CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JAY-Z

♥♥♥ HELIZA FC ~ Syurga Cinta 21 Mei ♥♥♥

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2008 09:23 AM | Show all posts

Bob ganti Mawi ek untuk final AJL :pompom:

Mesti gempak gandingan Bob & Heliza :pompom:

Harap-harap Heliza menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 09:53 PM | Show all posts
mawi mmg xleh nyanyi masa final kan?

ade org ckp die ade komitmen on that day

bagus jugak

anyway..helllllllo korg!!!! esp abg dini
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 01:50 AM | Show all posts

Reply #1937 ischae's post

Lamanya tak nampak ko.. :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by ischae at 15-12-2008 09:53 PM
mawi mmg xleh nyanyi masa final kan?

ade org ckp die ade komitmen on that day

bagus jugak

anyway..helllllllo korg!!!! esp abg dini


Mawi sibuk berbulan madu masa tu

Hello ischae... lama tak nampak.. kami semua merinduimu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 15-12-2008 09:23 AM
Bob ganti Mawi ek untuk final AJL :pompom:

Mesti gempak gandingan Bob & Heliza :pompom:

Harap-harap Heliza menang


bolehkah ija  menghayati sepenuhnya lagu DDL bila berhadapan ngan bob nanti???



acah jerrr... saja nak nyakat dini...

jon konfiden yg ija  akan dapat menghayati sepenuhnya lagu DDL dan boleh improvekan lagi penyampaian dier... semoga ija  akan jadik champ nanti...

aminnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #1939 houdini's post

ceh..konon..sorry ler busy plus xde tenet tkt rumah baru ni

mcm2 hal lah..eh juara lagu ni bleh undi sms?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2008 10:43 AM | Show all posts
momod nak tacang !

kiut nye Ija



[ Last edited by  sinchann at 17-12-2008 10:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:13 PM | Show all posts
Cantik ija nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 04:16 PM | Show all posts
ija come dan cantik sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 07:50 AM | Show all posts
salam maal  hijrah 1430H dan selamat menyambut thn baru 2009
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 02:57 PM | Show all posts
Yg ganti wiwi bukan Bob tp Zahid...
Yg menting Ija de
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 06:02 PM | Show all posts

Reply #1939 houdini's post

tkde sp rindu i ke...

hi chae..long time no see...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 01:17 AM | Show all posts

Reply #1947 aminah's post

Lama mmg tak nmpk Aminah..mne hilang??
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #1948 yna@arabella's post

ade je jenguk2 sini tp malu nk tego...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 05:54 PM | Show all posts
blog mate update...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 08:26 PM | Show all posts
4 bulan lg??? lama bebenorrr...exam lak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 07:12 PM | Show all posts
Heliza teringin untuk bercinta
Oleh Zubir Mohd Yunus




\KELETIHAN melampau memerangi waktu menjana masa depan di menara gading, selain memenuhi tuntutan kerjaya seni, Heliza akhirnya menemui 'noktah sementara' apabila dia kini bercuti selama sebulan sebaik selesai peperiksaan akhir semester lima pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tamat peperiksaan, dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk 'misi' AJL23, namun usahanya berbaloi apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Dalam keghairahannya memahat nama di pentas seni, Heliza tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang menjadi harapan keluarga untuk membina masa depan lebih cemerlang. Bukan seperti segelintir artis yang berstatus pelajar, apabila diri semakin dimamah populariti, glamor, mereka semakin alpa, lebih parah apabila seni dan pelajaran terkandas di tengah jalan, akhirnya sekadar menjadi artis tempelan di majalah hiburan!

Tidak keterlaluan jika melabel Heliza sebenarnya tamak, dia ingin berjaya di kedua-dua bidang sekali gus - seni dan pelajaran. Namun, tamak Heliza adalah sesuatu yang wajar kerana kejayaan yang diperoleh setakat ini sudah cukup untuk membuktikan kesungguhannya selepas bergelar bintang AF. Dia tidak tenggelam seperti sesetengah rakan seperjuangannya, namun terus mendapat tempat di hati peminat.

Pun begitu, usaha Heliza untuk berjaya di arena seni dan pendidikan, memerlukan pengorbanan yang bukan kepalang. Usia muda Heliza tidak seperti remaja seusianya yang punya banyak waktu bersama rakan sebaya, malam minggu pula sempat berhibur, namun bagi Heliza dia perlu menghafal 15 lirik lagu, menghayati senaskah skrip filem dan dalam masa sama mentelaah timbunan nota pelajaran. Bayangkan bagaimana otak Heliza bekerja!







“Dalam keadaan kesihatan saya yang tak menentu apabila disahkan menghidap hyperhidrosis (perpeluhan melampau), memang tak dinafikan, setiap apa yang saya lakukan - menyanyi, mengacara, berlakon atau belajar, ada kalanya mendatangkan keadaan tidak selesa apabila tangan dan kaki sentiasa berpeluh, sampai satu tahap peluh yang keluar umpama air menitis, lebih-lebih lagi apabila saya berada dalam keadaan tertekan.

