Kaulah segalanya - Hazrul Nizam
nemobarracuda Post at 8-5-2012 11:52
If You're Not The One? OMG!! mmg dah lama berangan nak dgr Hafiz bawak lagu ni...... moga termakbul la ye hajat tu... heheh... yipeeee!!!!
anyway, tu la.. tiket mahal yg amat skarang ni darl.... so i guess i have to choose to come next week for the final (sgt optimis Hafiz akan ke final..... )
If You're Not The One? OMG!! mmg dah lama berangan nak dgr Hafiz bawak lagu ni...... moga term ...
ladydolph Post at 8-5-2012 11:59
maybe dats the final word from hafiz utk bawak lagu tuh ke semi la kot... takut salah info lak kang....dapat info dr twitter dia je.. harap maklum.. kalo salah, ampooonn...
kekekee... yups.. tiket sangat mahal... HAFIZ AKAN KE FINAL! MUKTAMAD..! KALO TAK, KAMI BOIKOT MANIA MUSIM KE2, KE 3 MAHUPON KE 10.. KEKEKEKE
maybe dats the final word from hafiz utk bawak lagu tuh ke semi la kot... takut salah info lak ...
nemobarracuda Post at 8-5-2012 12:02
soalan my mum last nite : mmg optimis ktkorg hafiz masuk final ka?
my answer : of coz..... look what happened time AJL for 3 years in a row? pernah ka mekorg sik optimis? heheh....
masuk saatt...
terjumpa vc ni, wow, terer budak tok main violin, bawa lagu ombak rindu di bandu ...
bija Post at 9-5-2012 00:42
ha'ah...mmg terer dia main violin...smlm aku jumpa byk video dia kat utube...rupa2nya dia pun pernah mewakili M'sia utk WCOPA pada thn 2011....
btw...dia ni budak S'wak kan?...patutlah kenal dgn Hafiz je....hehe......bagus jgk sbb secara tak langsung dia tlh mempromosikan lagu Ombak Rindu dan Hafiz kat sana......aku tgk Amir Jahari pun ada kat event ini...
SELASA (8 Mei 2012) - Menjelangnya Konsert Separuh Akhir Mania, segala usaha diperkuatkan lagi bagi memastikan Bintang Mania ini membuat persembahan yang hebat, bertenaga serta sentiasa diingati. Disamping menyampaikan persembahan yang menakjubkan, beberapa buah tangan turut disediakan khas buat peminat-peminat setia Bintang Mania sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat yang telah mengundi selama ini.
Di Empayar Biru milik Aubrey Suwito, seorang lagi Bintang Mania iaitu Jaclyn Victor bakal menyediakan satu "Showcase" percuma kepada semua peminatnya sekiranya Jaclyn dinobatkan sebagai Juara Mania nanti. Mungkinkah "Showcase" ini akan menjadi kenyataan? Segalanya bergantung kepada undian penonton. Jaclyn Victor akan menyanyikan lagu Tapi Bukan Aku oleh Kerispatih dan lagu Inggeris oleh mendiang Whitney Huston iaitu I Will Always Love You yang dinanti-nantikan oleh peminat Jaclyn Victor.
Sesi Studio di Empayar Merah diteruskan lagi dengan dua Bintang Mania lelaki iaitu Ebi dan Hazama. Kali ini mereka berdua pula dibebani dengan masalah pemilihan lagu untuk dinyanyikan minggu ini. Meskipun beberapa lagu telah dicadangkan seperti Tiga Malam Tanpa Bintang, Puthnya Lukisan dan banyak lagi. Namun sepanjang Sesi Studio masih belum lagi menemui lagu yang sesuai untuk dibawa.
Berbeza dengan Empayar Hijau milik Ahmad Dhani yang bermula lewat malam, Hafiz dan Aril sudah mempunyai lagu yang akan mereka bawa di Konsert Separuh Akhir Mania nanti. Hafiz akan membawakan lagu My Baby You oleh Marc Anthony dan Kau Lah Segalanya oleh Hazrul Nizam. Aril pula bakal membawakan lagu Satu oleh Dewa dan Ku Cari Damai Di Hati oleh Gingerbread.
Memperkenalkan Aplikasi Telefon Bimbit Mania yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Aplikasi ini telah tersedia untuk pengguna iPhone dan kini boleh dinikmati leh pengguna telefon Android. Anda hanya perlu taip APPMANIA dan hantar ke 32888. Anda akan menerima pautan untuk dimuat turun. Info-info menarik seperti berita terkini, galeri, profil Bintang Mania dan video-video menarik disediakan dalam aplikasi ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang!
Teruskan bersama Mania di laman sosial Facebook dan Twitter Mania untuk mengetahui perkembangan terkini Bintang-Bintang Mania serta info terkini Konsert Mania. Layari www.facebook.com/ManiaAstro dan www.twitter.com/ManiaAstro
dia cousin hafiz..... pernah perform sama2 masa wedding cousin dorang last yr... rasanya i did ...
ladydolph Post at 9-5-2012 11:29
hi selamat petang lady, nemo, along n blackberi....wow kazen hafiz pun berbakat owh, yang marina keyboard ya kazen hafiz juak ka? kacak-kacak keluarga hafiz tok...