|
NadiaHaswani FC -NADIA 19th BIRTHDAY BESH CONCERT 3 MAY 09
[Copy link]
|
|
GDA Monsoon Cup, Terengganu
Credit : Astro
|
|
|
|
|
|
|
|
salam kak sri, saya nak tepek gambar2 kat atas ni kat rumah rianz ya...tq... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-12-2009 13:27
Nadia Pukau Orang Amsterdam!
Credit: Murai.Com 25-Nov-2009
Perkenalan bintang Akademi Fantasia 6 (AF6), Nadia Haswani Hassan atau Nadia dengan duta Malaysia di Netherlands, Dato' Dr Fauziah Mohd Taib sewaktu kecil telah memberikan peluang cerah buat gadis comel ini untuk menonjolkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.
Ia terbukti apabila Nadia buat kali ke-2 telah dijemput mengadakan persembahan malam gala diplomat di Amsterdam pada 14 November lalu.
Nadia berkata tahun lalu jemputan dia ke sana adalah atas dasar cubaan saja. Namun, dia tidak menyangka pihak kedutaan Malaysia-Netherlands berpuas hati dengan persembahan lalu dan diundang sekali lagi untuk mengadakan 2 persembahan sekaligus iaitu Malam Gala Malaysia 2009 dan Malam Wanita Duta & Diplomat.
"Kedatangan Nadia ke sana untuk menghiburkan wakil-wakil kedutaan di sana. Pada persembahan Malam Wanita, Nadia telah menghiburkan orang-orang dari Amerika Syarikat, Afrika dan ramai lagi.
"Untuk malam gala pula, Nadia menyanyi di hadapan orang Malaysia dan Belanda yang dijemput hadir. Persembahan Nadia malam itu dibantu Chef Ismail yang bertindak sebagai hos dan telah memasak rendang untuk tetamu.
"Chef Ismail ditemani seorang lagi hos dari Malaysia iaitu Sherina yang telah lama menetap di sana. Alhamdulillah, Nadia tidak hadapi sebarang tekanan memandang penonton di sana sentiasa menghargai nyanyian Nadia setiap kali habis menyanyi," jelasnya.
Apa yang pasti, pada kedua-dua malam tersebut, Nadia telah mendendang lagu-lagu Inggeris seperti Ain't Nobody (Chaka Khan), Where Do Broken Hearts Go (Whitney Houston), Fame (Irene Cara), What's Love Got To Do With It (Tina Turner), So What (Pink), No One (Alicia Keys), Un-Break My Heart (Tony Braxton), The Climb (Miley Cyrus), So What (Pink) dan sebuah lagu Indonesia iaitu Tanpa Kekasihku (Agnes Monica) yang menjadi permintaan tetamu.
Lebih menarik, kedatangan Nadia ke sana yang bermula 9 -17 November lalu ditemani bondanya dan juga wakil dari syarikat Nadia sendiri, Nadia Crids Entertainment. Sebelum persembahan, Nadia turut menjalankan sesi fotografi di sana bagi kemaskini profil terbarunya untuk promosi produk terbaru beliau.
Selain fotografi, Nadia turut meluangkan masa makan angin di sekitar Katwijks, Modurodum dan Amsterdam Town (Dam Square). Sepanjang berada di sana, Nadia telah menginap di Residence Kedutaan Malaysia-Netherlands.
Menjelaskan mengenai bayaran yang diterima, Nadia bersyukur dengan peluang yang diberikan. Malah, Nadia menerangkan bayaran tersebut sangat berbaloi buat dirinya yang masih baru bergelar artis. Pun begitu, Nadia menafikan akan bersikap lebih demand selepas ini disebabkan telah mengadakan banyak persembahan di luar negara. Nadia percaya sikap sebegitu boleh menghancurkan kariernya sendiri.
"Peluang artis Malaysia untuk ke sana amat sukar sekali. Sebab itulah Nadia gunakan peluang ini sebaik mungkin. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan peluang, Nadia mahu bawa bersama rakan artis yang lain untuk mengadakan persembahan di sana," ujarnya.
Menyentuh mengenai kariernya, Nadia kini sibuk mempromosikan single terbarunya bertajuk Kita Sama. Single ini adalah hasil ciptaan komposer Amir dan lirik dari Nadia sendiri.
