Flora_Fauna posted on 16-6-2013 12:25 PM
yaa ke ni? sbb pengalaman saya berbaris sambut raja zmn sekolah dulu tk penah skali pun bonda Sult ...
Aaa...pernah..sebab masa tu utk pengurniaan apa tah...dah lama lah...mungkin masa awk tu nasib baik kot....tu pengalaman saya yg dulu lah...tapi lepas tu tak tahu lah mcm mana takut dah ok
17 Jun 2013Sultan Kelantan minta Pusat selesaikan tuntutan petroleum
8 Syaaban 1434 H.
KOTA BHARU:Pelbagai pihak mengalu-alukan Titah Sultan Kelantan(gambar) yang memohon Kerajaan Persekutuan agar menyelesaikan tuntutan petroleum yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.
Titah itu dibuat baginda sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN Kelantan Ke-13 tahun 2013 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
“Pada masa yang sama beta memohon Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum pada kerajaan negeri mengikut perjanjian yang ditandatangani,”titah baginda.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V juga mengingatkan Kerajaan Persekutuan menumpukan perhatian terhadap projek yang telah dirancang sebelum ini berjalan baik.
Baginda mendapat maklum, kira-kira lebih 2,000 ekar tanah di negeri itu telah dibuat pengambilan balik oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan agensi yang terlibat dalam rancangan kerajaan Pusat.
Pada masa yang sama, baginda turut melahir rasa syukurnya apabila kerajaan Kelantan telah mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bagi tahun 2012.
Titah baginda lagi, sekotor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri, terutama di Jajahan Pasir Putih.
“Beta berharap usaha menarik pelabur dapat dipergiatkan lagi dalam usaha menambahkan sumber ekonomi di negeri ini,”titah baginda.
Dalam titah baginda itu juga beberapa aspek lain turut disentuh antaranya kejayaan Tahun Melawat Kelantan 2012 yang dapat menarik perhatian lebih 5 juta orang.
Selain itu juga baginda turut menyentuh kejayaan pelajar Yik yang cemerlang dalam pendidikan mereka, usaha Jaheaik dan MAIK berjaya membantu golongan miskin dan berbagai lagi
.
Isu Tuntutan Bayaran Tunai Royalti Petroleum Negeri Kelantan... Hari ini Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang kita sayangi bertitah lagi...
Petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V
Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013
BETA MENYARANKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKERJASAMA DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR DAN ULTILITI DI NEGERI INI. ANTARANYA PEMBINAAN 'CENTRAL SPINE ROAD', LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU-KUALA KRAI DAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR.
BETA JUGA BERHARAP SUPAYA PENYELESAIAN ISU TUNTUTAN BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM DAPAT DISELESAIKAN MENGIKUT PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI.
cecurut posted on 18-6-2013 10:07 AM
betapa mak janda meletop sudah meroyan sebab tak dapat semua nak cepat! semua satu kampong kelatan d ...
Yer lah satu Kelantan sudah tahu sampai ke ceruk kampong berita ini sampai merata-rata org dah tahu, sungguh tak sangka.
Aku pun terkejut jugak bila dengar. Kasihan Tuanku semoga Allah lindungi Tuanku selamanya.