|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #37
[Copy link]
|
|
Sotong bakar
Sotong saiz besar atau sedang di dipotong separuh2..( 3-4garisan)
Letak kejap je ats kuali bg keluar air dia skit..agak kecut sikit trs angkat..jgn lama nti trs kecut.. toskan bagi keluar air..
bawang besar.. bwg putih..kunyit hidup atau serbuk.. cili kering..sedikit air asam jwa..garam..gula..kalau nk perasa masukkan je..kl suka rasa kari boleh letak sikit rempah kari sikit..x nak pun xpa..semua bahan ni dikisar..
bahan yg diblend tadi perap dengan sotong dalam 1jam.. kemudian dah boleh bakar..sis guna kuali vantage non stick je..lebihan cili yg ada tu..taruk minyak sikit..ketuk serai dan titiskan cili ats sotong..bakar smpi agak kering sikit..tak perlu lama sgt sebab sotong td dah separuh masak..
selamat mencuba..
tips masak sotong..basuh sotong dengan gula tahan lama dan bersih..
sebelum dimasak sambal atau sebagainya..masakkan dulu sotong shaja tanpa air ats kuali..agak kecut toskan.. kemudian baru lah masak..
|
|
|
|
|
|
|
|
DOH KARIPAP RANGUP
1kg tepung gandum
1 cwn minyak masak+ 2sdb planta (dipanaskan)
2sdb air kapur
11/2sdk garam
11/2sdb gula
350ml air sejuk (letak seketul ais)
Sedikit daun sup cincang (optional)
Method:
Satukan tepung, gula, garam & daun sup cincang. Masukkan minyak n planta yg dipanaskan. Masukkan air kapur. Kacau dgn senduk dulu baru diramas jadikan seperti serbuk roti. Masukkan air dan uli. Masukkan dlm plastik dan ramas2 tepung dlm 10-15 minit dan perap dlm fridge 3-4 jam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuah Yong Tau Foo
Kuah hitam
2 sudu makan taucu
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus, pastu masak bagi mendidih sekejap.
Kuah merah
1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..
3 sudu makan cili blend
Cara-cara: Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk. Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.
Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap
Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung, dan lain-lain.
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.
|
|
|
|
|
|
|
|
AYAM PADPHEK (Masakan Thai Original)
Bahan blend
Kunyit Hidup - 3
Bawang Merah - 4 Biji
Bawang Putih - 4 Biji
Serai - 2 Batang
Daun Limau Purut - 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut - 3 Helai ( Potong )
Lada kering - 1 Biji
Cili api - 5
Halia
Belacan
Asam keping - 1 ( Masa Tumis )
Bahan Perap
Ayam
Kunyit
Selain Ayam bahan2 diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.
Cara - Cara
1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi.
3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan.
4.Letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pau Kukus Gebu Gebas
.
Bahan2
*3sudu minyak masak
*2cawan tepung gandum
*2sudu besar mauripan@yis
*2sudu besar susu pekat
*1sudu besar gula
*setengah cawan air suam
*sedikit garam
.
Cara Menyedia
.
-satukan yis,air suam,gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10
minit hingga berbuih
-dalam mangkuk berlainan masukkan tepung,susu pekat,garam
minyak masak gaul sebati
-masukkan campuran yis uli hingga jadi doh..bentukkan bulat
ni saya dapat 10biji saiz macam dalam gambar
-biarkan doh naik ..tutup dengan plastik
-leperkan doh masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi
-kukus pau selama 10minit je api sederhana besar(jangan lebih nanti pau
berkedut
-balut tutup kukusan dengan kain
-lepas 10minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru. Bukak tudung nya untuk elak pau berkedut..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Tashu at 2-12-2021 10:43 AM
Mee Kari
.
Bahan² untuk kuah:
Ayam @ daging
Tauhu pelampung (goreng sekejap)
2biji bawang merah besar *
3biji bawang putih*
2s/b udang kering*
10tangkai cili kering*
1batang serai (ketuk)
4s/b serbuk kari√
2s/b serbuk cili√ (nak skip pn bole)
1kotak kecik santan
1cwn air
1pc kiub pati ayam
*Kisar*
bancuh degan sedikit air√
.
