[size=0.9em]Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kecewa sikap dipamerkan pelakon muda, Sharnaaz Basir Ahmad, 28, yang sebelum ini tampil memohon pertolongan berhubung kemelutnya dengan pengarah filem Darah Panas, S Baldev, namun sehingga kini enggan memberikan kerjasama.
[size=0.9em]Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN Zahrin Ishak (gambar) berkata, Sharnaaz pada Disember lalu berjumpa persatuan sejurus menimbulkan ketegangan bersama produksi dan bergaduh dengan seorang kru.
[size=0.9em]
Ia berpunca apabila kru terbabit menegur sikap Sharnaaz yang hadir lewat penggambaran sebelum pelakon itu mencengkam lehernya dan menolak lelaki itu ke dinding.
[size=0.9em]Selain itu, pelakon itu dikatakan lari dari set penggambaran mengakibatkan pengarah filem terbabit berang dan bercadang mengambil tindakan undang-undang.
[size=0.9em]
“Hujung Disember lalu, Sharnaaz berjumpa SENIMAN memohon bantuan. Sebagai orang tengah, kami berusaha mendamaikan kedua-dua pihak, namun dia (Sharnaaz) tidak mahu bekerjasama,” kata Zahrin.
[size=0.9em]
Menurut Zahrin, pihaknya meminta Sharnaaz dan pengarah filem terbabit hadir berbincang namun cadangan itu ditolak pelakon terbabit.
[size=0.9em]“Kami meminta Sharnaaz menghubungi persatuan dan S Baldev, namun ia tidak dilakukan. Sedangkan sebelum ini, dia yang beria-ia memohon bantuan,” katanya.
[size=0.9em]
Akibat tindakan tidak matang pelakon itu, Zahrin berkata, pihaknya yang
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19