaan dari luar Terengganu menunjukkan sektor pelancongan negeri ini kembali ‘bernyawa’ dan meriah.
“Selepas rentas negeri pertama dibenarkan mula Jun hingga September, kita berada tiga negeri teratas menerima paling ramai jumlah pelancong berdasarkan purata penginapan bulanan di hotel-hotel, selain Pahang dan Perak.
“Kita jangka kali ini Terengganu akan berada pada kedudukan sama kerana Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Terengganu maklumkan hotel-hotel di bawah mereka menerima tempahan dan kunjungan sama seperti gelombang pertama sebelum ini.
“Sekarang kita tidak boleh maklumkan jumlahnya kerana di peringkat pengumpulan data keseluruhan tapi jika dilihat secara kasar di bandar, produk-produk pelancongan, pantai yang sesak, hotel penuh ini jelas menunjukkan kita menerima kedatangan pelancong secara luar biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke Kalang Warisan Explore Ride anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Belia Pemanis bersama TAC Outdoor di Dataran Komuniti Pulau Manis Serada di sini pada Sabtu.
Pelepasan program kayuhan sejauh 40 kilometer bertemakan 'Go Healthy Go Heritage' yang disertai lebih 300 peserta mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan itu disempurnakan Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman
Mohd Huzairil Nizam berkata, beliau berharap limpahan pengunjung ke Terengganu bukan hanya menyemarakkan sektor pelancongan malah dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat khususnya peniaga dan penjaja kecil yang terjejas akibat Covid-19.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong namun dalam masa sama meminta kerjasama pengunjung dari zon merah peka dengan kesihatan sendiri dan hadir ke klinik kesihatan berhampiran bagi menjalani penilaian risiko.
“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ada keluarkan arahan ini (penilaian risiko) jadi kita harap pengunjung patuhinya bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 25-12-2020 06:51 PM
Hr ni apa kabar lc? Ada p memana x?
Den ada online class since 24hb start 8mlm smp la pg 27hb ni..dekat kul 12.30am juga ni baru habis.. mmg x kemana2 la..dok ngadap dpn laptop ber zoom..
Byk ilmu nk gali..nk pecut utk siapkn my thesis.. lenguh2 juga la pinggang ni dok lama2.. Ni nak tdo dl..subuh nnt nk siapkn task.. doakan settle sblm tghari esok..so blh la den bawa anak2 keluar..kesian 2hari ni dok umah je.. ptg td pun kt sini hujan lebat |
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 27-12-2020 06:06 AM
hmmm sedapnya
2 kali mkn. Tapau balik. 4 org mkn helok dah |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 27-12-2020 01:04 AM
Den ada online class since 24hb start 8mlm smp la pg 27hb ni..dekat kul 12.30am juga ni baru habis ...
Doakan semoga settle ganbatte... |
|
|
|
|
|
|
|
Gosip malatop bod sinun...niqabis elope?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mkn kat mana king crab? brapa harga
|
|
|
|
|
|
|
|
readymade lagsana ke? ada eh kat ramly mart? xpernah pulak jumpa
|
|
|
|
|
|
|
|
wow nice.. mkn brapa org tu sedap ke mknn kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 27-12-2020 12:08 PM
mkn kat mana king crab? brapa harga
Tu ada letak gambo...sedap masak lemak dia |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 27-12-2020 12:09 PM
readymade lagsana ke? ada eh kat ramly mart? xpernah pulak jumpa
Ada...yg beef & ayam...pasta cheese ada speedmart- habis lak...
Ni td order KFC nasi atuk, ayam tandoori & McD prosperity beef gak... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 27-12-2020 12:10 PM
wow nice.. mkn brapa org tu sedap ke mknn kat situ
Sedap...ramai org...4 orang cun2... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 27-12-2020 12:10 PM
betul ke tu.. sian dia
Berpages bod sinun dr ptg semlm membawang...cekap CSI CARI... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 27-12-2020 01:10 PM
betul ke tu.. sian dia
Tadaaa....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|