Cara:
Panaskn minyak... Masuk serai.. masuk bahan kisar * dan √... Tumis sampai pecah minyak... Masuk ayam@dging.. bia bagi masak sekejap ya... Lepastu bru masuk santan dan air serta kiub pati ayam....kepekatn kuah agak² je ya.. jagan cair@pekat sangat.. Perasakan garam... gula dan perasa... Biar mendidih... Baru masuk tauhu tadi.. siap...
.
Bahan lain:
Mee kuning (celur sekejap)
Fishball (goreng&hiris)
Fishcake (goreng&hiris)
Tauge
Daun sup (hiris)
Lada merah/hijau (hiris)
bawang goreng
Limau kasturi
Telur rebus belah dua
Nak tambah kerang/udang pun bole
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Kukus Halia
1. Ayam - di potong2
Bahan2 Perap♧
1. 3 cm Halia - hiris kecil2
2. 2 ulas Bawang Putih - cincang
3. Kicap Cair - 1/2 sd mkn
4. Sedikit Garam
5. Serbuk lada putih - jika suka
6. Minyak Bijan -1/2 sd mkn
7. Daun bawang - di hiris
Cara Masak
perap ayam dgn bahan2 perap selama 30min
kukus 10min -15min
*kukus bergantung kpd brp byk ayam korang masak
tabur hirisan daun bawang..siap????
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam merah simple
1 ekor ayam gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng bagi kering air ja..berjus)
BAHAN UNTUK DIBLENDER (DIKISAR)
1)segenggam cabai kering ,gunting basuh rebus air panas hingga lembut-basuh toskan
2)2 biji buah tomato
3)1 biji karot
4)3 biji bwang besar + bawang putih 5-6 biji
5)Halia + jintan manis+ jintan putih
blender semua bahan di atas....(1-5) hingga hancur halus
jintan manis separuh sudu kecil & jintan putih 1/3 sudu kecil(secubit)
Cara memasak
boleh guna myk goreng ayam tadi..tumiskan 4 sekawan,serai 1 batang dititik,sehelai daun pandan(nak simpul boleh nak potong2 pun boleh) ,tumis sampai wangi..masuk bahan yang diblender tadi...masak sehingga bahan sebati dan berbau wangi..masukkan ayam, sos cili(4-5 sudu) kacau sampai rencah masak pecah minyak,gula dan garam secukup rasa.kacau sehingga sebati..✌️boleh masukkan bawang besar yg dimayang dan cabai besar merah..kalau dah cukup rasa..boleh tutup api..dah siap..last sekali tabur dengan daun sup...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mee goreng ala kodai mamak
Bahan2:
1 bungkus mee kuning
3sb cilikering blend ( yg da blend dgn bwg merah)
3 ulas bwg putih ketuk
Hirisan cucur udang/bwg @ cucur sayur (ikut lah nk byak mana)
4sb kicap manis
2sb sos tiram
2sb cili sos
1sk kicap pekat
Sedikit tauge
Sedikit daun kucai
2 biji telur ayam
Minyak unk mengoreng
Cara2nya:
Panaskan minyak masak
Tumiskan cili blend , masukkan bwg putih..
Goreng sampai garing
Masukkn segala sos dan kicap..
Masukkn mee dan cucur ( kueh )
Gaul sebati...
Tolak mee ketepi..masukkn telur..
Pecah2kn telur tu...baru gaul dgn mee
Last masukkn tauge dan kucai..
Gaul serata..rasakan lah garamnya..
Uwan tk letak dah garam...
Kalau kuat masin..tambahlah maggi cukup rasa sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok ok ok
|
|
|
|
|
|
|
|
SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan-bahannya :
● 500g sotong
● 1 cawan tepung gandum
● 1 sudu baking powder
● 1 biji telur
● sedikit garam dan lada sulah
● 1/2 sudu Italian herbs / serbuk kari
● 1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili
Cara-caranya :
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|