|
Weight Loss Challenge versi 4; Sesi September dah bermula!! Daftar sblm 5 Sep!
[Copy link]
|
|
berat hari ni 91.5kg.
tq
super.nurul Post at 3-7-2012 07:02
Camner boley turun ngan byknya.. share rahsia sikit boley??? |
|
|
|
|
|
|
|
Berat pagi ni 50kg.
Harap2 mencapai target 48kg by end of the month! |
|
|
|
|
|
|
|
update : 68.1
target sama jela bln ni...progres tlalu slow,takut x tcapai plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by super.nurul at 3-7-2012 12:03
Camner boley turun ngan byknya.. share rahsia sikit boley???
birdflu_007 Post at 3-7-2012 10:12
turun dengan banyak ke ? tak banyak pon birdflu_007. huhu .. tengah struggle lagi ni. tetiap malam sebelum tido selalu teringat makanan yang sedap2. haha.. teruk betul perangai sy. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak join la semula,huhu...
Tinggi 165cm,berat 70kg
auntie_girl Post at 2-7-2012 21:08
orait dah save |
|
|
|
|
|
|
|
Reply din_hbl
din .. sy nk join blk bln ni ek ... rabu sy update ...
alyafea Post at 3-7-2012 00:10
bg sekali tinggi n berat target ek alya..
rekod lama i terdelete huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sharing is caring
Rahsia Penurunan Berat Berkesan Part 3: Ubah Tabiat
Azam tahun baru; "Aku nak turunkan berat badan kali ni!" Sekarang ni dah hujung bulan Jun. Macamana dengan azam anda? Ramai orang sangat bersemangat semasa awal tahun, 2-3 minggu awal tu memang ada perkembangan positif. Tiba-tiba anak anda demam. Anda kena outstation. Ada dateline baru nak kena kejar. Petang je asyik hujan. Terlalu banyak jemputan kenduri. Kucing beranak. Program diet anda terganggu disebabkan [kejadian] menyebabkan anda [alasan] jadi berat tak turun/naik.
Tapi ada seorang yang anda kenal dalam tempoh 6 bulan ni dia berjaya turunkan berat badan! Perubahan dia sangat ketara! Muka dah lonjong, badan dah slim/berotot, nampak kecik, dan banyak lagi. Anda pun terpikir, kenapa dia menjadi tapi aku tak? Aku buat salah ke? Aku tak bagus ke? Atau mula perkecilkan keputusan orang tu. Ala dia bujang, sempat la pegi senam. Ala dia tak keje, aku ni keje banyak dan sibuk. Ala dia ada duit, boleh la beli produk/pegi gym mahal/ambil trainer. Jawapan untuk soalan di atas ialah BUKAN disebabkan anda tak bagus. Perkecilkan kejayaan orang lain pun tak membantu. Pengalaman saya buat WELCO, saya dapat tengok mereka yg bagus sikapnya dan mereka yang hangat tahi ayam je. Kali ni saya nak kongsikan apa rahsia orang yg berjaya, iaitu mereka ubah tabiat lama ke tabiat sihat.
Kenapa Anda Gagal?
1) Target terlalu tinggi
Nak turun 10kg dalam sebulan, bila cuma turun 1-2kg je terus rasa teruk/fail/hilang mood. Nak senam hari-hari, tapi hari ni tak sempat senam, terus esok, lusa pun tak senam. Nak jaga makan, tapi ada jamuan makan kat pejabat, terus dah tak mau diet. Ada tak persamaan dengan diri anda? Target yg terlalu besar adalah resepi utama untuk gagal.
2) Tak tahan dugaan
Dugaan memang banyak di sekeliling kita. Jika di supermarket, di kaunter bayaran tu penuh snek, coklat, aiskrim. Di pasar malam, lebih banyak makanan bergoreng dari makanan sihat. Restoran makanan segera dan kedai mamak berlambak sana sini, sedia dibuka 24 jam. Kalau makan di restoran, makanannya mesti tinggi MSG untuk lebih sedap. Jika kalah dengan dugaan, kita akan kembali ke tabiat lama.
3) Tak sabar
Dunia moden sekarang ni semua nak cepat, jadi orang anggap weight loss pun sepatutnya cepat. Dalam sebulan tu terus nak nampak result, walhal lemak tu bertahun-tahun dalam badan. Kombinasi tak sabar + target tinggi akan menyebabkan rasa kecewa dan terus rasa dah gagal, walaupun keputusan dah mula nampak sedikit.
4) Tiada sokongan
Selalunya mereka yg berdiet akan buat seorang/sembunyi/senyap. Ini kerana mereka berasa malu dan takut jika tidak berjaya. Bila terima dugaan, semangat akan mudah luntur kerana tiada sokongan atau tempat mengadu.
