CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cguct1970

SEMBANG ORANG MUO (2)

[Copy link]
Post time 13-8-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #1887 muor76's post

tak perasan pulak ejaan tu tp aku rasa kedai bundle ni  mmg merata ada...klu x silap kat segamat pun ada jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 11:30 AM | Show all posts

Reply #1882 cguct1970's post

Balik la kak....
Sebagai seorg cousin yg prihatin. ZZ ku mmg akan balik punyer...
Sbg sorg co-pilot yg berdedikasi, aku pun akan turut serta penerbangan itew...

Nak kirim aper? Cuppies, brownies, apom gebu ?????
Jgn luper yer kopok lekor sekilo...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 13-8-2008 10:25 AM


dia siap berbual mesra ngan aku apebile aku memberitau yg gigi aku pecah ketike bermain rugby.. mungkin kah doktor itu menyukai seseorang yg bermain rugby? hehehheheheh cewaaahhh.. ni kalo bini aku bace mesti dia cabut sumer gigi aku ngan ragom.. kekekek...


takpe..nnti kalo ada rezeki kita berjumpa masa ko dtg kontan, aku tolong bagitau kan...hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 12:52 PM | Show all posts

Reply #1884 stripper_j's post

mm.. gitu la biasanya.. kalo dah bnyak sgt.. harga pun jatuh giler..

mcm manggis.. nk jual pun dah tak terjual.. sbb turun harga..
last2 aku suh  mak buat jem manggis.. bawak blk kuntan, pastu  jual.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by sheme at 13-8-2008 12:45 PM


takpe..nnti kalo ada rezeki kita berjumpa masa ko dtg kontan, aku tolong bagitau kan...hehehehehe


oit oit ape nih... kekekek kang bebaik senyum sampai ke tinger bertuko jadik moncong 4 inci... kekekkeke eh bagi ler map/direction nak p umah ko.. kalo sempat aku gi yerk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 01:47 PM | Show all posts
Tragedi cari kepah

Oleh Zalifah Mohd Yatim
[email protected]


MUAR: Keseronokan enam sekeluarga mencari kepah di Tanjung Ketapang di sini, dengan menaiki dua sampan berakhir tragedi apabila seorang lemas dan dua hampir maut apabila satu daripada sampan terbabit terbalik dipukul ombak di kuala Tanjung Emas, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, sampan yang dinaiki Sariah Rasip, 55, terbalik selepas dipukul ombak ketika angin kencang menyebabkan dia lemas.

Kakak mangsa, Habibah, yang turut menaiki sampan bersamanya dan seorang anak saudara, Mohd Adil Abdul Ghani, 20-an, yang menaiki sebuah lagi sampan, hampir lemas dan masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Mohd Adil hampir lemas kerana cuba menyelamatkan Sariah sebelum mangsa hilang.




Tiga lagi yang terselamat, dua abang mangsa, Rahmat, 70, dan Abdul Ghani, 60-an serta seorang saudara mereka, Khairul Nizam Yahya, 23. Keenam-enam mereka keluar ke laut menaiki dua sampan kira-kira jam 9 pagi semalam.


Rahmat berkata, Sariah menaiki sampan bersama dua lagi adiknya, Habibah serta Abdul Ghani dan kejadian ketika dalam perjalanan balik selepas mencari kepah berikutan angin kencang dan hujan lebat menyebabkan sampan mereka dipukul ombak.

Katanya, ketiga-tiga mereka berpaut pada sampan yang terbalik, namun Sariah terlepas pegangan dan terkapai-kapai cuba diselamatkan Mohd Adil yang menaiki sampan berlainan tetapi dia juga hampir lemas sebelum Allahyarham hilang dari penglihatan.

Menurutnya, dua adiknya yang berpaut pada sampan itu diselamatkan Polis Marin Muar yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira 500 meter dari jeti Tanjung Emas.

“Idea mencari kepah timbul apabila ramai adik-beradik berkumpul di rumah saya selepas majlis kenduri kahwin anak perempuan saya, Noordiana, 25, Sabtu lalu.

“Selepas beberapa jam mencari kepah, saya tengok langit gelap dan rasa tidak sedap hati lalu berpakat untuk balik segera bimbang ombak besar tapi tidak menyangka kejadian itu berlaku.

“Sampan dinaiki ketiga-tiga adik saya, kira-kira 100 meter di belakang sampan yang saya naiki. Mereka tidak sempat elak ombak besar sebelum dimasuki air dan terbalik,” katanya.

Sementara itu, Khairul Nizam berkata, pada awalnya hanya dia bersama Rahmat dan Abdul Ghani bercadang mencari kepah tetapi tiba-tiba Allahyarham Sariah bersama Habibah yang sedang mengupas bawang bingkas bangun mahu turut serta.

“Arwah Sariah memang sudah biasa cari kepah kecuali pak cik Rahmat yang sudah lama tidak ke laut. Apabila tahu kami hendak pergi mencari kepah, dia yang sedang mengupas bawang terus bangun dan salin pakaian.

