CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JoyahMengayah

[Politik] Genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2023 09:44 AM | Show all posts
Update:

KUALA LUMPUR: Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri setahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar menyelesaikan masalah membelenggu rakyat termasuk akibat kenaikan kos hidup, selain menekankan tata kelola baik dalam pentadbirannya dengan melawan kebobrokan nilai dan kebejatan rasuah.

Walhasil selepas setahun berlalu, Anwar bersama barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dilihat membuat kemajuan ketara dalam mendepani pelbagai cabaran dalam negara serta di peringkat global untuk membawa Malaysia kembali ke landasan menuju sebuah negara maju.

Malah ketika membicarakan soal rakyat, pemimpin berusia 76 tahun itu tegas dengan pendiriannya yang sering meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan selaras dengan matlamat kerajaan pimpinannya untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

Antara langkah pertama dilakukan Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, mengumumkan untuk menolak gaji bagi jawatan itu, selain mengesahkan jemaah menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi pulih.

Keputusan itu, kata Anwar adalah langkah pertama bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya, sekali gus berusaha memahami keperitan dan kepayahan rakyat yang masih bergelut dengan cabaran kewangan dan sosial susulan kos sara hidup semakin tinggi.

Selain itu, mewarisi hutang negara mencecah RM1.5 trilion ketika mengambil alih kepimpinan negara, Anwar berdepan pelbagai liku tersendiri bagi menghasilkan pencapaian cemerlang dalam masa setahun perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, terutama dalam tempoh pasca pemulihan COVID-19.

"Anwar merupakan Perdana Menteri Malaysia yang berhadapan cabaran begitu besar sepanjang tahun pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan disebabkan pelbagai perkembangan dalam negara dan peringkat global," kata penganalisis politik Dr G. Manimaran.

Anwar yang juga Presiden PKR juga cukup "pantang" dengan amalan rasuah dan disebabkan itu seawal mentadbir negara, perkara pertama dilakukannya ialah mahu melaksana reformasi tata kelola pentadbiran dan membanteras rasuah habis-habisan menjadikan ramai yang "gerun".

"Saya tidak ragu-ragu katakan kerajaan terutama Perdana Menteri mempunyai kemahuan politik tinggi dan dorongan untuk mencegah rasuah tahap maksimum," kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, mengulas setahun pentadbiran pimpinan Anwar.

Maka tidak hairanlah Anwar memperkenalkan konsep Malaysia MADANI sebagai ikhtiar memetakan strategi tata kelola dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya yang berteraskan nilai, etika atau akhlak berdasarkan enam tonggak iaitu M (kemampanan), A (kesejahteraan), D (Daya cipta), A (hormat), N (keyakinan) dan I (Ihsan).

"Dalam aspek tata kelola atau urus tadbir, penekanan Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran perlu diberi pujian kerana kejayaan dan kecemerlangan negara dipengaruhi oleh urus tadbir yang baik, terutama dalam pelaksanaan sesuatu dasar," kata Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah Firdaus Ramli.

Dalam tempoh setahun pertama ini juga, Anwar turut membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) meliputi dasar dan kaedah baharu menghadapi cabaran semasa yang dijajarkan semula dengan aspirasi dan visi Ekonomi MADANI.

KSP RMK12, meliputi 17 anjakan sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif bagi menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih serta meneraju ekonomi Islam.

"Melihat kepada dasar dan program diperkenalkan Perdana Menteri sejak mengetuai Kerajaan Perpaduan terdapat beberapa kesan positif boleh dikenal pasti. Anggaran awal KDNK bagi suku ketiga 2023 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan ekonomi negara dijangka berkembang sederhana pada kadar 3.3 peratus dan mencapai kadar empat peratus pada 2023.

"Ini menunjukkan terdapat pertumbuhan positif dalam ekonomi Malaysia sejak November 2022 di sebalik persekitaran ekonomi global yang lemah serta dibayangi pelbagai konflik antarabangsa," kata Firdaus.

Menyifatkan Malaysia sebuah negara makmur namun mengalami banyak "kebocoran" khususnya ketirisan pemberian subsidi, Anwar mengambil langkah berani ke arah pemberian subsidi bersasar bagi memastikan hanya mereka benar-benar layak menikmatinya, bukan warga asing dan golongan maha kaya.

Perkara itu dapat dilihat daripada kesungguhan beliau memulakan usaha melaksana dan mengkaji subsidi bersasar seperti dalam aspek Lembaga Tabung Haji, elektrik, bahan api diesel dan petrol, ayam - pada ketika subsidi kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini.

"Kejayaan Ekonomi MADANI dilihat dari segi usaha dan langkah mengurangkan kesenjangan ekonomi dan kebajikan rakyat. Penyusunan semula subsidi perlu diimbangi untuk mengelak beban terlalu besar kepada golongan miskin," kata penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Dalam tegas ada lembutnya, Anwar dilihat mengambil beberapa langkah tidak populis, seperti tidak membenarkan pengeluaran KWSP serta penamatan subsidi dan kawalan harga ayam misalnya, namun di sudut lain, pelbagai bantuan tunai dan langsung terus diberikan kepada rakyat hasil penjimatan subsidi.

Anwar dan Kabinetnya, dilihat tidak membiarkan rakyat terkapai-kapai di kala berdepan cabaran kos sara hidup pasca-COVID-19, menerusi pemberian pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar antaranya menerusi inisiatif Payung Rahmah.

Ini dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah, Pakej Jalur Lebar Rahmah, Kad Diskaun Khas Menu Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah (SARA), malah kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2023 kepada 8.7 juta penerima dan memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40 pula memberikan manfaat kepada 4,100 isi rumah sehingga kini.

"Anak Melayu anak saya. Anak Cina anak saya. Anak India anak saya. Anak Iban atau anak Kadazan, mereka semua anak saya," antara skrip yang sering diungkapkan dalam setiap ucapannya, menggambarkan betapa beliau nekad membantu semua rakyat tanpa mengira kaum selagi menggalas jawatan utama Kerajaan Malaysia. – BERNAMA









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 10:19 AM | Show all posts
sufi^_^ replied at 21-11-2022 10:23 AM
Korang tak rasa penat & membazir ke susah payah pegi mengundi kalau akhirnya gini jadinya?

Manalah nak tau nak jadi begini wahai Teman

Buah asam buah kuini, Dimakan dgn kicap bergula
Kalaulah tau kan jadi begini, Tentu tak pilih sedari mula
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 10:44 AM | Show all posts
grouper replied at 21-11-2022 10:31 AM
Anwar bukan pm tepi dah.....tercapai cita2nya

AI tercapai cita2nya semua atas izin NYA.....
Enak makan sayur keladi, Air tangan emak mertua
Walau tak nak, walau tak sudi,  Taqdir Allah berlaku jua

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 10:54 AM | Show all posts
F685 replied at 21-11-2022 10:41 AM
Penyokong PH di Carijaya ok ke tu PH + BN bergabung ?

Saya keliru........ apakah skr ini PH + BN tak bergabung?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mengata PM tepi dulu haruslah termalu berok kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tanya apa khabar...
Aku tanya apa khabar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2023 10:49 PM | Show all posts
Tak sabar tengok lebai ke Putrajaya Ogos..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.105988 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list