“Setakat ini, penyakit saya tiada ubatnya, justeru inilah dugaan Tuhan dan cabaran yang perlu saya tempuhi. Membuat lebih satu kerja dalam satu masa, memang meletihkan. Kepenatan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Fikiran pula berubah sekelip mata, sekejap sebagai penyanyi dan pelakon, sekejap lagi menjadi pelajar apabila teringat nota dan jurnal yang belum dibaca dan dihafal.

“Kehidupan harian saya sentiasa terkejar-kejar. Maklum sajalah, saya belajar di Sabah, manakala undangan nyanyian lazimnya di Semenanjung. Mungkin satu kebetulan, aktiviti seni saya datang apabila sudah hampir dengan peperiksaan. Bayangkan ketika study week baru-baru ini, orang lain sibuk mentelaah pelajaran, saya pula perlu ke Kuala Lumpur menjayakan proses dubbing filem Syurga Cinta, selain undangan nyanyian di Terengganu selama tiga hari berturut-turut!

Telaah pelajaran dalam penerbangan

“Saya pula hanya ada masa baca buku di dalam kapal terbang atau ketika menunggu bagasi di lapangan terbang, di belakang pentas sementara menunggu giliran menyanyi, mahupun di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke destinasi pertunjukan pentas. Begitu juga dengan waktu tidur terpaksa saya korbankan.

“Saya hanya tidur jam 5 pagi selepas selesai mengulangkaji pelajaran dan bangun semula dua jam kemudian untuk persediaan ke kelas. Begitulah rutin saya setiap hari sehingga saya susah nak tidur awal setiap malam sekalipun waktu cuti semester. Namun, inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk memastikan seni dan pelajaran berjalan seiring menuju kejayaan,” kata Heliza yang semakin manis dengan imej bertudung.


Haliza berduet bersama Mawi dalam Muzik-Muzik ke-23.

Esok, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran. Bagi Heliza, Aidiladha sungguh bermakna bagi dirinya yang acap kali merelakan pengorbanan demi menggapai cita-citanya supaya menjadi kenyataan.

Pengorbanan untuk segulung ijazah

“Terlalu banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk menggenggam segulung ijazah dan dalam waktu sama membuktikan saya boleh berjaya di arena seni suara, lakonan dan pengacaraan. Falsafah saya mudah, untuk mencapai kejayaan dalam hidup, pengorbanan memang tidak dapat dipisahkan. Justeru, Aidiladha membuat saya bersyukur, betapa besarnya erti sebuah pengorbanan,” tambah Heliza.

Bagaimana pula dengan cinta dan kekasih, adakah Heliza punya buah hati yang boleh dijadikan sumber inspirasi dalam mengejar cita-cita?

“Mencintai diri sendiri pun belum sepenuhnya, inikan pula memberi cinta saya kepada orang lain, memang saya tak mampu. Terus-terang, saya belum bersedia dengan cinta seorang lelaki kerana apabila kita bercinta, biarlah dengan sepenuh hati, bukannya sekadar melepas batuk di tangga apabila terperangkap dengan batasan waktu yang tidak mengizinkan kita mentaati cinta sejati.

“Tapi, jika cinta itu hadir juga, saya tidak pernah mencari alasan untuk menolaknya. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang bercinta, khabarnya berada di alam percintaan, ia menyeronokkan. Justeru, saya memang teruja untuk bercinta, tapi biarlah rasa cinta itu hadir tanpa paksaan. Paling penting, cinta tidak mengganggu cita-cita saya,” jelas Heliza mengakhiri bicara.

PROFIL: Heliza

NAMA PENUH: Nur Heliza Helmi

TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986

ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu

KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Sains, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah

PENCAPAIAN: Tempat keempat, Akademi Fantasia 5 (AF5) pada 2007

SINGLE: Warna Sendu Tarian Jiwaku (working title) dan Bila (working title)

FILEM: Syurga Cinta, dijangka tayang Februari 2009

PROGRAM TV: Sinar Korea Bersama Mawi & Heliza (Astro Oasis)

PERTANDINGAN: Finalis kategori Etnik Kreatif, Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) menerusi Doa Dalam Lagu, duet bersama Mawi AF3 pada 18 Januari depan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:26 PM | Show all posts
Tak haci tau tak tunjuk Ija nyanyi td kat wedding mawi td...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 02:44 AM | Show all posts

Balas #1953 yna@arabella\ catat

BUSUK HATI TUL KAN ORG ASTRO NI.....MERADANG GILER AKU TAK DPT TGK IJA NYNYAI TADI DUET NGAN RIZ.....PASTU SIBUK NAK TAYANG MAKCIK BEDAH REZA N FARAH BREP BROP TU MENGOMEL N MERAPU TAK TENTU PASAL.........:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 08:43 AM | Show all posts

Reply #1954 the_builder's post

to la psl..baik dorg tak tunjuk da ladies yg nyanyi tanpa music tu ha..
Dorg potpet psl sponsor la tu kot..
mmg tak haciiiiiiii..huwaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.337544 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list