|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 27
[Copy link]
|
|
mrsjones replied at 28-12-2020 06:15 PM
kaka @seribulan mana satu benang lopa yg ada gambarajah n paling vass utk dibaca? byk sgt la, x tau ...
Yg ada unfollow kat tajuk benang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Berikut merupakan situasi terkini COVID-19 di Pahang mengikut mukim di daerah.
(Kemaskini 28.12.2020 @ 12.00 tengah hari).
RINGKASAN KES HARIAN:
▶️ KES BARU : 11 kes
▶️ KES SEMBUH HARIAN : 14 kes
• 1 kes sembuh dari Daerah Kuantan
• 7 kes sembuh dari Daerah Temerloh
• 5 kes sembuh dari Daerah Bentong
• 1 kes sembuh dari Daerah Raub
* Data kes sembuh harian yang dipaparkan di laman ini adalah data realtime CPRC Negeri Pahang
▶️ JUMLAH KES AKTIF : 110 kes
 JUMLAH KES SEMBUH : 897 kes
▶️JUMLAH KEMATIAN : 7 kes
▶️ JUMLAH KES DI PAHANG : 1014 kes
———————————————————-
🔴 ZON MERAH :
🚩Mukim Bentong
PENERANGAN KES BARU:
▪️Kes 1009-1013
5 kes baru dilaporkan di Mukim Rompin, Daerah Rompin hasil saringan kontak rapat kes 973 yang didaftarkan pada 25.12.2020 dan mempunyai kaitan dengan Kluster Ceram (Negeri Sembilan). Kesemua kes merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai pertalian kekeluargaan. Punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
▪️Kes 1014
1 kes baru dilaporkan di Mukim Chenor, Daerah Maran hasil saringan bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah (Selangor). Kes merupakan warganegara Malaysia dan punca jangkitan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
Ringkasan Kluster Aktif :
▪️Kluster Pagar Bentong (Kes 1005-1008)
5 kes baru dilaporkan pada hari ini hasil saringan kontak rapat kes positif COVID-19. Kluster ini dilaporkan di Mukim Bentong, Daerah Bentong. Sebanyak 4 kes merupakan warganegara Malaysia dan 1 kes bukan warganegara. Kes indeks merupakan warganegara Malaysia hasil saringan OKT yang didaftarkan pada 5.12.2020. Jumlah kes dalam kluster ini adalah 18 orang.
▪️Kluster Semambu
Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang bukan warganegara hasil saringan bergejala yang didaftarkan pada 17.12.2020. Kes indeks bekerja di sektor peruncitan yang berulang alik ke zon merah. Jumlah kes positif kluster ini adalah seramai 12 kes.
▪️ Kluster Jln Genting
Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Kesemua kes merupakan bukan warganegara. Seramai 1180 orang telah disaring dan 454 kes dikesan positif.
▪️Kluster Menara Wang
Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor serta daerah Maran dan Kuantan di Negeri Pahang. Kes indeks telah didapati positif pada 17 Disember 2020 melalui saringan bergejala.
▪️Kluster Kuala
Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Jumlah kes bagi kluster ini ialah seramai 33 orang.
▪️Kluster Atabara
Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Jumlah kes bagi kluster ini ialah seramai 7 orang. Kes terakhir dilaporkan ialah pada 15.12.2020.
▪️Kluster Inten
Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini. Jumlah kes bagi kluster ini ialah seramai 10 orang.
🤍Keeping Pahang Safe: Lindungi Pahang🖤
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#kitamestimenang
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|