CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dino

Koleksi Thread PAM

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-11-2006 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by aweXgiloz at 23-11-2006 10:35 AM



hak hak hak :lol

apa ngadu² nih dino....
cam pompuan jers dino nih ngadu²
tak suka lah dino nih....

:pmuka:

mana ade kite mengadu kat sesape kan awex........olang kat pinggan besou pun kite tak kisah.....kite tak malu pun :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 23-11-2006 10:35 AM

mengarut tue jgn layan :lol
pelik btul la aku tgk keletah kanak2 separa molekul nie..........


aku tak kisah aihhh...
aku amal sikap terbuka.....
+ve ka -ve ka... aku layan jer....

mana ada aku pernah mengadu kat hang kan...?
walau hang ada kuasa sebagai presiden/ tuan rumah......

kan dino kan kan kan kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 10:39 AM | Show all posts
mcm post hilang jek nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 23-11-2006 10:38 AM


aku tak kisah aihhh...
aku amal sikap terbuka.....
+ve ka -ve ka... aku layan jer....

mana ada aku pernah mengadu kat hang kan...?
walau hang ada kuasa sebagai presiden/ tuan rumah......
...

butut tue..... itulah simbol kemantapan ahli pam :lol
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 23-11-2006 10:41 AM | Show all posts
dino...
awex dah vote sepai konan
sokongan padu sempena pengambilan semula exam SPM sepai konan utk kali ke-8

:lol

dah... awex nak kuar gi cari ketenangan tempat lain
kat bod mawi sekang cuaca tak elok
banyak ulat busuk
boleh memudaratkan kesihatan tau dino...

<dino tahu lah cari awex kat mana kan :cak:>
[size=-2]

[ Last edited by  aweXgiloz at 23-11-2006 10:43 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 10:43 AM | Show all posts

Reply #1905 aweXgiloz's post

yea.... akan ku jejakimu walau dimana jua awex berada.....eceh :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 23-11-2006 10:40 AM

butut tue..... itulah simbol kemantapan ahli pam :lol


:setuju:
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 23-11-2006 12:30 PM | Show all posts

Kongsi bacaan menjana minda...

Tenuk
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong




Tenuk ataupun dikenali juga sebagai tapir merupakan sejenis haiwan yang mempunyai kaitan dengan leluhur keturunan kuda silam dan badak silam semenjak 55 juta tahun dahulu. Tenuk pada zaman silam pernah mendiami kawasan Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara, termasuk Cina. Fossil tenuk tidak dijumpai di benua Afrika, Australia, atau Antartik. Tenuk tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Mamalia, order=Perissodactyla (Termasuk Tenuk, Badak, Kuda), dari keluarga Tapiridae (Tenuk), Genus Tapirus (Tenuk)

Dari segi bentuk, tenuk silam menyerupai tenuk hari ini kecuali di bahagian hidungnya yang lebih pendek daripada hidung Tenuk moden. Perubahan hidung tenuk ini berlaku dalam tempoh 20 juta tahun. Selain daripada itu, tidak banyak perubahan berlaku sehinggakan tenuk juga digelar "fosil hidup". Walaupun tidak terdapat bukti yang jelas, tenuk dipercayai bergerak daripada Amerika Tengah ke Amerika Selatan melalui Jambatan Daratan Panama sekitar dua hingga tiga juta tahun dahulu.

Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-
Tenuk Malaysia (Malayan Tapir - Tapirus indicus)  - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
Tenuk Baird - Tapirus bairdii - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
Tenuk Gunung - Tapirus pinchaque - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
Tenuk Brazil/Tanah Rendah - Tapirus terrestris - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.

Keempat-empat jenis tenuk di atas mempunyai banyak persamaan sekiranya tidak mengambil kira warna penyamaran. Selain itu, pembiakan campur di antara 2 spesies tenuk yang berlainan juga pernah berlaku. Kesemua spesies tenuk tersebut mempunyai bentuk badan yang sama termasuk mempunyai belalai pendek (proboscis) yang mudah lentur. Belalai ini merupakan bahagian hidung dan bibir atas yang memanjang. Tenuk boleh berenang dan memanjat dengan baik walaupun badan mereka padat. Tenuk Malaysia juga berdaya untuk berjalan di dasar kolam atau sungai sekiranya ia mahu. Tenuk mempunyai berat di antara 300 hingga 800 paun, bergantung kepada spesies. Tenuk juga mempunyai kulit tebal yang membolehkan mereka merempuh semak-samun untuk bergerak pantas melalui rimbunan hutan tebal dan melindungi mereka daripada serangan pemangsa. Tenuk secara amnya sukakan cuaca lembab dan pada kebiasaannya tinggal berhampiran dengan air. Walaupun begitu, terdapat juga jenis tenuk yang tinggal di kawasan hutan yang agak kering.

