|
Tiada Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin sebagai calon PM
November 22, 2022 @ 3:37pm
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.- NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini memutuskan tiga perkara berkaitan pembentukan kerajaan baharu pencalonan Perdana Menteri Ke-10.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkara perkara pertama adalah tiada mana-mana dalam kalangan 30 Ahli Parlimen BN telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.
"Pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perkara kedua, Dewan Tertinggi BN juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
"Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara," katanya.
Beliau berkata, dengan pendirian dan keputusan yang dicapai pada mesyuarat berkenaan, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang.
https://www.bharian.com.my/berit ... in-sebagai-calon-pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|