oleh Adib Za
Kebahagiaan yang dikecapi dalam keluarga pastinya bermula dengan rumah dan kediaman yang sentiasa dirahmati, bukannya menjadi lubuk kepada maksiat, perkara negatif dan sebagainya.
Seperti yang disiarkan dalam Blog Tanyalah Ustaz dan diterangkan oleh Ustaz Abu Basyer, terdapat beberapa sebab mengapa rumah tidak dimasuki malaikat rahmat.
Berikut merupakan sebab-sebab rumah anda tidak diberkati atau dimasuki malaikat. Moga ia membantu untuk menyedarkan dan seterusnya membaiki diri ya.
Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.
Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
Rumah yang memelihara anjing.
Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
Rumah yang sering meninggikan suara.
Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
Gambar hiasan. Sumber foto Carian google
Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
Rumah pemakan riba, interest.
Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock black metal.
Rumah yang memiliki patung-patung.
Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
Rumah yang didiami peminum arak.
Rumah yang mempercayai tukang tilik.
Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
|