narinjat posted on 24-11-2014 04:47 PM
@dinadzahir abam pergi Jepun buat apa ada shooting cerita baru lagi ka....
cheewah @narinjat tnya mcm iols baru pagi td ckp tepon gn abam..kih3..
yup..tp abam ckp tgu next year..
21 Nov- Pelakon sinonim dengan watak gangster, Sharnaaz Ahmad terkilan dengan industri filem tempatan yang semakin tenat dan dahagakan kemunculan semula karya-karya yang berkualiti. "Saya kecewa dengan filem kita. Saya tak boleh salahkan penonton dalam isu ini kerana penonton dilambakkan dengan filem-filem yang 'low quality' tapi apabila penonton tak tengok dan tak sokong, ada pihak yang bising," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Gila Baby" di Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Sharnaaz, pihak FINAS perlu lebih teliti untuk menapis filem yang terbaik untuk ditayangkan.
"Pihak FINAS patut pilih yang tebaik, untuk penonton menilai sendiri filem kita. Penonton sekarang bijak untuk menilai mana yang bagus mana yang tidak. Kalau kita tengok cerita luar, kualitinya sangat bagus. Cerita 'simple' tapi jalan cerita bagus." Sharnaaz turut menyatakan kesemua pelakon di Malaysia bagus dan mempunyai bakat jika dibandingkan dengan negara Asia serantau yang lain.
"Kita punya pelakon semua bagus tetapi karya macam sampah. Saya tak penah salahkan pelakon. Mereka dapat naskah untuk dilakonkan. Tapi bila jadi apa-apa pelakon juga yang akan disalahkan."
Tambah bintang "Juvana" ini lagi, lambakan drama yang diadaptasikan dari novel semakin menjadi-jadi. Ianya dilihat seperti pengkarya drama dan filem ketandusan idea untuk menghasilkan karya terbaru.
"Saya sayangkan pengkarya kita. Bukan saya nak bezakan penulis novel dan penulis drama. Kerja mereka semakin disempitkan oleh novelis. Perlu ada sama rata. Saya sayangkan pengkarya penulis cerita yang hebat-hebat dulu yang bukan berdasarkan novel."
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya "Gila Baby" yang bakal menemui penonton pada 4 Disember ini dan akan terbang ke Jepun pada 25 November ini selama sebulan untuk menjalani penggambaran telefilem "Cinta Okinawa" bersama Hanis Zalikha dan Mimi Lana.
|