|
Oleh : TS LOO
Kadang-kadang kita sering makan masakan bangsa sendiri boleh jadi bosan dan muak, contoh orang Melayu setiap hari merasai masakan rendang pun akan teringin mencuba masakan orang Cina atau orang India.
Keadaan ini samalah juga buat orang Cina, sesekali mencuba masakan Melayu seperti nasi kandar atau nasi padang, keenakannya pasti sehingga menjilat jari.
sumber foto: google image
Restoran Tao yang berlokasi di Kuala Lumpur merupakan sebuah restoran yang amat wajar dinikmati orang Melayu yang minat hidangan masakan Cina.
Penyediaan sajiannya bukan sahaja halal, malah hanya menggunakan bahan-bahan mentah yang segar sebagai intipati resipi makanan ini menambahkan lagi keenakan rasa dan tarikan kepada pelanggan.
Selain berpeluang menjamu barisan hidangan dim sum, sup, mi, sayur-sayuran dan cendawan, pengunjung turut dapat merasai pelbagai sajian pencuci mulut yang disediakan dengan penuh ketelitian dan enak.
sumber foto: http://s3-media4.fl.yelpcdn.com/
sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/
Antaranya, Tao Experience Dessert, Chinese Pancakes with lotus flower paste, Poached black sesame glutinous dumpling with warm soya bean dan banyak lagi.
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari tengah hari hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang hingga 10.30 malam untuk makan malam.
Bagi mereka yang ingin merasai sajian masyarakat Tionghua yang benar-benar klasik, boleh mencuba ketika waktu berbuka puasa. Tetapi diingatkan harus buat tempahan awal.- CARI Infonet |
|