Minggu lalu dunia hiburan kecoh memperkatakan tentang komposer terkenal, Eddie Hamid, gara-gara lagu terbaru ciptaanya berjudul Bo La Wei yang telah mendapat kritikan hebat dari masyarakat khususnya penduduk Kelantan sendiri.
Lagu
Bo La Wei yang bermaksud cukup-cukuplah sudah menjadi kontroversi kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur politik. Namun, bagi Eddie yang turut menyanyikan lagu tersebut itu, ia merupakan pendapat dirinya sebagai salah seorang anak kelahiran Kelantan yang inginkan perubahan.
Sebelum ini Eddie juga pernah menerima kritikan menerusi lagu
Halimah Jongang ciptaannya yang dikatakan menghina golongan tertentu.
Bercakap kepada akhbar
Kosmo! hari ini, Eddie mengaku berasa takut dan risau dengan apa yang berlaku setelahmembaca komen-komen di laman YouTube dan Facebooknya. Dia yang juga telah dimarahi keluarga, tidak boleh terima keadaan tersebut. Lantas dia mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan berdiam diri. Bagaimanapun, kini Eddie berkata yang dia sudah boleh terima kenyataan tersebut.
Tambahnya, dia tidak menjangka lagu itu akan menimbulkan isu seteruk ini. Namun tujuannya hanyalah mahu menyuarakan pendapatnya menerusi lagu itu. Walaupun mendapat kecaman ramai, tetapi ada juga yang memuji seperti mengatakan lagu berkenaan mempunyai melodi yang sedap didengar.
Lagu
Bo La Wei telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sempena Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu.
Dalam pada itu Eddie juga memberitahu dia bakal mengadakan persembahan secara langsung buat julung-julung lagu ini di Kelantan yang bakal dihadiri Perdana Menteri pada Jumaat, 15 Mac ini pada pukul 8 malam di Bangunan UMNO, Kota Bharu. Ia bersempena majlis pertemuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penggiat seni budaya Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN), Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.