|
(Geng PAHANG)** ~ JOM MERoyan/BERborak DI PAHANG - V101 ~ **
[Copy link]
|
|
Biskut Florentine
BAHAN-BAHAN:
30 gm madu
50 gm gula
170 gm glukosa (cair)
100 gm krim putar
350 gm potongan badam
350 gm buah-buahan kering
100 gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
10 gm gula ising
2 biji buah strawberi
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gula, madu dan glukos dimasak sehingga keemasan.
2. Masukkan krim putar dan gaul sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan badam, buah-buahan kering dan tepung gandum. Gaul sehingga sebati di atas api yang perlahan.
4. Setelah itu, tuangkan di atas dulang pembakar yang tidak melekat. Bakar dalam suhu 180o selsius sehingga kuning keemasan.
5. Lenyekkan semasa ia panas sehingga nipis dan sejukkan. Potong mengikut bentuk kesukaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambal Udang Kering
![](http://www.sajionline.my/images/stories/copysambaludangkering.jpg)
Bahan-bahan:
300 gm udang kering
35 tangkai cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
6 batang serai - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 sudu asam jawa - diambil jusnya
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/4 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing
5 sudu besar minyak
Cara menyediakan:
1. Rendamkan udang kering selama sejam.
2. Bersihkan, tus dan keringkan.
3. Kisar udang kering ini sehingga halus.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
6. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
7. Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa.
8. Goreng sehingga bahan-bahan ini kering.
9. Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng.
10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara. |
|
|
|
|
|
|
|
Roti Mil Penuh
![](http://www.sajionline.my/images/stories/copyrotimilpenuh.jpg)
Bahan-bahan:
625 gm tepung roti
25 gm yis kering
35 gm gula
375 ml air sejuk
60 gm tepung wholemeal
10 gm garam
90 gm marjerin
Cara menyediakan:
1. Gaul tepung, yis kering dan gula hingga sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Uli perlahan-lahan sehingga adunan menjadi doh.
4. Masukkan tepung wholemeal dan uli lagi sehingga rata.
5. Masukkan garam sambil terus menguli.
6. Masukkan pula marjerin.
7. Uli sehingga doh menjadi licin.
8. Perap doh hingga menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.
9. Bahagikan doh menjadi doh-doh kecil seberat 200 gm setiap satu.
10. Bulat-bulatkan dan biarkan doh naik, dua kali ganda.
11. Uli balik doh yang telah diperap tadi dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
12. Biarkan doh naik dua kali ganda dalam loyang.
13. Beruskan sedikit air di atasnya dan bakar selama 45 minit pada suhu 200 darjah Selsius. |
|
|
|
|
|
|
|
Kentang Tumis Kari
![](http://www.sajionline.my/images/stories/copykentangtumis%20kari%20-%20copy.jpg)
Bahan-bahan:
5 biji kentang sederhana besar
1 batang lobak merah
300 gm udang - dibuang kulit dan dibersihkan
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
6 biji tomato kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk perencah kari
Cara menyediakan:
1. Kentang dibuang kulit dan dibersihkan.
2. Kemudian, rebus kentang bulat-bulat hingga empuk.
3. Lobak dikerat tiga. Kemudian dibelah empat.
4. Rebus lobak hingga empuk.
5. Tuangkan sedikit serbuk perencah kari di atas lobak dan udang. Gaul hingga rata.
6. Tuangkan lebihan serbuk perencah kari di atas kentang pula. Gaul rata.
7. Goreng kentang ini hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
8. Keluarkan minyak lebihan gorengan kentang tadi. Tetapi tinggalkan anggaran dua sudu besar minyak masak itu di dalam kuali untuk menumis.
9. Bolehlah ditumis bawang putih yang telah ditumbuk halus.
10. Apabila bawang mulai garing, masukkan udang bersama lobak merah yang telah dilumur perencah kari tadi.
11. Biarkan agak kering dan masukkan sos tiram.
12. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
13. Masukkan juga tomato kecil.
14. Gaul rata sebelum diangkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kentang Bakar Berempah
![](http://www.sajionline.my/images/stories/copyofkentangbakarberempah.jpg)
Bahan-bahan:
2 biji kentang - dipotong dadu
1/2 bungkus kecil rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
Sedikit ikan bilis
2 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Kertas timah (aluminium foil)
Cara menyediakan:
1. Perapkan seketika kentang dadu bersama bancuhan serbuk kari, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
2. Bungkus bekas berisikan kentang dengan kertas timah.
3. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius hingga masak.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi dan sup panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambal Goreng Petai
![](http://www.sajionline.my/images/stories/sambalpetai-copy.jpg)
Bahan-bahan:
100 gm ikan bilis - digoreng garing
200 gm petai
5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
10 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dihiris bulat
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Cara menyediakan:
1. Petai jangan dibuang kulitnya. Basuh dan potong dua setiap matanya.
2. Kemudian goreng petai hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya.
4. Apabila garing, masukkan bawang besar yang telah dihiris, biarkan bawang layu.
5. Kemudian tambahkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tumis hingga terbit minyak.
6. Masukkan petai dan ikan bilis, kacau biar semua bahan sebati. Kemudian bolehlah diangkat. |
|
|
|
|
|
|
|
koleksi pantun raya![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..! |
|
|
|
|
|
|
|
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang |
|
|
|
|
|
|
|
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri |
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan |
|
|
|
|
|
|
|
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban |
|
|
|
|
|
|
|
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah |
|
|
|
|
|
|
|
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin |
|
|
|
|
|
|
|
Roti John
![](http://www.sajionline.my/images/stories/rotijohn-copy.jpg)
Bahan-bahan:
2 buku roti Perancis
3 biji telur
100 gm daging cincang - digaul dengan garam dan goreng hingga kering
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 sudu besar sambal tumis
Sedikit sos cili
Sedikit minyak masak
Cara Menyediakan:
1. Roti Perancis dipotong melintang.
2. Pukul telur bersama daging, daun sup, daun bawang, bawang besar, sambal dan garam.
3. Ratakan adunan telur di atas setiap belahan roti.
4. Kemudian goreng di atas kuali leper dengan sedikit minyak hingga masak.
5. Hidangkan bersama sos cili. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Slmt pg RABU ![](static/image/smiley/default/57.gif)
Maaf,smlm janji nk dtg tp xdtg..letih sgt ![](static/image/smiley/default/indifferent0001.gif) .
InsyaALLAH,arini janji akn ditunaikan ![](static/image/smiley/default/shy.gif) .
|
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz posted on 30-7-2013 02:24 PM ![](static/image/common/back.gif)
+ kaum ibu mcm kita tak cukup tido bila bulan pose...sb tu senang nk sakit...
cuaca pun panas skr ...
Itulah pengorbanan ibu2 sekelian..besar ganjarannya ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk tanya ni: Sapa lg yg dtg smlm selain dr mono,cintan,Tash,jus,dida,fiza?
Nk rate ni ![](static/image/smiley/default/shy.gif) .
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|