CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EVERYTHING STARTS WITH LEPAK

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2024 08:47 PM | Show all posts
Kehadiran lelaki berkopiah putih di apartment Zayn Rayyan tarik perhatian, netizen dakwa ‘bahasa badan’ nampak mencurigakan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo roboh mlm ni
Esok Ada yg terkejut x
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:48 PM | Show all posts
KEHADIRAN seorang lelaki berkopiah mengagihkan makanan dan minuman kepada petugas media di Apartment Idaman, Damansara Damai pada tengah hari Isnin mencuri perhatian netizen.

Lelaki yang memakai kemeja-T berwarna hijau itu menyerahkan 10 bungkus nasi lemak serta teh o ais kepada petugas media yang hadir membuat liputan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Video ketika lelaki itu mengagihkan makanan turut tular sehingga dia menerima pelbagai komen, termasuklah yang mengaitkannya dengan kes bunuh Zayn Rayyan yang berlaku pada 6 Disember tahun lalu.

"Cara dia tunjuk isyarat tangan tu macam ada sesuatu. Cara dia toleh kali kedua tu pun mencurigakan.



Selain tugas hakiki dalam bidang pembinaan, Azmi dan isterinya juga mengusahakan tadika dan taska di Damansara Damai.

"Siasat abang ni, dari mana dia beli makanan tu? Kenapa aku rasa dia ni macam takut-takut?

"Niat nak bersedekah pun dikata sesuatu. Risau pula orang lain nak bersedekah dekat pengamal media yang berpanas buat liputan kes.

"Aku ni banyak tengok movie, sampai orang hulur sumbangan pun aku syak yang bukan-bukan," tulis beberapa netizen membuat spekulasi.

Hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 50, penyelia tapak pembinaan itu berkata dia sedar dengan komen berunsur tuduhan yang dibuat segelintir netizen, namun menganggapnya sebagai gurauan sahaja.

"Tadi saya tengok siaran langsung (live) liputan kes itu, ada media sebut mereka belum makan. Jadi saya terus tapau makanan dan minuman, saya hantar dengan motor ke apartment tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:49 PM | Show all posts


Komen yang diterima Azmi di media sosial selepas dia mengagihkan makanan kepada media yang membuat liputan kes bunuh Zayn Rayyan.

"Selepas kisah saya agih makanan tular, saya ada perasan juga komen-komen netizen. Saya gelak saja, tak ambil hati pun. Saya tak marah sebab faham netizen mana-mana negara pun macam tu.

"Lagi pun saya ni duduk di taman perumahan bersebelahan apartment Zayn Rayyan. Tadi saya cuma kesiankan media. Mereka nak lari daripada tugas pun payah, takut terlepas berita. Sebab tu saya agih makanan," ujarnya.

Azmi bagaimanapun turut berpesan kepada orang ramai agar tidak terlalu galak dalam menulis komen di media sosial, bimbang ia mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan.

Kata Azmi lagi, sesiapa pun pelakunya, dia berharap pembunuh Zayn Rayyan akan ditangkap segera dan diberikan hukuman sekeras-kerasnya.

"Sebagai manusia, kita tak terlepas nak 'membawang' sana-sini. Saya nasihatkan rakyat Malaysia supaya biarkan polis buat siasatan.

"Kita jangan memandai-mandai benda yang bukan kepakaran kita. Kita terima apa saja keputusan. Siapa pun pelaku, semoga dia dibawa ke muka pengadilan," ujarnya.

Menurut Azmi yang bertugas di Taiping, Perak, dia dan isterinya turut mengusahakan taska dan tadika di Damansara Damai, menyebabkan dirinya begitu terkesan akan kes pembunuhan kejam Zayn Rayyan.

"Kerja hakiki saya ialah dalam bidang pembinaan. Tapi saya dan isteri juga buat bisnes taska dan tadika sejak tahun 2003. Taska di Taman Desa Riang, manakala tadika dekat Apartment Saujana, sebelah Apartment Idaman.

"Jadi apabila berlaku kes Zayn Rayyan, saya sangat tersentuh sebab kita selalu uruskan kanak-kanak. Waktu kes itu, saya berada di Taiping. Tapi saya minta kawan-kawan yang ada di Damansara Damai untuk tolong cari juga," ujarnya.

Terdahulu pada pag Isnin, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, dibawa ke kediaman di Blok R Apartment Idaman untuk melakonkan semula aksi kejadian.

Ismanira dan suaminya kini direman bagi siasatan kes bunuh anak mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.


https://www.mstar.com.my/lokal/s ... nampak-mencurigakan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:50 PM | Show all posts
Remaja, bayi umur 2 tahun maut makan makanan mak ayah ‘tapau’ dari program di sekolah

SEORANG budak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut, dipercayai mengalami keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu pada Isnin.

"Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit birit selepas memakan makanan itu.


"Pukul 1.30 tengah hari pada Isnin mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan Selasa.

Noor Ariffin berkata, mangsa kedua adalah bayi perempuan berusia dua tahun, anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.

"Pukul 10.45 pagi Isnin, mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut," katanya.

Kata Ariffin, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.

Terdahulu, di laman X, seorang wanita dipercayai kakak remaja memberitahu bahawa adiknya termakan dua biji telur goreng

Dia yang berusia 24 dan adik perempuannya turut makan bihun daripada satu program di sekolah sama tetapi tidak mengalami sakit perut atau cirit birit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Chinchin, Gombak, Selangor tersebut menganjurkan Program Amal Islami sebagai tuan rumah.



https://www.mstar.com.my/lokal/s ... -program-di-sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:50 PM | Show all posts
sekarang ni makan pun kena hati2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 08:51 PM | Show all posts
jangan sebarang jer makan.. takut makanan basi,
tangan kena selalu basuh dulu sebelum makan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 11-6-2024 08:47 PM
Kehadiran lelaki berkopiah putih di apartment Zayn Rayyan tarik perhatian, netizen dakwa ‘bahasa ba ...

Tok bomoh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 11-6-2024 08:48 PM
Kalo roboh mlm ni
Esok Ada yg terkejut x

Sapo yg tekezut ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:52 PM | Show all posts

bukan..
adoiii netizen ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah wah x sangka leh roboh arini ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:54 PM | Show all posts

nak pun nak tahu jugak sapa yang tekezut itu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:54 PM | Show all posts
ada kacang tak kalau roboh mlm ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 11-6-2024 08:40 PM
Nmpk sodap

Mmg sedap.
Lasagna dia pun dap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 08:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 11-6-2024 08:43 PM
Hehehe

Mcm2 hal.kan time org bizi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 11-6-2024 08:54 PM
nak pun nak tahu jugak sapa yang tekezut itu

Rasanya cik seri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.339514 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list