|
Oleh Izzah Abbasy
Durian merupakan Raja Buah yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia.
Esok kita akan memasuki pertengahan tahun dan ketika ini durian sudah menunjukkan musimnya.
Durian juga mula dijual di tepi-tepi jalan dan sudah gugur di kebun mahupun dusun.
Nak kongsikan tips dengan anda agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dan anda juga boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda dengan jenis-jenis durian yang dijual di Malaysia.
Selamat menikmati durian Ramadan ini tapi jangan makan banyak sebab puasa nanti panas dalaman! - CARI Infonet
1. Mao Shan Wang/ Musang King
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.
2. Golden Phoenix
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam
3. XO
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.
4. D24
Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands
5. D13
Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat
6. D1
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor
7. D101
Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor
8. Red Prawn
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor
9. Green Bamboo
Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor
10. Black Pearl
Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor
Selamat membezakan jenis-jenis durian. |
|