Selain itu, Nadia juga bakal menyambung penggambaran sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng di RTM 2. Dalam sitkom ini, Nadia berperanan sebagai Dina dan bergandingan dengan Along Cham dan Khatijah Tan. Sementara itu, Nadia juga akan muncul dengan telemovie Rendang Tok Wan di Astro Ria bersama pelakon Ning Baizura, Tok Wan (Ikon Astro), Ketampi, Jihan Raja Lawak dan Amyza Aznan. Tahniah Nadia dari murai.com.my!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-12-2009 13:33
MEDIA HIBURAN 21-27 November 2009
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-12-2009 13:36
Urtv 1-15 Disember 2009
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 23-12-2009 13:54
Jaja bakat di Amsterdam
Credit:Berita Harian Online Selasa, 08 Disember 2009
GAYA Nadia persis peragawati.Gambar ihsan Nadia Cribs Entertainment
Nadia penuhi jemputan Duta Malaysia, Datuk dr Fauziah Mohd Taib
KALAU tidak kerana hubungan yang pernah terjalin dengan jiran keluarganya yang turut bergelar duta Malaysia di Netherlands, mungkin sehingga saat ini Nadia tidak akan berpeluang membuat persembahan di Amsterdam. Bukan sekali, sebaliknya sudah dua kali, finalis Akademi Fantasia musim keenam ini ditawarkan membuatkan persembahan di sana.
Kali pertama Nadia memenuhi undangan ke sana ialah pada penghujung Disember 2008. Baru-baru ini selama 10 hari bermula 9 hingga 17 Novembar lalu, Nadia ke sana lagi bagi memenuhi jemputan Duta Malaysia ke Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib.
Seperti yang dijanji kepada Hip, Nadia sudi berkongsi gambar kenangan ketika berada di sana. Malah dua hari sebelum pulang ke Malaysia, Nadia sempat ke London untuk bersiar-siar bersama ibunya dan seorang kru dari Nadia Cribs Entertainment. Di London, dia sempat berposing sakan persis peragawati.
"Nadia memang tak pernah membayangkan diri untuk menjejakkan kaki di sana. Kalau tak dijemput duta Malaysia di sana, mungkin Nadia hanya bermimpi atau barangkali sekadar menatap gambar saja. Dengan bajet yang tinggi, memang Nadia sendiri tak pernah terfikir peluang itu akan datang lagi buat kali kedua," katanya teruja sambil memberitahu Dr Fauziah pernah menjadi penghuni di Menara Sri Jati yang didiami keluarganya.
Peluang yang terbentang di depan mata itu semestinya dimanfaatkan pemilik nama penuh, Nadia Haswani Hasnan ini untuk melebarkan lagi sayap pengetahuannya terhadap pasaran genre muzik pilihannya yang lebih cenderung kepada entiti rock.
BERSAMA ibu (kiri) dan dua anggota rombongan ketika bersiar-siar di Amsterdam. - Gambar ihsan Nadia Cribs Entertainment
Kata Nadia yang menginap di residen kedutaan Malaysia-Netherlands, dia sempat melawat beberapa lokasi menarik di Amsterdam. Sambil berseloroh Nadia memberitahu, semestinya aktiviti bergambar terus menjadi keutamaan bagi mengabadikan kenangan indah di sana.
"Selama dua malam persembahan yang dijayakan saya di sana. Malam pertama pada 13 November yang diadakan di Den Haag dikhaskan untuk malam wanita atau ladies night untuk duta dan diplomat saja. Malam seterusnya pula disebut sebagai Malam Gala Malaysia 2009 di Spido Cruise.
"Untuk dua malam itu, saya menyanyikan seleksi lagu popular yang dinyanyikan artis Barat seperti Ain't Nobody dendangan Chaka Khan, Where Do Broken Hearts Go (Whitney Houston), So What (Pink), No One (Alicia Keys) dan Unbreak My Heart (Tony Braxton)," katanya yang turut bergandingan dengan kumpulan dari seberang, Red Peanut menerusi lagu Aku, Dia & Kamu.
Ketika ini, Nadia turut mempromosikan single terbarunya berjudul Kita Sama yang turut menggunakan lirik hasil nukilannya. Malah dalam pada masa yang sama, kakak kepada Diana Shazwani ini sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Antara drama lakonan Nadia ialah Angguk Angguk Geleng Geleng. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nadia will be performing @ Pavilion - Today 13/12/2009, 6pm |
|
|
|
|
|
|
| |
|