Bila bercakap tentang restoran dan masakan Indonesia, penulis sering teringatkan menu ayam bakar dan sambal yang dimakan dengan nasi panas-panas.
Memang terangkat! Restoran yang satu ini apa kurangnya. Sambel Cobek Solo yang terletak di Taman Melawati Kuala Lumpur menyediakan menu berasaskan masakan Indonesia yang pastinya enak-enak belaka.
Selain ayam dan daging, anda juga boleh mendapatkan bebek iaitu itik di sini. Lagi satu istimewanya di sini ialah sambalnya yang pelbagai. Ada 7 jenis sambal kesemuanya.
Jom apa lagi, bolehlah singgah pada hujung minggu ini ya. - CARI Infonet
Alamat :
Jalan Bandar 3, Taman Melawati Kuala Lumpur
Waktu operasi:
11am-10pm dibuka setiap hari
FB : Sambel Cobek Solo
www.facebook.com/Sambel-Cobek-Solo-1546661135645152