“Mohd Adil pada mula tidak mahu ikut kerana masih kepenatan tetapi kerana tidak cukup jurumudi yang hendak dayung sampan, dia terpaksa ikut,” katanya.

Menurutnya, dalam perjalanan balik, sampan dinaikinya berada di hadapan dan apabila menoleh ke belakang didapati sampan dinaiki Allahyarham dipenuhi air di bahagian depan selepas dipukul ombak sebelum terbalik.

“Kebetulan arwah duduk di bahagian depan, dia terjatuh dulu dan dua lagi sempat berpaut pada sampan yang terbalik. Mohd Adil terjun untuk selamatkan ibu saudaranya tetapi beberapa kali dipukul ombak menyebabkan dia hampir lemas sebelum diselamat polis marin,” katanya.

Jurucakap polis berkata, mayat mangsa ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat pada jam 1.30 tengah hari, kira-kira 300 meter dari Pangkalan Polis Marin Muar.

Mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat HPSF untuk bedah siasat dan dua lagi masih dirawat di wad manakala tiga lain tidak cedera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2008 02:24 PM | Show all posts

Reply #1892 muor76's post

ko nanti bila smpai sini plan ikut tol mane? tol gambang ke tol kuantan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by sheme at 13-8-2008 02:24 PM
ko nanti bila smpai sini plan ikut tol mane? tol gambang ke tol kuantan?

aku tak tau lagi arrr gi dr kl ke dr jempol... wife aku ajak p dr kl lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by sheme at 13-8-2008 12:52 PM
mm.. gitu la biasanya.. kalo dah bnyak sgt.. harga pun jatuh giler..

mcm manggis.. nk jual pun dah tak terjual.. sbb turun harga..
last2 aku suh  mak buat jem manggis.. bawak blk kuntan, past ...


tak penah lak aku jumpa jem manggis.. mcm mana le rasanya yekk.. ko reserve kat aku sebotol she.. aku nak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 08:30 PM | Show all posts
wah wahh semua org nak bercuti ke pantai timur ekk.. aku pun ada plan nak pegi t'ganu lepas raya.. tak tau la jadi ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 07:07 AM | Show all posts

Reply #1895 Airis's post

jgn lupa singgah umah aku sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by Airis at 13-8-2008 08:30 PM
wah wahh semua org nak bercuti ke pantai timur ekk.. aku pun ada plan nak pegi t'ganu lepas raya.. tak tau la jadi ke tidak..


pegi jgn tak pegi... heheheh kengkawan ade sane.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by kodoklawa at 14-8-2008 07:07 AM
jgn lupa singgah umah aku sekali


hehehe segan le aku nak singgah dgn rombongan cik kiah 2 keta kod kang sempit umah ko jadinya..

umah ko kat paka ek??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 10:21 PM | Show all posts
ada sesapa tau apartment yg sesuai utk rombongan cik kiah family aku duduk tak kat t'ganu? and kat pulau kapas? aku kena buat homework dulu kalo nak pegi.. tempat mana nak duduk..

on the way balik most probably duduk kat holiday villa cherating 1 mlm.. dok situ company aku leh subsidise separuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by Airis at 13-8-2008 08:29 PM


tak penah lak aku jumpa jem manggis.. mcm mana le rasanya yekk.. ko reserve kat aku sebotol she.. aku nak rasa

laa ye ke.. ramai gak kawan2 aku kt sini yg kata mane rupanye jem manggis..kalo dekat mmg aku anto kat ko ris..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #1892 muor76's post

oo ha..ape2 call aku la eh. aku tk dpt nk masuk forum selalu la. intenet opis aku slow + bnyak keje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2008 10:55 AM | Show all posts
ris, kod.. tgk ni..kiut kan kasut baby ni..  tapi ni gegirl punya..



[ Last edited by  sheme at 15-8-2008 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 12:14 PM | Show all posts

Reply #1900 sheme's post

comel ah kasut tu she.. nampak cam kait2 tu kan.. alahai apa nama kait2 tu ekk.. lupa lak term dia.. oleh kerana baby aku boy tak dapek le nak pakai kasut kiut2 tu..

anak aku pun dah dpt 2 kasut, kawan aku bagi .. w/pun anak aku tak leh jalan lagi.. diaorg kata tak tahan nak belikan utk anak aku pasal kasut tu lawa... apa2 lah.. org nak bg aku terima je
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #1901 Airis's post

ha tu la pasalll kiut gilerrr.. kasut kait.. kat mane la ada jual tu ek.. kat kontan ni aku rasa mmg takde.

sama ngn aku ris... baik kasut, baik baju. kalo aku terjumpa yg lawoooo, ada lak duit masa tu.. mmg aku beli wpun ank aku tokleh pakai lagi..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 02:29 PM | Show all posts
kiut banget kasut tu sheme.aduhhhh bikin gue mau anak pompuan sih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.124539 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list