Tenuk mempunyai jari kaki yang kembang, empat jari di kaki hadapan dan tiga jari di kaki belakang, yang memudahkan mereka bergerak di tanah lembut dan becak. Mata tenuk agak terbenam kedalam dan mempunyai penala cahaya seperti kucing yang menjadikan mata mereka kelihatan kebiruan apabila terkena cahaya. Ini kemungkinannya membolehkan mereka melihat dengan jelas pada waktu malam sebagaimana mata kucing. Tenuk suka mandi dan akan membuat perjalanan ke sungai atau kolam untuk mandi. Tenuk merupakan haiwan maun dan hanya memakan tumbuh- tumbuhan. Tenuk meragut rumput dan juga rumpair, daun, pucuk, ranting lembut dan buah tumbuhan renek.

Pada kebiasaannya tenuk makan pada waktu awal pagi dan senja. Disebabkan ini, tenuk dikenali sebagai haiwan "crepuscular" dan bukannya haiwan malam (nocturnal). Kebiasaannya tenuk tidur di tengah malam, tetapi mereka mampu untuk bergerak aktif pada bila-bila masa sahaja..

Tenuk biasanya tidur di tempat yang sejuk dan di mana mereka dapat menyorok dan menghidu musuh. Ada tenuk yang tidur di celah rimbunan pokok di mana warna penyamaran mereka amat berkesan. Tenuk di Andes pernah dilihat tidur di rabung (ridge) supaya dapat menghidu musuh yang cuba hampir,  dan ada juga tenuk yang dijumpai tidur separuh berendam di dalam air. Sesetengah tenuk juga didapati akan kembali tidur di tempat yang sama, tetapi ini tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah tabiat umum Tenuk.

Tenuk bertindak mempertahankan kawasan mereka, yang boleh bertindih antara satu sama lain. Tenuk jantan mengawal kawasan mereka dengan lebih ketat berbanding tenuk betina. Keluarga tenuk yang terdiri daripada ibu dan anak pernah dilihat, tetapi pasangan tenuk dijangkakan akan hidup bersama sepanjang hayat. Tenuk juga didapati  berada dalam kumpulan ketika berada di kawasan menjilat garam. Tenuk mempunyai deria bau dan pendengaran yang baik, kuat dan tangkas berlari. Tenuk kebiasaannya cuba mengelak pemangsa tetapi dengan kulit yang tebal, tenuk mampu untuk mempertahankan diri dengan menggunakan gigi sekiranya diserang. Tenuk juga akan mencari perlindungan ke arah air sekiranya diancam. Tenuk Malaysia dikatakan mampu menyelam di dasar sungai atau tasik selama beberapa minit sekiranya diancam. Tenuk yang dewasa dan berada dalam keadaan yang sihat dikatakan mampu mempertahankan diri mereka daripada serangan harimau ataupun puma.

Tenuk secara amnya adalah jinak, tetapi ia sungguh kuat dan merbahaya apabila ia naik angin atau diancam. Tenuh berhubung dengan bunyi siulan nyaring dan tanda bau kencing. Bunyi tenuk dikatakan seolah-olah bunyi burung berkicau dan bau badan tenuk dikatakan menyerupai bau sebakul kobis. Tenuk betina matang ketika berusia 3 hingga 4 tahun; tenuk jantan ketika berusia 5 tahun. Tempoh mengawan berlaku sepanjang tahun dan tenuk betina menjadi subur setiap 2 bulan. Tempoh bunting adalah 13 bulan dan jarang anak kembar dilahirkan. Anak tenuk mempunyai berat antara 15 hingga 25 paun apabila dilahirkan.

Kesemua spesies anak tenuk mempunyai warna penyamaran yang hampir serupa iaitu merah keperangan dengan jalur dan tompok putih. Selepas 8 bulan warna ini akan berubah mengikut spesies tenuk berkenaan. Anak tenuk mencapai saiz dewasa ketika berusia 6 hingga 8 bulan dan akan mula berpisah daripada ibunya. Tenuk boleh hidup 25 hingga 30 tahun.

Sungguh pun tenuk yang tua, muda, dan sakit sering dibunuh oleh harimau, puma dan beruang Spectacled, tenuk yang sihat mampu melepaskan diri mereka. Ini menjamin tenuk yang terselamat adalah tenuk yang paling sihat. Musuh tenuk yang paling utama merupakan manusia yang bertindak menerokai kawasan hutan, dan menjalankan aktiviti memburu. Apabila memburu, manusia akan memilih tenuk yang paling besar dan sihat, meninggalkan sumber gene tenuk yang membiak daripada tenuk yang kurang sihat.