Bagaimana ingin membina tabiat sihat
Momentum akan membantu anda mengubah tabiat. Jika kita membuat perubahan drastik, tubuh kita juga akan melawan perubahan yg kita lakukan, ini menyebabkan akan mudah kembali ke tabiat lama. Tapi jika perubahan yg dibuat itu kecil tapi terus menerus dan konsisten, ia akan kekal lebih lama.
1) Pilih satu tabiat yg mudah dilakukan dan fokus untuk buat hari-hari
Nak makan secara sihat? Ubah sarapan pagi je dulu. Nak berhenti minum air manis? Next time cuba order air kosong. Nak banyakkan minum air kosong? Mula dengan habiskan 1 botol air mineral sehari. Nak senam? Sampai di rumah, terus buat lompat bintang 50 kali. Fokus untuk buat tabiat baru ni selama 1-2 minggu.
2) Tingkatkan sikit demi sikit
Bila dah biasa dengan rutin sihat yang baru, tingkatkan sikit demi sikit. Bila dah berjaya ubah sarapan, ubah makan malam pula. Bila dah cut air manis, cuba gantikan snek manis pula seperti kuih, coklat, kek dengan snek sihat seperti buahan, kurma, prune. Bila dah boleh habiskan 1 botol air mineral, cuba 2 botol pula. Tingkatkan lompat bintang dari 50 kali ke 100 kali. Sekali lagi, teruskan fokus untuk 1-2 minggu lagi.
3) Hadapi gangguan/cabaran
Anda akan hadapi gangguan yg akan mengganggu momentum anda. Selesaikan secepat mungkin. Sediakan sarapan sihat pada waktu malam. Bawa bekal air ke mana-mana. Beli buahan dan simpan stok di rumah atau pejabat. Sediakan baju dan seluar track, bila sampai rumah terus tukar untuk bersenam. Permudahkan perkara yg melibatkan rutin anda supaya anda segera melaksanakannya.
4) Akauntibiliti
JANGAN BUAT ALASAN. Alasan hanya laku untuk anda seorang sahaja. Minta bantuan suami/isteri/adik/kakak/kawan untuk bagi peringatan pada anda jika mereka nampak anda tak lakukan. Atau set hukuman jika anda miss. Jika hari ni tak buat, esoknya anda kena buat 3 kali ganda. Hukuman paling kuat ialah duit. Jika anda tak buat/miss, anda kena bayar RM10 pada mereka yg bagi peringatan. Jadi anda tiada alasan lagi untuk menyelesaikan rutin-rutin sihat mudah tersebut.
Mulakan perubahan tabiat anda hari ini. Pilih 5 rutin sihat mudah dan fokus untuk anda lakukan selama seminggu. Jika anda berjaya lakukan untuk seminggu, jangan lupa untuk raikan 'kemenangan mini' anda dengan orang yg menyokong anda. Tips ekstra, raikan dengan perkara yg tidak melibatkan makanan; seperti tengok wayang, hadiah bunga, main bowling, dll.
Kalau nak share kat FB, here's the link: http://www.facebook.com/notes/he ... iat/442219089144791 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auntie_girl at 3-7-2012 16:30
orait dah save
din_hbl Post at 3-7-2012 15:56
thanks..target still by week ke by month?
berat hari isnin 2/7/2012: 70kg
tinggi: 165cm
target: 9/7/2012:68kg
16/7/2012:66kg
23/7/2012:66kg(disyaki period,maka better la berat maintain 66 dari naik,nanges laju2 sangat)
30/7/2012:64kg
bila 64kg,bmi =23.5...ala2 masuk zon berat badan normal...now BMI :25.71!!!! haihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Berat 4/7/2012: 69.5kg @ 3.45am |
|
|
|
|
|
|
|
berat hari rabu ialah 90.9kg. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks..target still by week ke by month?
berat hari isnin 2/7/2012: 70kg
tinggi: 165c ...
auntie_girl Post at 3-7-2012 16:29
eh berat target by month je auntie.. tak larat la saya nak update target every week hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lambat masuk mgu neh
update pg ini 69kg....susah betui nk turun skang |
|
|
|
|
|
|
|
checkin..harini 51.0 kg
masih blom sihat sepenuhnya |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
updated berat pagi tadi---> 50.2kg
harap minggu depan dapat cecah 50kg.... |
|
|
|
|
|
|
|
ranking minggu 1 dah kuar;
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Lama dah saya tak ke sini. Saya ikut utk bulan ini ya,
Berat dah bertambah 59kg. Betul2 tak suka. Berat target bulan ni 56kg. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1846# din_hbl
sori din lmbt plak ..
berat : 77kg
tinggi : 163 cm
target 75 kg
timbang yg digital pecah aritu ni pakai yg biasa tu xde la nmpk sgt trnnya .. insyaallah mgu ni nk pegi beli ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|