  
Rujukan
http://www.fastlane.net/~kathryn/tapir.htm
http://www.tapirback.com/tapirgal/#interesting
http://www.tapirback.com/tapirgal/default.htm
http://www.ultimateungulate.com/malaytapir.html
http://www.zoo.org/educate/fact_sheets/tapir/tapir.htm
Maklumat Tenuk terkini di Google

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2006 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by aweXgiloz at 23-11-2006 12:30 PM
Tenuk
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong


http://rds.yahoo.com/_ylt=A9ibyi ... nav/EXP=1164342491/**http%3a//w3.sp ...

Ilmiah sungguh bahan bacaan nie....terisi 1M ruang memori aku nih....byk lg free space nie....
need more input...........
btw kite nie mmg mencintai alam sekitar di samping mengekalkan ciri2 mantap dan cool. Ckp psl tenuk nie...mmg haiwan nie bersifat pemalu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 12:46 PM | Show all posts
yuhuuu...
terkezut jap tgk artikel tenuk kat sini..
ingatkan salah bod td...
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 23-11-2006 12:50 PM | Show all posts
Tenuk secara amnya adalah jinak, tetapi ia sungguh kuat dan merbahaya apabila ia naik angin atau diancam. Tenuk berhubung dengan bunyi siulan nyaring dan tanda bau kencing. Bunyi tenuk dikatakan seolah-olah bunyi burung berkicau dan bau badan tenuk dikatakan menyerupai bau sebakul kobis.


crayzee....
jgn asyik baca gossip mawi jers...
tak elok utk perkembangan otak...

bagus baca pasal haiwan yg makin pupus nih...

<kempen sayangi haiwan :bgrin:>
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by tAnyA311 at 23-11-2006 12:46 PM
yuhuuu...
terkezut jap tgk artikel tenuk kat sini..
ingatkan salah bod td...

pam kan parti yg tak kemaruk hiburan......sbb tue sbg plesiden sy mengalukan segala bentuk bahan bacaan ilmiah demi mendapat status kesarjanaan yg diiktiraf hingga ke UK hrp maklum..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 01:02 PM | Show all posts

Reply #1912 dino's post

di samping dapat mengutip kredit. ... :ah: ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 23-11-2006 12:57 PM

pam kan parti yg tak kemaruk hiburan......sbb tue sbg plesiden sy mengalukan segala bentuk bahan bacaan ilmiah demi mendapat status kesarjanaan yg diiktiraf hingga ke UK hrp maklum..........


adehh...
mcm dalam je maksud ni..
maklum ler dah lama x join porem..
kena catch up tersurat n tersirat ni...
:nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 01:06 PM | Show all posts
Fakta Tenuk Mengawan takder ker aweks?
Camner agaknya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by tAnyA311 at 23-11-2006 01:06 PM


adehh...
mcm dalam je maksud ni..
maklum ler dah lama x join porem..
kena catch up tersurat n tersirat ni...
:nerd::nerd:

nak faham kena feel dulu.....lama2 dpt ilham la tue :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 23-11-2006 01:08 PM

nak faham kena feel dulu.....lama2 dpt ilham la tue :lol


maybe kena gi zoo melawat tenuk dulu..
baru bole dpt ilham
camtu ker?
adoi..
:pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

aweXgiloz This user has been deleted
Post time 23-11-2006 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 23-11-2006 01:06 PM
Fakta Tenuk Mengawan takder ker aweks?
Camner agaknya?



sori lah bono.... tak abih mendalami lagi ilmu tenuk nih...
tapi dari artikel di atas...

gambo tenuk sedang mengawan... tak dapek plak dikesan...


Tenuk betina matang ketika berusia 3 hingga 4 tahun; tenuk jantan ketika berusia 5 tahun. Tempoh mengawan berlaku sepanjang tahun dan tenuk betina menjadi subur setiap 2 bulan. Tempoh bunting adalah 13 bulan dan jarang anak kembar dilahirkan. Anak tenuk mempunyai berat antara 15 hingga 25 paun apabila dilahirkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 02:05 PM | Show all posts

Reply #1918 aweXgiloz's post

klau ikutkan kite tak mahu ade perbincangan sex disini....w/pun perhubungan intim antara haiwan...... nanti bakal menjd tufik baru yg mencemar keamanan dan kemakmuran sejagat.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by aweXgiloz at 23-11-2006 12:30 PM
Tenuk
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong


http://rds.yahoo.com/_ylt=A9ibyi ... nav/EXP=1164342491/**http%3a//w3.sp ...


owh.... skrg baru saya tahu asal usul tenuk aka tapir

bagus &sup2; :ah:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.286672 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list